19 Jun 2013

TERKINI ! RAKAMAN CCTV KEJADIAN ATENA JATUH DI MENARA UMNO PENANG !!! SAKSIKAN




Laporan siasatan kematian lelaki yang dikhuatiri tertimbus selesai - Polis

Gambar: 鉴证科人员与法医拿督布宾达星正在检验汽车残骸以求找到任何与死者有关的蛛丝马迹

GEORGE TOWN: Laporan siasatan berhubung kematian seorang lelaki yang dikhuatiri tertimbus di kawasan runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister di sini telah selesai, kata Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng.

Beliau berkata hasil penemuan siasatan itu akan diserahkan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid pada hari ini bagi proses permohonan sijil kematian.

"Polis bertindak berpandukan apa yang telah kita peroleh seperti rakaman CCTV (kamera litar tertutup) untuk melakukan kerja mengesan dan menyelamat dan kita percaya mayat mangsa berada di sekitar kawasan kejadian, tetapi tidak dapat dijumpai," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata pasukan Jabatan Kimia dan Forensik dari Hospital Pulau Pinang turut selesai melakukan ujian di sekitar kawasan kejadian semalam dan tidak menemui sebarang tisu badan dan kesan darah di tempat itu.

Gan berkata kertas siasatan dibuka berdasarkan laporan orang hilang dan sijil kematian dijangka dapat diserahkan kepada keluarga mangsa, Jumaat ini.

Dalam kejadian angin kencang Khamis lepas, seorang penjual nasi Lim Chin Aik, 44, dikhuatiri tertimbus apabila pasukan mencari dan menyelamat menemui beberapa bahagian kereta Honda City berwarna gelap terbenam di kawasan runtuhan pada Sabtu.

Polis mengesahkan nombor casis kereta yang terbenam itu sepadan dengan kereta milik mangsa yang dilapor hilang sejak hari kejadian selepas keluar mengambil anaknya di sekolah.

Susulan itu, pihak berkuasa memulakan operasi mencari dan mengesan mangsa, tetapi operasi terpaksa dihentikan sepenuhnya pada 8 pagi Isnin untuk mengelak struktur bangunan warisan di kawasan itu terjejas.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...