12 Oktober 2013

HOT ! CIMB SABOTAJ ZAHID DAN UMNO?....SAKSIKANLAH

Sudah Tidak Ada Tempat Lain CIMB Nak Iklan Selain Malaysiakini DS @NajibRazak ?



Ini balasan yang diberikan oleh CIMB setelah pelbagai insentif diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional kepada Bank berkenaan. CIMB bukanlah sebuah Bank yang biasa. Peneraju Bank berkenaan adalah DS Nazir bin Tun Abdul Razak, adik kepada Perdana Menteri Malaysia. 

Apa yang CIMB mahu buktikan dengan meletakkan iklan Kuala Lumpur Golf & Country Club, Malaysia dimana CIMB sebagai penaja utama, di laman portal Malaysiakini, laman pembangkang yang selama ini sentiasa memburukkan Kerajaan?


Dalam UMNO hari ini sedang mempersiapkan diri untuk pemilihan pucuk pimpinan sayap Pemuda, Wanita dan Puterinya, CIMB telah menghadiahkan hadiah yang cukup bermakna buat ahli-ahli UMNO dan Barisan Nasional.

 Berapa bayaran yang dibayar untuk pengiklanan ini? Mengapakah iklan ini hanya terdapat di Malaysiakini versi English yang berbayar dan bukannya versi Melayu yang percuma? Takut orang Melayu marah? - dari blog pro umno

KEMARAHAN ZAHID TERHADAP MALAYSIAKINI


KOMEN :  Cimb bertindak betul kerana sasaran iklannya untuk makluman  capaian harian Malaysiakini lebih 1 juta pembaca sehari, berbanding dengan utusan akhbar umno hanya sekitar 100,000 capaian....

Cimb bukan perniagaan hanya untuk orang umno tetapi sudah ke peringkat global....

HOT! PERWAKILAN WANITA GUA MUSANG MENGAMUK....( VIDEO INSIDE )


Mesyuarat Wanita UMNO Gua Musang dicemari insiden baling mikrofon


GUA MUSANG: Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Gua Musang di Bukit Chekati dicemari insiden kekecohan apabila empat perwakilan daripada Cawangan Sungai Paloh tidak dapat menahan emosi gara-gara senarai pencalonan ditolak.

Kekecohan bermula ketika mesyuarat itu sedang berlangsung dan salah seorang wakil bangun dan menyuarakan ketidakpuasan hatinya berikutan senarai barisan 21 calon ahli jawatankuasa Wanita UMNO bahagian ditolak.

Mereka menganggap pemimpin Wanita UMNO bahagian keterlaluan kerana menolak senarai pencalonan walaupun diserah pada jam 5.01 petang, pada 21 september lalu.



Menurut Ketua Wanita Cawangan Sg Paloh, Salwani Shafii perwakilan yang menghantar borang hendak bertanding baru diberitahu pencalonan itu tidak sah pada jam 8 malam semalam.

“Namun apa yang saya dapat tahu di Sabah, pencalonan dihantar lewat satu jam dan masih diterima dan saya begitu berpuas hati dengan ketua wanita bahagian disini,” kata Salwani.

Sementara itu, Perwakilan Wanita UMNO Cawangan Sungai Paloh pula mempersoalkan ketelusan dan demokrasi jika perkara ini tidak dapat ditangani dengan sempurna.

Mengulas kejadian itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Bahagian Gua Musang, Muhammad Shukri Abdul Aziz tampil memberi penjelasan.

“Kita mendapat surat daripada UMNO pusat yang di tandatangan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Tajol Rosli Ghazali dan dia menyatakan bahawa Jawatankuasa Pemilihan UMNO Negeri telah menolak borang pendaftaran calon-calon yang ingin bertanding bagi jawatan Ketua Wanita dan Puteri UMNO bahagian Gua Musang”.

