08 Januari 2011

Setiausaha Agong PKR Mungkiri Janji

SAIFUDDIN NASUTION Segera Tunai Janji 2010!
~ Dikirim melalui email oleh:
Mohd Aidil Ismail


Hari ini sudah 8 Januari 2011 bererti tahun pun sudah bertukar dari 2010 ke 2011, hari ini SJ nak tagih janji yang telah SUA PKR Saifuddin Nasution buat.Semasa berlaku kecoh-kecoh penyelewengan yang berlaku dalam Pemilihan PKR 2010 maka dengan muka yang agak tegas Saifuddin telah menyatakan semua siasatan akan dilakukan dan keputusan akan diberikan dalam masa dua minggu akan tetapi sehingga hari ini masih lagi tiada sebarang surat jawapan dari Saudara Saifuddin??mana janji Saudara Saifuddin..adakah janji tinggal janji. Jangan berperangai hina seperti UMNO dan SPR wujudkan prinsip KETELUSAN yang kita perjuangkan bersama.

Saudara Saifuddin anatara orang yang cukup hebat menentangpenyelewengan SPR,tetapi saudara sendiri berperangai seperti itu,saudara bercakap SPR penipu,tidak telus dan macam-macam lagi, SJ bersetuju dengan apa yang Saudara Saifuddin nyatakan tapi dalam masa yang sama SJ tidak berkompromi dengan Saudara Saifuddin yang cakap tak serupa bikin. Bagaimana hendak bercakap soal ketelusan dan keadilan kepada rakyat jika Saudara Saifuddin sendiri tidak telus dan tidak menunaikan janji, dengan berlakunya perkara ini Saudara Saifuddin sendiri telah memusnahkan kredibriti saudara yang dilihat nampak 'bersih' berbanding 'anak pak ali'. Jika dengan anggota parti sendiri Saudara Saifuddin tidak memberikan Keadilan mana mungkin rakyat mahu percaya.

Kepercayaan rakyat terhakis bukan sebab parti tapi sebab individu dalam parti itu sendiri yang cakap tak serupa bikin, mana mungkin kita menyorokkan kebenaran sedangkan itulah yang kita perjuangkan selama ini, adakah Saudara Saifuddin hilangprinsip??adakah Saudara Saifuddin hendak dilihat sama seperti SPR dan UMNO?Mana janji saudara kepada pengadu-pengadu masalah penyelewengan yang berlaku dalam pemilihan 2010. Kami tidak akan senyap, kerana inilah didikan yang telah diberi kepada kami selaku anak muda yang berpegang pada kata-kata "lawan tetap lawan", kami bukan sahaja akan cakap kata-kata itu terhadap rejim UMNOBN tetapi juga kepada sesiapa sahaja yang tidak telus dan membuat penipuan sebagaimana UMNOBN.

Perbuatan menyembunyikan kebenaran itu adalah perbuatan jijik dan hina sepertimana yang SPR lakukan dan kita menentangnya, mana mungkin kita beritahu " jangan mencuri.tetapi kita mencuri". SJ masih menunggu janji Saudara Saifuddin, SJ dan anak muda yang lain tidak akan berhenti mendesak keputusan siasatan segera dikeluarkan. Ingat rakyat menilai setiap apa yang kita lakukan, jika kita sama sahaja seperti rejim UMNOBN dan SPR adakah rakyat akan pilih?? Jangan sesekali Saudara Saifuddin cakap tiada laporan,kerana kami ada salinan laporan yang telah dibuat terhadap penyelewengan Pemilihan 2010.

PRU 13 juga kian hampir, jika Saudara Saifuddin ingin melihat PKR menjadi parti yang kuat dan hendak segera saf dirapatkan maka bersegeralah selesaikan siasatan Pemilihan 2010, jangan sesekali berperangai seperti UMNO BN yang suka menyembunyikan perkara dibawah karpet.Ingat parti ini dibina bersama air mata rakyat bukan air mata 'anak pak ali'.Ini parti rakyat bukan parti 'anak pak ali'.Tunaikan segera janji itu kerana SJ dan rakan anak muda yang lain akan terus mendesak suapaya keputusan siasatan dikeluarkan dengan segera,jangan bermain dengan anak muda.

Akhir sekali SJ selaku anak muda yang berdiri atas prinsip Keadilan dan Ketelusan menyatakan desakan segera supaya Saudara Saifuddin menunaikan janji yang telah dibuat.SJ memberikan masa selama seminggu lagi untuk Saudara Saifuddin tunaikan janji saudara!Jangan bermimpi perkara ini akan terpadam begitu sahaja.Sekian.


JANJI TETAP JANJI MAKA TUNAIKAN SEGERA

ANAK MUDA MENDESAK PERUBAHAN

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...