01 Februari 2013

Panas ! Komplot polis dan HKL untuk tutup pembunuhan Sugumar terbongkar...

Komplot polis dan HKL untuk tutup pembunuhan Sugumar – Surendran

 Dolak-dalik polis dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) berhubung tuntutan bedah siasat kedua C Sugumar dipercayai untuk mengelak keganasan polis ke atas mendiang terbongkar.

Kelewatan polis mengeluarkan kebenaran bertulis kepada hospital tersebut untuk bedah siasat kedua mangsa turut dikecam.



Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, polis sengaja melengahkan bedah siasat supaya kes yang didakwa sebagai pembunuhan itu tidak diketahui umum.

“Peguam mendiang Sugumar, Eric Paulsen hari ini memaklumkan bahawa HKL tidak akan membuat bedah siasat kedua selagi polis belum mengeluarkan kebenaran bertulis.

“Polis dan HKL juga dianggap berkomplot kerana gagal memberikan jawapan memuaskan kepada kita,” katanya kepada Keadilan Daily.

“Bila tanya polis, mereka suruh kita tanya HKL begitulah sebaliknya. Sikap seperti ini memang dangkal dan memualkan!” katanya.

Beliau menambah, kelembapan polis mengeluarkan surat kebenaran kerana mahu menyembunyikan fakta sebenar pembunuhan Sugumar.

“Polis takut jika bedah siasat kedua dibuat, kezaliman polis yang menyebabkan kematian Sugumar akan diketahui orang ramai.

“Kita desak polis segera bantu siasatan untuk HKL buat bedah siasat kedua. Jangan sembunyikan kebenaran!” tegasnya.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Hamzah berkata, tiada halangan bedah siasat kedua dijalankan seperti diminta keluarga mangsa asalkan kos pembedahan itu ditanggung sendiri.


Polis serah pada keluarga Sugumaran bedah siasat kali kedua

Polis berkata siasatan yang dilakukan selama ini adalah telus serta berlaku adil kepada semua pihak termasuk mengambil keterangan terhadap lebih 100 individu.

SHAH ALAM, 31 Jan – Polis menyerahkan kepada keluarga mendiang C. Sugumaran untuk menjalankan bedah siasat kali kedua terhadap mayatnya, kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Beliau berkata polis tidak menghalang tindakan itu tetapi tidak mencampuri urusan berkenaan memandangkan keputusan bedah siasat telah dilakukan dan mendapati Sugumaran mati disebabkan saluran jantung tersumbat dan bukan disebabkan kekerasan polis.

“Bedah siasat yang dilakukan oleh Hospital Serdang pada minggu lepas adalah mengikut prosedur yang ditetapkan dan polis menerima hasil bedah siasat berkenaan, namun tidak menghalang keluarga mangsa untuk bedah siasat kali kedua,” katanya dalam sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontingen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Tun Hisan berkata demikian ketika mengulas mengenai memorandum permohonan siasatan lanjut dan menyeluruh berhubung kematian Sugumaran sewaktu dalam tahanan polis yang diserahkan Ketua Pemuda MIC, T.Mohan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata siasatan polis yang dilakukan selama ini adalah telus serta berlaku adil kepada semua pihak termasuk mengambil keterangan terhadap lebih 100 individu termasuk anggota polis, orang awam dan saksi kejadian.

Beliau perkata pihaknya juga telah menghantar kertas siasatan kepada pendakwa raya Selasa lepas mencadangkan supaya diadakan inkues di mahkamah terbuka berhubung kes itu.

31 Januari 2013

Hot ! Apa Macam YB Pelaq dan Bodoh Piang.....

Muka muka pelaq 4 sagi... @NajibRazak


Muka muka pelaq ini nak tunjukan apa sebenarnya..?

Nak BOIKOT atau nak tunjuk DURHAKA kepada SPB YDP Agung dan Insititusi Raja yang mereka kata mereka pertahankan selama ini?

Dibawah ini salah satu komen mereka yang hadhir dalam majlis itu yang mengesahkan"KEDURHAKAAN" Adun Adun dan Ahli Parlimen BN diatas....

Fikir fikirkan....



Mukriz dan Ahmad Bashah "kampit beras" pun tak ada gak?~ apa



Dah le pelaq... bodoh piang pulak, kalau hangpa menang nak angkat sumpah dengan sapa....dengan Tengku Adnan kut....baik tak payah bertanding...buat mengabiskan beras je.......

“Mengapa Polis Tembak Mati Isteri Saya?”




KLANG 31 JAN : Seorang pemandu lori mahu Polis Diraja Malaysia berterus terang dan menyiasat bagaimana isterinya, Pua Bee Chun, 22, mati dipercayai ditembak anggota mereka.

Bee Chun dipercayai mati ditembak ketika berada di dalam sebuah kereta di Jalan Bendahara, Taman Sentosa, Klang pada 18 Januari.

Menurut Foo Voon Kong, 27, isterinya dipercayai mati selepas ditembak dari belakang badannya. Kereta tersebut dipercayai ditembak sebanyak 24 kali.
Voon Kong mendakwa segala usaha untuk mendapat penjelasan daripada polis tentang bagaimana dan kenapa isterinya mati menemui jalan buntu.

Di dalam satu sidang media di sini hari ini, Voon Kong berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan isterinya pada 5 petang pada hari kejadian sebelum isterinya keluar rumah.

Katanya, beliau menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) menyuruh Bee Chun pulang untuk makan malam dan keluar ke pasar malam bersama kedua anak mereka.

“Bagaimanapun, beliau (isteri) kata tidak dapat pulang, apabila saya menghantar sms kali kedua bertanya dia dimana, isteri saya tidak membalas sms itu.

“Kira-kira jam 8.30 malam, saya menerima panggilan telefon dari rakan saya memberitahu beliau ternampak mayat isteri saya. “Apabila saya sampai ditempat kejadian, saya lihat ramai orang awam dan polis, mayat isteri saya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

“Doktor memaklumkan, isteri saya ditembak melalui belakang badannya,” katanya di dalam sidang akbar di pejabat khidmat MP Klang.

Beliau mendakwa polis tidak menjalankan tugas mereka secara profesional dengan melulu menembak isterinya. “Semua bukti seperti baju, kamera litar tertutup (CCTV) dan kereta yang dinaiki isteri saya diambil polis.

“Saya percaya isteri saya ditembak dengan 24 das tembakan berdasarkan kesan tembakan di pintu kereta dan bahagian belakang kereta,” katanya.

Voon Kong menambah, beliau difahamkan isterinya ditembak ketika di dalam sebuah kereta jenis Waja bewarna perak bersama seorang lelaki yang merupakan kawannya.

Lelaki tersebut dipercayai ditahan polis dan satu laporan polis telah dibuat oleh Voon Kong pada 19 Januari lalu di Balai Polis Klang.

Sementara itu, MP Klang, Charles Santiago berkata kes itu merupakan yang ketiga berlaku selepas kematian pengawal keselamatan C Sugumaran dan kes Amirul Rasyid yang membabitkan polis.

“Kini, semua bukti berkaitan dengan pembunuhan hilang. Jika semua bukti ini tiada bagaimana hendak bawa kes ini ke mahkamah,” katanya.

Selain itu, MP Puchong, Gobind SinghDeo mahu polis menjalankan siasatan yang adil dan Perdana Menteri perlu campur tangan dalam kes itu.

“Polis tidak boleh menghukum mangsa dengan terus menembaknya, kini polis sudah tidak memberi perlindungan kepada rakyat.” ~ Selangorku

Polis tembak mati kekasih seorang penjenayah6

BERITA KEJADIAN BOLEH BACA SINI

TERKINI ! PATI BURMA ROHINGYA SAMPAI LAGI.....

Welcome to Malaysia
Langkawi mengalukan Kedatangan siapa saja....?

Seramai 141 orang Etnik Rohingya mendarat di Pantai Kastam jalan Tg. Rhu,  Langkawi  sebentar tadi,pagi 31.Jan 2013


lagi maklumat yang mengemparkan akan keluar......



Rohingya  meninggalkan Kem sebelum serbuan

Pihak berkuasa menyerbu sebuah kem di ladang getah di daerah Songkhla Hat Yai di mana kira-kira 200 pendatang haram Royingya dilaporkan bersembunyi pada pagi Khamis, tetapi mendapati ia telah terbengkalai sejurus sebelum mereka tiba, laporan berkata.

Kem itu terletak di kebun getah berhampiran Ban Chalung di tambon Chalung daerah Hat Yai.

Adalah dipercayai Rohingya telah berpindah keluar dari kem oleh penyeludup (tekong Darat ) hanya beberapa jam sebelum serbuan.

Operasi  telah diketuai oleh Ketua daerah Hat Yai Seri Panichkul, Pol Maj Itthipol Promduang, pengarah Jabatan pusat (DSI) Penyiasatan Khas itu operasi bagi wilayah sempadan selatan, dan Pol Lt-Kol Piyavich Kraipanuch, setiausaha di Institut Pusat- Sains Forensik (CIFS).

Pol Maj Itthipol berkata kem itu terletak pada  tanah semak berhampiran terusan. Terdapat empat tempat perlindungan sementara yang dibina dengan kepingan plastik, dan dapur dengan perkakas dapur, dapur gas dan beras meninggalkan di dalamnya.

Terdapat juga dua tandas sementara dan lima buaian yang digantung di sekitar perimeter kem.

Pol Maj Itthipol berkata serbuan itu dijalankan berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pendatang Rohingya lain yang telah diselamatkan dari sebuah kem berhampiran sempadan Thailand-Malaysia. Dipercayai mereka telah diseludup ke Langkawi.   

sumber bangkokpost 






Ini Berita 5 hari lepas....kini menjadi kenyataan.....Gempar !! terkini.. 7 kapal Burma kini sedang menghampiri Langkawi.. terdahulu.. Burma2 yang di angkut di Transfer ke Perak!!! orang Perak sila alert !!! inbox me jika ada info!

LAGI BERITA BERKAITAN BACA   SINI


menyusul lagi

Panas ! Tembelang UMNO Kedah Bocork..Hanya harap NGO-NGO....

KEMELUT UMNO KEDAH- NAJIB USAH BUTA DAN TULI
Oleh: Mummy Rokiah (blogger pro UMNO)

PRU 13 sudah hampir. Bila-bila masa dari sekarang Parlimen boleh dibubar. Kalau diperumpamakan pisang ianya sudah tersangat ranum dan bila-bila masa boleh diramas-ramas untuk dibuat cucor kodok.

Pengerusi BN negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dengan tegas memberi amaran pemimpin bahagian, cawangan dan Pusat Daerah Mengundi supaya berhenti mengadu domba, bercakaran dan berbalah sesama sendiri. 



Semua ini jelas membuktikan bahawa krisis dalaman bahagian-bahagian UMNO di Kedah masih berterusan, kritikal dan porak peranda. Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian, Ketua Penerangan, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri masing-masing sedang memasang angan-angan bercita-cita tinggi untuk menjadi wakil rakyat.

Mereka dibuai mabuk untuk berkuasa kerana ‘over confident’ bahawa PAS akan kalah dalam PRU13 nanti. Apa yang sedang berlaku cuba ditutup dari pegetahuan Presiden Parti DS Najib. Mereka akan berasak-asak mencium tangan DS Najib setiap kali lawatan DS Najib ke Kedah konon untuk tunjuk ‘everything is OK boss’. Tetapi semuanya ibarat bangkai gajah yang sudah tidak boleh ditudung lagi. Tudung kepala nampak kaki,tudung kaki nampak gigi.

