03 Januari 2014

TERPANAS ! PERKASA TIBAI KP GERAKAN KEN LIANG RASIS, BELIAU JUGA MENGHENTAM TERUK PR MELALUI AKAUN TWITTERNYA!!!

Wira Perkasa: Ken Liang jangan rasis!

Dalam masa 15 tahun ini apa yang Gerakan dah buat. Kata ada beratus ribu ahli tapi apa yang mereka buat, soal Irwan Fahmi Ideris.


PETALING JAYA: Wirawan Perkasa mengkritik kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang yang kecewa melihat anak muda Melayu ‘cukup mudah’ diperalatkan pihak tertentu bagi menjayakan perhimpunan haram.

Menurut ketuanya Irwan Fahmi Ideris, kenyataan Keng Liang itu berbaur rasis dan dilihat seperti cuba menyatakan bahawa anak Melayu sudah tidak bersama Barisan Nasional (BN) lagi.

“Dalam Pilihan Raya Umum-13 (PRU13) dahulu BN mencatatkan sejarah paling kurang mendapat undi orang Cina apabila hanya 3% daripada keseluruhan 87% orang Cina yang keluar mengundi memilih BN.

“Dalam masa 15 tahun ini apa yang Gerakan dah buat. Kata ada beratus ribu ahli tapi apa yang mereka buat,” soalnya lagi. Menurutnya lagi, ramai anak muda Melayu turun ke jalan raya kerana pembahagian kek ekonomi yang tidak sama rata di Malaysia.

“Memang kita lihat khususnya dalam perhimpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) lalu lebih ramai anak Muda Melayu berbanding Cina.

“Ini kerana kek ekonomi itu lebih dinikmati oleh kaum Tiong Hwa berbanding Melayu sebab itu anak muda mereka lebih senang,” tegas beliau.

Irwan turut menggesa Gerakan untuk mengembalikan kegemilangan parti itu dari bercakap mengenai bangsa lain.

“Gerakan perlekeh orang Melayu, sepatutnya dia lebih cakap mengenai bangsa dia. Yang rasa tertekan ni orang Melayu,” katanya lagi sambil menambah Gerakan boleh keluar dari BN kerana dilihat tidak membantu kerajaan.

Beliau bagaimanapun tidak bersetuju dengan memilih jalan raya untuk menyuarakan pendapat.

“Perkasa sendiri ada desak kerajaan tetapi dengan menggunakan saluran yang betul sebab berdemo ini bertentangan dengan budaya kita.

“Kita sedar anak muda menghadapi pelbagai isu seperti graduan yang tidak mendapat pekerjaan tapi ada salurannya untuk bersuara. Adakah saluran itu sudah digunakan sebelum memilih untuk turun ke jalan raya,” soal beliau lagi.

Dalam masa yang sama, Irwan turut mempertahankan fatwa yang dikeluarkan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang melabel peserta himpunan Turun sebagai ‘bugha’ ataupun pemberontak dan halal darah mereka.

“Ahli-ahli politik tolong hormat mufti, beliau bukan ahli politik dan keluarkan fatwa berdasarkan Al-Quran dan hadis,” kata Irwan.

Irwan turut menyeru rakyat Selangor untuk menghormati titah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyatakan perkataan Allah milik ekslusif orang Islam.


KETUA PEMUDA GERAKAN KEDAH HINA MELAYU!!!






Jangan pula ada Pemuda UMNO atau PERKASA atau kumpulan silat yang berkira-kira hendak membuat laporan polis berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Keng Liang menerusi TWITTERnya malam tadi.

 Jangan pula Pemuda PAS atau AMK yang beratur berbaris di hadapan balai polis atau mengatur satu lagi demonstrasi dalam tempoh terdekat kerana sakit hati dengan kenyataan Tang Keng Liang.

Tan Keng Liang dalam beberapa kenyataan di Twitternya malam tadi, bertanyakan di mana anak-anak muda Cina dan India berbanding anak-anak muda Melayu yang berjaya menawan pentas Dataran Merdeka tengah malam tadi. Kemudian membuat bandingan - anak Melayu sedang berdemo, anak Cina dan India sedang berseronok di kelab hiburan, tempat makan dan sebagainya.

Apakah benar seperti yang dikatakan oleh Tan Keng Liang?

Atau sebenarnya Tan Keng Liang sedang menghidupkan api perkauman?

Tapi ya jugak... beria-ia budak-budak Melayu berdemonstrasi malam tadi sebab protes kenaikan harga, tapi kelab-kelab hiburan dan cafe-cafe berharga mahal di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur malam tadi, penuh sesak. Tidak pula ada sebarang tanda kelab-kelab hiburan dan cafe-cafe tersebut kurang orang sehingga perlu mengurangkan harga.

Mengapa hanya Melayu sahaja yang berdemonstrasi dan kalau ada anak Cina dan India, jumlahnya bagaikan mencari jarum di dalam jerami? Apakah Melayu yang digambarkan menerusi anak-anak muda yang sangat bersemangat dengan demonstrasi jalanan itu, sedang mengalami krisis harga diri tetapi lebih gemar menyalahkan pihak lain berbanding diri sendiri?

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...