23 April 2014

PANAS! LAGI SYARIKAT KRONI DAPAT GERAN RM150 JUTA ?




Dapat geran MOSTI RM150 juta, Najib ada hubungan dengan NSE?

 Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi arahan supaya permohonan geran RM100 juta berlainan dari tujuan (geran penyelidikan & pembangunan) R&D dipertimbangkan oleh MOSTI.

Dedah Rafizi, NSE Resorces Corporation Sdn Bhd (NSERC) menerima dana berasingan di bawah MOSTI(Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air) menerusi Skim Pembiayaan Hijau sebanyak RM50juta.

Sebelum ini, syarikat sama di dalam surat Kerajaan Negeri Terengganu bertarikh 27 Januari 2014 menerima sebanyak RM100 juta di bawah geran R&D dikelolakan Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI).

“Ini bermakna syarikat tersebut telah berjaya mendapat peruntukan dana awam sebanyak RM150 juta dari dua kementerian berbeza untuk menghasilkan projek komersialnya.

“Malah jumlah RM150juta itu melebihi kos projeknya yang dimaklumkan kepada MOSTI iaitu RM130juta.

Justeru, Rafizi yang juga ahli parlimen Pandan menggesa Najib menjelaskan hubungan istimewa diantara NSERC dengan Najib atau ahli keluarganya mahupun melibatkan parti sehingga boleh memberi sejumlah dana yang besar kepada syarikat tersebut.

“Ini bukan perkara biasa sebab NSERC satu-satunya syarikat yang dapat geran dari dua kementerian dalam satu projek yang sama, jadi apa yang istimewanya syarikat ini,

“Saya juga difahamkan NSERC ini juga penerima geran tegar dari pihak kerajaan.

“Saya mendesak Datuk Seri Najib menghentikan serta-merta kelulusan pemberian dana RM150 ini sehingga siasatan lanjut dimulakan.”tegasnya.

Rafizi turut berkata beliau akan membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perkara ini minggu depan.

SUMBER

INI PULA JAWAPAN DARI MOSTI.....

Mosti akui terima surat Najib, nafi keluar geran RM100 juta kepada NSERC

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Datuk Dr Abu Bakar Mohd Diah (gambar) mengakui menerima surat pertimbangan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) tetapi nafi mengeluarkan geran RM100 juta penyelidikan dan pembangunan (R&D) kepada syarikat NSE Resources Corporation (NSERC).

Abu Bakar menyifatkan surat pertimbangan merupakan perkara biasa.

"Surat pertimbangan ini biasa. Orang kampung pun bagi. Tapi kena ikut syarat dulu.

‎"Walaupun menerima surat pertimbangan tersebut namun syarikat perlu memohon dan menepati syarat Mosti terlebih dahulu," katanya seperti dilapor portal Malaysiakini.

Dalam siri pendedahan terbaru skandal pemberian geran R&D bagi tujuan projek komersil, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli b‎erkata syarikat tersebut bukan sahaja menerima dana sebanyak RM100 juta daripada Mosti tetapi turut menerima geran RM50 juta daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

Semalam, Rafizi menunjukkan peratusan surat menyurat di antara syarikat NSERC dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang meminitkan pertimbangan dana sebanyak RM100 juta bagi projek tersebut.

‎Menurut Abu Bakar dalam sidang medianya hari ini, Mosti langsung tidak berniat menyembunyikan sebarang penerima dana seperti didakwa Rafizi.

"Sampai sekarang syarikat NSERC tak pernah pun memohon dana daripada kita," katanya.

Selain itu, timbalan menteri berkenaan turut mengedarkan tiga jilid buku tebal mengandungi maklumat semua 4,566 penerima dana bernilai RM2.9 bilion dikelolakan Mosti sebahagian daripada Rancangan Malaysia ke-9.

Dalam senarai yang mengandungi 4,000 nama penerima geran, bagaimanapun tidak mempunyai nama syarikat NSERC.

‎Oleh demikian, Abu Bakar mempersoalkan kesahihan dokumen yang didedahkan pemimpin PKR itu.

"Berdasarkan rekod kementerian, tidak menunjukkan sebarang nama firma syarikat yang diberikan dana lebih daripada RM3 juta untuk jumlah keseluruhan RM 2.9 bilion.”

Hari ini Rafizi turut mempersoalkan pemilik syarikat NSERC itu kerana mendapat layanan begitu istimewa sehingga melayakkan ia menerima satu geran daripada dua kementerian.

"Ini merupakan skandal terbesar membabitkan geran penyelidikan dan pembangunan setakat ini.

"Najib perlu menerangkan kepada rakyat apakah hubungan istimewa di antara syarikat itu dan beliau atau siapa sahaja di kalangan pimpinan Barisan Nasional membolehkan NSERC diberi layanan sedimikan rupa," katanya.

Rafizi juga berkata akan membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu itu sekiranya masih tiada penjelasan daripada Najib. ~ TMI

PANAS ! MEDIA SINGAPURA ULAS JAM TANGAN MILIK JENDERAL PANGLIMA TNI BERNILAI RP 1.1 BILION....


Jenderal Moeldoko watch Jam Tangan Mewah Sang Jenderal Buatan Cina

Jam Tangan Mewah Sang Jeneral Buatan China

INDONESIA mendapatkan ulasan hangat dari salah satu media Singapura . Seperti ramai diketahui , Panglima TNI Jenderal Moeldoko santer diberitakan berkenaan jam tangan yang dikenakannya .

Mothership.sg , laman berita Singapura , mengulas jam tangan mewah Pengarah Moeldoko dalam foto yang dikeluarkan Straits Times pada 25 Mac 2014 . Dalam berita itu Moeldoko terlihat mengenakan jam tangan mewah berjenama Richard Mille RM 011 Felipe Massa Flyback Chronograph " Black Kite " .

Jam tangan yang dipakai Moeldoko itu , menurut motherships.sg , sangat terkenal di dunia kerana dibuat dalam edisi terhad . Di seluruh antero bumi , jam ini hanya dijual sebanyak 30 unit di Amerika Utara dan Selatan . Harga jam tangan itu sendiri dianggarkan sekitar Rp 1.1 bilion .

Sorotan terhadap jam tangan sang jeneral ramai sejak awal minggu ini . Segera saja , perihal jam tangan ini pun akan beredar di dunia maya dan juga menjadi perbincangan para orang di jejaring sosial .

Mengapa jam ini sangat mahal ? Konon , proses pembuatannya memakan masa yang lama . Untuk memasang bahagian luarnya saja butuh waktu 8 hari . Sementara itu , pemasangan bahagian dalam dan casing belakang perlu 5 hari . Total ada 202 komponen untuk jam tangan istimewa ini . Skru juga berbahan titanium dan bersalut getah sehingga boleh dipakai di air hingga kedalaman 50 meter
.

Tulisan soal jam tangan ini muncul tak lama selepas permintaan maaf Agung Moeldoko kepada Singapura di Channel News Asia berkaitan penamaan kapal perang KRI Usman Harun yang diprotes Kerajaan Singapura . Namun , Pengarah Moeldoko langsung membantah tuntutan Channel News Asia , dengan menyebutnya salah kutip bahawa ia minta maaf tidak dapat memenuhi permintaan Singapura agar tidak menggunakan nama tersebut .

Usman dan Harun adalah dua askar Kor Komando Operasi ( KKO ) TNI AL yang dihukum mati kerana melakukan pengeboman di Bangunan MacDonald House di Orchard Road pada tahun 1965 saat berkobarnya Dwikora oleh Presiden Soekarno . Kedua orang tersebut dianggap sebagai pahlawan dan dikebumikan di Taman Makam Pahlawan Kalibata .

