12 Ogos 2014

KHALID PECAT SERTA MERTA EXCO PKR,DAP KERANA TIDAK BERSETUJU BERSAMA PASUKANNYA.

Pautan kekal imej terbenam


Khalid pecat serta-merta semua exco PKR, DAP


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat semua exco PKR dan DAP kerana tidak bersetuju bersama pasukannya mentadbir negeri Selangor.

Menteri besar Selangor itu menyatakan semua surat yang dihantar kepada lima exco, tiga dari DAP dan dua dari PKR hari ini berkuatkuasa serta-merta.

Bagaimanapun Khalid menyatakan belum menulis surat kepada Rodziah Ismail kerana berada di luar negeri.

"Exco telah membuat beberapa kenyataan dan menandatangani surat supaya diadakan satu blok tujuannya mengurangkan keberkesanan exco.

"Oleh itu saya menulis surat kepada sultan meminta supaya exco ini tidak meneruskan kerjanya dalam kerajaan negeri Selangor," katanya.

Senarai exco dipecat

DATUK TENG CHANG KHIM
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan

RODZIAH ISMAIL
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita

EAN YONG HIAN WAH
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram

ELIZABETH WONG KEAT PING
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar

DAROYAH ALWI
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi & Inovasi

GANABATIRAU VERAMAN
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin

Nafi mohon masuk PAS

Sebelum ini keenam-enam exco ini telah mengeluarkan kenyataan bersama untuk kekal dalam jawatan mereka tetapi tidak mahu menemui Khalid untuk bekerjasama kecuali dalam mesyuarat rasmi exco.

Sementara itu Khalid menafikan khabar angin beliau menyerahkan borang keahlian PAS hari ini.

"Saya tak sertai PAS. (Dakwaan) itu tak benar," kata beliau.




PKR, DAP tuntut PAS boikot mesyuarat exco


PKR dan DAP menuntut exco PAS memulaukan mesyuarat exco esok ekoran pemecatan enam exco mereka oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini.
Pautan kekal imej terbenam


SULTAN TIDAK PEKENAN WAN AZIZAH MENGADAP...APAKAH PUNCANYA?


Wan Azizah Wan Ismail


SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan baginda tidak berkenan menerima menghadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, baginda telah menerima surat yang telah ditandatangani Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Ahad lalu yang memohon agar Wan Azizah menghadap baginda.

“”Surat itu bagi memohon Presiden PKR menghadap Sultan Selangor bagi memberi penerangan dan penjelasan yang telah diputuskan PKR. Surat permohonan itu telah disembahkan kepada Sultan Selangor pada Isnin.

“Baginda menitahkan supaya saya memaklumkan kepada Anwar bahawa baginda tidak berkenan menerima menghadap Presiden PKR atas alasan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah pun menghadap banginda berkaitan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Selangor,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan itu, baginda tidak mahu campur tangan dalam soal pemecatan Abdul Khalid dari PKR.

“Sultan Selangor berpendapat bahawa pemecatan Abdul Khalid dari PKR merupakan isu dalaman parti yang tidak menjejaskan kedudukan beliau sebagai Adun Menteri Besar Selangor.

“Baginda tidak mahu campur tangan dalam isu dalaman PKR,” katanya.

Dalam pada itu, Sultan Selangor turut memaklumkan bahawa baginda telah berkenan Abdul Khalid terus kekal sebagai Menteri Besar, bukannya keputusan Mesyuarat Dewan Diraja Selangor sebagaimana yang dilaporkan media.

“Mesyuarat Dewan Diraja Selangor yang diadakan pada 11 Ogos adalah mesyuarat berjadual yang telah diperkenan Sultan Selangor dan tidak membincangkan kedudukan Abdul Khalid.

“Abdul Khalid telah menghadap Sultan Selangor bagi menyembah maklum kepada baginda bahawa beliau telah dipecat oleh Lembaga Disiplin PKR dan beberapa perkara berkaitan kedudukan menteri besar sebelum sidang Mesyuarat Dewan Diraja,” katanya. ~SH

TERKINI ! KENYATAAN MEDIA KEDUDUKAN ANGGOTA-ANGGOTA EXCO SELANGOR DIBAWAH DATO' MENTERI BESAR SELANGOR YAB TAN SRI DATO' SERI KHALID IBRAHIM .. SOKONG TERUS BERKHIDMAT TETAPI MELETAKKAN BEBERAPA SYARAT.



