31 Mac 2012
THAILAND : LAKSANAKAN GAJI MINIMUM
Dasar kerajaan untuk menaikkan gaji minimum harian pekerja kepada 300 baht bertujuan meningkatkan taraf hidup pada satu-satu masa apabila kos sara hidup semakin meningkat, kata Perdana Menteri Yingluck Shinawatra pada hari Sabtu.
Gaji minimum harian yang baru akan berkuat kuasa pada hari Ahad dalam tujuh wilayah: Bangkok, Nonthaburi, Samut Prakan, Samut Sakhon, Nakhon Pathom, Pathum Thani dan Phuket. Peningkatan ini ialah 40% dari tahap semasa. Peningkatan dalam wilayah-wilayah lain akan menyusul kemudian.
Bercakap mengenai mingguan beliau "PM Yingluck Bertemu Rakyat" talk show pada NBT, Perdana Menteri berkata kerajaan sedar bahawa kenaikan gaji yang akan menjejaskan kos pengeluaran pengilang, tetapi kesannya akan menjadi minima.
Pengeluar yang paling besar, kata beliau, telah membayar gaji harian melebihi gaji minimum baru. Bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang akan terjejas oleh dasar itu, kerajaan akan datang dengan langkah-langkah yang sewajarnya untuk membantu meringankan kesusahan mereka, tambah beliau.
"Menurut statistik yang lepas, gaji minimum harian pekerja telah tidak dinaikkan selama beberapa tahun, sementara kos sara hidup telah semakin meningkat," kata Cik Yingluck.
"Jika gaji pekerja tidak dibangkitkan, mereka tidak akan mampu bertahan. Malah, kenaikan gaji minimum harian tidak terlalu tinggi, kata beberapa pengkritik ."
Perdana Menteri berkata beliau telah mengarahkan menteri-menteri buruh dan industri untuk memantau dan memberi bantuan yang diperlukan bagi PKS yang terjejas oleh keperluan untuk membayar pekerja mereka lebih.-Sumber Bangkok Post
ANWAR DERSEDIA DISAPINA, KATA PEGUAM
Saman mahkamah tidak boleh dikemukakan kepada mana-mana Ahli Parlimen di dalam premis Parlimen.
PETALING JAYA: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia disapina berhubung kes Hong Leong vs Low Thiam Hoe.
Pengarah Biro Guamannya, Latheefa Koya berkata sapina itu untuk mengarah Anwar menjadi saksi bagi membantu mahkamah dalam kes tuntutan terhadap Hong Leong Finance Berhad, yang difailkan pada 1998.Sekaligus beliau menafikan dakwaan peguambela D Paralingam yang menyatakan Anwar enggan menerima sapina itu yang diserahkan kepadanya (Anwar) pada 28 Mac lalu.Latheefa menegaskan, “kami terperanjat dengan kejahilan peguam berkenaan tentang peraturan dan hak istimewa seorang ahli parlimen bahawa saman mahkamah tidak boleh dikemukakan kepada mana-mana Ahli Parlimen di dalam premis Parlimen.
“Malahan tindakan peguam itu untuk menyerahkan sapina di premis Parlimen adalah salah dan melanggar sidang Parlimen,” terang beliau.Menurutnya, Anwar tidak mempunyai halangan untuk menerima sapina itu dan sentiasa bersedia untuk hadir di mahkamah, jika ianya relevan, perlu dan bukan dengan niat untuk menyalah guna proses mahkamah.
“Kami ingin menasihati Paralingam bahawa terdapat beberapa etika yang perlu dipatuhi sebelum sapina dikeluarkan ke atas Ahli Parlimen, apatah lagi beliau ialah seorang Ketua Pembangkang.
“Paralingam boleh menghubungi Tetuan Daim & Gamany untuk menetapkan satu temujanji bagi menyerahkan sapina itu jika beliau benar-benar berminat untuk memanggil Anwar sebagai saksi.

RASUAH PUNCA RIO TINTO ALCAN BATALKAN PELABURAN RM2.0 BILION DI SARAWAK
Beberapa tanda tanya berkenaan projek gergasi hasil cetusan idea Taib, iaitu Empangan Bakun bernilai berbilion ringgit, telah timbul dan berkembang menjadi suatu krisis bagi seorang ‘Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak’.
Sebuah syarikat perlombongan bertaraf global, Rio Tinto Alcan, baharu saja mengumumkan penarikan diri mereka dari menyertai usahasama industri melebur aluminium dengan SALCO.
Projek empangan hidro Bakun merupakan rancangan utama Taib untuk mengeluarkan tenaga elektrik berskala besar.Dan projek berkenaan juga merupakan impian Ketua Menteri untuk menyokong konsep SCORE-nya telah menjadi sia-sia, malah di samping itu dia merancang untuk membina 12 lagi empangan sebagai tambahan kepada Bakun.
Kini Bakun semakin cepat menjadi sebuah projek gajah putih sebagaimana yang telah dijangkakan oleh pelbagai pihak.