Kapuspen TNI Mayjen M Fuad Basya memberi penjelasan soal harga jam tangan yang dipakai Pengarah Moeldoko . Menurut Fuad , seperti dikutip dari saat , jam tangan yang dipakai Pengarah Moeldoko produk China , dan harganya pun tak semahal yang disebut media Singapura . " Misalnya jenama apa itu , kalau yang asli kan Rp 120 juta , kalau yang China boleh dapat Rp 8 juta , itu juga sudah five star loh , " beber Fuad .

Menurut Fuad juga , Pengarah Moeldoko sudah membaca artikel di media Singapura itu , dan hanya bertindak balas secara santai . " Sudah biarkan saja , tak usah ditanggapin , " demikian Fuad mengutip pernyataan sang jeneral berkaitan hal tersebut . 

[ sa / islampos / kompas / saat / tempo ]

NOH OMA LAYAK BELA UDANG JE....TAK SERIK-SERIK DARI MENTERI NAK JADI MACAI....

Umno dan BN selangor memang dah teruk kerana isu Air lah punca kekalahan teruk dalam PRU lalu...bagaimana syabas sabotaj pam yang sengaja dirosakkan......penduduk lembah kelang bukan bodoh macam penduduk ulu sarawak dan sabah......Harapkan otak udang umno bakal dipinggirkan lagi selepas ini....

Demo air NOH OMAR di Selangor hanya umpama meludah ke langit



SUARA LANTANG: Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang kehilangan jawatan menterinya berikutan kegagalan BN menawan negeri Selangor dalam pilihanraya umum lalu, dikhabarkan mahu mengadakan demontrasi besar-besaran jika masalah catuan air masih gagal diatasi oleh kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beliau dilaporkan memberi tempoh sehingga 4 Mei depan kepada kerajaan negeri Selangor untuk mencari penyelesaian isu air dan jika tidak, pada tarikh itu satu demonstasi besar-besaran akan diadakan sebagai membuktikan bantahan rakyat terhadapnya.

Katanya, program catuan air yang berlaku di Lembah Kelang sekarang adalah bukti kepimpinan yang lemah serta membuktikan betapa pentingnya projek Langat 2 yang ditolak oleh kerajaan negeri sebelum ini.

Sekali imbas nampak garang sekali amaran beliau itu. Tetapi jika dihalusi latar belakang krisis air ini, ia sebenarnya seperti Datuk Seri Noh sedang meludah ke langit dan akhirnya percikan itu membasahi muka BN sendiri.

Persoalan kedua, berapa ramai yang boleh diangkutnya untuk menunjukkan betapa besarnya demonstrasi itu?

Apakah beliau tidak tahu siapa pemilik Syabas, syarikat yang menguruskan bekalan air di Selangor selama ini dan masih cuba mengelirukan rakyat mengenainya?

Walaupun urusan air seharusnya merupakan tanggungjawab kerajaan negeri sebagaimana yang berlaku di negeri-negeri lain, tetapi di Selangor ini ada unik sedikit di mana syarikat menguruskan air telah diberikan kepada individu mengusainya iaitu Tan Sri Rozali Ismail. Beliau yang merupakan pemimpin UMNO di peringkat bahagian dan pernah suatu ketika disebut-sebut sebagai bakal MB Selangor, diberikan pemilikan majoriti konsesi air oleh kerajaan terdahulu yang ditunjangi oleh UMNO.

Kemarau yang berlarutan beberapa bulan sebelum ini telah menyebabkan banyak negeri turut mengadakan catuan air seperti di Perak, Johor, Negeri Sembilan dan juga Kedah. Kemarau panjang adalah fenomena yang sukar dielakkan. Ia mungkin ujian Tuhan dan boleh jadi juga suatu bala daripada-Nya.

Tetapi oleh kerana di negeri Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Kedah, pengurusan air dipunyai oleh kerajaan negeri, catuan yang berlaku tidak tidak begitu diperbesar-besarkan seperti di Selangor.

Jelas bahawa membesar-besarkannya hanyalah kerana kepentingan politik dan perbezaan antara tuan punya kerajaan negeri dengan tuan punya di belakang tauke air, bukan sangat sebagai tanda prihatin kepada rakyat.

Kerajaan Selangor sebelum ini menolak projek Langat 2 kerana ia mahu disekalikan dengan pengambil-alihan Syabas oleh kerajaan negeri. Sejak 2008 pendirian kerajaan negeri ialah projek Langat 2 hanya boleh diteruskan jika kerajaan Pusat membenarkan kerajaan negeri mengambil alih Syabas.

Sejak itu pelbagai helah dilakukan oleh BN untuk menolak pengambil-alihan itu. Tan Sri Rozali pula terang-terang dilindungi oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib daripada menyerahkan Syabas kepada kerajaan negeri melalui macam-macam akta dan perlindungan yang ada.

Bermula daripada ura-ura pengambil-alihan itulah, berbagai masalah air mula timbul sedangkan ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Setahun dua menjelang PRU 13 pada 5 Mei 2013 lalu, begitu banyak kesulitan air yang dihadapi oleh penduduk Selangor berkaitan air. Yang peliknya masalah catuan air, kekurangan air, air kotor dan sebagainya ini hanya berlaku di kawasan perumahan kos rendah dan rumah-rumah pangsa saja.

Kawasan perumahan mewah dan tempat tinggal orang-orang kaya dan ternama, tidak pernah pula ada masalah air. Ternampak bahawa golongan bawahan ini cuba disusahkan untuk diubah kiblat politiknya.

Bersama masalah air yang sengaja diwujudkan itu serta program air percuma sebanyak 20 meter padu yang dimanipulasi kononnya tidak merata kepada semua rakyat, ditambah pula dengan penyediaan peguam percuma untuk menyaman kerajaan negeri, BN Selangor begitu menaruh harapan percaturan isu air itu mampu menumbangkan kerajaan negeri PR pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Malangnya, jika dalam pilihanraya 2008, BN menang sebanyak 20 kerusi berbanding PR sebanyak 36 tetapi dalam pilihanraya 2013 lalu, kerusi BN berkurangan menjadi hanya 12 manakala PR bertambah menjadi 44 kerusi.

Ini menunjukkan isu air yang dimanipulasi dan dipolitikkan telah ditolak oleh pengundi, bahkan kemenangan yang lebih besar diraih PR menunjukkan isu itu tidak laku sama-sekali. Pengundi perumahan kos rendah tidak makan dengan umpan yang diberi.

Ia mungkin tidak laku kerana pengundi Selangor rata-ratanya adalah celik internet dan mereka faham apakah isu sebenarnya dalam kemelut air ini. Mereka tahu siapa pemilik Syabas dan setakat mana kawalan kerajaan negeri terhadapnya.

Hanya baru-baru ini, secara tergesa-gesa di sebalik ribut kempen pilihanraya kecil Kajang, kerajaan Pusat bersetuju dengan pengambil-alihan Syabas oleh kerajaan negeri yang turut menyaksikan projek Langat 2 dipersetujui untuk diteruskan.

Kenapa Datuk Seri Noh mahu terus menjaja isu basi dan tidak laku itu? Bukankah masih banyak isu lain yang boleh diangkat lagi?

Dengan menjaja isu air bukan saja mendedahkan lebih banyak tembelang BN sendiri tetapi lagi banyak Datuk Seri Noh meludah ke langit dan bercakap mengenai kemelut air ini, ia turut menyebabkan muka BN lagi basah dengan ludahannya sendiri.

Kerajaan negeri Selangor sebenarnya hanya boleh dipersalahkan dalam masalah air ini jika selepas Syabas menjadi miliknya, catuan air terus juga berlaku dan rakyat menghadapi masalah bekalan air yang berterusan.

