12 Mac 2014

TERKINI ! MEDIA UTAMA KIAN BECELARU - PANGLIMA UDARA NAFI PESAWAT MH370 DI PULAU PERAK

Pautan kekal imej terbenam

Peniaga lihat pesawat terbang rendah

Panglima Udara nafi pesawat MH370 di Pulau Perak


Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud


KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud menafikan membuat pengesahan bahawa pangkalan udara Tentera Di-Raja Malaysia di Butterworth mengesan pesawat MH370 berada dekat kawasan Pulau Perak di Selat Melaka pada pukul 2.40 pagi Sabtu lepas sebelum isyaratnya hilang tanpa sebarang petunjuk.

Kata beliau, laporan akhbar Berita Harian pada Selasa yang memetik kenyataannya itu telah tersalah lapor.

"Saya minta laporan itu dibetulkan bagi mengelak sebarang salah tafsir yang seterusnya tentang apa yang jelas tidak tepat dan salah lapor," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat malam tadi.

Berita Harian melaporkan Rodzali berkata pada malam kejadian, pangkalan udara di Butterworth mengesan isyarat kedudukan pesawat berkenaan yang berpatah balik menghala ke laluan asalnya ke Kota Bharu, Kelantan sebelum dipercayai melalui ruang udara Pantai Timur dan Utara tanah air.

Menurut Rodzali beliau telah diminta mengesahkan kejadian itu oleh wartawan Berita Harian tetapi beliau tidak menjawab soalan tersebut.

"Sebaliknya apa yang saya katakan kepada wartawan itu ialah 'sila rujuk kepada kenyataan yang saya buat pada 9 Mac 2014 semasa sidang media bersama Ketua Angkatan Tentera di Sama-sama Hotel, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur," katanya.

Pada sidang media itu, Rodzali berkata:

"TUDM tidak menolak kemungkinan pesawat berpatah balik ke arah bertentangan sebelum pesawat itu hilang daripada radar dan ini menyebabkan operasi mencari dan menyelamat diperluaskan ke kawasan perairan Pulau Pinang."


Sementara itu, agensi berita Reuters memetik sumber pegawai kanan tentera Malaysia yang telah diberi taklimat tentang siasatan yang mengesahkan pesawat itu "mengubah laluan selepas Kota Bharu dan mengambil altitud lebih rendah" dan "terbang ke Selat Melaka".


Selat Melaka adalah perairan dunia yang paling sibuk yang menjadi laluan perkapalan utama antara timur dan barat.

Laporan media pada Selasa itu menunjukkan satu perkara: ada percanggahan antara kenyataan pertama Malaysia Airlines beberapa jam selepas pesawat Boeing 777-200 miliknya itu hilang.

Dalam kenyataan pertama pada 8 Mac itu, pesawat MH370 dikatakan dikesan kali terakhir di ruang udara Laut China Selatan dekat dengan kawasan perairan Vietnam.

Ia pada mulanya dilaporkan hilang pada pukul 2.40 pagi dan kemudian dibetulkan kepada pukul 1.30 pagi. Pesawat itu berlepas dari KLIA tidak sampai satu jam sebelumnya iaitu pada pukul 12.41 pagi dan dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi.

Penduduk di sekitar lokasi laluan pesawat itu juga tampil mendakwa melihat ada pesawat terbang rendah di kawasan tersebut pada malam kejadian.

Usaha mencari dan menyelamat yang digerakkan sejak awal pagi Sabtu itu sehingga ini gagal menemui sebarang petunjuk. Penemuan beberapa petunjuk termasuk tompokan minyak di permukaan laut dan objek terapung kemudiannya tidak dapat dikaitkan dengan pesawat itu.

Operasi itu kemudian diperluaskan meliputi 100 batu nautika daripada titik terakhir pesawat itu dikesan. Ia kini meliputi perairan di sebelah barat dan timur Semenanjung Malaysia mencecah sampai ke Vietnam dan utara Sumatera. Operasi disertai oleh 22 buah pesawat udara dan 44 buah kapal dari lapan buah negara.

