DAP Kedah Harus Berpandangan Kepada Gambaran Yang Lebih Besar
Pengumuman yang dibuat oleh DAP Kedah hari ini untuk meninggalkan gabungan Pakatan Rakyat amatlah dikesali. Saya juga mempunyai perasaan yang empati terhadap kesukaran yang dihadapi oleh 28 peniaga-peniaga yang kehilangan tempat perniagaan mereka. Namun demikian, seruan DAP untuk meninggalkan Pakatan adalah dibuat secara tidak rasional dan terburu-buru tanpa mengambil kira pertimbangan kebangsaan perjuangan politik yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat.Adalah hak sesiapa sahaja untuk menentang, membantah malahan mengutuk keputusan Majlis Bandaran Alor Setar untuk merobohkan Pusat Penyembelihan Babi.
Walau bagaimanapun, DAP Kedah tidak harus dipengaruhi dengan terlalu mengikut perasaan apabila membuat seruan untuk meninggalkan Pakatan Rakyat.Isu Pusat Penyembelihan Babi merupakan satu isu perlesenan dan masalah Majlis Bandaran tempatan, dan DAP kedah tidak harus menjadikannya sebagai isu kebangsaan, dengan mengancam gabungan antara PAS, PKR dan DAP. Saya pasti masalah Majlis Perbandaran ini dapat mencapai perdamaian melalui saluran yang lain.DAP Kedah harus sedar seruan yang dibuat untuk meninggalkan Pakatan akan mengganggu perasaan kebangsaan untuk perubahan nyata yang dibawa oleh 308.
DAP Kedah juga harus memahami semua perubahan polisi yang disaksikan kebelakangan ini; dari pengenalan biasiswa PSD yang hanya berdasarkan kepada merit, dan pembatalan 30% kuota untuk syarikat-syarikat yang ingin memperolehi penyenaraian awam, semua ini merupakan hasil terus daripada pilihanraya umum 2008.
DAP Kedah telah menembak sasaran yang salah dengan membuat keputusan yang drastik untuk meninggalkan Pakatan. Adalah melalui satu usaha yang besar, sehingga boleh dikatakan satu keajaiban, untuk PAS, PKR dan DAP untuk bersama-sama bergabung dan bersatu berhadapan dengan Barisan Nasional. Pakatan ini semestinya akan menghadapi kesukaran dan perselisihan faham. Namun demikian, adalah menjadi kewajipan kita untuk mengurangkan masalah-masalah tersebut untuk memastikan gabungan kekal bersatu.
Saya amat pasti tidak ada satu penyokong 308 yang mengundi dan menyokong untuk perubahan nasional ini akan bersetuju dengan seruan DAP Kedah untuk meninggalkan Pakatan atas masalah Majlis Bandaran di Kedah sahaja. Kita mempunyai kewajipan kepada setiap satu pengundi yang mengundi pembangkang, dan yang telah hampa dengan ketidakupayaan MCA dan Gerakan untuk mewakili mereka secara efektif, untuk tidak mengendalakan arah politik Negara kita yang pada masa kini sedang menuju.
Gooi Hsiao LeungKedah PKR State Committee Member
Kedah PKR Deputy Youth Chief
012-316-6001
Tiada ulasan:
Catat Ulasan