29 Januari 2013

Panas ! Pentempuran Dalam Umno Kian Terbongkar...



BN TAK KALAH SEMASA PRU TAPI BN AKAN KALAH MASA PAU.

Aku pernah menulis tentang prospek PRU13 dalam blog ini sebelum ini dan beberapa kali aku pernah mengatakan yang PUTRAJAYA AKAN JATUH KETANGAN PAKATAN RAKYAT SEMASA PAU DAN BUKAN PRU..

Antara sebab sebabnya adalah salah satu saperti ARTIKEL INI dan banyak lagi yang bakal disumbang bila berlaku PEMILIHAN dalam PAU2013 nanti...

Ramai pemimpin yang dah memasang angan angan untuk menduduki "persada kuasa" dalam MKT Umno dan hampir semua mereka sudah melengkapkan dengan senjata masing masing termasuk MENGUPAH PARA BLOGGERS untuk membuat KERJA KOTOR mengumpul segala macam maklumat dan skandal tentang saingan masing masing yang bakal digunakan kelak bila diperlukan.Kalau AKU blogger yang paling dibenci Umno pun ada yang sudi menyunting untuk tujuan ini apatahlagi blogger blogger yang kerja mereka pagi petang siang malam asyik MENGIPAS UMNO...pastinya lumayan.

Untuk mengetahui siapakah TUAN TANAH kepada blogger blogger ini perhatikan siapa yang selalu didendangkan mereka dalam "syair ampu" dalam tulisan mereka diblog masing masing.Hendak lebih pasti cuba serang TUAN TANAH mereka dan perhatikan blogger mana yang akan kehadapan MEMPERTAHANKAN boss mereka.Ada jugak TUAN TANAH yang disamping membela memberi makan blogger belaan mereka turut juga menyogok "blogger belaan saingan" mereka demi mengurangkan serangan yang bakal mereka terima nanti yang juga bertujuan untuk memancing bloggers ini untuk bertukar TUAN TANAH.

Jadi MEDAN merebut kuasa dan merampas Putrajaya sebenarnya akan berlaku semasaPEMILIHAN dalam PAU2013 nanti dan bukan PRU13 saperti yang diramalkan banyak pihak..

WAALLAHU'ALAM.


"Katak Katak Umno" yang bakal melompat selepas pemilihan tamat kelak
andaikata Najib Razak gagal memperolehi 2/3 dan keputusan PRU13 tidak banyak berbeza dengan PRU12 2008... ~ APA



SURAT TERBUKA UNTUK PRESIDEN UMNO-KERAKUSAN KUASA HISHAMUDDIN HUSSEIN

Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak
Ibu Pejabat UMNO Malaysia
Tingkat 38, Menara Dato’ Onn
Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur

29hb Januari 2013

Menemui Datuk Seri Presiden merangkap Perdana Menteri Malaysia.

Pertama sekali kami berdoa semoga Datuk Seri dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam lindungan Allah.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri kerana mengambil langkah yang cukup berani melawat Gaza minggu lepas. Kami amat berbangga dengan keberanian Datuk Seri.

Kami meminta maaf jika kedatangan surat ini sedikit sebanyak mengganggu Datuk Seri dan merencat perencanaan kerja untuk pilihan raya 13.

Kami tidak berniat untuk mengganggu tugas Datuk Seri atau cubaan untuk mensabotaj parti. Matlamat kami untuk memastikan parti dapat menghadapi pilihan raya dalam keadaan tidak ada musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan.

Kami sebenarnya sudah beberapa kali cuba untuk berjumpa Datuk Seri bagi menjelaskan perkara ini tetapi penjaga-penjaga pagar Datuk Seri sering menjadi penghalang utama.

Kami tiada pilihan lain melainkan dengan cara ini sahaja yang boleh kami lakukan agar mesej yang kami hendak sampaikan sampai ke telinga Datuk Seri.

Datuk Seri, sewaktu Tun Dr Mahathir menjadi Presiden UMNO dan PM manakala Anwar Ibrahim selaku Timbalan Presiden dan TPM, Tun banyak memberi kepercayaan kepada Anwar untuk menguruskan pelbagai hal ehwal negara dan parti.

Kepercayaan yang diberikan oleh Tun telah disalah guna oleh si rakus Anwar. Beliau menggunakan kepercayaan Tun untuk membina empayarnya baik dalam parti dan kerajaan.

Jika hendak diperkatakan tentang Tun dan Anwar kisahnya sangat panjang dan semua orang mengetahuinya bagaimana rakus nya Anwar mempergunakan kepercayaan Tun M untuk dia berada di tempat tertinggi termasuklah memangku jawatan Perdana Menteri.

