23 September 2013

PANAS ! CALON KETUA BAHAGIAN TITIWANGSA DICEKIK DAN DITENDANG KETIKA MENGHANTAR BORANG PENCALONAN


BUDAYA SAMSENG MEMILIH PEMIMPIN UMNO SUDAH BERMULA !!!!


Apakah budaya samseng yang sering dikaitkan dengan UMNO apabila berdepan dengan pihak lawan kini bakal diguna pakai untuk nberhadapan dengan rakan sendiri dalam pemilihan parti?

SHAH ALAM - Seorang calon Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini mendedahkan kisah sebenar berhubung dakwaan beliau dipukul seorang lelaki ketika menghantar borang pencalonan di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Mohd Ariff Abdul Aziz, 57, yang merupakan calon ke-24 MT itu berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 2 petang ketika beliau berjalan kaki menuju ke PWTC untuk menghantar borang pencalonan Ketua Bahagian Titiwangsa.
Menurutnya, borang pencalonan MT berjaya diserahkan pada sebelah pagi, manakala borang ketua bahagian mahu diserahkan di sebelah petang.

"Saya dicekik, ditendang dan pukul di dada, ketika itu saya sedang berjalan dari Wisma Perkim menuju ke Dewan Tun Razak, PWTC untuk hantar borang calon Ketua Bahagian Titiwangsa.

"Lelaki tersebut mengugut saya supaya tidak bertanding di kawasan tersebut bagi memastikan calon di kawasan itu menang tanpa bertanding. Keadaan ini berlaku di hadapan ramai ahli Umno yang ingin menghantar borang," katanya kepada Sinar Harian.

Ketua Umno Cawangan Kompleks Pejabat Jalan Gurney itu berkata, selepas kejadian itu beliau terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Selepas membuat laporan dan mendapatkan rawatan, saya kembali untuk meneruskan hasrat menghantar borang tetapi dihalang oleh empat orang," katanya.

PANAS ! HARGA GULA BAKAL DINAIKAN....FAKTA PENINGKATAN DIABETES JADI ALASAN?


Tahun 2011 2.6 juta hidap diabetes, 2013 2.6 juta hidap diabetes.. Menteri kata penghidap diabetes meningkat?


Dulu bila Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak hendak menaikkan harga gula pada tahun 2012 beliau juga menggunakan alasan ini..

Kononnya subsidi harga gula terpaksa dikurangkan dan mengakibatkannya naik 20 sen ialah untuk kebaikkan rakyat.

Dimana menurut Najib, dengan peningkatan harga komoditi itu rakyat Malaysia akan mengurangkan penggunaan gula dalam makanan dan juga minuman mereka..

Lantas ini akan mengurangkan risiko mendapat penyakit diabetes serta dalam masa yang sama mengurangkan jumlah pesakit tersebut..

Setelah Najib mengumumkan langkah menaikkan harga gula itu maka keluarlah satu statistik dari Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) yang menunjukkan kira-kira 2.6 juta penduduk Malaysia menghidap diabetes tahun 2011.

Selepas merasmikan Persidangan Diabetes Kebangsaan 2012 Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, berkata "Perangkaan daripada NHMS menunjukkan pesakit diabetes di Malaysia meningkat 31 peratus dalam lima tahun berbanding peningkatan 11.6 peratus pada 2006 bagi setiap orang dewasa Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas,"

Katanya lagi, antara faktor yang menyumbang peningkatan jumlah penghidap diabetes dalam kalangan penduduk Malaysia termasuk berat badan berlebihan, genetik, gaya hidup dan diet tidak sihat, meminum alkohol, merokok dan tidak menjalani pemeriksaan perubatan secara tetap.

Kini alasan yang sama untuk menaikkan harga gula diulang oleh seorang Menteri dan fakta tentang jumlah pesakit diabetes juga diulang kembali..

Kalau ikut statistik Menteri ni.. kadar pesakit diabetes dinegara ini langsung tak meningkat, sebabnya kajian pada tahun 2011 menunjukkan 2.6 juta menghidap diabetes..

Pada tahun 2013 angka yang sama juga digunakan oleh Menteri ini iaitu 2.6 juta orang juga... jadi mana peningkatannya?

Menteri cadang naik harga gula elak diabetes

SEGAMAT - Kerajaan hari ini disaran mengurangkan subsidi harga gula secara berperingkat sebagai langkah menggalakkan rakyat mengurangkan penggunaan bahan itu dalam makanan dan minuman sekaligus mengurangkan penghidap diabetes.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata: "Setakat ini bilangan penghidap diabetes di negara ini telah meningkat kepada 2.6 juta orang atau 15 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.

"Ini semua berlaku kerana rakyat kita tidak mengawal penggunaan gula dalam makanan dan minuman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen kesedaran diabetes dan gaya hidup sihat Parlimen Segamat di Dewan Orang Ramai Pekan Buloh Kasap di sini.

Menurutnya penyakit kencing manis (diabetes) menjadi masalah besar kepada negara kerana mereka yang menghidap penyakit itu akan berisiko mengidap penyakit lain seperti masalah penglihatan dan penyakit buah pinggang.

Setakat ini katanya, dilaporkan terdapat seramai 16,000 orang pesakit buah pinggang dalam senarai menunggu untuk mendapatkan pemindahan organ itu daripada penderma yang purata hanya terdapat seramai 40 hingga 50 orang setahun.

Beliau turut mencadangkan agar pekedai makanan dan minuman tidak mencampurkan gula dalam minuman yang dipesan pelanggan sebaliknya meletakkan gula dalam bekas berasingan supaya pelanggan boleh membuat pilihan sama ada menggunakan gula atau sebaliknya dalam minuman. - Bernama




Sudah-sudahlah nak perbodohkan rakyat tu.. sedarlah bukan semua rakyat bodoh macam macai UMNO tu.....

Cakaplah terus terang.. Kerajaan terpaksa naikkan harga gula pula sebab menaikkan harga minyak hanya memberikan kesan yang kecil dalam mengurangkan
defisit negara...


22 September 2013

Woi Negeri Kami Aman Makmur, sapa buat leceh... dok buat bom pulak neh?


Polis Kedah Tahan Sembilan Lelaki, Rampas 10 Bom Buatan Sendiri


ALOR SETAR: Polis Kedah menahan sembilan lelaki dan merampas 10 butir bom buatan sendiri dengan tujuh daripadanya belum siap sepenuhnya dalam serbuan di dua lokasi berbeza di Sungai Petani, Jumaat.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata dalam operasi bermula 11.30 pagi dan berakhir 2.30 petang itu, tujuh daripada sembilan suspek berumur 14 hingga 49 tahun itu ditahan di sebuah bengkel perusahaan kecil dan sederhana manakala dua lagi di sebuah rumah.

Katanya dalam serbuan itu anggotanya merampas tiga bom telah siap dan tujuh bom lagi dalam proses pembikinan selain pelbagai peralatan seperti belerang, paip PVC dan besi.

Beliau berkata polis sedang meneliti sama ada suspek yang ditahan itu terlibat dalam dua kes berkaitan senjata api di daerah Kota Setar dan kes letupan bom yang mengakibatkan kematian seorang wanita tahun lepas di Sungai Petani atau jenayah di negeri lain.

"Bom ini mampu melambungkan sebuah kereta setinggi dua atau tiga tingkat bangunan kalau meletup. Suspek berusia 14 tahun mungkin tidak bersekolah dan kita sedang siasat motif dia terlibat dalam kumpulan itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini Sabtu.

Ahmad berkata suspek yang berasal dari negeri ini dan Lembah Klang itu direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan serta motif mereka membuat 10 bom terbabit.

Beliau berkata suspek ditahan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat).

Sementara itu, Ahmad berkata menerusi Ops Cantas Khas, polis akan menjalankan pemeriksaan secara teliti terhadap orang ramai yang keluar masuk dari negara ini ke negara jiran terutama hari minggu.

