17 Disember 2013

PANAS ! PENYOKONG BOLASEPAK MYANMAR LAKUKAN RUSUHAN SELEPAS TEWAS 0-1




Penyokong-penyokong tuan rumah, Myanmar telah melakukan rusuhan sejurus tamat perlawanan bola sepak antara Myanmar dan Indonesia yang berkesudahan Myanmar tewas 0-1. Mereka bertindak membakar jersi pasukan mereka dan papan iklan sukan SEA dibakar dan dimusnahkan. 


Ada juga yang bertindak membaling batu kepada polis yang mengawal rusuhan itu. Akses telefon juga dipotong dan laman Web Sukan SEA rasmi juga digodam sendiri oleh peminat yang tidak berpuas hati yang menuntut mutu pengadilan dikaji semula.

Sebelum perlawanan Myanmar telah menang dua kali dan seri sekali. mereka hanya memerlukan keputusan seri untuk layak dan ditambah pula dengan keputusan seri 0-0 antara Thailand dan Kemboja yang memudahkan mereka menjadi juara kumpulan.


Malaysia juga berada situasi seperti Myanmar yang hanya memerlukan seri untuk layak. Kita harapkan malaysia mampu menang menentang Vietnam.


Apa pendapat anda tindakan yang dilakukan oleh penyokong2 Myanmar? Adakah boleh terjadi di negara kita sekiranya Malaysia gagal layak.



Apakah nasib team Malaysia sebentar lagi........

 
SUMBER BERITA

TERPANAS ! SUKAN SEA: WARTAWAN SUKAN BERITA HARIAN DISERANG PENGURUS TAKRAW KERANA FITNAH...!!!




TAKRAW: Pengurus mengamuk!

Nay Pyi Taw: Skuad sepak takraw terus mencetus kontroversi apabila pengurusnya cuba menyerang wartawan di Stadium Tertutup Wunna Theikdi semalam.

Penolong Pengarang Sukan Berita Harian Hussain Said cuba diserang pengurus pasukan sepak takraw negara Zamry Fareed Moh Norden ketika cuba mendapatkan komen ketua jurulatih Jamaluddin Hassan.

Insiden itu berlaku dalam bilik atlet ketika Jamaluddin dan Zamry, yang juga Presiden Persatuan Sepaktakraw Negeri Sembilan (PESTANS) makan tengah hari bersama.

Zamry cuba menumbuk Hussain kerana tidak puas hati dengan laporannya beberapa hari lalu dan menjerit dengan perkataan “fitnah“ namun dileraikan jurulatih Nordin Sabaruddin.

Beberapa minit kemudian, Zamry cuba sekali lagi menyerang di salah satu pintu masuk ke gelanggang pertandingan ketika Hussain bersama Nordin.

SAM Kesal Insiden Pengurus Pasukan Malaysia Kasari Media

NAYPYITAW: Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) melahirkan rasa kecewa dan kesal dengan tindakan seorang pengurus pasukan kontinjen negara yang bertindak kasar terhadap wartawan sukan Malaysia yang membuat liputan Sukan SEA ke-27 di Myanmar.


Sambil menyifatkan perkara itu tidak sepatutnya terjadi, Presiden SAM AhmadKhawari Isa berkata pegawai terbabit perlu bersikap profesional dan memahami tugas media.

"Jika benar insiden ini berlaku, sebagai Presiden SAM, saya kesal. Kita (SAM) memandang serius perkara ini kerana belum pernah insiden pegawai kontinjen Malaysia sendiri bersikap kasar terhadap wartawan tempatan yang membuat liputan temasya seperti ini.

"Beliau (pegawai terbabit) ada tugas lain yang lebih penting di sini (Myanmar) dan pada masa sama, beliau perlu menghormati tugas media," katanya pada Isnin.

Khawari berkata, beliau akan mendapatkan penjelasan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berhubung insiden berkenaan.

Insiden tersebut berlaku di bilik rehat pasukan sepak takraw negara sejurus selepas Malaysia tewas kepada Thailand pada perlawanan akhir acara antara regu lelaki.

Ketika sekumpulan wartawan mahu mendapatkan komen jurulatih, Jamaluddin Hassan, pengurus pasukan sukan berkenaan cuba menyerang seorang wartawan media cetak kerana beliau mendakwa berita yang ditulis berunsurkan fitnah.

Pegawai terbabit dikatakan cuba menyerang dua kali terhadap wartawan tersebut namun dileraikan oleh seorang jurulatih pasukan berkenaan. - BERNAMA

PANAS ! WALL NAJIB DIKECAM KERANA KES " BARANG NAIK ".......