Kisah berkenaan kini hanya tinggal dalam lipatan sejarah setelah ia hampir memusnahkan UMNO pada tahun 1998 hasil tajamnya pandangan Tun pada kelibat Anwar Ibrahim.

Kini setelah lebih 15 tahun berlalu Anwar Ibrahim kedua dikesan wujud kembali di dalam UMNO di bawah pentadbiran Najib dengan modul dan sukatan pelajaran politik yang sama dilakukan Anwar dalam UMNO satu ketika dulu.

Datuk Seri mungkin terlepas pandang gerakan demi gerakan yang sedang berlaku ketika ini. Dalam masa Datuk Seri sedang berusaha untuk menang 2/3 majoriti dalam PRU13,ada pula pihak sedang mengambil kesempatan untuk menyusun gerakan bagi memperkukuhkan kedudukan dalam politik terutama sekali pada pemilihan parti yang akan berlangsung nanti.

Datuk Seri sedang dikelilingi oleh parasit-parasit parti.Datuk Seri sedang dibuai dengan nyanyian yang enak di telinga Datuk Seri oleh pencacai-pencacai terutama sekali sepupu Datuk Seri,Hishamuddin yang sedang memasang badan untuk ke peringkat tertinggi dalam parti dan sepupu Datuk Seri ini menjadi semakin angkuh kerana sepupunya adalah Perdana Menteri.

Sedar atau tidak oleh Datuk Seri sekarang bahawa sepupu Datuk Seri sedang membina empayarnya di dalam UMNO untuk kepentingan politik dirinya ? Kepura-puraan beliau di depan Datuk Seri hanyalah umpan untuk menyedapkan mata dan telinga Datuk Seri. Datuk Seri ada pengalaman mengenal budaya ampu dan bodek ini tatkala Datuk Seri hampir-hampir tewas di Pekan,Pahang pada PRU11 lalu.

Sebagai mahu memenuhi tembolok politik peribadinya,Hishamuddin sanggup melakukan apa sahaja termasuklah menabur fitnah terhadap saingannya,menghantar SMS kepada seluruh rangkaiannya,menggunakan KDN untuk menutup segala kebejatan moralnya dan apa yang didedahkan oleh mantan Ketua Polis Negara,Musa Hassan sampai sekarang tidak disanggah dengan bukti dan beliau hanya menafikannya semata-mata.Ini jugalah stail Anwar masa dalam kerajaan satu ketika dulu.

Hishamuddin umpama biawak hidup yang terpaksa Datuk Seri usung dan pikul.Beliau terlalu banyak mengguna serta memperalatkan nama Datuk Seri terutama sekali dalam soal pemilihan calon bagi mengisi kerusi Parlimen dan DUN untuk PRU13, kononnya Dato Seri memberikan beliau mandat untuk menapis serta mengenal pasti calon-calon dan Hishamuddin terlalu banyak berjanji dengan setiap pemimpin UMNO atau ahli UMNO yang beliau temui.

Sikap hipokrit Hishamuddin ini cukup tebal Datuk Seri,di depan Datuk Seri lain cakapnya dan di belakang Datuk Seri lain pula tindakannya dan senario ini sama beliau lakukan di depan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain.

Datuk Seri,beliau juga sedang ligat memasang orang-orang tertentu untuk bertanding dalam pemilihan parti dengan alasan kononnya Datuk Seri yang minta mereka ini menentang calon sedia ada.Begitu jugalah dengan menawarkan orang-orang tertentu untuk menjadi calon kerana Datuk Seri yang minta.

Tidak cukup beliau mengatur pertandingan UMNO di peringkat Bahagian,sepupu Dato Seri ini juga sudah pun menyusun orang-orang tertentu di dalam sayap-sayap parti untuk bertanding merebut jawatan sehingga diberitahu apa sahaja keputusan mesyuarat sayap-sayap parti perlu disampaikan kepadanya.

Kesan daripada menggunakan nama Datuk Seri ini,kita yakin dan amat percaya kalau gerakan sepupu Datuk Seri ini tidak dibendung ataupun diambil tindakan oleh Datuk Seri boleh mewujudkan budaya sabotaj ataupun lompat parti.