KENYATAAN MEDIA

PARTI KEADILAN RAKYAT & PARTI TINDAKAN DEMOKRATIK
SEMUA KEPUTUSAN MELALUI PROSES UNDIAN DALAM MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI (MMKN)


Kami ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN atau EXCO) dari KEADILAN dan DAP menghormati perkenan DYMM Tuanku Sultan Selangor bahawa YAB Tan Sri Khalid Ibrahim meneruskan tugas sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor dalam suasana sekarang.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, KEADILAN dan DAP akan menggunakan kaedah yang menepati Undang-undang Tubuh Negeri dan enakmen yang berkenaan untuk mengembalikan tampuk pemerintahan Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat yang dipilih oleh rakyat.

Sebagai menghormati kehendak rakyat dan titah DYMM Tuanku Sultan Selangor tersebut, kami akan terus menjalankan tugas harian sehinggalah seorang Menteri Besar baru dari Pakatan Rakyat dilantik untuk menggantikan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.

Dalam tempoh peralihan ini, urusan yang melibatkan kami, anggota EXCO dari KEADILAN dan DAP adalah mengikut mandat yang telah ditetapkan oleh parti seperti berikut:

1. Kedudukan dan fungsi YAB Tan Sri Khalid Ibrahim hanyalah dalam kapasiti peralihan sementara menunggu seorang Menteri Besar dari Pakatan Rakyat dilantik;

2. YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) tidak boleh membuat sebarang keputusan tanpa melalui proses undian. Sebarang keputusan MMKN perlulah diundi supaya fungsi YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dihadkan kepada kapasiti peralihan; dan

3. Kami, ahli EXCO dari KEADILAN dan DAP tidak akan berjumpa dengan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim (kecuali di mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) untuk mengelakkan sebarang perbincangan mengenai kedudukan parti masing-masing

Perkara-perkara diatas akan dilaksanakan serta merta.

Kami akan terus menjalankan tugas mengikut mandat yang diberikan kepada Pakatan Rakyat sementara perkara ini diselesaikan secara baik dan seorang Menteri Besar dari Pakatan Rakyat mengambil alih dalam masa terdekat.

DATO’ TENG CHANG KHIM
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan

PUAN RODZIAH BINTI ISMAIL
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita

SAUDARA EAN YONG HIAN WAH
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram

PUAN WONG KEAT PING
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar

PUAN DR. DAROYAH BINTI ALWI
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi & Inovasi

SAUDARA GANABATIRAU A/L VERAMAN
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin

12 Ogos 2014

EXCO DAP DAN PKR MASIH SOKONG MB BEBAS!!! APA CERITA??

EXCO KERAJAAN SELANGOR HARI INI 12/08/2014

Exco DAP Selangor Datuk Teng Chang Khim berkata dia tidak akan meletakkan jawatan sebaliknya akan terus bekerja mengikut arahan parti.

"Saya tidak akan letak jawatan. Parti suruh saya terus bekerja," katanya kepada pemberita di lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, hari ini.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam memberi kata dua kepada exco PKR dan DAP supaya meletakkan jawatan jika tidak lagi mahu bekerja dengannya yang dipecat daripada parti sendiri.


'Tak ada pertemuan untuk tahu sokongan'



SHAH ALAM - Exco Selangor, Datuk Teng Chang Khim mengesahkan bahawa tiada pertemuan khas berlaku antara beliau dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mendapatkan sokongan terhadap kepimpinan menteri besar itu.

Beliau yang ditemui pemberita di lobi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sebentar tadi memberitahu, pihaknya tidak dimaklumkan tentang pertemuan itu - seperti disebut Abdul Khalid semalam.

"Sejak jam 9 pagi tadi saya mempengerusikan tiga mesyuarat selama empat jam, antaranya mesyuarat berkenaan masalah denggi dan sebagainya.

