28 Mac 2013

PECAH BERITA ! BILLION VENTURE ( KELUARGA HII ) SAPU TANAH SARAWAK 32,000 HEKTAR..!!!


Billion Venture Lawan “Penduduk Setinggan” – Sebuah Kisah Di Sebalik Rampasan Tanah NCR Dilakukan Keluarga Hii


Papan tanda yang melambangkan jutaan kesengsaraan bagi orang pribumi Sarawak.

Huang Lung Ong merupakan seorang peguam yang dirakamkan dalam video tersembunyi yang mewakili keluarga Hii dalam cubaan mereka menjual 32,000 hektar tanah hutan berlesen untuk tujuan perladangan di bawah nama syarikat mereka, Billion Venture.

Kini Sarawak Report dapat mendedahkan dengan lebih lanjut bahawa peguam ini telah menyembunyikan bukti-butki penting dari pengetahuan bakal pelanggannya.

Ini kerana lesen yang dipegang oleh Billion Venture itu merupakan suatu kes menentang kaum pribumi di Sarawak, dan perbicaraannya akan didengar dalam mahkamah pada hari Rabu ini!

Kes tersebut merupakan kes terpenting di Sarawak yang dilihat menyatupadukan tiga suku kaum pribumi di daerah Limbang, yang telah bersatu untuk menentang Kerajaan Negeri kerana dituduh membahagikan tanah-tanah mereka tanpa sebarang perundingan atau proses-proses yang wajar di bawah undang-undang.



Huang menjelaskan jumlah potongan yang diminta oleh Taib.

Komuniti-komuniti orang pribumi ini adalah Penan, Kelabit dan Lun Bawang, yang menduduki kawasan di hulu Limbang.

Ini merupakan sebuah kawasan hutan sehingga ke akhir tahun 1980-an, apabila Taib Mahmud telah mematahkan sekatan jalan bagi menghalang kemasukan para pembalak, yang telah diberinya lesen-lesen untuk meneroka di situ.

Namun Huang tidak memberitahu ‘pelanggannya’ mengenai kes ini, yang telah disuruhnya untuk menjelaskan RM230 juta kepada syarikat yang ditentang oleh komuniti-komuniti yang bertindak selaku plaintif yang dikatakan tiada hak ke atas tanah yang cuba dijual oleh keluarga Hii itu.
Sebaliknya dia memberitahu kepada para penyiasat dari NGO Global Witness itu bahawa mereka tidak akan menghadapi sebarang masalah dengan geran pada tanah itu.


Lesen yang diberikan secara rahsia kepada keluarga Hii, salah satu darinya sedang dibicarakan.

Aduan daripada pemilik-pemilik tanah NCR itu adalah Billion Venture telah secara rahsia diberikan tanah NCR yang dimiliki tidak kurang dari tiga komuniti orang pribumi di kawasan Limbang oleh Ketua Menteri dalam tahun 2002 dulu.

Konsesi itu merangkumi sebuah Lesen Hutan Ditanam Semula LPF/0027, dan juga dua buah lagi konsesi lumayan kayu Belian di kawasan berhampiran.

Namun, tiada satupun pihak, sama ada Ketua Menteri, Jabatan Tanah dan Survei ataupun syarikat Billion Venture, telah memberitahu orang-orang tempatan mengenai urusniaga yang telah dijalankan atas tanah mereka itu.

Jabatan Tanah dan Survei kawalan Taib Mahmud tidak memberi amaran kepada penduduk pribumi itu bahawa tanah hutan mereka telah diambil untuk dijadikan kawasan pembalakan dan seterusnya menjadi konsesi perladangan. Mereka tidak memberitahu penduduk mengenai apa-apa konsesi yang dilibatkan. Mereka tidak memberikan khidmat perundangan atau khidmat nasihat. Mereka tidak berusaha untuk mengajak orang-orang pribumi itu merundingka pampasan.

Kesemua ini merupakan pelanggaran undang-undang dan perlembagaan, sebagaimana kes di antara kaum-kaum pribumi dengan Billion Venture Sdn Bhd, dan juga menentang Kerajaan Negeri kerana terlibat mengeluarkan lesen-lesen itu.


Dakwaan terhadap Kerajaan Negeri Taib Mahmud kerana bertindakan dengan menafikan undang-undang memberikan lesen-lesen tanpa membahagikan hak atas tanah NCR dari penduduk pribumi, yang telah menetap di situ “sekian lama”

Tanpa memohon membahagikan hak orang pribumi dan berjumpa dengan mereka dengan cara yang sepatutnya, para pemegang lesen-lesen itu telah secara rahsia mengendalikan transaksi selama beberapa tahun, sehinggalah jentolak memasuki kawasan mereka buat kali pertamanya baharulah mereka sedar akan rancangan Taib Mahmud menebang kawasan itu.

Berapa kalikah kita pernah mendengar tipu helah ini dijalankan di Sarawak dan apakah alasan Taib Mahmud pada minggu lalu bahawa semua yang dilaksanakan di Sarawak adalah “mengikut prosidur”?



Sebuah lesen kawasan hutan tanam semula yang luas dan juga dua buah konsesi untuk mendapatkan kayu Belian untuk syarikat keluarga Hii, Billion Venture Sdn Bhd.

Pada masa komuniti-komuniti pribumi ini mengetahui bahawa tanah mereka telah diambil. Pada mulanya di bawah sebuah lesen membalak kepada syarikat Ravencourt Sdn Bhd yang dikaitan dengan syarikat Samling dan seterusnya sebagai lesen perladangan kepada Billion Venture, ianya sudah terlambat.

Dan pada masa mereka telah berjaya mendapatkan khidmat guaman dan menjadikan pencerobohan itu sebagai sebuah kes, syarikat-syarikat yang kaya ini dan juga peguam-peguam Jabatan Tanah dan Survei Taib Mahmud dapat menghujahkan bahawa tempoh untuk mengemukakan bantahan telah tamat!

Hujah-hujah yang dikemukakan oleh Taib Mahmud, keluarga Hii, keluarga Yaw dari Samling dan defenden-defenden yang lain dalam kes ini bahawa mereka telah sebenarnya melanggari undang-undang.

Para penduduk pribumi telah dibiarkan tidak mengemukakan bantahan dalam masa 36 bulan, maka setelah tamatnya tempoh berkenaan, undang-undang sudah tidak dapat dikuatkuasakan lagi!

Apa yang mengejutkan adalah hakim asal yang mendengar perbicaraan itu telah menerima alasan melampau defenden-defenden itu dan menafikan kes asal atas sebab-sebab teknikal apabila kerajaan negeri sendiri telah melanggari undang-undang dan mengabaikan tanggungjawabnya terhadap orang-orang pribumi.


Adakah ianya menjadi suatu kesilapan mereka kerana tidak mengupah peguam mengenai masalah di mana tiada seorangpun yang dapat memberitahu mereka mengenai apa yang berlaku?

Memandangkan para pemilik tanah NCR itu telah gagal mengemukakan aduan dalam tempoh masa yang ditetapkan dan sebaliknya mereka telah mengemukakan petisyen dalam tahun 2011, hakim yang mengendalikan kes itu telah secara rasminya membatalkannya!

Tetapi bagaimana orang-orang pribumi yang miskin dan daif ini dapat mengadu jika tiada siapa yang memberitahu mereka mengenai apa yang berlaku dan juga kewujudan lesen-lesen itu tidak diumumkan?

Dan bagaimana pula kita mengharapkan komuniti-komuniti ini yang tidak mpandai membaca atau menulis dan tiada punca pendapatan yang baik telah secara tiba-tiba dijangka dapat mengupah peguam-peguam untuk memperjuangkan kes mereka?

