22 Ogos 2011

Majlis Syura dibentuk kaji pemeriksaan Jais di gereja


SHAH ALAM, 22 Ogos: Kerajaan Selangor akan menubuhkan Majlis Syura dalam usaha menyelesaikan

pertikaian berhubung pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lalu.

Majlis Penasihat Syura ini akan dianggotai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar), Mufti Negeri Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid dan Timbalannya, Datuk Abd Majid Omar.

“Idea penubuhan Majlis Penasihat Syura ini dicadangkan oleh DYMM Sultan Selangor ketika kami mengadakan perbincangan pada minggu lalu. Saya menghargai nasihat baginda agar mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu ini secara berhemah dan memuaskan,” kata Menteri Besar.

“Saya juga telah berjumpa dengan Mufti Negeri Selangor dan kami telah merumuskan formula untuk dirujuk oleh Majlis Syura,” kata beliau lagi.

Majlis ini akan mengkaji isu-isu yang membimbangkan masyarakat Islam dan komuniti bukan Islam di Selangor untuk dibangunkan garis panduan demi memastikan sikap hormati menghormati dan harmoni pelbagi kaum dan agama terus terpelihara.

Menteri Besar juga berkata majlis ini akan mendapatkan maklumat daripada JAIS dan penganjur majlis makan malam itu, Harapan Komuniti. Sekiranya perlu.

Majlis Syura juga akan memanggil DUMC dan 12 orang Islam yang menghadiri majlis makan malam di gereja berkenaan ketika pemeriksaan itu dilakukan.

Majlis ini juga akan mendengar dan meneliti sedalam-dalamnya laporan penuh oleh JAIS termasuk memeriksa maklumat, bukti dan pita rakaman mengenai pemeriksaan itu.

“Keutamaan Kerajaan Selangor ialah memastikan setiap aspek pentadbiran mematuhi prinsip keadilan, telus, amalan pentadbiran yang baik dan berintegriti,” kata Menteri Besar.

Kerajaan Selangor mengulangi kesediaan untuk berbincang dan berdialog untuk menjaga keharmonian dan keamanan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.-HD

1 ulasan:

Sandra Ovia Loan Firm berkata...

Hello, Saya Puan Sandra Ovia, wang pemberi pinjaman swasta, adakah anda dalam hutang? Anda memerlukan rangsangan kewangan? pinjaman untuk merancang untuk tahun baru, untuk memenuhi sehingga bil anda, mengembangkan perniagaan anda pada tahun ini dan juga untuk pengubahsuaian rumah anda. Saya memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat tempatan, antarabangsa dan juga pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Anda boleh menghubungi kami melalui E-mel: (sandraovialoanfirm@gmail.com)
Anda dipersilakan untuk syarikat pinjaman kami dan kami akan memberikan anda perkhidmatan yang terbaik kami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...