Katanya bermula semalam dalam tempoh dua minggu ini, Polis Kedah telah menambah anggota untuk melakukan pemeriksaan berhampiran pintu sempadan Bukit Kayu Hitam bagi menahan sesiapa yang terlibat dalam jenayah.

Beliau berkata setakat ini 40 orang ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk mereka yang terlibat dalam pertubuhan haram, dan masih disiasat untuk dituduh mengikut undang-undang yang ada. - BERNAMA

KES KANTOI ! Akhirnya Utusan Mohon Maaf Kerana FITNAH.....

Utusan Malaysia tarik balik rencana fitnah Husam

Akhbar milik Umno Utusan Malaysia melalui edisi Mingguan Malaysia hari ini menarik balik laporan yang memfitnah Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang disiarkannya menjelang muktamar parti Islam itu pada tahun 2009.

Penarikan balik itu dibuat melalui penyataan yang disiarkan pada muka surat 9 Mingguan Malaysia hari ini.

Dalam penarikan balik ini, Utusan menyatakan:


"Pada 31.5.2009 satu rencana bertajuk "Menilai Hujah Husam" telah disiarkan di ruangan rencana akhbar ini. Kami dengan ini menarik balik perkataan-perkataan yang diadukan dalam rencana tersebut dan dengan ini menyatakan rasa kesal kami dengan penyiarannya – Pengarang.”

Tindakan ini merupakan pelaksanaan kepada keputusan yang dicapai dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 September lalu.

Melalui penyataan bersama dalam Mahkamah itu, Utusan bersetuju untuk menyiarkan penarikan balik itu dalam keluarannya hari ini dan bersetuju membayar kos sebanyak RM40,000 kepada Husam.

Menjelang muktamar PAS 2009, iaitu pada 31 Mei 2009, Mingguan Malaysia menyiarkan satu tulisan bertajuk Menilai Hujah Husam ditulis Zulkeflee yang mengandungi penyataan fitnah terhadap Husam.

Antaranya, akhbar milik Umno itu menyiarkan tulisan:

"Ahli-ahli PAS tidak boleh membenarkan kehadiran mana-mana pemimpin yang dilihat suatu hari kelak boleh menjadi 'makhluk perosak' atau melakukan 'kerja-kerja bodoh' dalam parti itu.

"Mereka tidak boleh menyiarkan ada pemimpin daripada golongan profesional merelakan diri mereka diperalatkan oleh orang luar bagi meruntuhkan kepimpinan ulama dalam PAS."

"Kalaulah puak-puak Erdogan dipilih, ahli-ahli PAS harus bersedia melihat kedudukan ulama dalam parti itu berada dalam keadaan bahaya. Ini kerana agenda golongan profesional daripada puak Erdogan untuk menguasai PAS tidak akan berakhir di situ.

“Mereka akan melakukan perancangan yang lebih teliti untuk memastikan agenda pihak tertentu di luar PAS bagi menguasai parti berkenaan tercapai. Oleh itu mereka perlu menghapuskan sebarang golongan yang boleh bertindak sebagai musuh dalam selimut kepada PAS.”

FELDA MULA MEMBELI ASET MEWAH - KINI JADI PEMAIN KORPORAT BERMIMPI BESAR

Beli apartmen mewah London dengan duit Felda



LEBIH kerap dari tidak, kematian dalam Umno tidak membawa makna kepada sesetengah orang. Ambil sahaja Isa Samad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Setelah dikenakan tindakan disiplin kerana ‘politik wang’, istilah suam kuku Umno bagi amalan merasuah perwakilan di perhimpunan agung bagi memilih jawatankuasa tertinggi parti, Isa kembali mencuri perhatian media.

Selanjutnya, apa juga kesalahan dalam Umno tidak kira sebesar mana sekalipun, tidak akan memadamkan peluang seseorang untuk kembali hidup dan mencapai kedudukan dalam parti dan seterusnya dalam kerajaan.

