01 Februari 2013

Panas ! Komplot polis dan HKL untuk tutup pembunuhan Sugumar terbongkar...

Komplot polis dan HKL untuk tutup pembunuhan Sugumar – Surendran

 Dolak-dalik polis dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) berhubung tuntutan bedah siasat kedua C Sugumar dipercayai untuk mengelak keganasan polis ke atas mendiang terbongkar.

Kelewatan polis mengeluarkan kebenaran bertulis kepada hospital tersebut untuk bedah siasat kedua mangsa turut dikecam.



Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, polis sengaja melengahkan bedah siasat supaya kes yang didakwa sebagai pembunuhan itu tidak diketahui umum.

“Peguam mendiang Sugumar, Eric Paulsen hari ini memaklumkan bahawa HKL tidak akan membuat bedah siasat kedua selagi polis belum mengeluarkan kebenaran bertulis.

“Polis dan HKL juga dianggap berkomplot kerana gagal memberikan jawapan memuaskan kepada kita,” katanya kepada Keadilan Daily.

“Bila tanya polis, mereka suruh kita tanya HKL begitulah sebaliknya. Sikap seperti ini memang dangkal dan memualkan!” katanya.

Beliau menambah, kelembapan polis mengeluarkan surat kebenaran kerana mahu menyembunyikan fakta sebenar pembunuhan Sugumar.

“Polis takut jika bedah siasat kedua dibuat, kezaliman polis yang menyebabkan kematian Sugumar akan diketahui orang ramai.

“Kita desak polis segera bantu siasatan untuk HKL buat bedah siasat kedua. Jangan sembunyikan kebenaran!” tegasnya.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Hamzah berkata, tiada halangan bedah siasat kedua dijalankan seperti diminta keluarga mangsa asalkan kos pembedahan itu ditanggung sendiri.


Polis serah pada keluarga Sugumaran bedah siasat kali kedua

Polis berkata siasatan yang dilakukan selama ini adalah telus serta berlaku adil kepada semua pihak termasuk mengambil keterangan terhadap lebih 100 individu.

SHAH ALAM, 31 Jan – Polis menyerahkan kepada keluarga mendiang C. Sugumaran untuk menjalankan bedah siasat kali kedua terhadap mayatnya, kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Beliau berkata polis tidak menghalang tindakan itu tetapi tidak mencampuri urusan berkenaan memandangkan keputusan bedah siasat telah dilakukan dan mendapati Sugumaran mati disebabkan saluran jantung tersumbat dan bukan disebabkan kekerasan polis.

“Bedah siasat yang dilakukan oleh Hospital Serdang pada minggu lepas adalah mengikut prosedur yang ditetapkan dan polis menerima hasil bedah siasat berkenaan, namun tidak menghalang keluarga mangsa untuk bedah siasat kali kedua,” katanya dalam sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontingen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Tun Hisan berkata demikian ketika mengulas mengenai memorandum permohonan siasatan lanjut dan menyeluruh berhubung kematian Sugumaran sewaktu dalam tahanan polis yang diserahkan Ketua Pemuda MIC, T.Mohan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata siasatan polis yang dilakukan selama ini adalah telus serta berlaku adil kepada semua pihak termasuk mengambil keterangan terhadap lebih 100 individu termasuk anggota polis, orang awam dan saksi kejadian.

Beliau perkata pihaknya juga telah menghantar kertas siasatan kepada pendakwa raya Selasa lepas mencadangkan supaya diadakan inkues di mahkamah terbuka berhubung kes itu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...