KUALA LUMPUR - Spekulasi bahawa isteri perdana menteri Najib Razak, Rosmah Mansor merupakan dalang disebalik siasatan penuh kontroversi terhadap video yang menyindir salah urus tadbir ekonomi negara dan juga kehidupan serba mewah mereka apabila rakyat biasa menderita akibat kenaikan mendadak kos sara hidup mungkin benar.
Paling menyedihkan, hakikatnya sekarang, pelakon GEMUK Lim Ching Miau yang berlakon sebagai pakar feng shui dalam video tersebut telah disoal siasat oleh pihak polis.
“Ini tidak patut. Orang yang berkuasa dalam pasukan polis cuba membuat lawak jenaka. Adakah mereka mahu sampaikan mesej bahawa sesiapa sahaja yang cuba meniru mahupun berlakon sebagai Rosmah Mansur akan dipenjarakan?” Ahli Parlimen kawasan Batu, Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.
Sikap perkauman yang nyata terhadap orang Cina serta minoriti lain
Dalam video berkenaan, Rosmah yang dikenali sebagai seorang yang bernafsu besar, dan sentiasa tamak akan harta kekayaan dimomokkan sebagai ‘Lo-si-ma’.
Ching Mau, yang memegang watak sebagai wanita gemuk yang gilakan beg tangan mewah serta barangan kemas bernama ‘Mrs Jit’, telah menasihati penonton untuk meletakkan ‘lo-si-ma’ iaitu kuda yang diperbuat daripada paku dan skru dikediaman mereka untuk membawa tuah di tahun kuda ini.
Teresa juga telah dikutuk kerana membuat video oleh NGO Islam pelampau telah yang juga mengadakan protes melampau serta memanggilnya sebagai ayam (selanga lucah bagi menamakan wanita sebagai pelacur) sehinggakan sanggup menawarkan wang sebanyak RM1200 bagi sesiapa yang berjaya menamparnya.
Bukan lagi negara harmoni, aman mahupun stabil
Tawaran mengejutkan yang diwar-warkan kepada awam untuk memukul Teresa tidak dihiraukan oleh pentadbiran Najib, dan diulas sebagai sesuatu yang tidak perlu dihiraukan oleh menteri dalam negeri Zahid Hamidi.
Ini menjadikan NGO Islam yang ganas tadi membuat lebih banyak ancaman manakala pihak polis meneruskan dengan siasatan di pihak Teresa dan juga mereka yang terlibat dengan video itu dengan pekembangan terakhir, Ching Miau telah disoal siasat. Sebuah sitkom bebahasa Cina juga telah digam daripada siarannya di rangkaian television nasional berikutan penglibatan dalam video One-der-ful bagi menyambut kedatangan tahun baru 2014.

Dahulunya sebuah Negara contoh bagi keharmonian dan berbilang kaum, Malaysia sekarang dikenali pula sebagai negara pro ekstrim Melayu dan anti- Cina.
Orang Melayu mewakili 55% daripada 28 juta populasi negara dan menguasai kedua-dua kerajaan dan ekonomi. Manakala, orang Cina yang mewakili 25% daripada populasi Negara telah mendapati diri mereka bersama-sama kaum bukan Melayu yang lain seperti India, Punjabi, Kadazan, Iban dan Dayak diketepikan daripada mendapati hak-hak yang termaktub dalam konstitusi.
Lydia Shum mahupun Lo-si-ma- jangan takut, orang Cina akan terus menentang ketaksuban kaum Umno
Saya perlu memberi keterangan kepada pihak polis, sebagai saksi dibawah Kod prosedur jenayah 111 pada pukul 2 petang esok.
Saya membawa watak seakan Lydia Shum (mendiang pelakon dan juga artisHong Kong). Saya tidak tahu bagaimana saya boleh dikatakan sebagai Rosmah. Saya ingat saya hanya nampak sepeti Lydia. Saya telah menyaksikan lakonannya sejak dari kecil lagi.
Nampaknya, sesiapa sahaja yang cuba menakutkan kaum bukan Melayu daripada mempermainkan pemimpin tertinggi Umno, mahu menekankan bahawa perbuatan sedemikian akan membawa padah.
Mereka nampak permainan dan penipuan termasuk cara membuli yang sering digunakan oleh Najib dan Rosmah melalui pihak polis dan ini menjadikan mereka semakin marah.
Menjadi popular sekelip mata, video Lo-si-ma semakin dicari
Dalam pada itu, pakar undang-undang memberitahu Malaysia Chronicle, Ching Miau mungkin akan mendapat populariti segera dan mereka menjangka orang ramai akan semakin berminat terhadap video itu dan juga peranan yang telah dimainkan olehnya.
Sama seperti kartunis Zunar. Najib telah berusaha untuk menyekat karikatur dirinya dan Rosmah dengan rambut besar tetapi tidak berjaya. Sebaliknya, Zunar sekarang terkenal malahan di luar negara sebagai kartunis politik yang sanggup masuk penjara demi kerjanya. Malah, Zunar telah mengadakan sebuah pameran berkenaan Altantuya dan juga Scorpenes di London baru-baru ini,” kata Tian.

Dia merujuk kepada mendiang Altantuya Shariibu, penterjemah Mongolia cantik yang berusia 28 tahun. Dia telah terlibat dalam pembelian kapal selam Scorpenes dan juga didakwa mempunyai hubungan intim dengan Najib.
Kedua-dua PM dan Rosmah yang didakwa mempunyai peranan dalam pembunuhan kejam Altantuya tidak mengaku terlibat - [Translated by Huzainah A Rani] - Malaysia Chronicle
Artikel Penuh: SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan