Khalid Ibrahim optimis perjanjian air berpihak kepada Selangor

Khalid berkata, perjanjian dengan Putrajaya itu lebih memihak kepada kerajaan negeri Selangor.
"Kita sangat optimis perjanjian ini sebenarnya amat memihak kepada kita," katanya dalam satu program di Shah Alam, Selangor hari ini.
Difahamkan, petang ini Khalid akan mengadakan pertemuan bersama Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili serta wakil daripada pejabat Peguam Negara.
"Kita sudah ada jadual dan saya akan membuat pengumuman esok atau lusa untuk memaklumkan perkembangan terkini," katanya.
Sebelum ini, Khalid dilaporkan berpuas hati dengan proses pengambilalihan empat syarikat konsesi air Selangor melalui Seksyen 114 WSIA 2006.
Khalid berkata, Putrajaya menunjukkan komitmennya dengan memberi jaminan tidak akan menerima sebarang cadangan baharu selain daripada apa yang dimeterai dalam MoU.
“Datuk Seri Dr Maximum Ongkili memberi jaminan kerajaan Persekutuan tidak akan menimbangkan cadangan baharu daripada mana-mana pihak termasuklah daripada pemegang konsesi air.
“Dalam satu mesyuarat tengahari tadi, Dr Maximus memberitahu saya selain daripada MOU yang kami tandatangani bulan lalu, mereka tidak akan menerima mana-mana cadangan baharu.
“Kami juga berjaya menyelesaikan langkah akhir dalam pengunaan Seksyen 114 Akta WSIA,” katanya, baru-baru ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan