06 September 2011

TINDAKAN SPR SELEPAS BERSIH 2.0, MUAT TURUN BORANG A ONLINE

Selepas Bersih 2.0, SPR cuma laksanakan memuat turun Borang A secara online,sepatutnya lakukan tindakan drastik pendaftaran secara online oleh individu yang layak ini menunjukan komitmen SPR dan kerajaan tanpa kertas. Ini lebih menjimatkan perbelanjaan pengurusan juga masa rakyat dan kearah demokrasi yang sebenar.

BERITA BERKAITAN: -Sumber Themalaysian insider

SPR: Borang daftar pemilih boleh diperoleh ‘online’



KUALA LUMPUR, 6 Sept — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mulai hari ini menyediakan kemudahan pendaftaran sebagai pemilih secara ‘online’ dengan memuat turun Borang A menerusi laman web www.spr.gov.my.

Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata kemudahan memuat turun Borang A secara ‘online’ itu bertujuan menggalakkan lebih ramai warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas mendaftar sebagai pemilih.

“Kemudahan ini disediakan kepada Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) dan orang ramai, kemudahan ini juga membolehkan semua PPP yang dilantik SPR memuat turun borang A mengikut keperluan mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini dipetik Bernama Online.

Sebelum ini, PPP perlu mengambil borang A yang dikeluarkan oleh pejabat-pejabat Pengarah Pilihan Raya Negeri sahaja, kata Kamaruddin.

Menurutnya, warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pemilih boleh memuat turun borang tersebut.

Bagaimanapun, pemohon dihendaki membuat salinan Borang A untuk simpanan mereka sebelum menghantar borang tersebut ke kaunter-kaunter pendaftaran pemilih SPR.

Tatacara pengisian dan prosedur penghantaran Borang A dinyatakan dalam laman web SPR.

Maklumat lanjut mengenai pendafataran secara muat turun Borang A itu boleh diperolehi dengan menghubungi Ibu Pejabat SPR Putrajaya di talian 03-88856500.

LAGI BERITA BERKAITAN SPR: LAGI KELEMAHAN SPR

DAP: Beribu-ribu pengundi tiada data di JPN, SPR

DAP Johor hari ini mendakwa, beribu-ribu pengundi dalam kawasan parlimen Ledang yang bukan sahaja tidak mempunyai data lengkap, malah tidak mempunyai apa-apa rekod dalam pengkalan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahupun Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Jumlah itu termasuk 417 pengundi dengan nama yang didakwa tidak terdapat dalam pengkalan data JPN.
Masalah ini didedahkan dalam sidang media di Muar hari ini oleh ahli parlimen Bakri, Er Teck Hwa yang ditemani setiausaha DAP Johor, Tan Chen Choon dan ketua pemudanya Ee Chin Li.
Perkara itu dikesan dalam daftar pemilih bagi kawasan Ledang yang mempunyai kira-kira 6,000 pengundi.
Satu jawatankuasa yang dibentuk DAP Johor itu antara lainnya menemui:
• Sejumlah 1,824 pengundi tiada dalam rekod dalam talian SPR dan JPN.
• Seorang pengundi dengan status penduduk tetap dikesan dalam pengkalan data JPN.
• Sejumlah 2,195 pengundi tiada alamat dalam pengkalan data SPR.
• Alamat bagi sejumlah 35,064 atau 59.14 peratus daripada pengundi berkenaan tidak lengkap.
• Sejumlah 417 pengundi hanya disenaraikan dengan nombor MyKad dalam pengkalan data JPN – tanpa nama.
• Sejumlah 6,700 pengundi tidak mempunyai rekod dalam pengkalan data JPN. Mereka hanya disenaraikan dengan kategori "tiada permohonan" atau "nombor tidak sah."

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...