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/panglima-udara-nafi-pesawat-mh370-di-pulau-perak-31688?cp

11 Mac 2014

TERKINI ! Penumpang pasport curi disahkan warga Iran dipecayai membeli pasport di K.L

Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam


Penumpang pasport curi disahkan warga Iran, kata KPN


Eoria Nour Mohammad Mehrdad, warga Iran yang menggunakan pasport curi - Foto Astro AWANI


SEPANG: Polis mengesahkan seorang daripada penumpang yang menaiki pesawat MH370 dengan menggunakan pasport palsu adalah warga Iran yang bercadang untuk berhijrah ke Jerman, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau mendedahkan identiti lelaki itu sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19 tahun.

"Kita telah semak latar belakangnya. Kita juga telah semak profailnya dengan pihak polis di negara lain dan kita percaya dia tidak mungkin anggota mana-mana kumpulan pengganas," kata Khalid.

Pouria Nour menggunakan pasport Austria milik Christian Kozel yang disahkan dicuri di Phuket, Thailand.
Pengumuman Khalid ini selari dengan hasil siasatan polis di Thailand yang mendapati dua penumpang MH370 dengan pasport curi itu mungkin pelarian yang mencari suaka.

Ia berdasarkan kepada tempahan tiket harga paling murah serta laluan transit Kuala Lumpur-Beijing-Amsterdam sebelum menuju ke destinasi akhir masing-masing ke Copenhagen, Denmark dan Frankfurt, Jerman.

"Berdasarkan kepada tempahan tiket saja, sekiranya keganasan, mereka tentunya mengkhususkan laluan dan pesawat yang hendak dinaiki," kata Ketua Polis Pattaya, Supachai Puikaewcome seperti dipetik oleh Reuters pada Selasa.

Penumpang pasport curi itu dibantu oleh dua warga Iran yang menguruskan tempahan tiket daripada sebuah agensi pelancongan yang sudah dilanggani oleh orang tengah itu sejak tiga tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen Aloyah Mamat berkata dua penumpang pasport curi itu menggunakan pasport yang sama untuk masuk dan keluar dari Malaysia.

"Kita tidak dapat kesan. Sistem (pasport) kita biometrik. Saya tidak pasti pasport mereka ada biometrik atau tidak," katanya, sambil menegaskan semua protokol keselamatan sudah dipatuhi.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman pada Isnin memaklumkan siasatan berhubung isu pasport curi itu kini bertumpu kepada aspek penglibatan sindiket pasport.


Read more at:SUMBER



Dua lelaki guna pasport palsu naik MH370 disyaki rakyat Iran



Prosuder kawalan keselamatan di KLIA turut disiasat bagi melihat kaitannya dengan kehilangan pesawat MH370 dan penggunaan pasport curi. - Gambar The Malaysian Insider, 11 Mac, 2014.

Dua lelaki yang menggunakan pasport palsu untuk menaiki penerbangan MH370 dipercayai adalah rakyat Iran, lapor rangkaian televisyen BBC Persian hari ini.

BBC Persian melaporkan, dua lelaki Iran terbabit menggunakan pasport palsu dengan tujuan berhijrah ke Jerman dan Denmark.

Menurut laporan itu, seorang rakan daripada dua lelaki berkenaan mengaku menjemput mereka di Kuala Lumpur sebaik tiba dari Teheran beberapa hari sebelum berlepas ke Beijing menaiki pesawat MH370.


Mereka juga dipercayai membeli pasport berkenaan di Kuala Lumpur selain tiket ke Amsterdam melalui Beijing.

Semalam akhbar Britian Financial Times melaporkan urusan perjalanan dua penumpang dengan identiti palsu dalam pesawat MH370 Malaysian Airlines (MAS) yang hilang ketika menuju ke Beijing dari Kuala Lumpur dibuat di Pattaya, Thailand dan dibayar secara tunai.

Akhbar berkenaan memetik kenyataan agen pelancongan Thailand yang membuat tempahan tiket itu sebagai berkata, beliau diminta membuat urusan perjalanan itu oleh seorang kenalan warganegara Iran. 

TERKINI! SEKITAR PENAMAAN CALON PRK KAJANG -VIDEO




Kajang: Bakal saksi pertembungan dua wanita 'besi'


Pautan kekal imej terbenam

LANGSUNG Di samping tumpuan kepada usaha mencari pesawat MH370 yang hilang bersama 239 penumpang dan krunya, PRK DUN Kajang dijangka turut mendapat perhatian apabila kempen bermula selepas penamaan calon hari ini.