“Oleh kerana borang itu telah diterima lewat daripada waktu yang ditetapkan dan perkara ini telah disahkan oleh Pengerusi Pemilihan UMNO bahagian Gua Musang. di mana kita bermesyuarat jadi bersetuju tidak terima. peringkat tu bahagian negeri dan pusatlah tak terima dan disertakan penama seramai 21 orang,” kata Muhammad Shukri.

Selepas 10 minit, keadaan kembali reda apabila Ketua Wanita Bahagian Gua Musang, Datuk Wan Hazani Mohd Noor yang menang tanpa bertanding menjelaskan bahawa perlembagaan UMNO telah menetapkan cara pemilihan baru pada tahun ini.

HOT ! ANWAR BOLEH KRITIK KHALID, TAPI PKR TIDAK CUKUP MANDAP MENGGANTIKAN KHALID....!!!

Anwar sepatutnya menggunakan majlis pakatan rakyat sebagai forum mengkritik kerajaan pakatan rakyat selangor, juga menentukan dasar-dasar baru. Kita maklum pkr bukan lagi mempunyai mejoriti dalam pakatan Selangor.

Anwar kritik Khalid, kedudukan MB Selangor dalam bahaya




Kritikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di pentas terbuka semasa forum berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2012 di Petaling Jaya malam tadi memberikan isyarat tidak baik kepada bekas pemimpin korporat itu.

Menurut Anwar, Abdul Khalid tidak seharusnya berbangga dengan lebihan kewangan yang diperolehi kerajaan negeri Selangor akan tetapi gagal membelanjakannya dengan baik.

Sebaliknya, Anwar memuji Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan menjadikan Setiausaha Agung DAP itu sebagai contoh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang berjaya menguruskan kerajaan negeri dengan baik dan seimbang.


"Saya puji Lim Guan Eng yang membawa Pulau Pinang pada tahap pretasi terbaik. Bagaimanapun tidak kepada Khalid kerana sudah masanya Selangor tidak lagi berbangga dengan lebihan yang diperolehi.

"Kita tidak ada masalah dengan pengurusan beliau, hasil pendapatan negeri juga membanggakan namun terdapat beberapa isu seperti pelajar tidak dapat menyambung pelajaran ke pengajian tinggi selain segelintir rakyat miskin yang tidak mampu memiliki rumah dan perkara itu masih sukar ditangani sehingga kini,” kata Anwar di hadapan hadirin dalam program yang turut menampilkan Dr Ong Kian Ming daripada DAP dan bekas Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin.

Perlantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua sememangnya tidak disenangi oleh PKR Selangor yang dipimpin oleh Mohamed Azmin Ali.

Pada ketika itu, PKR juga tidak boleh melakukan apa-apa oleh kerana PAS dan DAP yang masing-masing mempunyai 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) mahukan Abdul Khalid kekal dan tidak bersedia menerima Azmin.

Azmin yang merupakan Timbalan Presiden parti itu turut merungut apabila pimpinan pusat PKR tidak melakukan perbincangan dengan parti diperingkat negeri dalam urusan pelantikan menteri besar Selangor bagi penggal kedua.

Azmin juga tidak dapat melakukan apa-apa kerana PKR mempunyai kerusi DUN paling sedikit di Selangor dengan hanya 14.

Hasilnya, hubungan keruh diantara kerajaan negeri Selangor pimpinan Abdul Khalid dengan PKR negeri pimpinan Azmin semakin membarah.

Ini menyebabkan Anwar menghantar Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail untuk menyelesaikan beberapa perkara yang tidak beliau senangi berhubung pentadbiran Abdul Khalid.

Saifuddin dilantik menjadi Ketua Staf di Pejabat Menteri Besar Selangor pada Julai lalu, sesuatu jawatan yang tidak pernah wujud sebelum ini di negeri terkaya Malaysia itu dan mirip kepada sistem Amerika Syarikat.

