16 Januari 2012

SKANDAL NFC: SHAHRIZAT TOLAK NAJIB, NAJIB TOLAK MAHYUDIN, MAHYUDIN TOLAK...PR?

NFC: Tekanan kepada Muhyidin semakin kuat


Tekanan ke atas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin (gambar) semakin berat ekoran skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) sekarang.Selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta Muhyidin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sekarang, Datuk Seri Noh Omar mengkaji bagaimana mahu menyelesaikan isu ini, Noh pula mengalihkan isu ini kepada Muhyidin.

Ketika yang sama, akhbar Business Times (BT) Singapura juga menyalahkan kementerian yang diterajui Muhyidin sebelum ini sebagai pihak yang bertanggung jawab dalam skandal ini.Ketika mengumumkan pembekuan aset NFC, Najib berkata, beliau telah meminta Muhyidin dan Noh untuk mencari jalan menyelesaikan isu ini.

Hari ini, ketika ditanya wartawan mengenainya, dua kali Noh berkata, "Yang ini anda tanya TPM."
BT hari ini dalam laporannya berkata, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
mesti disiasat ekoran skandal National Feedlot Corporation."Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mesti disiasat kerana memberikan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada NFC," tulis BT dalam ruangan komentarnya.

"Peranan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ini juga harus disiasat," tulisnya.
Tindakan kementerian ini mengeluarkan pinjaman RM250 juta setahun lebih awal dari perjanjian untuk projek ini harus disiasat.

Ketika semua pihak meletakkan semua kesalahan di bahu Datuk Seri Shahrizat Jalil sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, bukan Shahrizat sahaja yang bersalah."Muhyidin lebih bersalah kerana dia adalah menteri kementerian berkenaan ketika itu," kata beliau kepada Harakahdaily.


Sementara itu Noh Omar serahkan kepada Muhyiddin untuk jawab isu NFC



KUALA LUMPUR— Berdepan dengan kesan kontroversi isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) Datuk Seri Noh Omar hari ini meletakkan segala tanggungjawab itu kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ini menjawab sedemikian apabila ditanya pemberita mengapa operasi NFC tidak dihentikan dan menjawab persoalan itu perlu ditanyakan kepada Muhyiddin.

Beliau juga ditanya mengenai tindakan yang akan diambil terhadap NFC, yang dijalankan oleh Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail, suami kepada Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil.

“Tiada masalah, yang ini, anda tanya TPM,” katanya sebanyak dua kali semasa sidang media di sini sebelum meminta untuk pergi.

Noh sebelum itu memberikan sidang media selama 20 minit mengenai panduan baru kerajaan Malaysia untuk mengawal industri sarang burung.

Pembantunya bagaimanapun mengesahkan bahawa Noh akan menemui Muhyiddin mengenai isu NFC petang ini.

Semasa mengumumkan pembekuan aset-aset NFC pada Sabtu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah mengarahkan Muhyiddin dan Noh untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.

Tetapi disebalik pembekuan aset, Pengarah Eksekutif NFC Wan Shahinur Izmir Salleh berkata “operasi perniagaan syarikat berjalan seperti biasa.”

Bekalan daging lembu akan terus dibekalkan kepada semua pelanggan. Tiada sebarang gangguan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...