DS Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba untuk penamaan calon menaiki motor.‪#‎PRKKajang‬

kempen bermula selepas penamaan calon hari ini.


Ia akan berlangsung di Kompleks Sukan MPKJ, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi pagi ini.

PRK DUN Kajang dijangka bakal menyaksikan pertembungan antara Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mewakili Pakatan Rakyat dan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun mewakili BN.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim, yang sebelum ini berhasrat bertanding di situ, menarik diri selepas Wan Azizah diumumkan menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di situ.

Pautan kekal imej terbenam


Ia ekoran keputusan Mahkamah Rayuan minggu lepas menerima rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan Anwar dalam kes Liwat II, dan menjatuhka hukuman lima tahun penjara ke atasnya.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas penyandangnya dari PKR, Lee Chin Cheh meletakan jawatan pada 27 Januari lalu, untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding di situ.

Dalam pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lalu, Lee menang kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 39,278 pemilih berdaftar layak mengundi dalam PRK tersebut, termasuk 1,197 pengundi awal dan 26 pengundi dalam kategori tidak hadir atau berada di luar negara.

Manakala anggaran kos perbelanjaan bagi pilihan raya kecil ini ialah RM1.6 juta.

Daftar pemilih yang akan digunakan ialah Daftar Pemilih Induk 2012 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2013, Suku Tahun Kedua 2013 dan suku tahun ketiga 2013 yang dikemaskini sehingga 26 Januari 2014, iaitu sehari sebelum peletakan jawatan penyandang.

LAPORAN LANGSUNG

9.30am: Penyokong BN memenuhi Balapan dan mengibarkan bendera sambil menyanyi Hidup BN secara berkumpulan.

9.25am: Luar kompleks sukan - Ketika Wan Azizah mengemukakan borang pencalonan, Anwar dan Khalid Ibrahim mengambil kesempatan bersalaman dengan penyokong Pakatan yang dipisahkan dengan penghadang dan kawat berduri.

Mereka juga turut menandatangani autograf sementara penyokong melaungkan reformasi beberapa kali.

Kedengaran juga penyokoong berteriak: "Tan Sri Khalid, buat kerja elok, elok. Jalan banyak lubang"

"Datuk Seri, Kangkung sekarang berapa kilo", yang kemudiannya diiirngi gelak ketawa hadirin.

Penyokong kemudiannya melaung beramai-ramai dengan laungan "Lawan tetap Lawan", Hidup Rakyat dan hancur BN".

9.20am: Beberapa kumpulan kecil kira-kira 10 orang penyokong Pakatan bagi setiap kumpulan sedang berjalan menuju ke pusat penamaan calon.

Ada yang kecewa apabila diberitahu bahan-bahan parti seperti topi dan topeng adalah dijual dan bukan percuma. Mereka, bagaimanapun, gembira apabila petugas parti mengedarkan karipap percuma.

Kira-kira 1,000 Pakatan dan BN penyokong berkumpul di sebelah menyebelah kompleks sukan dan melaungkan slogan masing-masing sambil dipantau oleh kira-kira 50 anggota polis rusuhan.

9.15am: Penyokong BN diminta masuk ke dalam kawasan pusat penamaan calon.

9.15am: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba ke pusat penamaan dan disambut dengan laungan takbir beberapa kali.

9.05am: Wan Azizah dan Anwar serta pemimpin Pakatan memasuki pusat penamaan calon kira-kira jam 9.05 pagi.

9.00am: Hadapan Kompleks Sukan MPKJ - Kecoh seketika apabila seorang lelaki membawa bendera PKR dan memakai baju 'PAS for All' lalu di tengah-tengah penyokong BN. Hanya sorakan tanpa sebarang insiden dan dia diiring polis keluar dari kawasan itu.
9am: Satu konvoi sekurang-kurangnya 30 motosikal membawa pemuda berbaju biru gelap BN Kajang dilihat dalam perjalanan menuju ke pusat penamaan calon.