Pada masa sama, Khalid melantik Saifuddin sebagai pegawai yang mengendalikan projek Pembangunan Desa untuk mengendalikan lima kawasan Parlimen di utara Selangor yang masih dimenangi Umno dalam pilihanraya umum lalu.

Pakatan hanya tewas di lima Parlimen di Selangor yang terletak di utara negeri maju itu seperti Tanjung Karang, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sungai Besar.

Bagaimanapun, Saifuddin dikatakan tidak mampu melakukan tugasnya oleh kerana Abdul Khalid campur tangan dalam projek yang diuruskannya.

Jika dahulu pertembungan diantara Abdul Khalid dan Azmin hanya berlaku secara satu lawan satu, tindakan yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor itu terhadap Saifuddin dijangka akan menambah lagi jumlah musuhnya dalam politik terutamanya dalam PKR.

Saifuddin yang merupakan “jeneral” yang paling dipercayai oleh Anwar mempunyai pengaruhnya tersendiri dan mempunyai pengalaman luas dalam menguruskan organisasi.

Malahan Saifuddin juga diantara perancang utama gerakan reformasi yang dilancarkan Anwar selepas dipecat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad daripada kerajaan.

Sebelum sempat mana-mana pemimpin PKR mengeluarkan respons kepada kritikan Anwar terhadap Abdul Khalid, Datuk Zaid Ibrahim yang juga bekas ahli PKR membela Menteri Besar Selangor itu.

Zaid adalah sekutu kepada Abdul Khalid dan melawan Azmin bagi jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan tahun 2010 lalu.

“Anwar tidak seharusnya mengkritik Khalid secara terbuka. Apakah ini satu rancangan untuk menggantikannya? Khalid mendapat sokongan daripada pengundi dan hanya mereka boleh menggantikannya,” kata bekas menteri Kabinet itu melalui akaun Twitter @zaidibrahim.

Zaid seolah-olah sudah terhidu dengan sesuatu bakal berlaku di negeri Selangor yang sudah dipimpin oleh PR untuk penggal kedua itu.

HOT! BLOG PRO TUN M, SERANG ISA DAN AKAN ADA LAPORAN POLIS!!!


Blog pro Umno serang Isa, dakwa akan ada laporan polis


Peluang Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad (gambar) untuk memenangi jawatan naib presiden Umno semakin gelap apabila beliau diserang oleh blogger pro Umno, Rocky Bru hari ini.

Rocky atau nama sebenarnya Datuk Ahirudin Attan, yang rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, mendedahkan satu laporan polis akan dibuat terhadap Isa atas dakwaan membuat laporan palsu kepada Bursa Malaysia.

Ini berikutan tindakan Isa membuat laporan berkenaan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Global Venture Berhad, Tan Sri Sabri Ahmad kepada Bursa Malaysia mengenainya.


Isa bersama dua lagi tokoh Umno, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam sedang berusaha untuk mendapatkan tempat dalam barisan naib presiden Umno.

Penyandang jawatan ini sekarang adalah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Ahmad Zahid dilihat paling ke depan diekori Shafie dan Mukhriz manakala Isa termasuk dalam tiga yang sedang mencuba untuk dipilih oleh perwakilan Umno yang akan membuat pengundian hujung minggu depan.

Harapan Isa untuk menang adalah sokongan padu 54 bahagian Umno yang mempunyai kawasan Felda di samping tapak sokongannya di Negeri Sembilan.

Dalam postingnya hari ini, Rocky mendedahkan pelbagai dokumen berkaitan dengan laporan Isa kepada Bursa Malaysia itu dalam blognya.

Berdasarkan dokumen yang disertakan, Rocky berkata, Sabri sebenarnya tidak meletakkan jawatan sebagai Lembaga Pengarah dalam FGVH dan sebuah lagi syarikat, MSM Malaysian Holdings Berhad sebagaimana yang dilaporkan Isa.

"Jika FGV dan MSM melakukannya, maka mereka harus disiasat mengikut Seksyen 122B yang Akta Industri Sekuriti.

"Ia adalah satu jenayah yang boleh dihukum sehingga RM3 juta dan 10 tahun penjara kerana melakukan akuan berkanun palsu, termasuk perubahan dalam lembaga pengarah,"
tulis Rocky dalam blognya.

KISAH PEGAWAI JKM KEJAM...RUPANYA PEGAWAI TAKUT...?

Kisah di sebalik pegawai JKM 'kejam'

Gambar-gambar yang disebarkan menerusi blog dan beberapa laman berita atas talian.

KULIM - Seorang OKU dari Persatuan Kebajikan Setia Orang Kurang Upaya Kulim (PKSOKU) dikatakan nekad mendaki tangga dengan merangkak kerana mahu menyerahkan sendiri memorandum kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di daerah itu pada 6 Oktober lalu.

Beberapa blog dan berita dalam talian melaporkan, OKU itu yang juga Pengerusi PKSOSU, K Genggataran, 53, berbuat demikian selepas pegawai JKM Daerah Kulim dikatakan enggan menemui mereka walaupun setelah menunggu lebih sejam.

Tajuk-tajuk yang digunakan dalam laporan ini seolah-olah menghentam JKM Kulim yang tidak prihatin dengan kesukaran seorang OKU. Antara tajuk yang disebarkan menerusi internet, 'OKU ketuk pintu JKM buat tak tau', 'Terpaksa merangkak ke pejabat Pengarah JKM' malah ada yang menggunakan tajuk, 'Pengarah JKM Kulim kejam paksa OKU merangkak naik tangga'.

Berita portal turut memetik Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran sebagai berkata, pada mulanya lebih 50 OKU berkumpul di bawah pejabat JKM Kulim untuk menemui pegawai JKM yang berada di tingkat atas.

“Selepas menunggu hampir sejam, seorang daripada mereka (Genggataran) nekad mengengsot dengan mendaki satu demi satu anak tangga sambil menggigit memo itu kerana pejabat berkenaan tiada lif.

“Pegawai JKM dikenali sebagai Rohana hanya membuka pintu beberapa ketika selepas OKU itu berjaya naik ke tingkat satu dan menerima memorandum tanpa memberi respons mengenainya,” katanya.

PENJELASAN EXCO , HANGPA FIKIR SENDIRI  :

ALOR SETAR - Exco Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Suraya Yaacob menafikan dakwaan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kulim enggan menemui wakil Persatuan Kebajikan Setia Orang Kurang Upaya Kulim (PKSOKU), baru-baru ini.

“Saya difahamkan, bukan pegawai JKM itu tidak mahu berjumpa dengan mereka. Tetapi kerana situasi pada ketika itu yang membuatkan pegawai itu takut untuk berjumpa mereka yang sengaja mencetuskan provokasi di bawah pejabat ketika itu.

“Mereka buat bising, menyanyikan lagu Negaraku dan sebagainya. Tambahan pula mereka datang dengan begitu ramai, memang menakutkan pegawai JKM untuk berjumpa mereka meskipun hanya untuk menerima memorandum itu,” katanya mengulas penyebaran gambar seorang OKU di laman sosial yang dibiarkan menaiki tangga untuk menyerahkan memorandum berkenaan kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat Kulim, Rohana Yusop, kerana didakwa enggan berjumpa kumpulan itu.

Sebelum itu, salah seorang kakitangan JKM menemui Genggataran untuk meminta wakil bersesuaian menyerahkan memorandum itu kepada Rohana kerana hanya empat orang daripada hampir 15 orang dalam kumpulan itu berkerusi roda.

Ini bermakna, masih ramai yang mampu berjalan menaiki tangga ke tingkat 1 bangunan itu, bukan sekadar membiarkan seorang OKU merangkak menaiki tangga.

Bagaimanapun, Genggataran enggan berbuat demikian, sebaliknya dia sendiri yang mahu menyerahkannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...