08 Januari 2013

TEKA-TEKI TERJAWAB... BETULKAH NAJIB SAKIT? Najib perlu jelaskan khabar stroknya & berubat di S’pura....


Najib nafi dakwaan diserang strok

                                                                                                                                                   KUALA LUMPUR, 8 Jan — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menolak khabar angin beliau mengalami strok kecil hujung minggu lalu, dengan mengatakan beliau masih sihat.

Spekulasi ke atas kesihatan beliau hujung minggu lalu pertama kali dibangkitkan dalam talian oleh laman web pemberi maklumatSarawak Report, yang mendakwa Najib (gambar) mengalami strok akibat tekanan oleh siri pendedahan peniaga permaidani Deepak Jaikishan.

“Jadi Bursa Malaysia sihat, sewaktu pasaran dalam keadaan cukup sihat, sukuk sihat. Saya juga sihat. Jangan dengar (dakwaan) blog, tolonglah,” katanya sewaktu menyampaikan ucaptama di Bursa Malaysia pagi ini.

Sarawak Report telah melaporkan pada 5 Januari, dakwaan tidak berasas bahawa Najib mempunyai strok kecil, yang mereka dakwa boleh menyebabkan Najib berhenti sebagai PM sebelum pilihan raya umum ke-13 yang mesti dipanggil pada akhir April.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri muncul di Low Cost Carrier Terminal (LCCT) Sabtu lepas di Sepang untuk melancarkan produk baru syarikat penerbangan tambang murah AirAsia sebelum ke Kuantan untuk lawatan.

Malam sebelum penyebaran khabar angin, beliau merasmikan mesyuarat tahunan dan makan malam veteran angkatan tentera di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan kelihatan sehat.


BETULKAH NAJIB SAKIT? Najib perlu jelaskan khabar stroknya & berubat di S’pura

Pemimpin PKR telah menggesa kerajaan persekutuan untuk menjelaskan khabar angin yang hangat menyatakan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri NajibTun Razak yang sedang dilanda beberapa masalah kebelakangan ini telah mengalami strok kecil supaya rakyat dan pelabur maklum akan apa yang telah berlaku kepada kepimpinan tertinggi negara.

"Ya, saya telah dengar khabar itu sejak Jumaat. Kami diberitahu dia mengalami strok kecil dan sedang berehat di Singapura.Ini adalah apa yang kita dengar. Ini merupakan spekulasi yang serius justeru perlu dijelaskan. Orang yang terbaik untuk berbuat demikian adalah Najib ," Rafizi memberitahu sidang akhbar pada Isnin.

Betul-betul sakit atau helah pesaing Umno memaksanya berhenti?

Malaysia dijangka akan mengadakan pilihanraya umum pada tahun ini yang yang diramalkan bersejarah kerana bakal menyaksikan perubahan rejim yang pertama di negara ini sejak 1957. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat dijangka akan memenangi pilihanraya dan menggantikan parti rasuah Umno-BN yang sedang berpecah-belah.

Terdapat spekulasi bahawa parti Najib sendiri mahu dia digantikan menjelang pilihanrayaumum ke-13, untuk memberi laluan kepada Yassin Muhyiddin, timbalannya untuk menggantikannnya. Muhyiddin dipercayai telah mendapat sokongan daripada bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, yang masih mempunyai pengaruh besar dalam parti Umno itu.

Menurut Sarawak Report, para doktor Najib sedang berada dalam keadaan berjaga-jaga sepanjang hujung minggu lalu.

Pemerhati Umno berbelah-bagi dalam memberi pandangan mereka terhadap apa yang sebenarnya sedang berlaku dalam parti. Ada yang percaya Najib telah benar-benar jatuh sakit, yang lain pula percaya bahawa ia merupakan satu muslihat bagi membolehkan Najib meninggalkan parti dalam keadaan yang terhormat. Ada juga yang berpendapat bahawa berita itu disebarkan oleh pihak Muhyiddin dan Mahathir untuk memberi tekanan kepada Najib agar meletak jawatan.

“Ini bukan kali pertama Najib mengalami masalah kesihatan. Dahulu dia juga telah menjalani pembedahan pada lututnya,” kata Rafizi lagi.

Tekanan yang kuat
Ia bukanlah suatu yang mengejutkan jika berita strok Najib ternyata benar kerana dia telah menyepi dari rakyat selama beberapa minggu. Dia juga telah diberi tekanan yang hebat untuk menjawab dakwaan rasuah yang dibuat oleh Deepak, seorang ahli perniagaan penuh kontroversi yang juga merupakan bekas rakan karib Rosmah Mansor isterinya.

Rupa-rupanya, lebih banyak pendedahan akan dilakukan tidak lama lagi dan ia sedang dinantikan dengan penuh minat oleh pemerhati-pemerhati politik akan tanda-tanafa bahawa Najib akan meletak jawatan. Deepak telah berjanji untuk meneruskan dengan pendedahannya terhadap pasangan pertama itu walaupun telah menerima RM30 juta dari firma Boustead Holdings Bhd dalam perjanjian yang telah dikritik hebat kerana tidak telus.

Deepak telah mendedahkan bahawa dia telah membayar keluargaNajib "berjuta-juta" ringgit untuk mendapatkan kelulusan kontrak tanah Kementerian Pertahanan yang melibatkan ketua Wanita Umno Selangor Raja Ropiaah. Rafizi juga telah menuduh Najib menyalahgunakan kuasa dan memaksa Boustead, dimana 61% kepentingannya dimiliki oleh Dana Pencen Angkatan Tentera LTAT, ke dalam perjanjian untuk mendiamkan Deepak sekaligus menutup skandal itu.

"Ini umpama merompak terang-terangan Ia adalah rasuah yang nyata (menggunakan wang pencen Angkatan Tentera) untuk mendiamkan Deepak dan menutup skandal itu," kata Rafizi.

Parti PKR akan membuat laporan polis terhadap Najib pada hari Selasa.


Berlian Rosmah dan membantu Deepak


Minggu lepas, Rafizi membuat pendedahan awam akan beberapa siri invois dari dua toko barang kemas di Hong Kong yang ternama menunjukkan bahawa firma Deepak telah membeli 19 item barang kemas eksklusif bernilai RM13 juta yang dikatakan untuk Rosmah, dalam tempoh tiga bulan pada tahun 2009.

"Setakat ini, saya belum lagi bercakap dengan Deepak. Kami berhubung melalui pihak ketiga," kata Rafizi kepada pemberita.

Rafizi telah berjanji untuk membantu Deepak mendedahkan beberapa perjanjian penuh korupsi yang didakwanya diterima ketika dia masih merupakan sebahagian daripada rakan rapat Rosmah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...