Surat ini untuk peringkat ini tidak mahu menyebut atau mendedahkan lagi bagaimana sepupu Datuk Seri ini mengumpul kekayaan terutama sekali di negeri Johor hingga mampu membeli sebuah rumah mewah di kawasan elit di Kota London baru-baru ini, tetapi surat ini lebih kepada mahu memberitahu sikap sebenar Hishamuddin yang selama ini setiap saat dan ketika memperdagangkan nama Datuk Seri.

Datuk Seri sedar atau tidak,helikopter dan kenderaan siapa yang digunakan oleh sepupu Datuk Seri untuk sebarang program parti ataupun peribadi beliau? Datuk Seri sedar atau tidak bagaimana akrabnya sepupu Datuk Seri ini dengan tokoh korporat Cina di Johor bernama Lim Kang Hoo itu ? Pernah Datuk Seri tanya sepupu Datuk Seri hubungan sebenar mereka berdua hingga Lim Kang Hoo begitu bermaharajalela di Johor?

Kenapa begitu hina sekali anak seorang pejuang UMNO sanggup bersekongkol dengan seorang tauke cina untuk meranapkan harta-harta anak bangsa sendiri di bumi Johor ?

Datuk Seri kami sedar apa yang kami lakukan ini ibarat menepuk air di dulang terpercik muka sendiri. Namun apakan daya kami kerana kami tiada jalan lain untuk menyampaikan mesej kepada Datuk Seri.

Sedar atau tidak oleh Datuk Seri sekarang ketika kita sedang sibuk untuk memantapkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya, Hishamuddin pula sibuk memantapkan rangkaiannya untuk menghadapi pemilihan UMNO ?

Beliau sedang sibuk mencatur orang sana-sini untuk berlawan orang itu ini kononnya itu permintaan Datuk Seri. Dalam masa yang sama juga sibuk mencaturkan orang untuk dilantik sebagai menteri, timbalan menteri dan menteri besar.

Ini adalah permulaan Surat Terbuka kepada Datuk Seri berkaitan dengan gelojohnya nafsu politik sepupu Datuk Seri ini dan akan menyusul lagi pendedahan tentang apa yang sepupu Datuk Seri lakukan ini boleh memecahbelahkan UMNO,boleh menggugat kedudukan Datuk Seri sebagai Perdana Menteri Malaysia dan mungkin juga menghalang transformasi politik yang Datuk Seri laung-laungkan selama ini.

Surat ini dibuat kerana ucapan Datuk Seri masa Perhimpunan UMNO lalu yang bertajuk Ubah Atau Rebah dan sekiranya Datuk Seri masih gagal merubah sepupu Datuk Seri ini,yakin dan percayalah Datuk Seri akan rebah bersama-sama sepupu Datuk Seri yang sedang bernafsu besar dalam politik negara ini.

Sekian dulu untuk yang pertama ini dan akan menyusul nanti beberapa pendedahan yang mengejutkan Datuk Seri tentang sepupu Datuk Seri ini.

Sekian

Warga-warga Johor

Panas !Berita Yang Disembunyikan Media utama... Datuk Dr. Afifudin Dilantik Pro Canselor KUIN



Alhamdulillah. KAMPUS KUIN KUALA KETIL SELAMAT DIRASMIKAN TUANKU SULTAN.

 Tuanku as Sultan kelihatan sangat teruja dengan perkembangan luarbiasa kampus ini. Dengan kos RM 330 juta dan tanah seluas 830 ekar adalah mercutanda pembangunan ilmu dan aqal rakyat Kedah.


Pembinaan kampus ini tanpa bantuan dari Kerajaan Persekutuan dan diejek oleh pemimpin Umno.

 DS Ustaz MB dengan perkenan Tuanku melantik Dato Dr Afifuddin mantan Menteri Kewangan sebagai Pro Canselor KUIN. Seorang susuk yang layak walaupun bekas pemimpin Umno. Beliau ialah bekas Ahli Parlimen Padang Terap. Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua.




Dewan Kuin dikenali Dewan Permaisuri Hajah Haminah

 Dewan Induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang terletak di Kuala Ketil daerah Baling  kini dikenali sebagai 'Dewan Permaisuri Hajah Haminah'.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah mengisytiharkan demikian sempena Perasmian Kampus Kuin dan Istiadat Konvokesyen Khas, pagi tadi.

Dewan yang berkapisiti 5,000 orang itu kini megah di laluan pintu masuk kampus yang berkeluasan 830 ekar yang mampu menempatkan 7,000 pelajar
.

Hadir sama dalam konvokesyen bertemakan 'Penerokaan Ke Arah Kebijaksaan' itu ialah semua Jemaah Pemangku Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Annuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Pro Canselor, Datuk Affifudin Omar dan Rektor Kuin, Datuk Wira Dr Jamil Osman
.