Menurut maklumat sahih masih terdapat bahagian UMNO di Kedah di mana perbalahan di antara Ketua Bahagian dengan Timbalan Ketua, Naib Ketua, Ketua Penerangan, Ketua Wanita, Ketua Puteri begitu parah sekali ‘bagai tongkang nak pecah’. Masing-masing mengheret penyokong masing-masing ke majlis anjuran masing-masing. Masing-masing mendabik dada masing-masing konon namanya akan diumum menjadi calun dan tidak dapat tidak semua mesti sokong beliau dari sekarang.

Malah ada yang mendabik dada konon dialah yang bakal menjadi calun kerana kawan rapatnya adalah menteri kabinet yang disayangi presiden parti dan setiap majlis beliau dihurung seperti semut menghurung gula. Malah yang mengharubirukan lagi kedengaran kata-kata di belakang bahawa akan ada segelintir penyokong si anu bin si anu akan melancarkan boikot secara halus jika ketua mereka yang mereka tatang bagai ‘tokong hindu’ itu tidak disenarai sebagai calun PRU13 yang akan datang. Mereka lupa bila tongkang pecah kata Yus Jambu Maharajalawak Mega ‘apa pun tak dapat’. Ibarat peribahasa Melayu ‘Jong Pecah Yu Kenyang’.

Sinario hari ini, hakikatnya banyak aktiviti dan program yang dianjur oleh Bahagian-Bahagian UMNO di Kedah tidak mendapat sambutan langsung dan keseluruhan yang hadir hanyalah muka yang sama, kumpulan yang sama dan kelompok yang sama, bertepuk sorak syok sesama mereka sahaja.

Menurut maklumat lagi untuk mengumpul 300 orang pun susah di dalam program ceramah yang dianjur UMNO. Malah di kalangan mereka sendiri pun ada yang tidak hadir kerana boikot dan tidak sebulu dengan jawatankuasa yang menganjurkan. Hanya apabila ada aktiviti yang melibatkan Presiden parti dan Timbalan Presiden parti maka berduyun-duyunlah rakyat hadir untuk mendengar apa pula pengumuman bantuan baru yang bakal digula-gulakan.

Berbeza dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan NGO yang lebih mendapat sambutan dan ikhlas berjuang untuk agama Islam dan bangsa tanpa mengharapkan habuan. Tetapi yang menyedihkan aktiviti-aktiviti NGO ini seringkali dijauhi oleh kumpulan-kumpulan UMNO ini malah aktiviti mantan PM Tun Mahathir di Kedah pun mereka tidak hadir kerana Tun sudah tidak berkuasa lagi untuk mengumumkan gula-gula. 

Sebaiknya UMNO yang mendapat agihan peruntukkan yang banyak bagi menjalankan aktiviti harus menyokong usaha NGO-NGO ini. Mereka harus sedar segala aktiviti-aktiviti NGO yang mendedahkan kepincangan pembangkang ‘milage’ politik itu akhirnya adalah kepada parti UMNO dan memenangan untuk parti mereka juga.

Ramai yang meluahkan komen kata meraka kalau mengharapkan UMNO bergerak 'habuk pun tak ada', mereka masih tak habis-habis bertokak sesama sendiri. Sehinggakan isu kalimah Allah yang diperolok-olokkan dan dimanipulasikan oleh DAP pun mereka gagal menjadi juara untuk mempertahankannya.

Yang sebenarnya hampir 80 peratus Bahagian UMNO di Kedah tidak membuat kerja hanya gila mengejar kuasa. Jika DS Najib hanya melihat pimpinan bahagian sebagai ‘winnable candidate’ bermakna DS Najib juga buta dan tuli.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...