20 Ogos 2011

PANEL PARLIMEN: NAJIB TERUS MENGARUT

Panel Parlimen: Pendirian terbaru Najib, Pakatan sangsi inisiatif Putrajaya

KUALA LUMPUR, 20 Ogos — Pakatan Rakyat mula sangsi dengan keikhlasan dan kesungguhan kerajaan pusat diterajui Datuk Seri Najib Razak dalam membawa penambahbaikan sistem pilihan raya ekoran kenyataan semalam bahawa pilihan raya umum boleh diadakan bila-bila masa meskipun jawatankuasa pilihan khas bersidang.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) merupakan salah seorang pemimpin yang terkilan dengan kenyataan Perdana Menteri semalam.

Katanya, “sejauhmana kesungguhan Barisan Nasional untuk penambahbaikan pilihan raya jika kenyataan yang tidak berapa cerdik ini dikeluarkan?”
Petang semalam, Najib berrkata pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan bila-bila masa dan tidak akan bergantung pada prosiding jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang dibentuk untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan pilihan raya.
Jawatankuasa sembilan anggota itu akan dibentuk Oktober ini.

Bagaimanapun kata perdana menteri, oleh kerana jawatankuasa itu akan terbubar dengan sendiri bersama pembubaran Parlimen, apa sahaja pembaharuan yang boleh dilaksanakan akan diadakan terlebih dahulu.

“Pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa, tiada apa-apa kaitan dengan jawatankuasa pilihan khas Parlimen. Ada perkara yang boleh dijalankan lebih awal,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Ulasan oleh — Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menegaskan matlamat pembentukan jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya tidak akan berjaya sekiranya ia hanya melibatkan perbincangan satu hala.

Beliau juga menyifatkan pembentukan jawatankuasa itu sebagai “penghias jendela” selain menegaskan Putrajaya tidak serius untuk melakukan reformasi sistem pilihan raya.
“Apabila mereka hanya menggunakan pendekatan sehala sahaja tanpa berunding tentang penubuhan ini, apa maknanya pembaharuan pilihan raya yang mereka nak buat sedangkan tidak mungkin jawatankuasa ini akan mencapai matlamat sekiranya pengerusinya sudah pasti seorang menteri dan mereka majoriti dalam jawatankuasa ini.

“Ini hanya penghias jendela sahaja dan ini membuktikan kerajaan tidak serius menangani isu yang kita tuntut dan jawatankuasa ini sekadar melepaskan batuk di tangga dan untuk mengalih pandangan daripada isu sebenar,” katanya memetik Harakahdaily.

Salahuddin (gambar)juga berasa kecewa dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta Pakatan Rakyat tidak berprasangka buruk terhadap komitmen kerajaan menubuhkan jawatankuasa pilihan khas Parlimen.

Beliau berkata, kenyataan itu hanyalah untuk menutup kesilapan mereka tidak memanggil Pakatan Rakyat untuk berunding sebelum penubuhan jawatankuasa tersebut diumumkan.

“Perkara yang paling penting untuk diingatkan ialah kita (Pakatan Rakyat) langsung tidak dirundingkan dalam penubuhan jawatankuasa pilihan khas Parlimen ini dan kita rasa bahawa kita mungkin boleh bersetuju dan mungkin tidak bersetuju untuk menyertai jawatankuasa khas ini.
“Macam mana mereka kata kita bersangka buruk sedangkan kita bersedia untuk bekerjasama dan menyertai jawatankuasa Parlimen ini jika kita dipanggil untuk merundingkan perkara ini,” katanya

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...