"Setiausaha saya pun tidak menerima sebarang temujanji tentang pertemuan itu," katanya.

Semalam, Abdul Khalid memberitahu beliau akan menemui Exco DAP Dan PKR Selangor untuk bertanyakan sokongan mereka kepada beliau selepas dipecat keahliannya dari PKR pada Sabtu.

Ditanya tentang mesyuarat mingguan Exco, Chang Kim berkata ia akan dijalankan seperti biasa esok.

"Saya sudah terima notis tentang mesyuarat Exco dan ia akan dijalankan seperti biasa," katanya. ~SH



BERITA BERKAITAN :

Exco DAP, PKR Tidak Akan Temui Khalid Secara Peribadi




Barisan Exco DAP dan PKR tidak akan bertemu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini untuk berbincang mengenai kemungkinan untuk kekal dalam pasukan menteri besar itu.

Menurut satu sumber dari pejabat Exco Selangor, mereka hanya akan bertemu Khalid dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri esok.

Sumber yang enggan dinamakan menyebut, barisan Exco DAP kini sedang menunggu arahan parti dan tidak akan bertemu Khalid secara individu untuk urusan ini.

“Mereka (exco) akan hadir dalam mesyuarat esok, secara beramai-ramai. Saya diberitahu PKR juga begitu,” katanya yang menambah, parti terbabit dijangka akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu tersebut hari ini.

Khalid semalam dilaporkan akan menemuduga Exco secara individu untuk mengetahui kesanggupan mereka bekerjasama dengan beliau.

Beliau turut memberi kata dua kepada barisan Exco tersebut untuk meletak jawatan sekiranya tidak ingin menyertai pasukan beliau.

Katanya, beliau hanya memerlukan empat orang Exco untuk menjalankan pentadbiran.

Barisan Exco sedia ada kini terdiri dari empat orang wakil PAS dan masing-masing tiga orang dari PKR dan DAP.

berita lain: 

Hanya tiga EXCO dilihat jumpa MB Selangor setakat jam 12 tengah hari

SHAH ALAM: Setakat jam 12 tengah hari ini, hanya tiga EXCO dilihat hadir bagi menghadiri perjumpaan dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini.

Mereka adalah EXCO Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim; EXCO Pelancongan, Hal ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth wong Keat Ping dan EXCO Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr ahmad Yunus Hairi.

Difahamkan semua EXCO Selangor diminta hadir ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bagi membincangkan pendirian mereka mengenai isu jawatan Menteri Besar. ~BH

PROVOKASI PIHAK MUSUH POLITIK KETAHAP GABAN...APABILA PAKATAN LINTANG PUKANG


Dr Wan Azizah Wan Ismail

KENYATAAN MEDIA
12hb Ogos 2014

KEADILAN KECAM PROVOKASI MUSUH POLITIK

Hari ini warga Kuala Selangor dikejutkan dengan beberapa kain rentang politik yang bersifat provokatif, yang kononnya mengungkap ucapan sdr Rafizi Ramli mengenai parti politik seangkatan dalam Pakatan Rakyat. Setelah menghubungi beliau, sdr Rafizi telah menafikan sekeras-kerasnya mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Kami telah mengarahkan anggota parti untuk menurunkan kain-kain rentang yang penuh fitnah jahat tersebut.

KEADILAN mengecam provokasi musuh-musuh politik yang cuba menggunakan situasi yang ada di Selangor pada waktu ini untuk mengangkat agenda politik perkauman sempit mereka. Hentikan lah permainan politik kuno sebegini!

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN


DENGAN KELEBIHAN 44 KERUSI DAN UMNO HANYA 12 SEPATUTNYA PR SELANGOR JADI KERAJAAN PALING STABIL....

HAKIKATNYA KERANA PERANAN PR DIKETEPIKAN HANYA DENGAN EGO
PARTI MASING-MASING....INILAH JADINYA.......

PADAHAL BN PADA TAHAP PALING TERUK PRESTASINYA.......TAHAP TERKAPAI-KAPAI  UNTUK BANGUN SEMULA......

AKUILAH KESILAPAN MASING-MASING AWAN TIDAK SELALU TINGGI.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...