22 Jun 2013

HOT ! HUSAM DITAHAN MENGIKUT AKTA HASUTAN DAN DIBAWA KE IPD PENGKALAN CEPA





Datuk Husam bertemu dengan Lawyer Sivarasa dan Yb Gobind Singh di Balai Polis Ampang.



Ini berita terkini dari twitter GobindSinghDeo

Dato Husam sekarang dalam perjalanan ke IPD Kota Bahru. Di iringi 4 kereta polis dan lebih dpd 10 pegawai polis. Ditahan berkenaan ucapan di ketereh pd 12.6.13. Disiasat utk hasutan dibawah s4(1) Akta Hasutan. OTW ke IPD Kota Bahru sekrang.


Husam ditahan mengikut Akta Hasutan

Naib presiden PAS Husam Musa berkata beliau hari ini ditahan polis untuk siasatan mengikut Akta Hasutan.

Husam dalam satu kiriman SMS kepada Malaysiakini berkata, beliau kini dibawa ke balai polis Ampang dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Polis Diraja Malaysia dalam satu kenyataan petang ini menyebut, Husam ditahan pada jam 4 petang di Kampung Pandan, Ampang.

Polis juga mengesahkan bahawa Husam ditahan berhubung satu kenyataan berhubung kehadiran di perhimpunan 'Black 505' hariini.

Butiran lanjut mengenai penahanan berkenaan masih belum diperolehi namun ia dijangka mempunyai kaitan dengan satu kenyataannya, seperti disiarkan Harakahdailypada Isnin lalu.Dalam kenyataan itu, Husam antara lainnya berkata: "Andaikata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allah ia adalah syahid fi sabillah.

"Niat kita adalah penipuan pilihan raya mesti dihentikan dan sesiapa terlibat dengan penipuan ini mesti menerima tanggungjawabnya sekarang dalam sistem politik negara ini," tegas Husam.

"Kita boleh redha dengan kekalahan kita tetapi kita tidak diizinkan untuk redha dengan penipuan dan maksiat.

"Ini dua perkara yang berbeza. Kita boleh terima hakikat takdir yang telah ditentukan tetapi kalau penipuan demi penipuan, tiap-tiap kali pilihan raya Umno menang hanya dengan penipuan, wajib kita orang Islam tegak berdiri menentangnya," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.Kenyataan itu menerima tentangan keras, antaranya dari seorang bekas pemimpin PAS Prof Madya Mohd Nor Deris yang mahu Husam disiasat kerana kenyataan yang didakwanya sebagai “fatwa sesat” itu.

Menurut Mohd Nor, pandangan itu bercanggah dengan pegangan ahli sunnah wal jamaah dan tidak boleh dibiarkan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...