08 Disember 2014

TERKINI: DALANG SAMSENG BOLASEPAK DIDEDAH?


Akur Titah TMJ, Inter Johor Firm (IJF) Umum Pembubaran


 Kumpulan kecil penyokong bola sepak Johor Inter Johor Firm (IJF) mengumumkan pembubarannya berkuat kuasa hari ini berikutan pengharaman kumpulan berkenaan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ)
Pencetus masalah dlm bola sepak.. this all I.J.F..





Ini Luahan IJF - Mulai Hari Ini IJF Dibubarkan Kerana Akur Dengan Titah TMJ.



Habis rosak nama negara. Lepas tue bubarkan organisasi sendiri selepas tak dapat nak menanggung beban kerosakkan yang telah berlaku. Menggunakan alasan akur dengan titah TMJ mungkin sekadar alasan nak menutup kesalahan dan kelemahan organisasi sendiri.

Itu kot yang orang akan fikirkan.
Aku taknak fikir apa2 dulu.

Just nak SHARE kan luahan dorang.

Baca dan fikir la ikut macam mana yang korang nak fikir. Bagi aku. Aku tetap nak tunggu hasil siasatan rasmi PDRM, FAM dan KBS dalam insiden berkenaan.





Akur dengan titah DYAM Tunku Mahkota Johor,kami Inter Johor Firms akan di bubarkan mulai saat ini.


rentetan dengan isu di SSA semalam,semua pihak menuding jari ke arah kami.kononnya kami punca semuanya.bukan nak menafikan tetapi di sini saya ingin bertanya,berapa ramaikah yang bertopeng dan berjaket hitam di SSA semalam?adakah semuanya datang dari IJF?fenomena bertopeng ni bukan sahaja pada IJF,malah seluruh Malaysia.bukan sahaja kami malahan BOS,UM,serta fan biasa pun memakai topeng.isu memukul fan Vietnam,adakah betul IJF yang buat?mengenai akaun fb Danial yang dah jadi viral 1 Malaysia,adakah benar dia budak IJF?sekarang ni ramai yang mengaku IJF.logo dan gambar sesuka hati di rompak dan letak dalam fb sesuka hati.isu bas SSU kena pecah,adakah benar IJF yang buat?bas SSU parking di area track Go Kart,kami parking di dalam Giant.sangat jauh untuk ke sana semata2 nak provoke dan baling batu.maaf,mentaliti kami bukan sama seperti fan Pahang dan Perak di mana kedua dua fans negeri ini amat gemar mengunakan batu untuk berlawan.

mengenai kebencian anda terhadap IJF.kami tidak menghalang perasaan itu membuak buak dia dada anda.kami akur dengan kebencian anda.kebencian ini bukanlah lahir dari fans negeri lain,malahan fans negeri Johor sendiri pun benci kami.nak buat macamana,dah orang tak suka.sedangkan segelintir Ultras Johor pun tak suka kami.suka cakap belakang kami.kutuk belakang kami.tapi kami ni profesional.takda perangai busuk macam tu sekali.pelik pula,insiden Ultras Johor yang bergaduh dengan Polis ketika Corteo di Larkin,tak jadi viral pula.tak kena blame pula.padahal budak pakai topeng dan hoodie hitam tu.peliknya.

apapun yang terjadi,ada hikmahnya.lepas ni fan Malaysia janganlah risau.takkan nampak lagi kelibat kami di Stadium anda malahan di Stadium kami sendiri.lepas ni kami tengok bola kat mamak ramai ramai la.kami buat sebab kami akur dengan titah DYAM Tunku Mahkota Johor kami.bukan sebab ANDA SEMUA..

p/s:anda dibenarkan komen yang negatif kepada kami walaupun anda orang Johor.

Orange Heroes/Inter Johor Firms
2006-2014
we are the famous firm
!

PROJEK BN PALING MENGUNTUNGKAN, SASARAN 2015 ADA 60,000 LEMBU KINI TINGGAL 10 LEMBU.....


Hanya 20 lembu, 4 pekerja dan bangunan usang yang tinggal di NFC


Pintu gerbang masuk ke Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan yang kini satu wajah suram.

Jauh daripada perancangan asal mencapai cita-cita menjadi pengeksport daging lembu terunggul, ladang ternak di Pusat Fidlot Nasional (NFC) hari ini hanya satu wajah suram dengan lembu berkeliaran di tengah rumput yang tinggi dan bangunan usang.

Sejak pendedahan pemimpin PKR Rafizi Ramli pada 2011, berhubung skandal salah guna dana kerajaan persekutuan, ladang seluas 2,000 hektar di Gemas, Negeri Sembilan itu kini hanya mempunyai antara 10 dan 20 lembu, kakitangan yang boleh dikira dengan jari dan pengurusannya berdepan tindakan saman kerana gagal membayar pinjaman kerajaan sebanyak RM250 juta.

Tinjauan The Malaysian Insider baru-baru ini mendapati, ladang berkenaan kini terbiar, dipenuhi semak-samun, di samping bangunan pusat penyembelihan yang usang dan mulai retak, deretan pokok Akasia sebesar pemeluk juga mulai memenuhi kawasan yang pernah menempatkan ribuan ekor lembu itu.

Kakitangan NFC ketika ditemui berkata, lembu yang dulunya diletakkan di dalam kandang kini dibiarkan bebas berkeliaran di sekitar padang ragut dan menjadi lembu liar.

"Kalau dulu lembu itu dikurung dalam kandang besi, tetapi lepas skandal itu, tiada lagi makanan yang dihantar, kami lepaskan lembu di padang ragut," kata salah seorang daripada 4 kakitangan NFC yang tinggal.

Beliau yang enggan mendedahkan identitinya berkata, mereka berempat akan bergilir-gilir memeriksa lembu itu dengan setiap syif melibatkan dua kakitangan berjaga memantau kawasan berkenaan.

"Jika ada yang sakit atau mati, kami hanya akan mengambil gambar," katanya kepada The Malaysian Insider.

Tugas mereka kini memastikan ladang berkenaan tidak diceroboh kerana perabot, penyaman udara dan beberapa keperluan pejabat masih lagi berada dalam bangunan itu.

The Malaysian Insider turut dimaklumkan berlaku kecurian kabel elektrik di ladang berkenaan pada 2013.

Juga dimaklumkan, nasib pusat penternakan lembu itu hanya akan diketahui pada awal 2015, sama ada diserahkan kepada kerajaan Negeri Sembilan atau ditender kepada syarikat swasta.

Malah, 500 hektar daripada keseluruhan 2,000 hektar tanah yang disewa NFC daripada kerajaan negeri itu juga dikatakan sudah diusahakan syarikat pertanian yang kini mulai ditanam kelapa sawit.

"Kami hanya menjaga 1,500 hektar, kerana di kawasan ini masih terdapat bangunan milik syarikat, 500 hektar lagi sudah ditanam kelapa sawit," katanya.

Papan tanda dilarang masuk di kawasan Pusat Fidlot Nasional yang kini dijaga 4 kakitangan.

Situasi ini jauh berbeza daripada matlamat asal NFC ditubuhkan bagi menjadikan Malaysia pengeksport daging lembu segar melalui satu projek jangka panjang yang dimulakan sejak Rancangan Malaysia ke-9, di bawah penyeliaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Melalui penubuhan NFC, daging segar dijangka dapat memenuhi permintaan rakyat Malaysia dengan penjualan dagingnya dirancang dijual di pasaraya besar seperti Giant, Tesco dan Pasar Tani kendalian Fama.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika lawatan ke tapak ladang ternakan dan rumah penyembelihan lembu itu pada Jun 2011 turut menyuarakan rasa bangga kerana NFC berjaya menyahut saranan kerajaan.

“Kita juga dijangka tidak mengalami masalah bekalan walaupun pertumbuhan penduduk Malaysia meningkat 5% setiap tahun," kata Muhyiddin, ketika lawatan beliau ke tapak itu.


Isu berhubung skandal NFC menjadi topik hangat apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati terdapat kecelaruan terhadap projek ternakan lembu itu.

Ia didapati gagal mencapai sasaran menternak 8,000 ekor lembu menjelang 2010 sedangkan ia sepatutnya menghasilkan 60,000 ekor lembu pada 2015.

Ia menjadi semakin panas apabila pengurusannya, NFC Corporation (NFCorp) dikaitkan dengan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang merupakan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat ketika itu.

Suami ketua Wanita Umno itu, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, merupakan pengerusi lembaga pengarah NFCorp yang ahlinya termasuk anak-anak pasangan itu.

NFCorp ialah sebuah entiti swasta manakala ladang itu, atau NFC, dimiliki Kementerian Pertanian dan Asas Tani.

Ladang itu mula beroperasi pada 2008, tetapi pada tahun berikutnya, dana NFCorp dibekukan dan ditahan Jabatan Akauntan Negara selepas ia didapati gagal mencapai sasaran.


Bangunan pejabat yang tidak terurus di dalam kawasan Pusat Fidlot Nasional.

Sejak itu, beberapa siri pendedahan dibuat PKR, termasuk mengenai pembelian kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur, dan pertuduhan ke atas Shahrizat menggunakan dana RM250 juta berkenaan bagi kegunaan peribadi keluarganya.

NFCorp menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan perbelanjaan kad kredit tersebut digunakan hanya bagi tujuan perniagaan.

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara turut menjalankan penyiasatan berhubung skandal berkenaan dan mengeluarkan laporan berhubung isu itu.

Salleh kemudiannya didakwa pecah amanah melibatkan RM49.7 juta dalam bentuk pembelian dua unit kondominium itu.

Beliau mengaku tidak bersalah dan perbicaraan ketika ini masih belum selesai. Beliau juga menghadapi dua tuduhan lain mengikut Akta Syarikat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga menteri kewangan, memberitahu Parlimen baru-baru ini, NFCorp gagal menjelaskan bayaran balik pinjaman tahun ini yang sepatutnya dijelaskan pada Januari lalu. Hanya RM34.98 juta dibayar setakat ini melalui 2 ansuran pada 2012 dan 2013.

Rafizi, yang berkata pinjaman itu diambil pada 2006, menganggarkan faedahnya sepatutnya sudah mencecah kira-kira RM50 juta sekarang.

Jumlah wang yang besar ini tidak tercapai di akal fikiran kakitangan NFC yang pada waktu ini melakukan kerja kasar menjaga ladang dan memantau lembu.

Ditanya mengapa mereka masih lagi mampu bertahan bekerja di pusat penternakan itu, sambil tersenyum, salah seorang kakitangan berkenaan berkata: "Macam mana, nak bagi makan anak, isteri, terpaksalah."

GAMBAR-GAMBAR PENYOKONG MALAYSIA BERTINDAK GANAS!!!



UMNO dan PKR kutuk sikap penyokong Malaysia ‘hentam’ tetamu

Apakah ini cara kita layan tetamu? Tak kiralah mereka datang melancong ke memang dah kerja sini ke, ini bukan budaya Malaysia.



PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyatakan beliau kecewa dengan sikap segelintir penyokong Malaysia terhadap penyokong Vietnam.

Menurutnya, walaupun masih menunggu laporan rasmi dari pihak polis dan FAM, berdasarkan maklumat yang diterimanya dan apa yang beliau sendiri nampak, para penyokong Vietnam diserang oleh segelintir penyokong Malaysia di Stadium Shah Alam semasa perlawanan separuh akhir Piala Suzuki AFF.

“Tiada alasan bagi tindakan ganas tersebut. Lebih-lebih lagi terhadap tetamu dalam negara kita. Apakah ini cara kita layan tetamu? Tak kiralah mereka datang melancong ke memang dah kerja sini ke, ini bukan budaya Malaysia.

“Mereka yang tidak bertanggungjawab ini tidak terfikir pula apa boleh jadi pada penyokong kita yang akan pergi ke Hanoi, Vietnam untuk perlawanan kedua. Bukankah tindakan mereka ini boleh dianggap sebagai satu provokasi dan mengundang risiko keselamatan terhadap penyokong-penyokong Malaysia di Hanoi nanti?” tulisnya di Facebook miliknya.

Tambah Khairy yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO lagi, oleh kerana penyokong-penyokong ganas ini tidak akan mohon maaf dan tiada sebarang respons daripada FAM, Khairy mohon maaf kepada penyokong-penyokong Vietnam yang diserang di Stadium Shah Alam pada malam tadi.

“Saya akan minta kerjasama polis untuk siasat kes ini dengan segera dan bertindak atas siasatan tersebut. Tindakan ganas segelintir penyokong Malaysia ini tidak mewakili rakyat Malaysia yang sebenar,”




Manakala, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) turut mengutuk sekeras-kerasnya keganasan yang ditunjukkan segelintir penyokong Malaysia apabila tumpas 2-1 kepada Vietnam.

Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad berharap pihak bertanggungjawab akan mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap mereka yang terlibat demi keharmonian sukan di Malaysia.

Beliau berkata kekalahan dalam separuh akhir semalam di laman sendiri sudah pasti mengecewakan seluruh rakyat Malaysia, namun kepercayaan kepada Harimau Malaya untuk 90 minit di Hanoi nanti tidak akan sesekali luntur.

Nik Nazmi berkata semangat yang ditunjukkan oleh penyokong Harimau Malaya di dalam stadium mahupun di rumah malam semalam jelas menunjukkan semangat ‘Demi Malaysia’ begitu kuat tidak kira kalah atau menang.

“Namun, suasana yang harmoni itu telah dicemari oleh beberapa insiden yang agak memalukan penyokong bola sepak Malaysia dan nama Malaysia sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau seterusnya menegaskan bahawa insiden pergaduhan di dalam stadium di kalangan penyokong adalah sesuatu yang tidak wajar dan tidak patut sama sekali terjadi terutamanya apabila kita sebagai tuan rumah kepada lawan dari negara luar.

Tambahnya, biar apa pun alasan yang diberikan oleh mereka yang mencetuskan pergaduhan itu, tindakan membaling botol dan menyebabkan kecederaan tidak boleh diterima sama sekali.

Nik Nazmi berkata, jelas sekali insiden tersebut telah memberi pandangan dan tanggapan negatif oleh penyokong Vietnam dan seluruh peminat bola sepak dari luar negara,

“Hanya kerana sejumlah kecil penyokong Malaysia yang bertindak ganas dan berkelakuan seperti itu, seluruh penyokong Malaysia telah terheret sama. Semoga Malaysia beroleh kejayaan dalam pusingan kedua di Hanoi nanti,” ujarnya.

Perlawanan pusingan ke-2 akan berlangsung pada hari Khamis ini, di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi jam 9 malam waktu Malaysia.

Kekecewaan itu turut diluahkan oleh Ketua Jurulatih Skuad Bola Sepak Harimau Malaya, Dollah Salleh.

Jurulatih berusia 51 tahun itu berkata, kesilapan pemain pertahanan, Mahalli Jasuli pada separuh masa kedua memberi kesan yang amat besar kepada pasukan negara yang kini berhadapan misi hidup atau mati dalam perlawanan timbal balik di Stadium Nasional My Dinh di Hanoi, Vietnam, Khamis ini.

“Saya anggap persembahan terburuk kami terutama dalam bahagian serangan dan pertahanan. Saya tidak tahu apa yang telah berlaku kepada pemain, tetapi kami masih ada 90 minit di Hanoi dan dalam bola sepak apa pun boleh berlaku,” kata Dollah kepada wartawan selepas perlawanan.




