04 Januari 2013

HOT ! PERINGATAN KEPADA YTM TMJ DALAM SUKAN JANGAN CEPAT PANAS TELINGA..KRITIK JANGAN DIANGAP DERHAKA..???



Isu Mat Yo: Tunku Ismail mahu Annuar henti drama


Kenyataan TS Anuar  di FB hari ini :

 rakan fb postkan lapuran KOMENTAR YTM TMJ terhadap kenyataan saya YG MEMINTA SAYA BERHENTI DRAMA,BERTINDAK MATANG DAN PROFESIONAL.Sebenar saya belum pernah membuat sebarang komen secara langsung terhadap presiden bolasepakk Johor itu kerana saya memandang tinggi dan hormat statusnya sebagai SEORANG ANAK RAJA BERGELAR TENGKU MAHKOTA.Namun hari ini saya TERPANGGIL MEMBERI REAKSI DAN juga ingin menegur PRESIDEN BOLASEPAK JOHOR agar jangan keterlaluan dalam berkata atau berbuat sesuatu kerana dalam sukan dan persatuan HANYA ADA SATU PERATURAN UNTUK SEMUA tanpa adanya beza berasaskan ras,warna kulit,pangkat atau keturunan..

DALAM ISU MAT YO YG PATUT BERHENTI DRAMA DAN BERSIKAP PROFESIONAL ADALAH PRESIDEN PBNJ SENDIRI KERANA ISU MAT YO ADALAH ANTARA BELIAU DAN BEKAS MAJIKANNYA KAFA DAN BERKAIT KONTREK YG DI TANDATANGANI KEDUA PIHAK.....TEBUS kontrek tiada kena mengena dgn pihak ketiga (PBNJ)malah statement PRESIDEN PBNJ adalah bukti campur tangan dan inducement DILUAR PERATURAN DAN ETIKA OLEH JOHOR YG MENJADI PUNCA PERKARA INI..PBNJ hanya terkait isu PERPINDAHAN YG KITA TIADA HALANGAN MENGENAINYA BILA ISU TEBUS KONTREK OLEH MAT YO SELESAI....isu kontrek tak ada kena mengena dgn PBNJ..justeru tak perlu MEMBERI jawapan kononnya hari ini nak bayar rm250k dan KONONNYA FAM DAH PUTUSKAN jumlah tersebut .

IA ADALAH PEMBOHONGAN!!FAM BELUM BUAT KEPUTUSAN..FAM MENETAPKAN KEDUA PIHAK KAFA DAN MAT YO MEMFAILKANNYA AFFIDAVIT UTK DI NILAI OLEH JK STATUS/JK RAYUAN..setakat yg kita tahu jk itu belum lagi berbuat demikian,kita belum dimaklum apa apa dan kita tunggu saja..

TAK PERLU PRESIDEN PBNJ CUBA MENGGUNAKAN NAMA FAM..LIMIT RM250k yg dirujuk adalah limit bayaran PERPINDAHAN kiranya antara kelab gagal sepakat..namun ia tidak merujuk kpd JUMLAH PAMPASAN TERKAIT DARI INGKAR KONTREK ANTARA 2 PIHAK YG ADA PROSEDUR MENENTUKANNYA...jadi elok PRESIDEN PBNJ YG JAUH LEBIH MUDA DARI SAYA JUGA BELAJAR JADI MATANG,JGN BERDRAMA DAN MENGELIRUKAN FAKTA SERTA BELAJAR MERENDAH DIRI,SABAR MENGIKUT PERATURAN DAN BIARLAH BENAR BENAR PROFESIONAL SEBELUM MAHU MENEGUR PERSATUAN ATAU ORANG LAIN....SALAM DAN TERIMA KASEH dari KOTA BHARU!!!



SINI KENYATAAN YTM TMJ

Isu Mat Yo: Tunku Ismail mahu Annuar henti drama


Tunku Ismail mengadakan sidang media pagi tadi. Hadir sama Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim.

[DIKEMAS KINI] JOHOR BAHRU - Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menghentikan drama dan politik melibatkan Norshahrul Idlan Talaha yang turut dikenali sebagai Mat Yo.

