31 Disember 2013

Polis temui bom buatan sendiri di Ampang

Polis temui bom buatan sendiri di Ampang
2013/12/31 - 13:21:51 PM



TIMBALAN Ketua Polis Selangor, Datuk Abd Rahim Jaafar menunjukkan bom buatan sendiri selepas polis menahan seorang suspek di Ampang, dipercayai bom ini akan diletupkan pada malam sambutan Tahun Baru dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini. - Foto Osman AdnanSHAH ALAM: Polis Selangor hari ini mengesahkan penemuan satu bom buatan sendiri daripada seorang lelaki yang ditahan di Tasik Permai, dekat Ampang, pagi Ahad lalu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd Rahim Jaafar, berkata bom itu ditemui ketika anggotanya memeriksa lelaki terbabit yang dilihat dalam keadaan mencurigakan, kira-kira jam 10.30 pagi.

"Sebelum ditahan, suspek lelaki berusia 46 tahun itu dilihat mencurigakan dan tidak berhenti ketika diminta berbuat demikian oleh anggota polis yang sedang membuat rondaan di kawasan itu.


"Polis merampas satu objek jenis paip PVC dan mempunyai sumbu bersama mercun botol disyaki bahan letupan buatan sendiri serta dua telefon bimbit milik suspek," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Dalam satu kes berasingan, polis Selangor turut merampas 56 helai baju T yang mempunyai unsur hasutan dalam satu serbuan di Seri Kembangan, awal pagi semalam.

Sehubungan dengan rampasan itu, polis turut menahan seorang lelaki berusia 37 tahun, sebelum melepaskan lelaki yang bekerja sendiri itu selepas keterangannya dirakamkan.

Bagi kes pertama, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 manakala bagi kes kedua, kes disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan. ~BH

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah PDRM, CEKEP, CEPAT, PANTAS.......
Harap ini bukan rerun or reply himpunan BERSIH dulu dimana molotox begitu mudah ditemui di sekitar Sogo dan Jalan TAR,

Syabas

Ebra Heim berkata...

Moga Allah memberkati usaha pihak polis itu...tetapi jika itu hanya penipuan moga Allah melaknat tn2 semua kerana menipu rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Boleh bebas selepas ambil keterangan, bawa bom ke bawa mercun ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...