08 Januari 2013

Hot ! Kejadian Tarian Separuh Bogel Di Malam Mesra JSJ IPPD Shah Alam Memang Ujud - KPD Shah Alam !!!

Polis: Tarian bertentangan budaya, Islam

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob berkata beliau terkejut dengan bentuk persembahan tarian oleh sekumpulan wanita dalam majlis makan malam ketika meraikan anggotanya pada 4 Januari lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob menjelaskan tarian itu tidak ditempah pihaknya dan ia dipersembahkan secara mengejut.

"Tarian yang dipersembahkan itu tidak bukanlah yang ditempah dan unsur ini tidak timbul semasa raptai.

"Perkara yang berlaku adalah secara mengejut tanpa izin penganjur," katanya.

Tambahnya lagi, penganjur telah membuat aduan dan meminta penjelasan secara peribadi berhubung isu berkenaan kepada pihak hotel tersebut.

Zahedi mengulas rakaman gambar tarian pada majlis 'Sekalung Budi Segunung Intan' anjuran Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Shah Alam, yang dikesan berlegar di laman sosial.

Menurutnya juga, majlis itu dijalankan secara tertutup untuk meraikan bakal pesara, pegawai dan anggota pangkat rendah dan dihadiri anggota dan pegawai JSJ Shah Alam sahaja.

"Saya ingin tegaskan bahawa PDRM sejak kewujudannya tidak pernah menganjurkan majlis sebegini kerana ia bertentangan dengan teras budaya PDRM dan agama Islam," katanya -MK


Komen : Kejadian yang memalukan ini wajar diambil tindakan, mengapa tiada tindakan untuk memberhentikan bila benda ini terjadi oleh pihak penganjur.....? 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...