8.51am: Kompleks Sukan MPKJ - Wan Azizah dan Anwar Ibrahim tiba bersama penyokong pakatan rakyat. Beberapa minit kemudian, mereka bergerak-gerak perlahan memandangkan jurufoto bertolak-tolak untuk mengambil gamber mereka, sehingga ke kompleks sukan MPKJ.

Dalam kompleks, sekumpulan polis membuat sekatan bagi mengelakkan penyokong masuk ke pusat pengundian.

Sekali lagi berlaku tolak menolak, untuk memberi laluan kepada Wan Azizah dan Anwar memasuki ke pusat penamaan, memandangkan ramai penyokong yang berhimpun di depan sekatan itu.

Akhirnya kedua-dua tokoh PKR dan pemimpin Pakatan berjaya memasuki dan melintasi sekatan polis yang dijaga oleh FRU.

8.50am: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tiba dan bersalaman dengan penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat.


Pada masa yang sama, penyokong merentangkan banner bertulis:
"Kak Wan, lapkan air mata, teruskan perjuangan".

Kata-kata itu, diungkap sewaktu konvensyen Pakatan Rakyat Baru-baru ini.

8.50am: Kompleks Sukan MPKJ - Calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun tiba di pusat penamaan calon.

8.45am: Kira-kira 1,000 penyokong BN kini berarak ke pusat penamaan calon.

8.40am: NIOSH Bangi- Ketua Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar memberi ucapan di luar NIOSH Bangi mngajak penyokong jangan gentar dan 'Hidup Barisan'.


8.35am: Kompleks Sukan - Dalam ulasan ringkasnya, Timbalan
Presiden PKR Azmin Ali berkata: "Kalau Umno mahu menyekat kemaraan rakyat melalui keputasan mahkamah, mereka membuat kesilapan besar.

"Keputusan zalim terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencetus gelombang rakyat dan ia bermula di Kajang.

"Oleh itu, Pakatan Rakyat telah sepakat dan bersetuju untuk memilih Dr Wan Azizah sebagai calon.

"Beliau adalah lambang dan simbol reformasi 1998, telah berjaya menguatkan kesepakatan barisan alternatif dan Pakatan selepas itu.

"Kehadiran beliau meniup semangat baru kepada aktivis, reformasi kepada rakyat terus untuk bersama lonjakan ke Putrajaya," katanya.

8.30am: Para pemimpin Pakatan yang turut serta menunggu untuk berarak masuk ke Kompleks Sukan ialah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Dr Xavier Jayakumar, Dr Mohd Nor Manuty, Ahli Parlimen Wangsa Maju Dr Tan Kee Kwong.

Penyokong yang hadir mengibarkan banting bertulis 'Keadilan Untuk Anwar Ibrahim', 'Dari Kajang Ke Putrajaya' dengan gambar beliau bersongkok.

Gambar Wan Azizah turut dikibarkan bersama-sama. Mereka juga mengibarkan poster "Rakyat Hakim Negara".

Difahamkan Wan Azizah akan sampai bersama penyokong Pakatan pada bila-bila masa.

8:21am: Niosh Bangi - BN calon Datin Paduka Chew Mei Fun tiba.

Beliau disambut oleh sorakan kuat dan laungan "Long Live BN" olehlebih 500 penyokong yang kini telah berkumpul di sini.

8:20am: NIOSH Bangi - Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di NIOSH bersama pimpinan MIC dan Umno


8.10am: LHDN Bangi - Semakin ramai pemimpin Pakatan tiba untuk memberi sokongan. Antaranya ialah Datuk Kamaruddin Jaafar, ADUN Batu Burok Dr Syed Azman, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar dan Ketua DAP Johor Liew Chin Tong.

Bilangan penyokong kini dianggarkan sekitar 1,000 orang. Sambil berarak, mereka meluangkan "Takbir", "Reformasi" dan "Jatuh, jatuh jatuh BN" .

8.05am: Niosh Bangi - atusan penyokong BN berkumpul di hadapan bBangunan NIOSH, menunggu ketibaan calon, Naib Presiden, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Menteri Dalam Negeri yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba.


8.00am: LHDN Bangi - Lebih 500 penyokong Pakatan mula berarak dari bangunan LHDN Bandar Baru Bangi menuju ke pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, yang diketuai oleh Azmin Ali selepas bacaan doa oleh Abdul Rani.

Mereka membawa sepanduk menyokong calon Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, disertai dengan melaungkan "reformasi".

7.50am: LHDN Bangi - Pemimpin Pakatan Rakyat dan penyokong mula memenuhi kawasan letak kereta di bangunan LHDN Bandar Baru Bangi.

Antara pemimpin telah tiba ialah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan ADUN Meru Dr Abdul Rani Othman.
SPR baru saja mengumumkan masa untuk penamaan bermula. #prkKajang pic.twitter.com/Td3dXG1mY2


Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam

Squad basikal DAP tiba di pusat penamaan calon N25 Kajang diketuai oleh @Ean_Yong pic.twitter.com/oRqzuLN3Nq


Pautan kekal imej terbenam

10 Mac 2014

GAMBAR-GAMBAR USAHA MENCARI PESAWAT #MH370 DI LAUT CINA SELATAN -UPDATED

11HB.MAC

MH370: Harapan tipis untuk dapat berita baik
PHU QUOC - VIETNAM. Harapan untuk mendengar sebarang berita baik berhubung kehilangan pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) adalah tipis, menurut kerajaan Vietnam.

Timbalan Menteri Pengangkutan Vietnam Pham Quy Tieu berkata, berdasarkan maklumat yang mereka terima, perkara yang 'tidak baik' telah berlaku.

Beliau bagaimanapun memberi jaminan Vietnam akan cuba mencari pesawat itu secepat mungkin dan untuk menjawab persoalan terutama daripada keluarga penumpang pesawat itu.

"Kami tidak menjangka perkara buruk tetapi kami telah bersedia (untuk menghadapinya)," katanya dalam sidang media di pusat mencari dan menyelamat di sini, hari ini.

Sementara itu, tentera Vietnam juga menggiatkan lagi usaha mencari dan menyelamat di perairan negara itu dengan 10 pesawat digunakan bagi operasi hari ini.

Ini termasuk dua pesawat pengangkut CASA dan empat pesawat A56 untuk pencarian di altitud tinggi antara 3,000 dan 5,000 meter.

Selain itu, helikopter juga digunakan untuk pencarian pada ketinggian rendah, berdekatan permukaan air.


Chinese navy vessel, helicopter search for missing Flight MH370, nothing found yet (Photo by Bai Ruixue)

Vietnam will not give up until the missing #MH370 is located: official    http://xhne.ws/H2L8c pic.twitter.com/erqJHR4ZX0



10HB.MAC
Pautan kekal imej terbenam




Pautan kekal imej terbenam
Search teams comb South China Sea for missing Malaysian Airlines
Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam


Aerial view of oil slick at sea on March 9 from Vietnamese military helicopter in search of missing Flight MH370 pic.twitter.com/hxVQZYz8jB



A Chinese marine police vessel expands coverage of searching missing , no target found



Pautan kekal imej terbenam


517 #Malaysia Fire Dept on standby for #MH370 SAR ops in north peninsula for zone B Straits pic.twitter.com/mqsVYtxQcI"


Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
HARI KETIGA OPERASI MENCARI MH370

Putrajaya, 10 Mac - Jabatan Kimia memaklumkan ujian ke atas sampel minyak yang dihantar oleh APMM pagi tadi mengesahkan minyak itu dikategorikan sebagai bunker fuel oil dan minyak tersebut tidak digunakan oleh pesawat. Semalam sampel minyak tersebut telah diambil oleh KM Amanah selepas pemantauan udara oleh pesawat Bombardier CL415 menjumpai tompokan minyak sepanjang kira-kira 100 meter di dalam kawasan mencari pesawat MH370 iaitu kira-kira 100 batu nautika dari pantai Tok Bali.

Pada hari ketiga operasi mencari pesawat MH370, APMM menumpukan usaha pencariannya di lingkungan 120 batu nautika kawasan operasi yang membabitkan kawasan seluas kira-kira 45,224 batu nautika persegi. Sebanyak 4 buah kapal, dan sebuah bot Penggalang telah berada di perairan Kota Bahru sejak Sabtu lalu bersama sebuah pesawat yang melakukan pemantauan udara dari awal pagi hingga lewat petang setiap hari. Namun sehingga kini pasukan terbabit masih belum menjumpai sebarang petunjuk positif.

Pautan kekal imej terbenam
Keadaan sanak saudara mangsa di China



TERKINI …. China Ubah Kedudukan Dan Peranan 10 Satelit Miliknya Untuk Kesan MH307


Dengan nasib MH307 diselebungi misteri dan belum ada sebarang serpihan pun ditemui selepas puluhan jam ia dilaporkan hilang, kerajaan China hari ini meningkatkan kemampuan mencari dan menyelamat dengan mengubah kedudukan 10 satelit mengeliling orbit milik mereka.

Perkara itu didedahkan laman web milik pasukan tentera China, People’s Liberation Army (chinamil.com.cn).

Chinamil memetik Pusat Kawalan Dan Pengawasan Satelit Xi’an yang melancarkan respon kecemasan bagi proses mencari berkenaan bermula lewat hari ini (Isnin).

Bagi tujuan pengesanan itu, laman web berkenaan memberitahu, pusat kawalan telah mengubah sepenuhnya arahan (commands) asal satelit berkenaan yang sebelum ini digunakan bagi tujuan pengawasan, komunikasi dan aspek lain kepada arahan khas yakni mengesan lokasi MH370.


Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar, kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 tengah malam Jumaat dan sepatutnya dijadual tiba di Beijing pukul 6.30 pagi Sabtu.

Daripada jumlah itu, 150 penumpang merupakan warga negara China-

09 Mac 2014

TERKINI ! SERPIHAN PESAWAT DIPERCAYAI SEKEPING PINTU DALAMAN DAN EKOR DITEMUI KIRA-KIRA 50 KM DARI THO CHU ISLAND - PEGAWAI VIETNAM

BERITA TERKINI:

BREAKING 1352 hrs: Pegawai tentera Vietnam mengesahkan bahawa objek yang dijumpai kononnya adalah pintu dan ekor peawat MAS MH370 yang hilang adalah tidak benar.

Sumber memberitahu pegawai Vietnam yang dipetik Wall Street Journal (WSJ) mengesahkan perkara itu sejam lalu di Ho Chi Minh.

Gambar menunjukkan pegawai Vietnam yang bertugas melihat kepada keluasan operasi mencari dan menyelamat dalam satu mesyuarat bersama antara tentera, kementerian pengangkutan dan pegawai menara kawalan lapangan terbang.

Kedudukan objek yang ditemui adalah sekitar 90 batu nautika dari kepulauan Phu Toc dan pasukan penyelamat masih meneruskan usaha mencari laluan sebenar berdasarkan tompokan minyak yang telah hanyut kira-kira 60 batu nautika dari lokasi pesawat kali terakhir hilang hubungan dengan menara kawalan.

Di KLIA, pegawai FBI sudah membuat semakan ke atas hampir keseluruhan CCTV milik Malaysia Airports Berhad (MAB), pengendali lapangan terbang itu dan difahamkan menteri dalam negeri, Zahid Hamidi mengarahkan supaya satu pasukan siasatan menyiasat hingga ke akar umbi.

Pihak berkuasa kini terus menumpukan sama ada data yang diperolehi dari Interpol berpadanan dengan rakaman CCTV yang diambil dari semua penumpang pesawat berkenaan.

Dalam pada itu, keputusan ujian sampel tompokan minyak yang ditemui di Laut China Selatan semalam dijangka diperoleh selewat-lewatnya petang ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, Ahmad Ridzuan Ibrahim berkata jabatan itu menerima sampel minyak tersebut daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), jam 9.40 pagi tadi untuk dianalisis.

Jabatan berkenaan katanya, akan memberi keutamaan sepenuhnya dalam menganalisis 1.5 liter sampel minyak itu.

Menurut Ahmad Ridzuan, tiga prosedur utama akan dijalankan bertujuan memastikan sampel minyak tersebut mengandungi 'mineral oil' yang boleh diklasifikasikan sebagai bahan bakar pesawat.

Beliau berkata tiga prosedur itu membabitkan ujian pertama iaitu memastikan sama ada sampel tersebut mengandungi 'mineral oil' dan peringkat kedua mengenal pasti sama ada ketumpatan minyak itu 'light oil' atau 'heavy oil'.

Manakala peringkat terakhir ialah proses pemprofilan bagi menentukan kategori minyak sama ada kerosin, diesel, atau petrol.

Lagi laporan lanjut menyusul.
 sumber


www.mynewshub.my

Serpihan-serpihan yang disyaki telah ditemui terapung kira-kira 50 kilometer di selatan barat daya -of Tho Chu Island dan dipercayai sekeping pintu dalaman dan sebahagian daripada ekor pesawat , kata pegawai Vietnam.



Vietnam Searchers Report Spotting Plane Debris

Officials Say They Found Piece of Door, Airplane Tail

By Jason Ng, Gaurav Raghuvanshi, Jake Maxwell Watts



KUALA LUMPUR—Vietnamese officials said a search plane spotted suspected fragments of a missing Malaysian airliner Sunday night, in the first potential breakthrough in the search since the flight disappeared early Saturday morning.

The suspected fragments were found floating about 50 miles south-southwest of Tho Chu Island and were believed to be a piece of an inner door and part of an airplane tail, Vietnamese officials said.

Earlier Sunday, Vietnam’s search and rescue officials said that they were investigating a report about a suspected piece of yellow debris seen floating in the same area.


Malaysia Airlines flight MH370, carrying 227 passengers and 12 crew, suddenly disappeared just under an hour into its flight from Kuala Lumpur to Beijing in the early hours Saturday. The disappearance triggered a search and rescue operation across portions of the Gulf of Thailand and South China Sea, involving the armed forces of several nations, including the United States, Malaysia, Vietnam and China.

The investigation into the fate of the plane has been complicated further by revelations that two passengers appeared to have boarded the plane with stolen passports, prompting airline executives and aviation officials to say that foul play can’t be ruled out.

Malaysia’s police chief, Inspector-General Khalid Abu Bakar, told reporters in Terengganu on the country’s South China Sea coast that while police investigators “don’t dismiss the possibility” of terrorism, they weren’t considering it the most likely cause for the disappearance of MH370.

Rescuers are looking at the possibility that the plane could have attempted to turn back to Kuala Lumpur, “which could mean that the aircraft could be elsewhere,” acting Transport Minister Hishamuddin Hussein, who also serves as Malaysia’s defense minister, said at a press briefing.

Military radar readings indicate the plane may have reversed course, the country’s air force chief said. Gen. Rodzali Duad said the military is still studying the radar data, and added that it is corroborated by some civilian radar data.

The flight included passengers from more than a dozen nationalities, with just over half of them Chinese. A Malaysian aviation official said at the briefing that the aviation regulator is investigating video recordings of two passengers carrying stolen passports, from check-in to departure. Two people—an Austrian and an Italian—listed as being on the missing jet weren’t on the flight. Their passports had been stolen in Thailand.

A 30-year-old Austrian whose name was on the passenger list for the flight wasn’t on board. His passport was stolen in Thailand in 2012, an Austrian Foreign Ministry spokesman said.

Another passenger on the list, Luigi Maraldi, an Italian citizen, wasn’t on the plane either, Italy’s Foreign Ministry said Saturday. Mr. Maraldi’s passport was stolen in Thailand a year and a half ago, his father said.

A European security official said it wasn’t uncommon for passengers to board flights using stolen passports. In addition, Beijing has emerged as a bustling transit hub in recent years, providing connecting flights to Europe and elsewhere from other parts of Asia, buoyed in part by a 72-hour visa-on-arrival program.

A massive, multinational search and rescue operation to locate flight MH370, meanwhile, continues in the waters between Malaysia and Vietnam.

Until the plane is located, there is little prospect of figuring out what really caused it to vanish. And the longer the search takes, the less likely it is to find any survivors.

At a news conference in Beijing Sunday afternoon, a member of the airline’s crisis-management team, said the airline has told family members of passengers to “expect the worst.” Ignatius Ong said Malaysia Airlines would make travel arrangements for Chinese family members who wished to fly to Kuala Lumpur to await more news.

Meanwhile, many relatives in Beijing were overcome with grief as they awaited news. Sounds of weeping poured out of rooms of the Metropark Lido Hotel, about 20 minutes from Beijing Capital International Airport where the airline had set up a help center for friends and relatives of the passengers. Some of the family members crouched in the stairwells, their cries echoing into the hallways.