Justeru kenyataan klasik bekas Presidennya, ‘Melayu mudah lupa’ cukup relevan untuk ahli serta pemimpin Umno. Hal seperti ini mengingatkan kita kepada kenyataan seorang penulis politik veteran ketika menyindir orang Umno dalam buku-buku tulisan beliau betapa orang Melayu (dibaca orang Umno) mempunyai ingatan singkat atau ‘short memory’.

Tahun 2009 membuktikan hal ini apabila Isa yang dikenakan tindakan penggantungan keahlian selama tiga tahun (24 Jun 2005 hingga 23 Jun 2008) dipanggil untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Bagan Pinang, Negeri Sembilan.


Walaupun pencalonan beliau mendapat kritikan dari sesetengah pemimpin Umno sendiri, Najib mempunyai sebab tersendiri yang hanya diketahui oleh dirinya dalam memilih Isa sebagai calon walaupun tindakan penggantungan bagi seseorang yang telah menjadi Menteri Besar selama 22 tahun (April 1982 hingga Mac 2004) mencerminkan keseriusan kesalahan yang dilakukan sekaligus tidak lagi layak untuk diletakkan kepercayaan untuk menjawat sesuatu jawatan awam.Kemenangan Isa di Bagan Pinang menyuntikkan nyawa baru dalam hayat politik beliau. Walaupun Najib berhati-hati tidak meletakkan Isa kembali ke kerusi Menteri Besar Negeri Sembilan, namun Perdana Menteri memeranjatkan semua apabila melantik Isa selaku Pengerusi Felda.

Maka setelah dihidupkan semula dari kematian politik apabila terpilih dan muncul sebagai seorang Adun, perlantikannya selaku Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, satu-satunya skim pra-Merdeka (Felda ditubuhkan pada 1956) bagi menangani penempatan semula penduduk miskin luar bandar ke kawasan-kawasan baru dibangunkan bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka dengan tumpuan khas diberikan untuk tanaman kontan.

Begitulah sejarahnya. Namun, sementara umum tidak begitu pasti apakah ekonomi di peringkat rakyat yang bernaung di bawah Felda telah meningkat berkali ganda, atau sebaliknya beranjak secara marginal, namun apa yang pasti, badan yang diamanahkan untuk menghapuskan kemiskinan mereka kini sudah menjadi pemain besar dalam dunia korporat.

Benar sebelum ini Felda membuat pelaburan di sana sini dalam bidang bersabit aktiviti terasnya. Tapi sejak Isa mengambil alih tampuk kuasa pengurusan tertingginya, Felda seolah-olah muncul sebagai sebuah lagi penyerang korporat Malaysia dengan mimpi besar.

Tidak lama dulu, dengan dilatarbelakangi pelbagai bantahan dan dari pelbagai pihak, Isa meneruskan keputusannya mengapungkan saham Felda menerusi penubuhan Felda Global Ventures Holdings.
Kini, Isa meneruskan pencapaian mimpi beliau sebagai ‘corporate raider’ apabila beberapa hari lalu Felda memeterai pembelian Grand Plaza Serviced Apartments di kawasan Bayswater, London. Menurut laporan sebuah akhbar bisnes tempatan, bangunan plaza mengandungi 198 unit apartment itu dibeli oleh Felda pada harga STG98 juta (RM499.8 juta).

Banyak pemerhati menganggap pembelian hartanah di ibu negara United Kingdom ini adalah sebahagian daripada aktiviti membeli belah yang dilakukan oleh Felda di bawah Isa. Bulan lalu Felda menguasai saham Idris Corp Bhd pada kos RM110 juta. Dan sebelum itu, Felda juga telah membeli Grand Borneo Hotel di Kota Kinabalu.


Kurang pasti bagaimana pelaburan ala-korporat ini akan memberikan pulangan setimpal ke atas modal Felda yang telah dikeluarkan dan bagaimana pula ia akhirnya dapat memenuhi aspirasi asal badan tersebut bagi menaikkan taraf ekonomi golongan miskin yang disasarkan menerusi skim ini.

Namun lebih kepada perwatakan seorang ahli politik berbanding penyerang korporat tulen, sudah tentu Isa mempunyai jawapan kepada setiap soalan yang bakal dikemukakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...