29 Mac 2013

TERHOT ! PKR NEGERI SEMBILAN SABOTAJ PROGRAM NAIB PRESIDEN SENDIRI..?



Hampir 2 Ribu Warga Felda Palong Sambut Tian Chua – Bukti Fitnah Jahat Ditolak

Bersempena dengan terbubarnya DUN Negeri Sembilan semalam, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melalui SAMM N.Sembilan dan juga aktivis PKR tempatan telah menganjurkan sebuah ceramah perdana di gagasan Felda Palong 2.

Penganjuran ceramah yang berkisar ‘genre’ isu Lahad Datu tersebut menampilkan YB Tian Chua, Chegubard dan juga Ustaz Noor Azman Mohamad, telah dihadiri oleh hampir 2000 penduduk Felda. Ini merupakan satu suasana yang sangat ngeri buat Umno dan Barisan Nasional apabila melihat penduduk Felda bangkit untuk sekurang-kurangnya hadir mendengar maklumat.

Walaupun terdapat ura-ura akan berlaku serangan dari pihak NGO pro-Umno berikutan antara penceramahnya ialah YB Tian Chua, namun di atas persediaan yang sangat rapi oleh SAMM dan warga setempat maka keadaan terkawal sepanjang program. Keselamatan hadirin adalah menjadi keutamaan. Malah aktivis Umno setempat yang turut hadir mendengar ceramah menyatakan kekesalannya di atas sebarang gangguan dan menyifatkan ia sebagai pengacau dari luar.

Rata-rata rakyat yang hadir ingin mendengar sendiri penjelasan Tian Chua berhubung isu Lahad Datu di mana kenyataan beliau telah dimanipulasi media yang berat sebelah. Jelaslah betapa rakyat hari ini semakin celik untuk menilai sesuatu perkara dari pelbagai sumber, bukan dari satu sumber semata-mata. Justeru itu, SAMM terus mengambil tanggungjawab membawa YB Tian Chua ke negeri Perak pula selepas ini pada tarikh 16 April bertempat Tapak Pekan Rabu, Batu 5 Parit Buntar.


SAMM Kebangsaan juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah buat komrad SAMM yang bekerja keras menjayakan program ini khususnya SAMM zon Palong dan SAMM zon Muadzam Shah. Dengan keberjayaan ini, SAMM meneruskan rekod bersih penganjuran tanpa gangguan.

Walaubagaimanapun, SAMM ingin merakamkan rasa kesal di atas sikap pimpinan PKR N.Sembilan yang mengambil sikap tidak progresif. Walaupun yang hadir ialah Naib Presiden parti tersebut tetapi wujud arahan untuk tidak bekerjasama telah dikeluarkan dari peringkat negeri.

 Malah, PKR N.Sembilan tidak mengambil inisiatif di atas sejarah pembubaran automatik DUN N.Sembilan.


Edy Noor Reduan -Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia



1 ulasan:

Remy Masron berkata...

Kegelisahan pimpinan PKR N9 ungkin disebabkan takut akan pengaruh heGu
Bard dan SAMM...Pimpinan PKR N9 takut akan terhakisnya kuasa mereka kalau ikut serta dlm program SAMM..Pimpinan PKR N9 sekarang ni dah ikut perangai
UMNOngok ke..Tolong la, kalau dah pegang bendera PKR tu erjuanganmya ialah keadilan dan bukannya kuasa atau pangkat atau mahu mencipta
kekayaan peribadi melalui politik.
Menghadapi PRU13 ini biarlah ada sedikit kejujuran dan berlaku adil pada semua rakyat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...