Persoalannya apakah keputusan lebih buruk BN Selangor dalam pilihanraya umum lalu tidak memberi apa-apa pengajaran kepada Datuk Seri Noh Omar?

Lagi-lagi isu air yang gagal itu mahu dijajanya seolah-olah tiada isu lain lagi atau adakah ini menandakan UMNO Selangor sebenarnya lebih perlukan pemimpin baru?

Shahbudin Husin

Amerika Tembak Jatuh MH370, Dakwa Penulis Kanada


Seorang bekas eksekutif syarikat minyak yang kini seorang penulis telah menyatakan bahawa Amerika mungkin telah menembak jatuh Penerbangan Malaysia Airlines MH370 - dan kini cuba untuk menutupinya.

Menulis di dalam OpEdNews.com, John Chuckman, mantan ketua pakar ekonomi untuk sebuah syarikat minyak yang besar di Kanada, mengutarakan pertanyaan:"Kemungkinan bahawa Amerika Syarikat telah menembak jatuh pesawat MH370, sama ada secara sengaja atau tidak, dan kini mahu menutup rahsia tersebut?

Dakwanya lagi lagi, tentera Amerika mempunyai beberapa radar paling canggih di bumi, dan tanpa keraguan lagi, pemasangan radar yang berkeupayaan paling canggih di pangkalan rahsia Diego Garcia di Lautan Hindi. Bagaimana boleh tidak ada maklumat? Kita tidak perolehi data dari mereka, tetapi kita dibekalkan maklumat daripada pihak lain yang kurang kemampuannya terhadap apa yang berlaku.

"Kemungkinan untuk memperolehi bangkai pesawat yang penuh, sekalipun jika lokasinya ditemui, dari empat batu di dalam laut di antara pegunungan bawah laut, sebaik-baiknya pada kedudukan yang amat terpencil, menjadikan Amerika Syarikat boleh tetap yakin bahawa bukti fizikal pesawat tidak mungkin akan dapat ditemui.

Encik Chuckman yang berasal dari Chicago, meneruskan: "Tidak ada yang tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap tindakan tersebut sekurang-kurangnya untuk tiga peristiwa, yang mana amat dikesalkan, tentera Amerika pernah menembak jatuh pesawat-pesawat awam.

Syarikat Penerbangan Iran 655 telah ditembak jatuh pada tahun 1988 oleh USS Vincennes di perairan Iran semasa Perang Iraq-Iran, bukan sahaja telah mengorbankan 290 orang termasuk 66 kanak-kanak, tetapi wujud satu tempoh yang amat lama selepas itu untuk Amerika kemudiannya membuat pengakuan tidak bersalah, tiada tawaran permohonan maaf, dan tiada pampasan untuk mangsa (hanya selepas 8 tahun kemudiannya pampasan dibuat secara sulit).

Kedua, merupakan satu himpunan keadaan dan ketidakadilan yang ganas yang tidak dipersoalkan terhadap motif pengeboman Penerbangan Pan Am 103, yang telah membunuh 259 orang dan 11 di darat, pada tahun yang sama oleh orang-orang masih tidak diketahui.

Kemudian ketiga, Penerbangan TWA 800 di pantai Timur Amerika Syarikat merupakan mangsa terhadap peluru berpandu Amerika yang telah secara tidak sengaja dilepaskan. Bukti-bukti termasuklah kesan radar dan terdapat saksi mata. Tetapi Amerika Syarikat, bukannya mahu mengakui kesilapan yang dahsyat itu dan membayar pampasan kepada mangsa, tetapi telah mengambil masa yang amat panjang untuk hasil siasatan yang melucukan diketuai oleh FBI, pihak yang sama yang telah menghasilkan hasil siasatan yang lucu terhadap pembunuhan Kennedy.

"Saya tidak tahu apa halnya (juruterbang atau ada perampas?) mematikan komunikasi MH370, menukar haluan, dan kemudian terbang rendah, tetapi saya tahu bahawa peristiwa tersebut tidak mungkin berada di luar pengetahuan mata dan telinga para tentera risikan Amerika."

MH370 hilang semasa terbang di antara Kuala Lumpur dan Beijiing pada 8 Mac dengan 239 orang di dalam pesawat.

Pencarian selama enam minggu di Lautan Hindi, di mana pakar-pakar percaya pesawat itu terhempas, sehingga kini masih belum menghasilkan apa-apa jawapan terhadap nasib pesawat berkenaan.

Ia mungkin akan kekal satu lagi "teka-teki, diselubungi dengan misteri, di dalam satu enigma," ungkapan yang digunakan oleh Winston Churchill untuk menggambarkan kegiatan Kesatuan Soviet satu ketika dulu, dan kini ungkapan itu amat sesuai terhadap sebahagian besar daripada kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat. -OpedNews/Mirror/terjemahan bebas:GB

22 April 2014

WARIS MANGSA MH370 SELAR KERAJAAN , CADANGAN KELUAR SIJIL KEMATIAN !!!


Beri bukti ‘walau kecil’ sebelum keluar sijil kematian, kata keluarga MH370 dalam emel selar kerajaan


Selepas Malaysia membuat pengumuman tentang pesawat MH370 yang dikatakan berakhir di Lautan Hindi, Sarah Bacj kini mempersoalkan mengapa sumber tunggal yang membawa kepada kesimpulan tersebut tidak dikaji dan diterima begitu sahaja. 

Menjelang cadangan Malaysia mengeluarkan 'sijil kematian' kepada semua penumpang dan anak kapal MH370, teman kepada penumpang Amerika Syarikat yang menaiki pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang menimbulkan persoalan tentang analisis data satelit yang memberi kesimpulan bahawa pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi di mana misi carian dijalankan.

Di dalam emel bagi pihak 'The United Families of MH370', Sara Bacj yang temannya Philip Wood antara 239 penumpang MH370, meminta kerajaan Malaysia untuk menjelaskan mengapa ia setuju dengan analisis yang diberi oleh Inmarsat, syarikat satelit Britain.


"Mereka gagal berkongsi sebab mengapa mereka menerima sumber tunggal (Inmarsat) bagi analisis yang menggunakan kaedah yang belum digunapakai, sebagai asas utama memberi kesimpulan pesawat tersebut terhempas dan tiada yang terselamat," katanya dalam emel tersebut, dipetik dari Wall Street Journal.

Pada 24 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dalam satu sidang berita kecemasan mengumumkan penerbangaan MH370 'berakhir' di kawasan terpencil di Lautan Hindi.

Malaysia Airlines pula sementara itu memaklumkan keluarga penumpang tersebut bahawa tiada yang terselamat.

Najib kemudiannya memberitahu Parlimen pengumuman tersebut diberi supaya tidak kelihatan seperti kerajaan tidak telus selama ini.

"Ia merupakan tanggungjawab seorang pemimpin negara dan komitmen kerajaan untuk memutuskan supaya membuat pengumuman seperti itu. Keputusan itu dibuat walaupun kami sedar kesannya," katanya.

Dalam emelnya, Bacj menimbulkan persoalan tentang ketiadaan sebarang kajian saintifik ke atas analisis teknikal Inmarsat yang membawa kepada kesimpulan yang diberi Malaysia.

"Kami tidak mengharap mereka dapat menjumpai seluruh pesawat itu, mayat penumpang, ataupun ketahui mengapa kejadian ini berlaku, tetapi kami sedang jangkakan sekadar bukti konkrit, walaupun kecil," WSJ memetik dalam emelnya, ditulis dalam bahasa Cina dan dihantar ke ahli keluarga penumpang China.

Dalam pengakhiran emel itu ditulis, "KAMI CUKUP MARAH, SEDIH DAN TERKILAN!".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...