Justeru, baginda mahu Annuar lebih bersikap matang dan profesional dalam mengendalikn pasukan bola sepak.

Tunku Ismail memberi jaminan Mat Yo akan membayar harga tebus kontrak seperti diminta Kafa.

"Jangan panjang-panjangkan cerita. Dia (Mat Yo) akan bayar (harga tebus kontrak) pada hari ini. Anda (Annuar) perlu matang. Dalam sukan bola sepak, mesti ada pemain yang datang dan pergi. Anda perlu terima dan bersikap profesional.

"Sebagai contoh, jika satu hari nanti Safee Sali mahu keluar dari pasukan, saya akan terima. Beliau (Annuar) sepatutnya berterima kasih kepada Mat Yo atas sumbangan diberikan dan bukannya bercakap benda kurang menyenangkan terhadap pemain ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di salah sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Semalam, Annuar antara lain berkata, bekas penyerang Kelantan itu belum membayar harga tebus kontrak seperti yang diminta oleh Kafa walaupun telah menandatangani kontrak baharu bersama pasukan Johor Darul Takzim.

Annuar berkata, mengikut peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mat Yo sepatutnya membayar harga tebus kontrak tersebut dalam tempoh 30 hari selepas didaftarkan dengan pasukan baharu.

"Kita tak bantah keputusan beliau untuk menamatkan kontrak secara sebelah pihak, tapi sampai hari ini Mat Yo belum membayar harga tebus kontrak tersebut sehingga Kafa terpaksa membuat tuntutan kepada Jawatankuasa Status FAM.

"Dalam kes ini kita telah mengemukakan afidavit kepada jawatankuasa berkenaan dan berharap agar mereka dapat menyelesaikan perkara ini secepat mungkin," katanya.

Annuar, yang tidak mendedahkan nilai harga tebus kontrak itu, berkata penyerang yang pernah mencipta nama sebagai salah seorang tonggak utama pasukan kebangsaan itu juga masih mempunyai baki kontrak bernilai RM400,000 bersama Kafa.

Polemik perpindahan Mat Yo menjadi isu hangat diperkatakan dalam kancah sukan bola sepak negara selepas menamatkan kontrak secara sebelah pihak walaupun masih berbaki 13 bulan bersama Kafa selepas dilamar pasukan dari selatan, Johor Darul Takzim pada musim lepas.

Mengulas mengenai jumlah baki kontrak bernilai RM400,000 bersama Kafa seperti yang dinyatakan Annuar, Tunku Ismail berkata, Mat Yo akan menjelaskan bayaran harga tebus kontrak sebanyak RM250,000 seperti ditetapkan oleh FAM.

"FAM sudah menetapkan bahawa beliau (Mat Yo) perlu membayar sebanyak RM250,000. Jadi Mat Yo menerusi peguam yang dilantik akan berbuat sedemikian seperti diarahkan FAM. Janganlah ambil kesempatan.

"PBNJ sendiri sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan FAM malah begitu juga pemain kami. Janganlah bersikap kebudak-budakan dan cakap belakang-belakang," katanya.

Justeru, Tunku Mahkota Johor mengalu-alukan mana-mana pihak termasuk Annuar untuk berdepan dengan beliau sekiranya mahu menuntut sebarang penjelasan mengenai pelbagai perkara.

"Rumah saya sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja datang jika ada sebarang masalah. Bersikap profesional dalam sukan dan janganlah membangkitkan isu bukan-bukan.

"Hentikanlah drama dan politik anda. Jangan jadikan sukan bola sepak seperti berkempen dalam politik. Jika tidak suka, datang jumpa dan cakap depan-depan," katanya.

Kedahkini

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini la msia, negara feudal. Cam mane la bola nak maju bila ditadbir oleh lanun2, kaki politik dan pembodek?

Hidop melayu!

Tanpa Nama berkata...

Kenapa ada manusia yang suka masuk campur urusan rumahtangga orang lain?Bila orang tegur melenting.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...