18 Ogos 2014

APA LAH MAHAI SANGAT IKAN SEKOQ HARGA RM9,120 DI KEDAH !!!!


Kong Yoong (kanan) bergambar dengan ikan kerapu gergasi.


ALOR SETAR - Sekumpulan nelayan di perairan Kuala Kedah gempar apabila pertama kali berjaya menangkap ikan kerapu harimau gergasi sepanjang 2.1 meter seberat 152 kilogram (kg).

Ikan yang dikenali sebagai ‘loong tan’ dalam kalangan masyarakat Cina ditangkap nelayan Khamis lalu.

Pemborong ikan, Ng Kong Yoong, 37, tidak menyangka akan mendapat hasil tangkapan seperti itu kerana kebiasaannya hanya memperolehi ikan kecil.

“Biasanya ikan yang kami tangkap adalah lebih kecil dan mempunyai berat kurang dari 100 kg. Tetapi, sejak tiga tahun berniaga, inilah kali pertama saya mendapat hasil tangkapan terbesar,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau menjual ikan itu kepada sebuah restoran makanan laut di sini dengan harga RM9,120.

Sakan jugak ada lagi ikan besar di laut kedah.....tapi ikan kecil dah kurang dah depa kata tak dan nak menetas.....mana daknya....lepas pukat rawa sauk, mai pukat balun pulak, lepastu mai mukat tunda pulak tarik......dibawah laut ada pukat ketam dan bubu burma.....nak habak kat hangpa belapih-lapih....tu rega ikan koi mahai.......

17 Ogos 2014

GEMPAR! GAMBAR-GAMBAR RAKYAT PROTES SUPAYA KERAJAAN BN LETAK JAWATAN.....

Benjamin Netanyahu (BN) didesak agar meletakkan jawatan PM Israel di atas kegagalan mencapai objektif peperangan kali ini.

Rejim Zionis tidaklah kebal !

Aman Palestin


Rakyat Israel mengadakan demonstrasi di Tel Aviv, menuntut supaya kerajaan Netanyahu (BN) meletakkan jawatan kerana gagal "mencapai kejayaan" dalam peperangan dengan pejuang Palestin di Gaza.


Mereka juga mendesak kerajaan menggunakan jalan diplomasi berbanding perang yang telah menyebabkan kematian tentera dan kerugian kepada Israel.

Sumber : Shehab News Agency

TERKINI! TS KHALID AKAN MOHON BUBAR DUN?


Tan Sri Khalid mohon masuk menghadap Sultan Selangor..



Saya menerima dengan hati terbuka keputusan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berkenaan status Menteri Besar dan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.

Dengan perkembangan terbaharu ini, saya akan memohon menghadap DYMM Sultan Selangor untuk memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya.

Sehingga DYMM Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor bersama 4 ahli MMKN daripada PAS bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini.

Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan semua rakyat Selangor atas sokongan dalam usaha bersama untuk menjayakan agenda reformasi di Selangor.

Saya juga berterima kasih atas kesabaran semua pihak dalam penyelesaian isu dan perkembangan-perkembangan terkini mengikut tatacara yang betul dan berasaskan undang-undang.

Insya'Allah, rakyat Selangor akan terus dipelihara dan diberkati Allah SWT.

YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
17 OGOS 2014

BERITA YANG DITUNGGU AKHIRNYA TIBA.......

Pautan kekal imej terbenam




Pautan kekal imej terbenam



PAS hari ini memutuskan untuk kekal dalam Pakatan Rakyat (PR) dan bersetuju dengan pilihan PKR untuk melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail diangkat menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Parti Islam itu bagaimanapun turut menyerahkan nama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai nama calon lain untuk diangkat menjadi menteri besar.

"PAS tidak akan menuntut jawatan menteri besar Selangor. PAS juga menghormati semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dalam mencadangkan nama calon menteri besar Selangor.

"Sehubungan dengan itu, PAS sebulat suara pada hari ini bersetuju untuk mengangkat dua nama bagi menggantikan Khalid. Nama yang dicadangkan oleh PAS ialah Dr Wan Azizah dan Azmin," kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu di Ibu Pejabat PAS hari ini.

Dua nama itu kemudiannya akan ditentukan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang dijadualkan berlangsung petang ini.

SINAR HARIAN KANTOI ! MOHON MAAF TAKUT DISAMAN


Sinar mohon maaf siar berita Saari Sungib masuk IJN

Berita permohonan maaf kepada Saari Sungib jadi berita utama Sinar. Gambar diambil dari laman Sinar Harian Online. – Gambar diambil dari laman Sinar Harian Online, 17 Ogos, 2014.

Sinar Harian hari ini membuat permohonan maaf kepada Adun Hulu Kelang, Saari Sungib kerana menyiarkan berita kononnya beliau dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami sakit dada.

Dalam permohonan maaf yang dijadikan berita paling utama laman webnya dan kini menjadi berita kedua paling hot di laman itu, Sinar menegaskan Saari tidak diserang sakit jantung dan masih sihat sehingga hari ini.
Sinar versi online pada 16 Ogos lalu menyiarkan berita bertajuk "Adun Hulu Kelang Masuk IJN” ekoran khabar angin yang disebarkan kononnya Saari diserang sakit jantung.

"Kami ingin menegaskan bahawa Adun tersebut, YB Saari Sungib tidak diserang sakit jantung dan masih sihat sehingga hari ini. "Dengan ini Sinar Harian memohon maaf sekali lagi kepada beliau dan keluarganya," kata Sinar dalam permohonan maaf itu.

Ekoran tindakan Saari dan seorang lagi Adun PAS Hasnul Baharuddin (Morib) berpecah dari kumpulan utama PAS dan menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar menyebabkan kedua-duanya menjadi sasaran di laman sosial.

Ekoran itu, berita rekaan disebarkan termasuk kononnya Saari dimasukkan ke IJN setelah mengadu sakit dada.

Saari ketika dihubungi The Malaysian Insider menafikan khabar angin itu dan sedang berbincang dengan peguamnya bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkannya.
Ini kerana berita itu cuba menggambarkan beliau mendapat balasan kerana kononnya melanggar 'bai'ah' atau janji setia dengan PAS.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...