Datuk Affifudin Omar


TERPANAS....Kerana PULUS, Ustaz Pun BUNGKUS...!!!



Dengan Wang, Yang Bergelar Ustaz Pun Boleh Gugur....

Akhirnya Nasaruddin Mat Isa digugurkan dari Majlis Syura Ulama PAS. Sudah empat tahun Tulang Besi mendedahkan bagaimana Nasa serta kuncu2 nya berusaha membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan berpadu dengan UMNO.

Ketahuilah wahai pembaca sekelian. Fitnah wang ringgit serta keduniaan ini bukannya satu fitnah yang kecil.
Dan tidak kira siapa kamu, samada kamu penjual surat kabar, peniaga barang pasar, pembuat bakul, pekedai runcit, petani, nelayan dsbnya kamu pasti lemah apabila wang ringgit dilayangkan di hadapan kamu.




Bukan setakat orang biasa sahaja, tapi mereka yang bergelar alim ulama yang mempunyai ijazah dari Jordan serta fasih berbahasa Arab juga boleh lemah gemalai apabila wang dilayangkan di hadapan mata mereka.

Janganlah kita ingat apabila seseorang itu lulus dari Timur Tengah maka orang itu kebal dari segala fitnah dan godaaan syaitan.

Kadang-kadang orang cacat yang kerja meminta sedekah dan menjual pensil serta tisu adalah lebih mulia dari seorang yang mempunyai PhD dari Al Azhar.

Tulang Besi mendapat maklumat sewaktu Tan Sri Khalid Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil Ijuk, ahli PAS yang menjadi wakil calon beliau telah didatangi beberapa orang dari parti lawan.

Orang-orang itu menawarkan wang yang banyak serta sebuah helikopter yang akan membawa beliau kemana sahaja. Janji beliau tarik diri dari menjadi wakil calon. Apabila beliau tarik diri, maka secara otomatik pencalonan Tan Sri Khalid Ibrahim terbatal dan calon BN menang tanpa bertanding.

Namun, pakcik yang cacat itu menolak sama sekali dan memberitahu beliau lebih rela hidup cacat dan miskin dari menerima wang rasuah tetapi kelak dibakar api neraka.

Iman itu adalah mutiara. Yang dapat menghadapi ujian dan cabaran seperti ini adalah mereka yang benar-benar beriman kepada ALlah dan Hari Akhirat.

Tidak kira orang itu penjual kacang putih ataupun pemegang PhD dari Al Azhar. Yang penting adalah imam bukan kelulusan.

Kalau hati penuh dengan iman, maka kamulah yg layak diberi amanah kepimpinan.

Atas sebab itu Tulang Besi rasa amat kesal sewaktu Pemilihan Pemuda PAS tahun lepas. Label ulama dijual dengan sebegitu murah sekali demi memenangkan calon2 dari kem pro PERPADUANG. Sedangkan yang digelar ulama itu bukan layak pun digelar ulama. Tapi mereka tidak kira. Terus menerus menggunakan label ulama untuk menipu perwakilan pemuda bagi mengundi calon mereka.

DIlaporkan oleh orang2 yang rapat dengan arwah Presiden PAS dahulu, bahawa arwahnya pernah berkata di dalam PAS ini, golongan ulama lah yang lebih banyak belot kepada perjuangan Islam.

Biasanya golongan bukan ulama atau professional lah yang paling setia dan istiqamah dalam PAS.

Lihatlah contoh seperti Haji Subky Latif (wartwawan professional), Tn Syed Ibrahim ( peguam), Salahuddin Ayub, Haji Mat Sabu, Haji Mahfudz Omar, Haji Husam Musa, Arwah Dr Abbas Alias, Dr. Hatta Ramli, Dr Lolo Ghazali, Dr Mariah Mahmud bapanya, Hj Muhsinun Tahir, Zulkifli Sulong dan banyak lagi.

Kalau ada professional dalam PAS yang belot pun adalah Haji Suhaimi Said yg sekarang ni dah masuk PKR, Malek Husin yg belot pada PAS tapi skrg ni jadi aktivis PKR, Hasan Ali yg kena tendang dari PAS, Zin Mahmud yg jadi penulis di Utusan.

Malahan L Mankadir Syamsi pun sudah aktif semula dalam PAS walaupun pada satu masa dia berehat sebentar dan menumpu perhatian kepada pembuatan drama. Tulang Besi pernah berdemo dengan L Mankadir Syamsi di Masjid Bangsar satu masa dahulu.

