IKLAN

IKLAN
Klik gambar

29 Januari 2013

Nie Apa Hal...Syarikat perumahan Negara pun kaki tipu..?


SPNB @ SYARIKAT PENIPU NEGARA BERHAD?



TERIMA KASIH Sabahkini.net kerana membuat liputan di perumahan Apas Permai Tawau yang dibina SPNB. Hasil dari perjumpaan dan niat SPNB ingin menyerahkan kunci kepada pembeli Taman Apas Permai pada 21 Januari 2013, semua pembeli telah sebulat suara enggan menerima kunci kerana Sijil Menduduki (OC) bersyarat untuk tiga bulan sahaja dan pelbagai masalah lain.

Di sini kami ingin menyatakan bawah SPNB wajar dijenamakan semula sebagai 'Syarikat Penipu Negara Berhad' kerana tidak langsung bertanggungjawab; walaupun konon-kononnya mahu membela rakyat dan memberi kehidupan selesa kepada rakyat.
Kami amat berdukacita kerana rumah yang diserahkan amatlah daif dan dikategorikan rumah belum siap sepenuhnya dan sepatutnya kontraktor yang bertanggunggjawab hendaklah menyiapkan sepenuhnya mengikut pelan asal sebelum diserahkan kepada pembeli.

PENIPU.....Ketua Pegawai Teknikal, Datuk Ahmad Azizi Bin Hj Ali, bersama orang kuat SPNB ketika penyerahan kunci pada 21 Januari lalu.


CACAT....Sebahagian kecacatan rumah yang dibina SPNB tetapi mahu diserahkan kepada pembeli.

Siapa yang sanggup duduk di rumah tersebut dan bagaimana pula sekiranya pihak yang membina rumah SPNB mendapat rumah tersebut? Adakah mereka sanggup tinggal dan membayar ansuran bulanan?

Persoalan kami, kenapakah SPNB tergesa-gesa mahu menyerahkan rumah yang tidak siap dan memaksa kami menerimanya? Apakah ada kaitan dengan PRU-13?

Apakah kerajaan sekarang membela rakyat atau makan duit rakyat? Kami telah mengirimkan surat aduan dan rayuan kepada Perdana Menteri Malaysia melalui Persatuan Perumahan Apas Permai, namun sehingga kini tidak menerima sebarang jawapan.

Kami kesal kerana semua pihak yang bertanggungjawab dalam projek SPNB tidak menjalankan tugas mereka dengan sempurna dan berharap agar dapat menukarkan mereka dengan orang baru jika tidak ingin BN kecundang di DUN Apas pada PRU-13.

MANGSA PENIPUAN SPNB

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...