12 September 2012

HOT !!! Ingat di Mexico rupanya di Malaysia , Dadah untuk 2.2 juta penagih dirampas



Polis Johor tahan 7, rampas dadah RM68 juta

12 September 2012
MUAR - Polis Johor menahan tujuh suspek dan merampas dadah seberat 1.17 tan metrik bernilai RM68 juta, iaitu rampasan terbesar di Johor setakat ini, menerusi beberapa operasi di sekitar bandar ini pada Ahad.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata operasi dilakukan di tiga unit pangsapuri di Pangsapuri Pemandang Tanjung, Jalan Junid dan dua rumah di sekitar kawasan itu pada pukul 6.30 pagi.

"Suspek lima lelaki dan dua wanita yang berumur 24 hingga 50 tahun itu dipercayai terlibat dalam sindiket mengedar dadah dengan menjadikan dua unit rumah di pangsapuri itu sebagai makmal memproses barangan larangan itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, di sini hari ini.

Beliau berkata dadah yang dirampas ialah 34.045 kilogram syabu, heroin (13.915 kg), ketamin (41.825 kg), ecstasy (392.540 kg), Eramine 5 (30,500 biji) dan kafein (698.875 kg).

Selain pelbagai peralatan memproses dadah, polis turut merampas sepucuk pistol dan tujuh butir peluru, wang tunai RM9,268, barangan kemas bernilai RM6,704, sebuah Toyota Estima dan kereta jenis Peugeot, katanya.

Katanya dadah yang dipercayai untuk pasaran sekitar negeri ini, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur dan luar negara itu mampu menampung 2.2 juta penagih.

Menurut Mohd Mokhtar, sebuah daripada pangsapauri terbabit dijadikan tempat menternak ikan kelisa untuk jualan dengan dilengkapi lebih 100 akuarium untuk mengaburi mata jiran dan pihak berkuasa.

Beliau berkata ujian air kencing mendapati tiga daripada lima lelaki serta dua wanita berkenaan positif dadah jenis metaphetamin.

"Semakan rekod mendapati dua daripada lima lelaki itu juga mempunyai kesalahan lampau di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 335 Kanun Keseksaan," katanya.

Katanya semua yang ditahan itu direman sehingga Ahad ini dan polis menggiatkan usaha untuk mengesan saki-baki anggota sindiket itu yang masih bebas.



Kisah Rampasan Dadah terbesar didunia !



SEJUMLAH 10,000 bungkusan dadah seberat 105 tan, yang dianggarkan bernilai lebih dari AS$340 juta, di pasaran Amerika, dirampas askar Mexico, hari ini. Rampasan di daerah termiskin Tijuana, sempadan San Diego, California, merupakan rampasan terbesar melibatkan 11 pengedar berjaya ditahan. - Foto AP

TIJUANA, Mexico: Pihak keselamatan Mexico merampas 105 tan marijuana di bandar sempadan Tijuana selepas pertempuran dengan penyeludup dadah.

Menurut pihak tentera, rampasan itu adalah yang terbesar sejak beberapa tahun lalu.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...