Sepatutnya, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab utama bagi Taib Mahmud sebagai seorang pemimpin negeri mempastikan bahawa para pemilik tanah-tanah NCR diberitahu sepenuhnya mengenai rancangan dan keputusannya dan juga diberikan kemudahan untuk mendapatkan khidmat guaman dan proses-proses mendapat pampasan secara wajar.

Sebaliknya Taib Mahmud memilih untuk melanggari prosidur yang digariskan oleh undang-undang dan merampas hak-hak milik orang-orang pribumi yang miskin itu. Rampasan itu sengaja dilakukan oleh Taib Mahmud dan para kroninya yang tamak dan rakus ke atas tanah tumpahnya sendiri selama 32 tahun pemerintahan berdiktatornya itu.


Ketua PKR Sarawak, Baru Bian merupakan peguam yang membela orang-orang pribumi di Limbang menentang syarikat Billion Venture selama 6 tahun.

Namun orang-orang Limbang kini sedang berjuang menentang pembersihan kaum dan juga pemusnahan yang dibawa.

Kes persengketaan tanah di Limbang itu merupakan suatu cintoh yang jelas mengenai ketidakadilan terhadap pemilik-pemilik tanah NCR di Sarawak dan ianya telah berjaya menyatupadukan ribuan orang pribumi dari pelbagai kaum etnik bekerjasama buat pertama kalinya menentang ketamakan dan kejahatan rejim Taib Mahmud.


Kaum-kaum yang terjejas adalah Penan, Lun Bawang dan Kelabit.

Walaupun telah dinafikan oleh sistem undang-undang, di mana di Malaysia ianya merupakan suatu sistem yang telah menjadi korup kerana campurtangan politik, mereka tetap enggan menerima penutupan kes ini.

Lagipun, undang-undang tanah Taib Mahmud yang berkontroversi itu kini telah dianggap tidak sah di peringkat Mahkamah Tinggi Persekutuan.
Mengapa harus Ketua Menteri itu tetap berusaha merompak orang-orangnya sendiri menggunakan teknikaliti yang lemah

Komuniti-komuniti ini telah dibantu oleh peguam tanah adat iaitu ketua PKR Sarawak Baru Bian dan mereka kini telah berjaya mendapat kebenaran untuk merayu menentang penutupan kes itu.

Dengan bertambahnya kejayaan menangani kes-kes tanah NCR yang “nakal-nakal” ini, keluarga-keluarga golongan kroni seperti Hii dan Yaw harus berasa tidak selesa dengan kembalinya perbicaraan itu.


Komuniti-komuniti yang dahulunya telah ditindas secara berasingan kini bangkit bertindak secara bersatu-padu menentang salahlaku Taib Mahmud dan kroni-kroninya di dalam mahkamah.

Lagipun, dengan menjelangnya pilihanraya, setiap orang dapat melihat bahawa apa yang dilakukan oleh Taib Mahmud itu adalah jahat, salah dan tidak bermoral … oh dan ya, melanggari undang-undang.

Sudah tentunya sukar untuk dipastikan sama ada mahkamah-mahkamah berani membetulkan ketidakadilan seperti ini.

Lagipun Taib Mahmud dan keluarganya dan juga rakan-rakannya lebih gemar melabelkan para pemilik tanah itu sebagai “penduduk setinggan”, bagi membolehkan mereka membahagikan kawasan mereka dan menjualkan semula dengan harga berbillion-billion ringgit.

Namun para hakim yang mereka lantik secara politik biasanya enggan bersekongkol dengan mereka.

Orang-orang pribumi boleh mengharapkan keadilan menyebelahi mereka pada hari Rabu ini, tetapi tempat sebenar bagi mengendalikan isu-isu ini bukanlah di mana-mana sistem mahkamah yang korup di Sarawak, tetapi menerusi perubahan pada kerajaan.

Rancangan jahat dan jahil syarikat keluarga Hii, Billion Venture boleh dihalang jika para pengundi mampu menentang penipuan dalam pilihanraya nanti.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...