10 Jun 2014

LESEN BUNKERING DAN PEMBORONG MINYAK DI JETI PERSENDIRIAN DIBATAL APABILA AKTIVITI PENYELEWANGAN TIDAK MAMPU DIKAWAL OLEH PENGUATKUASA...


Lesen Bunkering, Borong Minyak Di Jeti Persendirian Batal Serta-Merta



Hasan Malek.

PUTRAJAYA: Lesen bunkering (penyaluran minyak ke kapal) dan lesen borong minyak petrol dan diesel di jeti-jeti persendirian dibatalkan serta merta, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata, keputusan itu diharapkan dapat mengekang aktiviti penyelewengan petrol dan diesel, khususnya yang beroperasi di jeti-jeti persendirian.

Selain itu, beliau berkata, KPDNKK juga akan menggantung lesen stesen minyak yang didapati terlibat dalam penyelewengan bahan api itu.

"Syarikat minyak akan mengambil alih sementara operasi stesen minyak yang digantung lesen sehingga siasatan selesai untuk memastikan bekalan tidak terjejas di kawasan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan perjumpaan khas bersama wakil-wakil agensi kerajaan dan syarikat-syarikat minyak mengenai isu penyelewengan bahan petroleum bersubsidi di sini, Selasa.

Pada Isnin, Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Alias Ahmad berkata, permohonan lesen pemborong minyak diesel dan petrol dan pembukaan stesen minyak baharu semua jenama dibekukan selama enam bulan mulai Selasa sehingga Disember ini.

Selain itu, Hasan berkata KPDNKK akan meminda Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk mengenakan hukuman lebih berat terhadap mereka yang terlibat dalam penyelewengan bahan api bersubsidi.

"Kami berpendapat penalti RM100,000 untuk kesalahan pertama adalah terlalu kecil. Selain itu, soal rampasan, membekukan akaun antara perkara yang akan dipinda di bawah akta ini.

"Saya sudah mengarahkan pihak berkaitan dengan undang-undang termasuk Peguam Negara supaya melihat semula akta ini boleh dikuatkuasakan," katanya.

Mengenai Ops Titik, Hasan berkata operasi yang dilancarkan pada 15 Mei lalu berjaya menangani isu kehabisan stok di stesen minyak di seluruh negara dengan ketara.

Sehingga 8 Jun, beliau berkata sebanyak 124 kes bersabit dengan penyelewengan bahan api bersubsidi berjaya ditumpaskan dengan jumlah sitaan RM5.39 juta.

Sementara itu, seorang wakil syarikat minyak yang ditemui selepas mesyuarat itu berkata, pihak mereka akan akur dengan keputusan kerajaan.

BEKUKAN LESEN PEMBORONG DIESEL... 'LESEN BESAR RASUAH' DALAM KPDNKK, TAK NAK BEKUKAN SEKALI KE?


Ada pasukan khas sedang memburu dan memerangi golongan penyeludup serta golongan rasuah yang telah banyak merugikan negara serta rakyatnya. Walaupun operasi demi operasi yang dijalankan, tidaklah glamour mahupun diberikan publisiti besar-besaran, namun sudah ada pihak yang selama ini duduk goyang kaki, kocek kembung setiap bulan, mulai resah dan sudah mula kelam-kabut untuk menutup aktiviti-aktiviti jahanam mereka selama ini.



Berkuat kuasa hari ini, KPDNKK membekukan lesen-lesen baru selama enam bulan bagi pemborong petrol dan diesel dalam usaha mengekang penyeludupan petrol dan diesel. Dalam beberapa operasi, pemborong petrol dan diesel dikenalpasti sebagai penyumbang utama kepada penyeludupan bahan bersubsidi tersebut untuk mendapatkan keuntungan besar.

Pendedahan turut menunjukkan petrol dan diesel subsidi Malaysia dijual di luar sempadan Malaysia-Thailand dan Indonesia memandangkan harga bahanapi itu jauh lebih murah di Malaysia berbanding kedua-dua negara.



Pembekuan lesen-lesen baru tidak akan memberikan sebarang kesan kepada penyeludupan bahanapi berkenaan kerana berdasarkan kepada siasatan, penyeludupan berlaku kerana faktor manusia.

Atau lebih tepat lagi kerana faktor rasuah dan kecuaian pengawasan!

Apatah lagi pemborong yang menyeludup dan menjual petrol serta diesel bersubsidi itu, bukannya pemborong-pemborong baru sebaliknya pemegang lesen sedia ada.

Kalaulah lesen-lesen baru dibekukan, bagaimana pula dengan 'lesen-lesen besar' yang ada dalam KPDNKK? Sampai bila mereka hendak dibekukan atau dihentikan terus daripada menjadi talibarut sindiket?

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...