24 Oktober 2013

GEMPAR! KES ROMPAK AMBANK PENGAWAL KESELAMATAN TIADA LESEN SENJATA API & KDN BATAL LESEN SYARIKAT




Tembak pegawai bank: KDN batal lesen syarikat keselamatan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan lesen syarikat kawalan keselamatan yang menggaji pengawal keselamatan terlibat dalam kejadian menembak mati pegawai operasi Ambank di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya, semalam.

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN Datuk Alwi Ibrahim berkata syarikat berkenaan didapati gagal mematuhi syarat dan peraturan pengendalian serta pengurusan agensi persendirian di bawah Akta Agensi Persendirian 1971.

"Kementerian mendapati syarikat kawalan keselamatan itu mempunyai lesen untuk menggaji pengawal keselamatan yang menggunakan senjata api tetapi pengawal keselamatan (suspek) itu tidak ada lesen membawa senjata api.

"Selain itu, syarikat kawalan keselamatan itu baru mengemukakan permohonan untuk membuat tapisan keselamatan bagi pegawal keselamatan terbabit (suspek) pada hari ini. Sehubungan itu, KDN memutuskan untuk membatalkan lesen syarikat berkenaan," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.


Dalam kejadian 6 petang semalam, pegawai operasi Ambank Norazita Abu Talib, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan berusia 37 tahun selepas beliau membuka pintu bilik kebal bersama rakan setugasnya.

Alwi berkata polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti identiti dan latar belakang suspek yang merupakan seorang pegawal keselamatan gantian di bank berkenaan.

"Setakat tengah hari tadi, suspek belum ditahan," katanya.

Sementara itu, Alwi berkata KDN telah mengeluarkan Lesen Agensi Persendirian kepada 751 syarikat kawalan keselamatan dan daripada jumlah itu, sebanyak 125 syarikat mempunyai lesen untuk menjalankan operasi kawalan keselamatan senjata api.

Untuk memastikan syarikat kawalan keselamatan mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan, beliau berkata KDN sedang melakukan audit secara menyeluruh terhadap syarikat-syarikat berkenaan.

"Audit sedang dijalankan dan sehingga kini, sebanyak 90 peratus syarikat telah diaudit dan kami akan membuat analisa dan rumusan," katanya.

Beliau turut memberi amaran keras kepada syarikat kawalan keselamatan agar mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan, termasuk menggunakan pengawal keselamatan dari negara sumber bagi mengelak lesen syarikat dibatalkan serta-merta.

-Bernama

7 ulasan:

En Putat berkata...

SEKALI TERANTUK...SEKALI TENGADAH...Malaysia oh malaysia....

Tanpa Nama berkata...

KDN tengah buat wayang tu mustahil nak batal lesen syarikat kroni.

Tanpa Nama berkata...

http://suarainsan.net/rahsia-sebenar-di-sebalik-tragedi-pegawai-bank-di-tembak-terus-tersebar/

Tanpa Nama berkata...

ni Pemilik Syarikat Keselamatan Wanita Umno..Rujuk link dibawah

Suspek IC Palsu Sabah....ada tulis Tawau..

ada kena mengena dengan Sultan Sulu Jamalul Kiram Ke....pasai hadir dalam AGM UMNO sblm Insiden Lahad Datu ?????

anf KENAPA lesen Syarikat di BATALKAN tetiba supaya sisiatan tak leh dibuat !!!?????

http://suarainsan.net/ini-pemilik-syarikat-keselamatan-yang-terlibat-dalam-kes-tembak-pegawai-bank/

Tanpa Nama berkata...

http://securiforce.com.my/portal/index.php/profile-of-datuk-maznah-hamid/datuk-dr-maznah-hamid

Tanpa Nama berkata...

Saya berharap Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN Datuk Alwi Ibrahim BENAR-BENAR SIRIUS dalam membuat kenyataan bahawa LESEN SYARIKAT ITU DIBATALKAN bukan satu kenyataan retorik yang sering kita dengar setiap kali berlaku sesuatu musibah.
Dengar kabar Syarikat berkenaan ada kaitan dengan 'strong & influential politcal figure' dan berkaitan pula dengan kepimpinan negara.
INGATLAH DUA ANAK KEHILANGAN IBU, dlama usia yang begitu mendamba kasih ibu.
JANGAN KERANA PENGARUH DAN KEDUDUKAN SYARIKAT INI TERLEPAS DARI KEADILAN.
SENJATA, NYAWA DAN KESELAMATAN TIDAK BOLEH DI KOMPROMI KERANA KEDUDUKAN DAN PENGARUH POLITIK FIGURE UTAMA SYARIKAT.
SEMOGA INI SATU PENGAJARAN KEPADA SEMUA OPERATOR KHIDMAT KESELAMATAN BERHATI BERHATI DALAM MENGAMBIL PENGAWAL MEREKA.

Tokwan Perak.

Tanpa Nama berkata...

facebook org jahanam https://www.facebook.com/ardi.putrakatela

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...