11 April 2014

MH370 : 3 MINGGU TIADA SERPIHAN DITEMUI & ISYARAT DIKESAN BUKAN DARI KOTAK HITAM...!!!

Pautan kekal imej terbenam


Isyarat dikesan tiada kaitan dengan kotak hitam


PERTH - Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston berkata penilaian awal kepada isyarat yang dikesan oleh pesawat RAAF, AP-3C Orion semalam telah dikenalpasti tiada kaitan dengan MH370.

“JACC telah menganalisis data akustik yang dikesan dan telah mengesahkan bahawa signal yang dilaporkan oleh kapal pertahanan Ocean Shield tiada hubungan dengan kotak hitam MH370” kata Houston.

Analisis lanjut terus dijalankan oleh Pusat Analisis Akustik Australia.

Hari ini Ocean Shield akan menyambung usaha pencarian bersama ping locator dalam mencari isyarat yang mungkin ada hubungan dengan kotak hitam pesawat.

Pasukan mencari setakat ini mengesan enam isyarat "ping', dua daripadanya dikesan oleh kapal China, Haixun 01, pada 4 dan 5 April, manakala Ocean Shield, dilengkapi alat pengesan 'pinger' ditunda Tentera Laut Amerika Syarikat mengesan empat isyarat pada 5 dan 8 April.

"Hari ini (Jumaat), Ocean Shield menumpukan pencarian dengan menggunakan alat pengesan 'pinger' ditunda untuk cuba mengesan isyarat yang mungkin ada kaitan dengan kotak hitam pesawat," kata Houston.

Beliau berkata setakat ini tidak penemuan kukuh dalam pencarian MH370 dan beliau akan memaklumkan perkembangan terkini apabila ada maklumat baharu.




Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata beliau yakin beberapa isyarat yang dikesan ketika operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 adalah dari kotak hitam pesawat berkenaan.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rasanya tiba masanya untuk Malaysia mempertimbangkan andaian-andaian lain dari pihak perisikan selain US dan sekutunya.

Pesawat hilang sebab masalah teknikal pesawat telah disahkan bukan penyebab misteri ini.

Jika rampasan, sama ada pesawat dijumpai atau tidak wajar kita melihat dari perspektif berbeza dan mula menggerakkan perisikan kita ke serata dunia untuk memperolehi maklumat sebenar perkara ini. Jika krew dan penumpang telah tiada sekalipun, pembelaan sewajarnya harus dilakukan terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Master Jaguh berkata...

pulak dah ??

satu dunia kena tipu !!

1 mesia u can cheat ..
but not 1 world bro ...

This Is What U Really Want !! >>> CLICK HERE !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...