23 Februari 2012

NAJIB MEMANG OTAK SEMPIT :‘Hanya Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri BN’ sahaja.

Khalid kesal Najib tidak panggil Mesyuarat Menteri Besar


SHAH ALAM 23 Feb: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kesal kerana tidak dipanggil menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke 114, yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, selasa lalu.

“Adalah amat tidak professional untuk Perdana Menteri mengenepikan peranan menteri besar dan ketua menteri dari Pakatan Rakyat dalam satu mesyuarat yang membincangkan kebajikan rakyat.
“Apatah lagi rakyat dari Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan menyumbang lebih dari setengah hasil ekonomi Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Pada kebiasannya, menteri besar dan ketua menteri pembangkang turut dijemput menghadiri mesyuarat berkenaan bagi membincangkan pelbagai isu penting, khususnya melibatkan pembangunan dan ekonomi negeri.

Beliau berkata kerajaan Selangor menyeru perdana menteri membuat penjelasan kepada media bahawa mesyuarat tersebut adalah ‘Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Barisan Nasional’.
“Sikap beliau ini bukan sahaja membuktikan bahawa konsep 1Malaysia yang dipromosikan hanyalah sekadar gimik politik tetapi ia juga memberi kesan buruk kepada proses transformasi yang ingin beliau lakukan,” kata Khalid.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...