29 Julai 2012
Terkini!!! Najib semakin Gawat, Lajim mendapat sokongan PPS di 17 Parlimen
KUALA LUMPUR : Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lajim Ukin hari ini mengumumkan perletakan semua jawatannya dalam parti serta dalam Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa serta-merta, untuk bekerjasama dengan barisan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) di Sabah.
Walau bagaimanapun, Lajim (gambar) yang juga ketua Umno bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkata beliau menyerahkan kepada kepimpinan Umno untuk memutuskan samada untuk mengekalkan atau tidak jawatannya sebagai timbalan perumahan dan kerajaan tempatan, lapor akhbar bahasa Inggeris The Star.
Perkembangan ini dilihat sebagai satu tamparan hebat kepada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang akan berlangsung tidak lama lagi.
“Bagi jawatan Timbalan Menteri, saya serahkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) untuk menentukkan kedudukan saya kerana itu budi bicara beliau.
“Bagi menentukan keahlian saya dalam Umno, saya menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk mengambil tindakan... kalau mereka rasa saya menyalahi peraturan parti mereka boleh pecat saya,” katanya dipetik Bernama.
Beliau mengumumkan keputusannya itu ketika berucap dalam majlis berbuka puasa di kediamannya di Likas Jaya, dekat Kota Kinabalu petang tadi, mengikut laporan Bernama.
Lajim turut mengumumkan pertubuhan gerakan baru Pakatan Perubahan Sabah (PPS) di majlis yang sama, yang telah dikaitkan akan berkerjasama dengan PR demi kepentingan negeri Sabah.
Ahli Parlimen Beaufort memberitahu wartawan PPS mempunyai senarai perwakilan seramai 17 orang, bagi setiap kawasan parlimen di Sabah.
Bulan lalu, Lajim mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu.
BERITA BERKAITAN- LIHAT ULASAN KALAKUU UNTOL -BEKAS TIM.MENTERI KABINET
Kerajaan BN Sabah pasti tumbang PRU 13 – Kalakau Untol
KOTA KINABALU 29 Julai: Perubahan kerajaan hampir pasti berlaku di Sabah apabila pemimpin berpengaruh meninggalkan Barisan Nasional (BN), kata bekas Timbalan Menteri Kabinet, Kalakau Untol.
Mengikut sejarah, bekas Timbalan Menteri Buruh antara 1986 hingga 1990 itu, berkata pertukaran kerajaan berlaku setiap kali beberapa pemimpin utama mengubah haluan politik.
Dalam pilihan raya Sabah pada 1967, katanya, kerajaan negeri tumbang apabila beberapa pemimpin Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) menyertai Usno.
Pada 1976, katanya, kerajaan BN tumbang apabila Datuk Salleh Sulung dan Datuk Haris Saleh meninggalkan Usno yang menjadi kerajaan ketika itu.
“Kerajaan yang dipimpin Parti Berjaya itu juga tidak kekal apabila Datuk Seri Pairin Kitingan dan Mark Kodding keluar parti dan menubuhkan PBS pada 1985.
“Namun kerajaan PBS itu pula tumbang walaupun menang pilihan raya negeri dengan kehilangan banyak kerusi, apabila BN melakukan rampasan kuasa seumpama di Perak,” katanya kepada Keadilan Daily.
Kalakau adalah Ketua Pemuda UPKO selama 12 tahun sejak 1985 sebelum meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat pada 16 Februari 2010.Beliau juga adalah presiden Persatuan Dusun Sabah Bersatu (Usda) dan pernah berkhidmat sebagai Senator sehingga tamat penggalnya pada Disember 2005.
Kalakau percaya, kerajaan BN Sabah bakal tumbang berikutan gerakan Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pakatan Perubahan Sabah yang diterajui pemimpin berpengaruh.
APS yang didominasi suku etnik Kadazan-Dusun-Murut, diketuai Ahli Parlimen Tuaran dari BN, manakala PPS yang dominasinya Melayu-Islam diterajui Datuk Seri Lajim Ukim.
“Apabila masyarakat Kadazan-Dusun-Murut dan Melayu-Islam bersatu, perubahan politik di peringkat negeri pasti terjadi.
“Ia tentunya melakar kemenangan dan meroboh kerajaan BN Sabah, sekali gus melengkapkan lanskap perubahan politik di Malaysia,” katanya.
28 Julai 2012
Terkini! Ahli Majlis Tertinggi Umno letak jawatan hari ini
Ahli Majlis Tertinggi Umno letak jawatan hari ini
PETALING JAYA – Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lajim Ukin hari ini mengumumkan meletakkan semua jawatan dalam parti tersebut.
Walaubagaimanapun, Lajim yang juga timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan menyerahkan kepada kepimpinan Umno untuk menentukan sama ada dapat mengekalkan atau tidak jawatan timbalan menterinya itu, lapor akhbar The Star versi online.
Perkembangan ini memberikan tamparan hebat kepada perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak dalam keadaan pilihan raya umum (PRU) yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Lajim turut berkata beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik tetapi akan bekerja dengan parti pembangkang, Pakatan Rakyat (PR) demi kepentingan negeri Sabah, lapor The Star lagi. -
Beliau berkata demikian depan ratusan penyokong, kebanyakannya pemegang jawatan penting di peringkat cawangan dan bahagian Umno, di rumahnya di Likas di sini, kira-kira jam 6 petang tadi.
“Mulai sekarang, saya letak semua jawatan dalam Umno kerana tidak lagi yakin parti itu mampu membela rakyat Sabah,” katanya.
Bercakap kepada Keadilan Daily pula, Lajim menyatakan komitmennya terhadap Pakatan Rakyat bagi memulihkan Sabah dari belenggu penindasan dan ketidakadilan.
Beliau juga menggerakkan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) – sebuah gerakan yang menolakkan pentadbiran Barisan Nasional (BN) di Negeri Di Bawah Bayu itu.
Selain PPS yang didominasi golongan Melayu-Islam, wujud juga Angkatan Perubahan Sabah (APS) – dominasi Kadasan-Dusun-Murut yang diterajui Wilfred Bumburing – Ahli Parlimen Tuaran dari BN.
Pelancaran PPS dan APS dijadual berlangsung esok dengan Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim dijangka hadir sebagai tetamu kehormat.
Sebelum ini, Lajim meletak jawatan sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu sehari selepas Najib Altantuya melawat Sabah, Jun lalu.Beliau juga enggan pertahan jawatan Ketua Bahagian Umno Beaufort sebaliknya menghantar surat peletakan kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort.
Lajim pernah menyandang Timbalan Ketua Menteri Sabah dan jawatan penting lain.Dalam Pilihan Raya Umum 2008 beliau mengalahkan calon KEADILAN Lajim Md Yusof dengan majoriti 10,914 undi.
Difahamkan bersama beliau termasuk 27 ahli jawatankuasa bahagian itu telah mengumumkan melepaskan jawatan .Dalam perkembangan lain tokoh-tokoh berpengaruh di Sabah termasuk juga sekurang-kurang tiga orang ketua Umno bahagian akan membuat kejutan besar dalam tempoh terdekat.
Perkembangan terbaru ini menyebabkan sekali lagi UBN Kuala Lumpur mungkin akan membuat kajian semula berhubung kedudukan Ubn serta tarikh pembubaran parlimen. Sebelum ini rata-rata orang berpendapat parlimen akan dibubar dalam minggu pertama September dan pilihan raya pada hari atau awal Oktober.
Dengan pengistyharan rasmi penubuhan PPS itu ada kemungkinan Najib Razak akan mengubah tarikh pembubaran dan tarikh pilihan raya. Sabah sebelum ini dianggap sebagai simpanan tetap bagi BN nanum dengan keluarnya Lajim dari parti itu menyebabkan simpanan tetap itu sudah menjadi simpanan longgar.

KAJIAN MPN BUATKAN NAJIB MAKIN CELARU DAN PENING!
SHAH ALAM - Pas mendakwa hasil kajian beberapa anggota Majlis Profesor Negara (MPN) "agar berbeza dan bercelaru" antara satu sama lain, sekali gus akan menyukarkan Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menetapkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Sambil berkata pihaknya menghormati hasil kajian beberapa universiti yang diumumkan baru-baru ini dan terbaru semalam, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, hasil kajian terbaru semalam akan meletakkan Najib selaku Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dalam keadaan yang "sukar."
"Saya fikir ia akan meningkatkan kecelaruan dalam mencari tarikh yang sesuai bagi memanggil pilihan raya dan dalam menentukan masa depan politik BN dan Umno," kata beliau. ~sinarharian
Kantoi! Rais Yatim " DICAPATI "
Video Lagu Tema Hari Merdeka Undang Kritikan Diruang Siber
ULASAN : Ruang laman sosial Facebook dan Twitter dihangatkan dengan isu video lagu tema sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-55 yang dilihat sebagai modal politik Umno-BN untuk memancing undi dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.
Jika sebelum ini lagu ‘Bahtera Merdeka’ berkumandang setiap kali sambutan kemerdekaan, tahun ini menyaksikan lagu bertajuk ‘Janji Ditepati’, lirik ciptaan sepenuhnya oleh Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Kesenian, Datuk Seri Rais Yatim dipilih menjadi lagu tema sambutan kemerdekaan negara.
Paling mencuri tumpuan, rangkap ‘Janji Sudah Ditepati, Kini Masa Balas Budi’ menyaksikan kritikan hebat pelayar internet yang mengaggap rangkap berkenaan sebagai ‘menuntut’ rakyat mengenang kembali jasa pemerintahan Umno-BN.
Video berkenaan yang telah dimuatnaik ke laman Youtube pada 23 Julai 2012 dengan menggunakan nama akaun NazS10.
Berdasarkan pemerhatian TV Selangor sehingga jam 6.30 pagi tadi video berkenaan ditonton oleh 11,374 orang dan berjaya mengumpul 3,292 ‘Dislike’ sementara 50 ‘Like’.
Ruangan komen video berkenaan turut mendapat kritikan lebih hebat dari pelayar internet yang rata-rata tidak bersetuju dengan tema berkenaan.
Dijangkakan lebih ramai pelayar internet akan memberikan kritikan hebat sekaligus pola ‘Dislike’ akan mengungguli rating video berkenaan.
Video tersebut boleh ditonton pada pautan http://www.youtube.com/watch?v=MzWHRz-owZ8
Selain video, logo tema kemerdekaan ‘Janji Ditepati’ turut menjadi sindiran pelayar internet yang mengubah slogan berkenaan kepada ‘Janji Dicapati’ sebagai tanda protes.
Sebelum ini, pelbagai pihak mempertikaikan pemilihan tema Hari Kemerdekaan tahun ini yang dilihat cuba dipolitikkan oleh BN yang semakin kehilangan kepercayan rakyat ekoran pelbagai pendedahan penyelewengan termasuk beberapa projek yang memperlihatkan campurtangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pakatan Rakyat turut menggesa tema berkenaan ditukar dan memberikan tempoh selama seminggu untuk kerajaan berbuat demikian. Jika kerajaan masih berkeras untuk menggunakan tema berkenaan, negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat mungkin menggunakan tema lain yang lebih sesuai dengan unsur kemerdekaan.
Slogan ‘Janji Ditepati’ turut menjadi tema siri jelajah 1Malaysia Barisan Nasional ke seluruh negara sebagai modal ‘kempen awal’ kepada rakyat.
Minggu ini turut dibangkitkan satu lagi kontroversi iklan ‘Saya Pilih Malaysia’ yang telah diterbitkan di semua stesen televisyen dan akhbar media arus perdana dengan memaparkan Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan beberapa selebriti terkenal.
Luahan blogger umno mengenai isu logo dan lagu kemerdekaan 2012.
Ini bukan menghentam tapi dengan niat menegur...
(cuma mungkin nada teguran agak keras kerana
dua kesilapan yang dilakukan hampir serentak)
Kerana masalah utama kebanyakan pimpinan UMNO adalah
merasakan diri mereka pandai serba-serbi.
Tak payah nak memandai sangat...
for some matters, just leave it to the PRO!
Bermula dengan logo Hari Kemerdekaan Malaysia ke-55
yang bertaraf longkang... Muncul pula lirik lagu yang bertaraf
sampah-sarap di pinggir jalan!
Gua mulakan dengan LOGO yang mendapat cemuhan
sebilangan besar rakyat Malaysia.
Percaya atau tidak cuma rakyat Malaysia
yang rabun itik dan kaki bodek seperti Rais Yatim
saja yang akan bersetuju jika logo di bawah ini tetap digunakan
untuk merayakan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-55.
LikePage Facebook yang menentangnya saja sudah
melebihi 5,000 rakyat Malaysia
Dan apa yang kelakar ~ Rais Yatim tetap mempertahankan
idea & 'kreativiti'nya.
Terkini! Kawan rapat Najib akan sertai PAS?
KUALA LUMPUR: PAS bakal menerima seorang lagi warga baru apabila kawan rapat Presiden Umno, Najib Tun Razak akan mengisytiharkan menyertai parti itu.
Penulis blog politik, Mohd Sayuti Omar menyatakan perkara itu di dalam blognya http://www.msomelayu.blogspot.com/
Berikut adalah tulisan beliau.
PAS bakal menerima seorang lagi warga baru apabila seorang lagi orang kuat Umno akan mengisytihar menyertai Pas. Tokoh itu sudah pun begitu mesra dengan Pas dan menyertai majlis-majlis Pas selama ini tetapi masih belum terbuka menyertai Pas. Namun sempena dengan Ramadhan atas semangat perang Badar, tokoh berkenaan telah mengambil keputusan nekad akan menyertai Pas di dalam Ramadhan ini juga.
Katanya dia telah membuat istikharah akhirnya Tuhan menunjukkan bulan kepadanya. Satu majlis penyerahan borang Pas akan dilakukan tidak lama lagi. Dengan penyertaan tokoh ini ia memberi tekanan dan aib besar kepada Umno. Dunia akan melihat Umno sudah tidak dipercayai bukan saja oleh anak-anak muda, golongan cerdik pandai tetapi oleh ahlinya sendiri. Tokoh berkenaan pernah menjawat beberapa jawatan dalam parti dan juga menjadi ahli Parlimen.
Tokoh ini juga sebelum ini merupakan kawan rapat kepada presiden Umno, Ha Najib Razak.
Mudah-mudahan dengan penyertaan tokoh berkenaan ia akan menambahkan kekuatan Pas dan ahli baru itu pula akan mendedahkan lebih banyak lagi kepincangan parti yang disertai sejak lebih 50 tahun itu untuk dijadikan maklumat dan panduan kepada umum.
Langgan:
Catatan (Atom)