PAS Bincang Lanjut Isu Letak Calon Di Penanti
KEPONG [2.30 pm] - PAS Pusat akan mengadakan pertemuan dengan
PAS Pulau Pinang berhubung usaha
PAS Permatang Pauh yang mahu meletakkan calon parti itu bertanding pada
pilihan raya kecil Penanti, 31 Mei depan. Setiausaha Agung PAS,
Datuk Kamaruddin Jaafar (foto), berkata PAS Pusat pada asasnya sudah bersetuju dengan calon yang dipilih
Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding di kerusi
Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti itu. Beliau yang juga
Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) berkata demikian selepas mengadakan lawatan PAC ke kolam takungan
Air Jinjang, di sini, pagi ini.
[Nampaknya, kini bagai sudah ada budaya ugutan pula dalam Pakatan Rakyat. Jika sebelum ini budaya itu dikatakan menular dikalangan UMNO dan Barisan Nasional. Tapi kini segalanya nampak sudah berubah. Apakah ini caranya pemimpin PAS kawasan mahu berpolitik secara ikhlas dan jujur. Keputusan untuk meletakkan calon di DUN Penanti, jelas sekali bakal mengundang padah sebenarnya. Jika tidak diberi, sudah pasti PAS kawasan akan mengarahkan ahlinya tidak keluar mengundi nanti].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan