01 Disember 2014

HARGA RON95,RON 97 TURUN..MENGAPA TIDAK PUJI KERAJAAN........TAPI HANYA UNTUK DISEMBER 2014

Crude Oil and Commodity Prices
November, Sunday 30 2014 - 19:32:30
WTI Crude Oil
$66.15▼-7.54-11.40%
2014.11.30 end-of-day
Brent Crude Oil
$70.15▼-7.60-10.83%
2014.11.30 end-of-day
Crude Oil Price by OIL-PRICE.NET ©
PriceChange
2014.11.30 - $ 66.15 -7.54 -11.40% 
1 Year Forecast
$76 / Barrel

GAMBAR DIATAS HARGA MINYAK MENTAH DI PASARAN DUNIA........

BERAPAKAH NILAI PURATA YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN UNTUK BULAN
DISEMBER   ADAKAH $80 SETONG........?


>>>>>>   SUMBER HARGA MINYAK DUNIA TERKINI 



Harga RON97, RON95 turun, diesel naik mulai tengah malam ini



Harga diesel dinaikkan kepada 3 sen seliter kepada RM2.23 seliter mulai 12 tengah malam ini. 

Harga runcit RON97 turun sebanyak 9 sen seliter kepada RM2.46 seliter dan harga runcit RON95 pula turun 4 sen seliter kepada RM2.26 seliter, selepas 12 tengah malam ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek berkata harga runcit bagi minyak diesel pula dinaikkan kepada 3 sen seliter kepada RM2.23 seliter.

Harga runcit RON97 kini ialah RM2.55 seliter, RON95, RM2.30 seliter manakala diesel ialah RM2.20 seliter.

Menurut Hasan harga baharu ini akan berkuat kuasa hanya untuk Disember.

"Kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga produk kos pada setiap masa dan kadar pertukaran matawang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak diminta mematuhi penetapan harga baharu itu dan jika ingkar, tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pada 21 November lepas, kerajaan mengumumkan akan melaksanakan penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengampunan terkawal mulai 1 Disember.

Kaedah pengapungan terkawal yang diputuskan Kabinet itu adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sejak Julai 2010, katanya.

"Melalui kaedah pengapungan terkawal, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya, ini bermakna jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON97, RON95 dan diesel juga akan meningkat dan begitu sekiranya berlaku sebaliknya (harga pasaran minyak mentah dunia menurun)."
– Bernama

30 November 2014

SEMPOI....PENOREH PERTAMA MENERIMA IJAZAH SERJANA BIDANG PENOREHAN....

Walaupon harga getah jatuh merudum....tapi ada yang masih perhatin...semoga beliau dapat membuat transformasi terhadap produk-produk berkaitan dengan getah.....tambahan Kedah telah melancarkan kawasan industri berkaitan dengan getah.....

Tahniah pak long!! lpas ni leh la wat master plak..hehe


TAPI NAK TANYA HANGPA NAK PERLI SAPA.....???



Alhamdulillah..selepas 6thun belajar dan mempertaruhkan masa depan dalam IJAZAH SARJANA MUDA PENOREHAN DENGAN KEPUJIAN..akhirnya..majlis graduasi saya berlangsung dengan aman dan tenang.. walaupun tidak mendapat anugerah emas tapi saya mampu memberikan segulung ijazah kepada mak abah ..trima kasih. Muah3..


‪#‎berbangga‬ menerima ijazah daripada canselor yg mempunyai pengalaman selama 40 tahun dalam jurusan yg sama dengan jurusan yg saya ambill..


Lawak antara felda terbaik minggu ni... hehhehe..


sumber

TERLAWAK..... Keeper.. Awak Kat Mana.. Penjaga Gol Singapura Jadi Bahan Lawak

Foto Isa Kamarudin.

Keeper.. Awak Kat Mana.. Penjaga Gol Singapura Jadi Bahan Lawak


Kini, sesiapa sahaja yang mahu jadi ahli sukan perlu beringat bahawa sebaik sahaja mereka memilih memasuki bidang ini maka bersedialah untuk dihentam jika prestasi merosot atau melakukan kesilapan hingga jadi penyebab kekalahan pasukan.

Terbaharu, penjaga gol Singapura, Hassan Abdullah Sunny yang melakukan kesilapan hingga menjadi antara punca kemenangan Malaysia ketika menentang negaranya bagi menempah tiket ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2014 , malam tadi, kini jadi bahan kutukan dan modal lawak di kalangan netizens.

Imbas kembali kejadian semalam, penjaga gol Singapura dipercayai terlalu bersemangat mahu membantu pasukannya menjaring gol penyamaan kerana wisel penamat dah hampir sangat ditiup hingga dia tidak berada di gawang gol pada minit terakhir perlawanan.

Padahnya, gawang Singapura dibolosi bola hasil tendangan Indra Putra sekaligus mencatat kemenangan Malaysia 3-1.

Sebaik tamat perlawanan mendebarkan ini, maka bertebaranlah status-status dan gambar beserta kapsyen mempersendakan tindakan penjaga gol Singapura tersebut di laman-laman sosial.





Paling hangat, lagu dendangan Taufik Batisah “Awak Kat Maner?” paling banyak dijadikan modal mengutuk.




Buat penyokong Singapura diharapkan jangan ambil hati sangat sebab perbuatan netizens ini sebenarnya tak mengenal rumpun dan negara.

Buktinya, penyerang JDT Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo turut tak terkecuali jadi bahan ‘lawak kasar’ dalam kalangan netizens selepas gol tendangannya berjaya diselamatkan penjaga gol Pahang dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2014, awal bulan lalu.

Gambar: Paper Singapura hari ini

KISAH BENAR: TENTERA-TENTERA AMERIKA JADI GILA SELEPAS PULANG DARI AFGHANISTAN

Jerit Pilu Tentera Amerika di Afghanistan

WILLIAM B Allen adalah pegawai perubatan Angkatan Darat AS yang bertugas mendampingi dua pusingan pelancongan perang di Iraq. Ia menghabiskan 27 bulan di sana. Dia baru saja menyelesaikan program tiga-minggu rawatan untuk Gangguan Tekanan Pasca Trauma atau Post Traumatic Stress Disorder (PTSD) pada Warrior Combat Stress Kembalikan Center di Fort Hood, pengkalan tentera terbesar AS di dunia.

"Menjadi pasukan perubatan di medan tempur, kami perlu 'hidup' selama 24 jam sehari. Kami menangani peristiwa korban massa, atau pengebom bunuh diri wanita yang meletupkan rumah sakit tiga kali berturut-turut. Kami lah orang yang bertindak balas itu. Saya 'meletup' beberapa kali dalam hidup saya.

"Apabila anda kembali ke Amerika anda akan terus menjadi seseorang yang hiper. Insomnia akan menghingapi anda setiap empat bulan sekali. Saya benar-benar menjadi gila.

"Saya mula minum alkohol, menggunakan dadah, bahkan terfikir untuk bunuh diri. Saya lelah terus bermimpi buruk, saya ingin menemui rakan saya yang sudah mati.

"Saya pernah berada di pusat pemulihan dadah selama sebulan. Saya perundingan dengan ahli psikologi. Waktu itu, penyembuhannya hanya dengan 'minumlah pil ini.' "

"Kemudian mereka menghantar saya dalam program ini. Mereka bilang saya akan menjalani reiki, urut, yoga, akupunktur, dan yang terpikir pertama kali dalam fikiran saya, saya akan menjalani rawatan mistik atau sihir.


090602 A 0308L 219 Jerit Pilu Tentara Amerika di Afghanistan

"Ketika saya berada dalam keadaan ini, saya benar-benar marah terhadap segala sesuatu. Semuanya membuat saya jengkel dan murka. Saya benar-benar takut.

"Tapi kemudian, fikiran saya menjadi terbuka, kerana saya yakin, saya akan melakukan sesuatu yang terbaik. Dalam beberapa hari terapi alternatif pelengkap itu, saya merasakannya. Saya menjadi realistik.

"Saya boleh tidur lebih baik sekarang. Minggu lalu, saya tidur tanpa ubat penenang sepanjang malam, dengan menggunakan teknik pernafasan, teknik relaksasi.

"Bahagian yang sukar bagi saya adalah kembali ke medan perang. Kembali sebagai pegawai perubatan dan berurusan dengan peluru, amputasi, kematian yang mengerikan ... Saya tidak yakin bahawa saya benar-benar ingin melakukannya.

"Tapi saya boleh membantu dengan aspek-aspek lain-kaunseling, atau merawat. Ada banyak jiwa yang perlu diubati juga. Segala sesuatu harus diambil kira, dan pada masa ini saya tidak keberatan menyebarkan aspek seperti itu.

"Hal yang disayangkan adalah kemudahan kaunseling ini tidak ada yang mencukupi. Ada 12 tentera pada satu masa, di mana ada boleh 1,200 askar yang mungkin perlu kaunseling dan rawatan.

"Semua orang terjejas. Saya tidak pernah mencari satu orang pun yang tidak terjejas. Akhirnya tak peduli siapa pun anda, perang akan selalu mempengaruhi anda. Perang akan mengubah jiwa anda.


 SUMBER

BN BOLEH DITAPAU KALAU UNDI MEROSOT 2% DALAM PRU14



Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi amaran kepada ahli Umno supaya bekerja keras memastikan senario tewas di PRU14 tidak berlaku. 

Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak lagi berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya hilang cuma 2% lagi undi.

Timbalan presiden Umno itu berkata, ahli Umno perlu bekerja keras bagi mengelakkan senario itu berlaku dan meningkatkan peratusan undi sebanyak 5% untuk meneruskan kelangsungan Umno dan BN.

“Jika situasi kita tidak bertambah baik, hanya dengan 2% penurunan undi, kita akan turun berada di paras bahaya menjadi 103 kawasan (Parlimen).

"Kurang dari 112 kerusi bermakna BN pasti kalah. Minta dijauhkan,” katanya semasa ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.

Muhyiddin berkata, untuk mengelakkan Umno tersungkur semasa PRU14 maka ahli parti itu perlu menggiatkan usaha menangani perspektif negatif yang dilontarkan pihak tertentu.

“Kalau ini hendak diatasi, inisiatif kita mesti diambil secara bersunguh-sungguh. Kalau naik 2%, kita naik ke 141 kawasan Parlimen. Bolehkah kita naik ke paras 141 (kerusi)?

“Kalau kita kerja kuat sikit naik 5%, 159 kawasan, dua pertiga yang kita sasarkan boleh tercapai. Hanya dengan 39 bulan daripada hari ini, pilihan raya mesti diadakan. Dalam tempoh begini singkat, apakah inisiatif baharu yang boleh kita laksanakan untuk mengembalikan keyakinan perbetulkan persepsi?” katanya.

Muhyiddin berkata Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak juga sudah menyatakan komitmen meluangkan lebih masa bagi memantau gerak kerja parti.

“Beliau akan meluangkan lebih banyak masa untuk parti dalam tempoh tiga tahun. Perdana Menteri akan mengorbankan masa selain tugas rasmi untuk melihat urusan parti dan turun ke setiap kawasan,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...