07 Disember 2014

RM LEMAH DAN GST BUAT HARGA UBAT-UBATAN MELAMBUNG SEHINGGA 50%




PETALING JAYA: Harga ubat-ubatan di negara ini sedang meningkat dan dijangka terus naik pada tahun depan.

Harga beberapa ubat-ubatan dilapor telah meningkat sebanyak 20 peratus hingga 50 peratus pada tahun ini sahaja, dan berikutan penjual terpaksa mengubah harga sebanyak dua kali dalam tempoh 12 bulan, menurut Komuniti Farmasi Malaysia (MCPG).

Presidennya, Wong Sie Sing berkata, kenaikan ‘biasa’ harga ubat-ubatan adalah sekitar 5 peratus hingga 10 peratus, tetapi dengan penguatkuasaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April, sebanyak 10 peratus hingga 40 peratus kenaikan dijangka berlaku bagi tahun depan.

Berikutan itu, MCPG yang mewakili lebih 2,000 farmasi dan mempunyai seramai 2,500 ahli farmasi, menggesa kerajaan supaya menubuhkan badan yang dapat mengawal kos perubatan.

“Jika tidak, harga ubat akan meningkat dengan cepat,” kata Wong.

Kerajaan ketika ini tidak mempunyai sebarang mekanisme dalam mengawal harga farmaseutikal.

Sementara itu, Presiden Persatuan Farmasi Malaysia Datuk Nancy Ho berkata, kenaikan harga ubat-ubatan akan memaksa rakyat berhenti mengambil ubat untuk merawat penyakit masing-masing selepas ini.

MPS adalah persatuan untuk ahli farmasi di Malaysia, dengan kira-kira 4,000 ahli.

Ho berkata: “Kenaikan harga ubat boleh disebabkan oleh peningkatan kos bahan mentah, peralatan, buruh dan pengangkutan serta pertukaran mata wang yang lemah.

“GST akan memburukkan lagi keadaan kerana hampir semua ubat-ubatan akan dikenakan cukai sebanyak 6 peratus,” jelasnya.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Dr H. Krishna Kumar berkata, kos semua ubat telah meningkat lebih tinggi daripada kadar inflasi.

Oleh itu jelasnya, GST akan menambah lagi kenaikan kerana semua kos termasuk pengangkutan juga akan meningkat.

CELARU HABIS 3 PASUKAN DAFTAR GARY STEVEN ROBBAT....KATA PRO SANGAT


3 PASUKAN DAFTAR GARY STEVEN ROBBAT




Gary Steven Robbat kini terjerat dengan kemelut perebutan tiga penjuru apabila namanya telah tiga pasukan berbeza, Pahang, Johor Darul Takzim (JDT) dan Kedah ketika pintu perpindahan musim 2014 berakhir Khamis lalu. 

Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan Gary yang kini bersama skuad kebangsaan terkejut dengan berita tersebut tetapi mahu menunggu kempen Piala AFF 2014 berakhir bagi menyelesaikan masalah ini.

Gambar Gary dan seorang lagi anggota skuad Harimau Muda A, D. Saarvindran memegang jersi Pahang dan menurunkan tandatangan pada kontrak sudah mula tersebar luas semalam.

Kes itu mengulangi drama musim lalu melibatkan Amirulhadi Zainal, sebelum Jawatankuasa Status FAM mengesahkan perpindahan bekas pemain tengah Selangor itu ke JDT sah.

Dalam sidang akhbar Mesyuarat Pengurus Pasukan Perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala Suzuki AFF Malaysia Dengan Vietnam semalam, jurulatih negara Dollah Salleh berkata para pemainnya fokus kepada perlawanan pada malam esok dengan menyifatkan kesemua anak buahnya sudah menyelesaikan masalah kontrak mereka dengan pasukan masing-masing.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...