01 Julai 2009

Wanita 1Malaysia tidak dihormati...

Dua siswa UM dibebas hari ini
dari: malaysiakini.com

kemaskini 11.58am Dua pelajar Universiti Malaya, yang dituduh menconteng dan cubaan membakar dewan minggu lepas, akan dibebaskan hari ini selepas dijamin RM5,000 tiap seorang dengan seorang penjamin.Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur lewat petang semalam sehingga tidak sempat membayar ikat jamin akibat prosiding yang berakhir 5.30 petang.

Menurut seorang pemimpin pelajar UM, ibu bapa kedua-dua tertuduh sudah membayar ikat jamin tersebut jam 11 pagi tetapi dua pelajar Akademi Pengajian Islam itu belum dibebaskan setakat ini - dipercayai akan dilepaskan sebentar lagi.Satu sumber polis memberitahu Malaysiakini semalam, kesalahan tersebut dipercayai dilakukan oleh lima orang, termasuk dua menconteng, dua mengawasi kawasan sekeliling sewaktu kejadian dan seorang lagi dianggap dalang perbuatan itu, .

Polis sedang mencari tiga lagi suspek, termasuk presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Shazni Munir Mohd Ithnin.Keluarga Mohd Izzuddin dan Mohd Syahruldeen masing-masing juga membayar ikat jamin RM500 lagi bagi kesalahan yang didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur sebelumnya.Kedua-duanya didakwa menconteng perkataan-perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor, Rabu lalu.

Selain menconteng, mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani merah beberapa jam sebelum dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyertai kempen derma 'Power of 10 Sen: Gaza Dibela' bagi anak-anak Palestin di dewan utama Akademi Pengajian Islam. Mohd Izzuddin dan Mohd Syahruldeen mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan.

Agak malang bagi negara ini wanita pertama yang tidak dihormati oleh rakyatnya sendiri...
ini mengambarkan maruah kita dipandang rendah..oleh masyarakat dunia...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...