Terlalu banyak kesengsaraan tanpa sebab
Seperti mana yang telah kami laporkan, banyak pekerjaan dan kontrak yang dikhaskan untuk penduduk tempatan yang akan dipindahkan, telah sebenarnya direbut oleh kroni-kroni BN, seperti ahli parlimen Billy Abit Joo, yang telah menjadi pemegang saham dan pewaris dalam syarikat yang kononnya ‘koperasi rakyat’ Wargana Consortium. Sarawak Report dan pertubuhan-pertubuhan NGO yang lain telah banyak kali mengetengahkan kemarahan dan setiap maklumat yang mereka kemukakan akan tetap diambil perhatian oleh syarikat Rio Tinto Alcan, yang peka pada pandangan pemegang-pemegang saham mereka dari negara-negara barat apabila ianya berkaitan dengan pelanggaran isu hak asasi manusia dan alam sekitar.
Apakah alasan Rio Tinto Alcan menarik diri dari usahasama SALCO?
Alasan yang diberi oleh Rio Tinto Alcan untuk menarik diri dari usahasama peleburan logam yang bernilai RM2 bilion itu telah dijelaskan secara bertertib bahawa persefahaman gagal dicapai bersandarkan kadar bayaran elektrik dari Bakun.
Ini mungkin intipati alasan yang diberikan. Syarikat itu bercadang untuk menghentikan kegiatan mereka seperti di Kanada, UK dan Australia selagi mereka dapat menggunakan tenaga elektrik percuma dan bebas rasuah. Namun, apakah manfaatnya pada orang-orang Sarawak?
Tujuan utama pembinaan empangan itu adalah untuk memperolehi pendapatan!
Sebenarnya keperluan untuk memperolehi pendapatan dari Bakun amatlah mendesak, untuk antara
lainnya membayar balik berbilion-bilion ringgit wang dari tabung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan juga tabung skim-skim pencen lain.
Jika pendapatan dari Bakun gagal diperolehi, maka para pesaralah merupakan orang-orang yang terjejas dan merana nanti.
Dengan masa depan yang semakin malap dari hari ke hari ‘Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak’ dan rakan-rakan politiknya dalam BN di peringkat kerajaan persekutuan akan pastinya mulai menyedari kenapa tiada lagi pihak swasta yang bersedia untuk terlibat dalam projek Bakun itu!
Mungkinkah Rio Tinto Alcan meminta kadar bayaran elektrik terlalu rendah dari Taib, adik iparnya Robert Geneid dan Ketua Pegawai Eksekutif CMS Richard Curtis, yang telah terlalu mengharapkan mereka berjaya membida untuk melabur bersama-sama?
Rasuah!
Tetapi kami mengandaikan terdapat alasan yang lebih konkrit bagi Rio Tinto Alcan mengambil keputusan bahawa mereka tidak sepatutnya mengadakan hubungan dengan Sarawak dan Ketua Menterinya yang licik dan juga kroni-kroni BN-nya yang sentiasa bersedia untuk mendapatkan serpihan-serpihan kontrak yang berkaitan nanti.
Pada bulan lalu Sarawak Report telah mendedahkan secara komprehensif mengenai rancangan Taib untuk memperolehi pendapatan menggunakan syarikat SALCO. Pesusuhjaya Tinggi Australia, Miles Kuppa, pula mungkin telah diupah untuk menyokong bidaan itu, manakala para pegawai tertinggi dalam Rio Tinto Alcan telah diterbangkan secara istemewa ke Kuching, Sarawak, dua minggu sebelumnya bagi menjalankan beberapa siri rundingan. Namun setelah rahsia Ketua Menteri itu terbongkar kerana disyaki merancang untuk mewujudkan usahasama yang bakal menyaksikan kemasukan keuntungan berjuta-juta ringgit untuk syarikatnya sendiri, maka tidak hairanlah usahasama SALCO dan RTA itu dibatalkan!
Sarawak Report belum lagi menerima sebarang respons atau komen dari Rio Tinto Alcan atau Pesuruhjaya Tinggi Australia mengenai pendedahan berkaitan penglibatan mereka dengan projek SALCO yang dibelengu rasuah itu, namun biasanya sesuatu tindakan itu akan bersuara lebih jelas dari kata-kata.
Rio Tinto Alcan akan mendapati terlalu sukar menjelaskan butiran-butiran projek ini kepada para pemegang saham mereka jika mereka ingin juga meneruskan usahasama ini.
Persoalan-persoalan yang ditimbulkan, kenapakah Rio Tinto Alcan masih giat mengadakan rundingan ke atas sebuah projek yang dibelengu rasuah sehingga akhir bulan Januari tahun ini?
Rundingan itu telah diadakan setelah sekian lama para eksekutif syarikat itu menyedari bahawa mereka bukan berunding dengan Negeri Sarawak, tetapi dengan syarikat milik keluarga Ketua Menteri Sarawak!
