24 November 2014

Wanita Tunisia Dinobat Ratu Cantik Muslimah Sedunia




Keanggunan dan keikhlasan Fatma Ben menyuarakan mengenai penderitaan rakyat Palestin menarik perhatian juri.

YOGYAKARTA: Mesej pembebasan Palestin yang disuarakan peserta Tunisia membawa tuah apabila berjaya menewaskan 17 wakil negara lain, sekali gus memenangi pertandingan ratu cantik khusus untuk wanita Muslimah di Indonesia, Sabtu.

Berbeza dengan pertandingan ratu cantik barat, semua peserta pertandingan itu wajib memakai tudung dan mereka bukan sahaja dinilai berdasarkan penampilan, malah pengadil menilai kebolehan mereka membaca al-Quran dan pandangan mengenai Islam dalam dunia moden.

Penyertaan 18 finalis, termasuk yang bekerjaya sebagai doktor dan saintis komputer itu menampilkan gaya sopan dan sedap mata memandang.

Kali ini, Fatma Ben Guefrache yang juga saintis komputer diumumkan sebagai pemenang dan berjaya membawa pulang hadiah seperti jam tangan emas, dinar emas dan pakej umrah.


"Semoga Allah membantu saya dalam misi ini dan membebaskan Palestin. Tolonglah untuk sama-sama membebaskan rakyat Palestin dan Syria," kata wanita berusia 25 tahun itu dalam nada sebak.

Acara peringkat akhir ratu cantik Muslimah itu diadakan dengan latar belakang tapak Warisan Dunia UNESCO iaitu Kuil Prambanan di sini, bagi menandakan bahawa umat Islam menghormati penganut agama lain.

Pada awal pertandingan ini, beberapa cabaran dilalui termasuk membabitkan peserta Singapura yang terpaksa berhenti kerja kerana majikan tidak membenarkan dia menyertai pertandingan tersebut serta masalah visa yang menyebabkan tujuh finalis terpaksa membatalkan penyertaan.

"Kami mahu mereka memahami segalanya mengenai cara hidup Islam, termasuk pemakanan, pakaian dan cara menjalani kehidupan," kata seorang penganjur, Jameyah Sheriff.

Anugerah Muslimah Sedunia kali pertama dijayakan padda 2013 apabila penganjurannya bagi membantah acara Ratu Cantik Dunia yang berlangsung pada masa sama di Bali.

23 November 2014

TARIK SUBSIDI MINYAK, INDONESIA DAKWA MALAYSIA IKUT LANGKAHNYA ( Berita TERPOPULAR DI indon ).....MANA MACAI YANG BISING KATA HARGA MINYAK INDONESIA LEBIH MAHAL

Seorang petugas di stasiun pengisian bahan bakar Malaysia melayani pembeli.

Seorang petugas di stesen pengisian bahan bakar Malaysia melayani pembeli.


Ikuti Jejak Indonesia, Malaysia Hapus  Subsidi BBM


Kuala Lumpur - Malaysia akan menghapuskan subsidi bahan bakar minyak jenis RON95 dan diesel mulai 1 Disember akan datang. Selanjutnya harga BBM jenis ini di Malaysia boleh naik dan turun secara automatik, menyesuaikan dengan harga minyak dunia.

Menurut kerajaan Malaysia langkah ini akan menjimatkan bajet kerajaan hingga RM 20 bilion atau lebih dari Rp 72,4 triliun per tahunnya.

Perdana Menteri Najib Razak komited untuk meningkatkan dana awam Malaysia dengan memotong perbelanjaan dan subsidi, serta meningkatkan pemasukan sektor cukai dengan menaikkan PPN hingga 6 peratus pada April tahun depan.

Beberapa tahun terakhir, Malaysia telah memberi subsidi harga minyak sekitar RM 24 bilion setahun, memburukkan lagi defisit belanjawan kerajaan.

Malaysia mengurangkan defisit fiskal mereka hingga 3.9 peratus dari KDNK tahun 2013. Najib mensasarkan defisit sehingga 3.5 peratus tahun ini dan 3 peratus pada tahun 2015, dan dijangka mencapai keseimbangan belanjawan pada 2020.

Harga RON95 Malaysia, setara dengan Pertamax Plus di Indonesia, saat ini RM 2,30 (Rp 8.331) dan diesel RM 2.20 (Rp 7.969) per liternya.

Selepas penghapusan subsidi, selanjutnya harga dua jenis BBM ini akan ditentukan dengan sistem automatik mengambang, APM, sebuah sistem yang secara automatik menyesuaikan harga BBM sesuai dengan harga pasaran minyak dunia. Sistem ini telah digunakan untuk harga BBM jenis RON97 di negara itu.

Menteri Perdagangan, Pelanggan dan Kerja Sama Dalam Negeri Malaysia Hasan Malek berkata dengan sistem ini, harga RON95 dan diesel bulan depan akan ditentukan berdasarkan harga minyak dunia selama November.

"Kerajaan akan memantau harga pasaran bermula dari 20 hingga 30 November dan jumlahnya akan menentukan harga jual runcit pada Disember," kata Hasan

Dengan sistem ini, tidak menutup kemungkinan harga RON95 akan lebih murah jika harga minyak dunia turun. Melihat trend kebelakangan ini, harga minyak dunia terus mengalami penurunan.

"Jika trend ini berterusan, kemungkinan harga RON95 dan diesel pada Disember akan berkurang berdasarkan formula APM," tutur Hasan.

Hasan menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia telah melakukan kajian soal pelaksanaan sistem ini untuk menentukan harga RON95 dan diesel sebelum mengambil keputusan.