Zhang Zhiliang, from Tianjin, and his family huddled in a stairwell in the hotel, crying, “I don’t understand.” His cousin, 26 and also from Tianjin, was on the flight.

Late Saturday, Vietnam reported that one of its search aircraft had spotted two oil slicks some 140 kilometers, or 87 miles, from Vietnam’s coast. The slicks could be a sign that the missing plane had crashed, authorities in Hanoi said.

“I can confirm that there was an oil slick, no debris,” Mr. Hishamuddin said, adding that Vietnamese authorities are on site to verify whether there is any jet fuel on the sea surface.

On Sunday afternoon, a statement issued in the name of a previously unknown group claimed that the disappearance of the plane was a political act aimed at the Chinese and Malaysian governments and referred to last week’s attack in a Chinese train station by alleged Uighur separatists. It stopped short of a claim of responsibility. Malaysian officials said that they were unaware of any claim of responsibility but would investigate all possibilities.

A team of American aviation accident investigators, led by National Transportation Safety Board experts, is en route to Asia to provide assistance regarding the missing jetliner.

China’s navy said Sunday that it had sent two warships to help with the search. Beijing had already sent at least one coast guard vessel and two search and rescue ships toward the area, according to state media.

“Once the aircraft location is identified,” international accident rules will determine what country will formally lead the probe, the safety board said. The board’s announcement is the latest sign of the intense international interest in trying to quickly determine what caused the Boeing 777 to disappear from the sky in good weather.

The team, including technical advisers from Boeing Co. and the Federal Aviation Administration, left the U.S. Saturday and would “be positioned to offer U.S. assistance,” the board said. The NTSB is unlikely to head up what is bound to be a complex and extensive probe, but the board’s expertise is likely to play a big role in establishing the chain of events.

The NTSB’s decision, according to air-safety officials, indicates that at least at this point, U.S. aviation regulators and safety watchdogs are treating the plane’s disappearance and presumed crash as an accident rather than an act of terrorism.

The officials stressed that could change as more details surface. For now, though, it is the NTSB investigators, rather than law-enforcement or antiterrorism officials, who are leading Washington’s public response.

–Vu Trong Khanh, Chuin-Wei Yap, Laurie Burkitt and Celine Fernandez contributed to this article.

Write to Jason Ng at jason.ng@wsj.com

SUMBER


Bukti-Bukti Jelas Termasuk Gambar Mula Wujud Memperlihatkan MH370 Mungkin Terhempas Di Wilayah Laut Selatan Vietnam


Setakat malam ini, semakin banyak bukti memperlihatkan bahawa pesawat MH370 milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) berkemungkinan besar telah terhempas kira-kira 50 batu ke arah barat daya Pulau Tho Chu, di selatan wilayah laut Vietnam.

Ini berikutan penemuan sebahagian serpihan yang dikatakan ekor kapal dan bahagian komposit pintu dipercayai milik pesawat berkenaan siang tadi (Ahad).

Pihak berkuasa Vietnam telah pun mengeluarkan gambar rasmi dari udara bagi membuktikan dakwaan penemuan itu (lihat gambar di atas). Pihak itu bagaimanapun tidak membawa sebarang kapal laut ke kawasan itu untuk menyiasat berikutan hari semakin gelap.

Lebih memperkukuhkan lagi kemungkinan itu ialah akhbar rasmi Vietnam, Tienphong melaporkan sebentar tadi bahawa pasukan keselamatan Malaysia telah meminta kebenaran Jabatan Penerbangan Awam Vietnam (CAA) untuk memasuki perairan negara berkenaan bagi mengkaji penemuan beberapa objek-objek berkenaan.

Sebanyak lima kapal tentera milik Malaysia terbabit dalam permohonan itu, namun belum dapat disahkan sama ada sebarang kebenaran telah diberikan atau tidak.

Pasukan mencari dan menyelamat Malaysia mahu memasuki perairan berkenaan malam ini juga dan tindakan itu boleh ditafsir sebagai satu lagi kemungkinan MH370 telah terhempas di kawasan laut.

Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar selepas berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi Sabtu. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi waktu tempatan. ~  (Mynewshub)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...