14 Ogos 2011

KENALI SPECIES : KOD FROG Z 9/10

Rupanya Almarhum Fadzil Nor
Sudah Kenal Siapa Dia Z 9/10?

KENALKAH anda dengan Z 9/10? Apakah benda Z 9/10 itu? Apakah dia seekor binatang seperti

Salentia ataupun pun tumbuhan macam lalang ataupun pohon dedalu - parasit yang tidak tahu diuntung ataupun kacang yang lupakan kulit?

Atau pun dia ini makhluk Allah misteri yang sebenarnya hawaian yang berkaki dua menyerupai manusia. Atau anak hantu yang bertopengkan manusia?

Saya sendiri baru tahu apa dia Z 9/10 ini. Dia bukan nombor plat kereta atau motisikal. Dia sebenarnya makhluk yang termasuk dalam species manusia juga. Dia dilahirkan Allah atas tujuan dan kehendak-kehendak tertentu. Peristiwa satu hari memberikan saya peluang mengetahui apa dia Z 9/10.

Selepas selesai menunaikan solat jenazah Allahyarham Dr Lo' Lo' Ghazali baru-baru ini saya telah menziarahi seorang ustaz di Keramat. Ustaz ini mengenali saya, saya yang tidak berapa ingat mengenainya. Buktinya dia menyebut nama saya dan katanya selalu mengikuti penulisan saya dalam blog.

Hari itu saya bersama tiga lagi rakan, Md Radzi Mustafa, Zaki Abdul Rahman dan Zulaimi Kazin mengekori Exco Kelantan Husam Musa yang berhajat menziarahi ustaz berkenaan. Saya tidak tahu kenapa saya begitu mudah pula untuk mengikuti rakan-rakan itu untuk sama-sama menziarahi ustaz berkenaan.

Sampai di rumah ustaz berkenaan, entah macam mana terkeluar cerita mengenai hamba Allah yang satu ini. Di sinilah terbongkar kisah Z 9/10 ini. Masing-masing meluahkan pengalaman dengan hamba Allah ini, yang menurut pengalaman masing-masing sungguh perih dan mendukacitakan apa yang dilakukan.

Perbuatan politiknya amat meloyakan. Dia sanggup melakukan apa saja untuk melepaskan dirinya. Dia mengkhinati lawan dan mencerca bekas orang yang disanjungnya selama ini. Dia juga seorang bermuka-muka dan munafik yang jelas. Munafik 'kubra'. Dia akan menipu sesiapa saja yang berkesempatan. Gaya hidupnya tidak ubah seperti ular sawa akan menjeler-jelerkan lidah dan membelit sesiapa yang lalai. Dia jenis orang makan orang.

Pembohongan dan 'belawak'nya mengatasi gunung Tahan dan gunung Kinabalu. Orang yang mengenalinya tahu sifat buruknya ini. Kepada yang tidak percaya sila mendekatinya dan berkawannya dengan untuk beberapa ketika, akan tahulah tembelang dan temberangnya.

Gara-gara sifat buruk itu dia mendapat gelaran dengan berbagai nama yang jelek-jelek termasuk dipernah digelar orang sebagai Abu Jahal dan Abu Lahab atau al Kazeeb. Nauzubilahiminazalik.

Saya sendiri pernah membuat anologi begini kepada manusia ini. Bohongnya tidak kira tempat dan tidak kira masa. Kesanggupan dia berbohong melepasi kesanggupan manusia lain. Kenapa tidak dia boleh dan sanggup berbohong di dalan Masjid Haram di Makkah, masjid Nabawi di Madinah. Apa jenis manusia ini. Kalau di dua tempat yang suci dan mulia itu sanggup berbohong maka tidak hairanlah.

Mungkin kalau dia bisa memasuki masjid al Aqsa dia juga akan melakukan pembohongan di sana?

Dalam cakap-cakap mengenai dia ini ketika inilah Husam mencelah, katanya Ustaz Fadzil sudah lama kenal dengan dia ini. Ustaz Fadzil panggilan dia Z 9/10. Hanya Anwar Ibrahim saja tidak kena siapa dia ini sebab Anwar mempercayai dan melayaninya?

Apabila Husam menceritakan sejarah itu barulah kami semua tahu akan hakikat orang ini. Rupanaya sudah lama dia hidup tidak serupa dengan orang. Orang yang kenal dan arif mengenai sudah kali dengan tingkah laku dan segala bual-bual besar dan pembohongannya.

Kenapa 9/10? Sembilan sepuluh ialah bererti 9 yang dicakap oleh manusia ini 10 adalah bohong dan temberang. Semoga di bulan Ramadhan Kareem ini Allah membuka pintu hatinya dan Lailatu Qadar yang bakal menjelma akan merubah hidupnya. Ya Allah tolonglah semuga hambaMu ini selamat dan sihat menjadi seperti makhluk lain. -sumber mso

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...