Harga Barang Naik: Najib Razak hari ini dikecam  hebat di facebooknya

 

 Kesabaran rakyat malaysia semakin menipis bila kerajaan yang di terajui oleh seorang perdana menteri dari umno telah menaikkan satu demi satu harga barangan keperluan asas rakyat malaysia. ini dapat di lihat di facebook milik najib razak apabila hampir 99% posting yang di lakukan oleh rakyat malaysia di pages miliknya, dengan jelas telah mengecam malahan menghentam teruk akan perdana menteri kesayangan rakyat ini.

desas desus dari maklumat
Ajensi, ada juga yang mengatakan, bahawa tahun ini adalah tahun terakhir beliau sebagai perdana menteri, rakyat mempertikai setiap kata-kata dan ucapan dari menteri-menteri BN kerana jawapan yang di berikan oleh mereka sangat-sangat tidak memuaskan, jika di nilai dari prestasi KPI menteri kerajaan BN ini, rakyat memberikan KPI G [Gagal] kepada mereka.

 

 berikut adalah jawapan menteri apabila setiap barangan di naikkan harga selepas 5 mei lalu.

a - "jika petrol naik, jalan kaki jangan bawa kereta".

b - "jika tepung naik, jangan makan tepung, makan ubi".
c - "jika tambang bas naik, hantar anak sendiri ke sekolah".
d - "jika letrik naik, pakai lilin untuk elak renjatan letrik".
e - "jika tol naik, sila guna jalan biasa tiada tol".
f - "gula naik untuk elak obesiti dan rangsangan seks".
g - "jika tidak buat gst, malaysia akan bangkrup"


l - "harga rumah naik jangan beli rumah, sewa saja".
m - "gas memasak naik jangan guna gas, guna kayu api".
n - "beras naik tidak akan membebankan rakyat".
o - "harga kereta naik tidak bebankan rakyat".
p - "tak bayar ptptn, sila duduk luar negara".
q - "sayur naik tanam sayur sendiri di belakang rumah" [jika rumah flat]?
r - "daging naik harga jangan makan daging"
s - "tambang teksi naik jangan naik teksi naik beca". - Ajensi Berita Fakap

"malaysia bakal jadi lagenda kerana mempunyai menteri-menteri bodoh sepanjang zaman"

HOT ! MACAI & PENYOKONG KERAJAAN BN DAH MULA MENGAMUK...LIHAT BUKTI TERSEBAR DI MEDIA SOSIAL...KAH..KAH..

Kelab anti Dap dan jadi Kelab Maki BN
 
 Manifesto Barisan Nasional. Tak tahu lah kalau pemimpin BN sendiri lupa atau suruh konsultan yang buat manifesto ni kan. Janji Ditepati kononnya 
 

16 Disember 2013

TERPANAS ! AKSI TERLAMPAU SEORANG ANGGOTA POLIS KANTOI..APABILA PERBUATAN BELIAU DIRAKAM DAN TRENDING DI FB



Anggota polis itu dilihat menampar salah seorang lelaki terbabit.

 Video Klip Anggota Polis Kasari Warga Asing Tersebar Di FB

VIDEO  KEJADIANYANG DIRAKAMKAN BOLEH DILIHAT DISINI

GEORGE TOWN: Sebuah klip video menunjukkan seorang polis bertindak mengasari dua lelaki di tepi jalan, tersebar di laman sosial Facebook.
Dalam klip video itu, anggota polis itu dilihat menjerit dan menampar salah seorang daripada mereka.

Dia kemudiannya meminta dokumen peribadi daripada kedua-dua lelaki terbabit yang dipercayai warga asing. Ketika dihubungi, Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata anggota polis itu  bertugas di balai polis Bayan Baru sebelum dia dipindahkan dengan serta-merta ke pusat operasi di ibu pejabat polis daerah Balik Pulau.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata langkah itu diambil sementara menunggu siasatan yang dijalankan oleh Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM).  "Anggota polis berkenaan sudah ditukarkan serta-merta," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abdul Rahim turut menegaskan PDRM tidak berkompromi dengan pegawai dan anggotanya yang melakukan kesalahan sehingga mencemarkan nama dan imej PDRM.

"Arahan telah dikeluarkan kepada semua ketua jabatan, ketua polis daerah dan ketua formasi untuk memastikan semua pegawai dan anggota di bawah seliaan mereka melaksanakan tugas mengikut undang-undang.

"Jangan sesekali bertindak di luar batasan serta melakukan perkara yang mencemarkan imej pasukan," tegasnya.

Kenyataan Abdul Rahim itu adalah susulan penyebaran rakaman video menerusi laman sosial sejak Jumaat lalu yang memaparkan perbuatan seorang anggota polis menampar seorang individu dipercayai warga asing, kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri.

 
Kejadian dipercayai berlaku di depan sebuah klinik swasta di Bayan Baru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...