02 Januari 2014

Aplikasi Waktu Solat Dikemaskini Dengan Data Untuk Tahun 2014


Aplikasi Waktu Solat Dikemaskini Dengan Data Untuk Tahun 2014

Salah satu aplikasi popular daripada pembangun tempatan untuk pengguna Android adalah Waktu Solat daripada AwisLabs. Hari ini, mereka telah mengeluarkan kemaskini kecil pada aplikasi berkenaan, membawakan sokongan data untuk tahun 2014 bersama-sama dengannya.


Bagi yang tidak pernah menggunakan aplikasi Waktu Solat ini, ia membolehkan pengguna mengetahui waktu solat berdasarkan kepada data daripada e-Solat. Selain daripada itu, ia turut menyertakan sokongan melihat arah kiblat dan juga masjid berdekatan (berdasarkan kepada FourSquare).

Aplikasi ini membawakan antaramuka selari dengan elemen Android, dan menyokong peranti Android 2.1 dan terkini.

Mereka yang berminat boleh memuat-turunnya secara percuma hari ini dari Google Play Store.

LANGKAH-LANGKAH BERJIMAT YANG DIGALAKAN DAN DIPUJI KEPADA PENGGUNDI BN !!!!

Pautan kekal imej terbenam

KES GULING ! TERKINI....16 DITANGKAP

Pautan kekal imej terbenam

16 individu ditahan khalwat....ini kira kes main guling-guling......

Penguatkuasa JHEAINS menahan sepasang kekasih dalam serbuan disalah sebuah hotel di sekitar Port Dickson, semalam.

SEREMBAN – Seramai 18 individu ditahan dalam Operasi Tahun Baharu 2014 yang dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di sekitar Seremban dan Port Dikson, di sini, semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Ahmad Husaini Mustafa berkata, operasi bermula jam 9 malam hingga 7 pagi itu dianggotai kira-kira 12 penguatkuasa.

Menurutnya, kebanyakan pesalah syariah yang ditahan terdiri daripada pelajar universiti dan beberapa pekerja swasta yang datang luar dari negeri ini.

“Dalam operasi yang dilakukan semalam, kita berjaya menahan dua individu atas kesalahan meminum arak di khalayak ramai, manakala selebihnya melakukan kesalahan berkhalwat.

“Kebanyakan pasangan yang ditangkap khalwat ini menginap di hotel bajet sekitar Seremban dan juga Port Dickson, setelah penat berhibur menyambut tahun baharu di sekitar daerah ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad Husaini berkata, kesemua pasangan yang ditangkap itu berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun dan ketika serbuan dilakukan mereka sedang nyenyak tidur.
Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS di Rahang Seremban, untuk disoal siasat.

“Mereka yang ditahan atas kesalahan berkhalwat akan disiasat di bawah Seksyen 61 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992.

"Manakala dua remaja yang ditahan kerana minum minuman keras akan disiasat di bawah Seksyen 78 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992,” katanya.

Dalam pada itu, tambahnya, terdapat dua individu yang cuba meloloskan diri dengan melarikan diri melalui tingkap, namun berjaya ditahan.

PENJELASAN GUAN ENG - KERETA MILIK KERAJAAN NEGERI BUKAN MILIK PERIBADI

IMG-20131231-WA025


Kereta milik Kerajaan Negeri, bukan saya punya – Guan Eng


GEORGE TOWN, 2 JAN – Cemuhan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung pembelian kereta Mercedes baru berpunca daripada kurang faham isu sebenar.

Penjelasan Guan Eng kepada Roketkini sedikit sebanyak memberikan sedikit rasa lega dan memperlihatkan ketelusan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Dalam temu ramah eksklusif bersama beliau yang juga Setiausaha Agung DAP, Guan Eng memberitahu bahawa jelas sekali kereta tersebut bukanlah miliknya tetapi milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Menyifatkan penggunaan kereta tersebut sebagai sekadar sementara, beliau menambah bahawa kereta tersebut juga tidak akan dibeli sebagai faedah tambahan dengan harga diskaun apabila beliau tidak lagi menjadi Ketua Menteri.

“(Barisan) EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang membuat keputusan sebulat suara untuk membeli Mercedes Benz S300L tersebut atas dua sebab, pertamanya kerana nilai untuk wang memandangkan ia dibeli dengan harga RM298 ribu berbanding harga asal RM676 ribu,”

“Kedua ialah kos penyelenggaraan jangka panjang. Anda pasti terkejut dengan perbandingan kos penyelenggaraan untuk kereta Perdana adalah lebih tinggi berbanding kereta Mercedes dalam jangka panjang,” ujar beliau.

Menurut beliau lagi, penjual kereta tersebut juga turut mematuhi kesemua syarat, termasuklah jaminan untuk mengambil semula kereta tersebut dengan kos ditanggung oleh mereka sendiri sekiranya pengecualian cukai tidak diberikan.

“Di bawah peraturan semasa, anda perlu membeli kereta tersebut terlebih dahulu kemudian baru lah memohon untuk dikecualikan cukai. Jika pengecualian tidak diberikan, maka mesti bayar cukai kepada kerajaan dan ambil kereta tersebut sebagai milikan sendiri,” jelas beliau.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan turut prihatin dengan kerisauan penyokong akar umbi yang sentiasa mahu pimpinan Pakatan Rakyat dilihat bersih dari sebarang cacat cela.

“Kereta ini bukan milik saya, ia milik Kerajaan Negeri,” kata beliau.

“Pastilah para penyokong mahu kita menjadi ‘lebih putih dari putih’ dan saya memahami perkara itu. Namun barisan EXCO berpendapat bahawa Kerajaan Negeri tidak wajar menolak tawaran sedemikian dengan pengecualian cukai penuh beserta diskaun yang tidak pernah diberikan sebelum ini kepada mana-mana negeri,” tambah beliau lagi sambil menambah bahawa beliau harus berpegang kepada keputusan sebulat suara barisan EXCO.

Sekitar Julai 2008, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said mempertahankan pembelian 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi anggota EXCO dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Beliau dilaporkan berkata bahawa keputusan pembelian kenderaan berjumlah RM3.43juta itu dibuat berikutan kos penyelenggaraan Proton Perdana V6 Executive yang digunakan oleh EXCO dan pegawai kanan kerajaan negeri sebelum ini terlalu tinggi.

Pembelian kesemua 14 buah Mercedes tersebut adalah pada harga penuh, tanpa sebarang diskaun. – Roketkini.com


IMG-20131231-WA001

01 Januari 2014

KES KANTOI ! PDRM MOHON MAAF SELEPAS MEMUAT NAIKKAN GAMBAR PALSU DI HIMPUNAN TURUN !!!!




RALAT: KESILAPAN MEMUATNAIK GAMBAR ANGGOTA POLIS CEDERA

Kami memohon maaf di atas ketidak pekaan memuat naik sekeping gambar yang disangka sebagai anggota polis yang cedera semasa menjalankan tugas di malam ambang tahun baharu.

PDRM tidak mempunyai sebarang niat untuk mengeruhkan keadaan.

Kami juga manusia biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan namun akan sentiasa dan terus memperbaiki kelemahan yang ada.

Sekali lagi, kami mohon maaf di atas apa yang berlaku.

Terima kasih.


Selepas teruk dihentam oleh orang ramai  dalam page PDRM  dan media sosial  hari ini   , admin page FB PDRM  akhirnya mengaku sebagai kesilapan kerana muat naikkan gambar yang tiada kaitan langsung dengan anggota polis yang dikatakan cedera semasa Perhimpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) di Dataran Merdeka Malam tadi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...