"Ini menunjukkan niat kerajaan untuk memastikan rakyat mendapat keuntungan dari penurunan harga minyak mentah dunia," ujar Hasan.


PUNCA PRESIDEN INDONESIA NAIK PESAWAT KELAS EKONOMI TERSEBAR - PENJELASAN SETIAUSAHA KABINET




"Ya (ekonomi). Enggak (VVIP). Ini pak Jokowi jadi pergi sebagai Joko Widodo, bukan presiden, . 

beza antara urusan keluarga dan negara mampukah dilakukan oleh pemimpin2 di Malaysia, namun Presiden Indonesia Jokowi tolak jet peribadi tapi pakai Ekonomi class ke Singapura




Presiden Jokowi Hadiri Konvo  Anaknya ke Singapura dengan Pesawat Kelas Ekonomi

indonesia.com

Presiden Joko Widodo (Jokowi) akan menghadiri konvo putra bongsunya, Kaesang Pangarep besok malam, Jumat (21/11) di Singapura. Bertolak ke Singapura pada Jumaat petang pukul 16.00 WIB, presiden akan menggunakan syarikat penerbangan Garuda Indonesia kelas ekonomi.

"Ya (ekonomi). Enggak (VVIP). Ini pak Jokowi jadi pergi sebagai Joko Widodo, bukan presiden, "kata Setiausaha Kabinet Andi Widjajanto di Istana Negara, Jakarta, Kamis (20/11). seperti yang dilaporkan oleh beritasatu.com

Jokowi dan ibu negara, Iriana rencananya akan berada di Singapura hingga Sabtu (22/11) pagi.

Andi berkata, dengan keadaan demikian, maka acara tersebut adalah acara keluarga, sehingga presiden hanya membawa protokoler dan pasukan keselamatan presiden secara minimum. Tempat tinggal di Singapura masih belum dipastikan, boleh di hotel atau di rumah Presiden.

"Ini acara peribadi, menghadiri konvo  anak lelakinya di Singapura. Kaesang, "kata Andi lagi.

Dijangka bakal ada acara sambutan oleh pihak Singapura, namun bukan dalam hal seremoni kenegaraan. Sambutan pejabat negara dengan tata cara courtesy call. Pemergian Jokowi sendiri, menurut Andi tidak perlu dalam status cuti, sebab dilakukan di luar jam kerja.

"Pulang Sabtu, kerana konvonya jam setengah 10 malam kalau enggak salah," lanjut Andi.

22 November 2014

SEEKOR KERAPU BERNILAI RM19,000 DITANGKAP!!!




PENJUAL ikan mempamerkan ikan kerapu gergasi seberat 200kg yang tersangkut di pukat seorang nelayan telah dijual dengan harga RM19,000 di Pasar Basah, Bintulu, Sarawak, semalam.

BINTULU 20 Nov. – Penat bertarung selama dua jam sebelum berjaya mendaratkan ikan kerapu seberat 200 kilogram (kg) berbaloi bagi seorang nelayan di sini semalam apabila dia berjaya menjual hasil tangkapan tersebut pada harga RM19,000.

Nelayan yang hanya mahu dikenali sebagai Madin, 40, memberitahu, dia langsung tidak menyangka mendapat rezeki lumayan tersebut kerana selama ini belum pernah berjaya menangkap ikan sebesar itu.

Katanya, ikan tersebut telah dibeli oleh seorang peniaga ikan di pasar basah Bintulu.

“Hasil tangkapan ini ternyata menjadi rezeki segera buat keluarga saya apabila ada peniaga ikan yang sanggup membelinya dengan harga RM19,000 atau RM95 bagi sekilogram.

“Sejak bekerja sebagai nelayan, inilah kali pertama saya menangkap dan melihat ikan kerapu sebesar itu, mungkin antara yang terbesar pernah ditangkap di negeri ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Madin, dia menyedari ikan ‘gergasi’ itu tersangkut di pukatnya ketika berada di kawasan kira-kira 50 kilometer dari luar pantai Bintulu petang semalam.

“Saya mengambil masa kira-kira dua jam bertarung dengan ikan tersebut sebelum berjaya mendaratkannya atas bot.

“Saya bernasib baik kerana tali penarik yang digunakan untuk menaikkan pukat itu tidak putus,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di pasar basah Bintulu mendapati orang ramai tertarik untuk melihat ikan gergasi tersebut dari dekat.

Beberapa pengunjung turut ti­dak melepaskan peluang un­tuk merakamkan gambar dan menyentuh ikan tersebut.




GAMBAR-GAMBAR MANGSA LETUPAN LOMBONG ARANG BATU DI SRI AMAN 3 MAUT & 27 CEDERA PARAH









SUMBER




Tiga terbunuh, 14 cedera - Laporan  metro.com.my

Sri Aman: Tiga pekerja terbunuh manakala 14 lagi cedera dalam letupan lombong arang batu di Selantik, Pantu Sri Aman, di sini, 10.20 pagi ini.

Mengikut maklumat awal Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.32 pagi.

Katanya, satu jentera bersama enam anggota dari Balai Bomba Sri Aman bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 100 kilometer dari lokasi kejadian.

Laporan awal daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman memaklumkan turut mengsahkan tiga terbunuh dalam kejadian itu.

Identiti mangsa belum diketahui. Mangsa yang cedera dan mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, difahamkan, ketiga-tiga korban lombong berkenaan adalah warga asing terdiri daripada Myanmar, Korea dan Indonesia

Turut difahamkan, letupan berlaku kira-kira 150 meter dalam terowong berkenaan dan tiada mangsa dilaporkan terperangkap.

 Sabtu, 22 November 2014 @ 3:02 PM



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...