Lagi banyak empangan!
Namun Taib Mahmud dan kroni-kroni BN-nya masih meneruskan rancangan mereka membina lebih banyak empangan hidro jika mereka berjaya dalam pilihanraya yang akan datang!
Projek-projek seperti itu bakal mengakibatkan seramai setengah juta orang tempatan dihalau keluar dari kampung halaman mereka sendiri kerana ditenggelami air empangan-empangan itu nanti. Kenapa harus sedemikian, ketika tenaga elektrik sudah terlalu berlebihan dijanakan? Kenapa, apabila empangan Bakun dan Batang Ai hanya menggunakan separuh dari kesemua bilangan turbinnya?
Alasan utama, seperti kebiasaannya, bakal menyumbang keuntungan kepada Taib Mahmud sendiri, yang bercadang meminjam berbilion-bilion ringgit untuk projek-projek itu dan juga untuk SCORE. Berbilion-bilion ringgit yang boleh dicurahkan masuk ke dalam syarikat-syarikatnya ketika dia terlibat dalam kontrak-kontrak untuk membina empangan-empangan yang melibatkan syarikat-syarikat luar negara dalam projek-projek tenaga elektrik murah (seperti usahasama SALCO yang gagal itu).
Sebenarnya orang Sarawaklah yang akan mencari wang untuk membayar balik pinjaman itu dan mereka tidak mungkin akan menikmati sebarang manfaat dari empangan-empangan hidro yang tidak diperlukan itu.
Cukuplah untuk CEO BN negeri Sarawak!
30 Mac 2012
Statement Malique Ibrahim mengenai lagu Bawaku Pergi
Statement
Pagi tadi, Zizan menelefon saya, mengatakan surat dah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan bahawa Zizan, Kaka dan saya telah ditindas. Keptusan dilakukan oleh individu, panel (jika wujud) yang tidak adil, cetek dan berkepentingan politik.
Pada tahun 2008, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali. Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri. Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerna itulah datangnya ayat, 'puncak dunia kita duga'. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya. Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatan mendiami tanah tinggi di situ.
Mengapa semua 'pentafsir profesional' gagal untuk mengulas tentang bait tersebut? Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, 'pergi lebih lama, pergi lebih jauh'. Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan. Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya. Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja.
Pada asalnya, lagu BAWAKU PERGI adalah lagu Ella featuring Malique tetapi ditukar kepada Kaka & Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang 'niat' lagu tersebut. Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan dari KERAJAAN MALAYSIA yang telah menghukum rakyatnya dan menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara. Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Memalukan, pakcik. Saya tiada masa untuk berbalah dengan manusia yang negatif, lemah dan sangat senang dibunuh dengan kata-kata.
Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari. Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda. Saya juga ada kehidupan saya sendiri. Its just a song. If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart. Don't let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang.
Saya ada soalan terakhir untuk semua. Siapa yang sebenarnya negatif?
Malique
Lyricist and songwriter, BAWAKU PERGI.
Web: www.qarmamusiq.com
DS HADI BERTEMU BEKAS MENTERI UMNO
Hadi bertemu bekas menteri Umno, pegawai tinggi kerajaan
Pemimpin PAS itu berkata, tokoh Umno berkenaan dari Johor, Terengganu, Pahang dan Selangor
PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau telah megadakan pertemuan dengan tokoh Umno termasuk bekas menteri dan exco Umno Selasa lalu.
Pemimpin PAS itu berkata, tokoh Umno berkenaan dari Johor, Terengganu, Pahang dan Selangor.
Mereka pernah menjadi menteri dan exco berjumpa dan berbincang bagaimana mahu meyakinkan rakyat supaya menolak Umno, lapor laman web rasmi PAS Terengganu.
“Tokoh-tokoh Umno mahu PAS membuat perubahan politik dan menyelamatkan negara dari pemerintahan BN yang diterajui Umno.
“Saya turut dikunjungi oleh Ketua Setiausaha Kementerian, pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera.“Jeneral-jeneral yang bersara, bekas pegawai tinggi polis Bukit Aman yang berjumpa (kerana mereka) melihat sudah muak dengan Umno, (mereka berkata) Umno kena berundur,” kata bekas Menteri Besar Terengganu itu dalam ceramah di Dungun, Rabu lalu .
Menurut Abdul Hadi, pemimpin Umno berkenaan memaklumkan kepada beliau bahawa Jawatakuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), ketua-ketua cawangan Umno dan imam-imam masjid adalah yang berpengaruh di kalangan masyarakat kampung.
Katanya, pengundi-pengundi peringkat kampung, peringkat Felda dikuasai oleh JKKK, Ketua-ketua cawangan (Umno) dan imam yang mereka lantik,“(Cuma) 20, 30 orang sahaja yang menguasai beratus-ratus pengundi, (tetapi) rakyat yang miskin, yang terima duit, tak tahu apa,”jelasnya,

Langgan:
Catatan (Atom)