27 Mac 2011

PR SARAWAK: KESALAHAN TAIB MEMALUKAN SAUDARANYA!



Para penasihat kepada Taib seharusnya berwaspada dengan keghairahannya dengan temuramah-temuramah media. Beliau bukannya baik sangat apabila berhadapan dengan media!

Pada awal minggu ini beliau telah bercanggah dengan kenyataan menantunya, Hisham (Sean) Murray yang menafikan beliau terlibat dalam empayar harta keluarganya di luar negara, dengan mengakui beliau telah memulakannya dengan wangnya sendiri. Kini, beliau telah menekankan bahawa sepupunya, Hamid Sepawi, telah mengelirukan banyak pihak mengenai permohonan-permohonan untuk lesen-lesen Penghutanan Semula!

Kesilapan itu timbul di sebuah artikel muka hadapan akhbar lidah BN, the Borneo Post yang pernah disarankan oleh Taib supaya bekerja lebih keras dalam mencari berita-berita untuk membidas berita-berita rampasan tanah oleh beliau dan BN.

Dalam temuramah untuk akhbar di bawah tajuk “State Open To Forest Verification” [Negeri Terbuka Kepada Kerja-kerja Pengesahan Hutan] itu, Ketua Menteri telah mengeluarkan penerangan yang menakjubkan bahawa “70% hutan dara di Negeri Sarawak masih tidak terusik”. Ketua Menteri itu, yang telah dan sering dikritik dan dikutuk oleh masyarkat seluruh dunia atas ketamakannya yang telah meranapkan Hutan-hujan Borneo, telah mencabar badan-badan NGO untuk datang ke Sarawak untuk melihat sendiri keadaan sebenar!

Kini, siapakah yang berbohong, Taib atau sepupunya Hamid Sepawi?

Bersempena rasa geram dan marah para penunjuk perasaan dan pencinta alam sekitar, mereka berusaha membersihkan nama mereka untuk mereka-reka jawapan untuk menangkis tohmahan terhadap mereka , kami ingin menarik perhatian anda terhadap apakah kenyataan yang telah dikeluarkan oleh sepupunya, Abdul Hamid Sepawi.

Syarikat milik Hamid Sepawi, Ta Ann (yang terkenal dengan kegiatan pembalakan dan perladangan) telah memohon mendapatkan lesen-lesen untuk mengusahakan Hutan Tanam Semula. Kenyataan-kenyataan dalam permohonan rasmi yang mereka keluarkan itu amat bercanggah dengan kenyataan-kenyataan Ketua Menteri.

Dengan mendakwa bahawa 70% dari hutan dara Sarawak yang masih belum dieksploitasi, Laporan Kesan Terhadap Alam Sekitar (EIS) yang diterbitkan oleh Ta Ann telah memberikan gambaran yang berbeza, di mana hutan semula jadi di negeri itu amat kecil saiznya dan penghutanan semula amatlah diperlukan!

Pada tahun 2006 semasa syarikat itu mengemukakan permohonannya untuk menghutankan semula kawasan yang luasnya 200,000 hektar di Kapit, situasi yang dipersembahkan itu mungkin tidak jauh berbeza dengan dakwaan yang dibuat oleh Ketua Menteri. EIS Ta Ann seterusnya menghuraikan:

“kebanyakan hutan dara di Sarawak telah ditebang sekurang-kurangnya sekali”

Jika begitulah keadaan alam sekitar pada tahun 2006, bagaimana pula rupanya 5 tahun kemudian, seandainya pembalakan diteruskan tanpa belas kasihan pada kadar yang sama di seluruh bumi Sarawak?

Kecualilah, sepupu Taib, yang merupakan Pengerusi Eksekutif dan pemegang 35% saham dalam Ta-Ann itu, telah berbohong semasa memohon lesen? Namun, dalam 2008 pihak Auditor General Malaysia telah meneliti kenyataan syarikat itu, dan mengkritik dengan mengatakan bahawa Sarawak merupakan sebuah dari 4 negeri di Malaysia yang “gagal menguruskan hutan-hutannya, menyebabkan berlakunya pencemaran sungai, hakisan, tanah runduh dan pemusnahan flora dan fauna”, menurut agensi berita kebangsaan, Bernama.

Sekarang, jawablah soalan ini!
Pada awal minggu ini Taib telah bercakap kepada para pemberita mengenai integritinya:
“Lihatlah pada tabiat saya sejak 30 atau 40 tahun lalu. Saya tak pernah berbohong kepada orang, saya tak pernah bermain politik kotor – Taib Mahmud, akhbar The Star 22/03/2011

Maka, bolehkah Ketua menteri menjawab soalan sama ada sepupunya telah berbohong dengan menyebut “kebanyakan hutan dara di Sarawak telah ditebang sekurang-kurangnya sekali”?

Nampaknya para pengawalnya harus memantau mulutnya di masa-masa akan datang semasa dia ditemubual oleh media!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...