Akhir kata, jadikanlah pemergian Ustaz Nasa ini satu iktibar. Bahawa godaan dunia ini satu godaan yang cukup besar. Sesiapa sahaja boleh kalah dengan godaan dunia tak kira dia tok guru, ustaz lulusan Jordan, pemain bola sepak, artis dsbnya.


Jangan kita pandang remeh dengan godaan dunia walau satu saat. Atas sebab itu lah Allah SWT dalam Al Quran memberi penerangan yang jelas tentang bagaimana dunia ini akan dihancurkan oleh Allah SWT pada Hari Kiamat kelak.


Ia sebagai peringatan kepada kita bahwa dunia yang kita tatang dan agungkan ini akan Allah SWT jadikan leper seperti lempeng dan akan hilang selama-lama nya.

Pada Ustaz Nasa, ingat lah. Bukan 10-15 orang yang kamu khianati. Malahan, ratusan ribu penyokong dan pendokong perjuangan Islam akan mengutuk dan memaki kamu serta mendoakan kebinasaan kamu.

Jgn lupa tu, wahai Nasa.

Dunia ini hanya sementara. Akhirat jua yang kekal selama-lama.


TULANG BESI

Nie Apa Hal...Syarikat perumahan Negara pun kaki tipu..?


SPNB @ SYARIKAT PENIPU NEGARA BERHAD?



TERIMA KASIH Sabahkini.net kerana membuat liputan di perumahan Apas Permai Tawau yang dibina SPNB. Hasil dari perjumpaan dan niat SPNB ingin menyerahkan kunci kepada pembeli Taman Apas Permai pada 21 Januari 2013, semua pembeli telah sebulat suara enggan menerima kunci kerana Sijil Menduduki (OC) bersyarat untuk tiga bulan sahaja dan pelbagai masalah lain.

Di sini kami ingin menyatakan bawah SPNB wajar dijenamakan semula sebagai 'Syarikat Penipu Negara Berhad' kerana tidak langsung bertanggungjawab; walaupun konon-kononnya mahu membela rakyat dan memberi kehidupan selesa kepada rakyat.
Kami amat berdukacita kerana rumah yang diserahkan amatlah daif dan dikategorikan rumah belum siap sepenuhnya dan sepatutnya kontraktor yang bertanggunggjawab hendaklah menyiapkan sepenuhnya mengikut pelan asal sebelum diserahkan kepada pembeli.

PENIPU.....Ketua Pegawai Teknikal, Datuk Ahmad Azizi Bin Hj Ali, bersama orang kuat SPNB ketika penyerahan kunci pada 21 Januari lalu.


CACAT....Sebahagian kecacatan rumah yang dibina SPNB tetapi mahu diserahkan kepada pembeli.

Siapa yang sanggup duduk di rumah tersebut dan bagaimana pula sekiranya pihak yang membina rumah SPNB mendapat rumah tersebut? Adakah mereka sanggup tinggal dan membayar ansuran bulanan?

Persoalan kami, kenapakah SPNB tergesa-gesa mahu menyerahkan rumah yang tidak siap dan memaksa kami menerimanya? Apakah ada kaitan dengan PRU-13?

Apakah kerajaan sekarang membela rakyat atau makan duit rakyat? Kami telah mengirimkan surat aduan dan rayuan kepada Perdana Menteri Malaysia melalui Persatuan Perumahan Apas Permai, namun sehingga kini tidak menerima sebarang jawapan.

Kami kesal kerana semua pihak yang bertanggungjawab dalam projek SPNB tidak menjalankan tugas mereka dengan sempurna dan berharap agar dapat menukarkan mereka dengan orang baru jika tidak ingin BN kecundang di DUN Apas pada PRU-13.

MANGSA PENIPUAN SPNB

28 Januari 2013

FITNAH TERBONGKAR ! 50 TAHUN JANJI NAK BAGI GERAN..DEKAT PRU HANGPA BUAT KALUT.... APALAGI FITNAHLAH JAWAP NYA....


Majlis dialog bersama penduduk kg Iboi Masjid,Baling bertempat di Dewan Masjid Kg Iboi Masjid,Baling bersama dengan wakil Biro Guaman Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yg juga merupakan Penasihat UNdang2 Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Tun Ammar Ismail Aziz. 


Turut serta di dalam majlis ini adalah Ketua Pemuda UMNO Baling Khairul Azhar serta ADUN Bayu yg juga merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Baling Dato Azmi Che Husin. Dialog ini diadakan bagi memberi pencerahan kepada penduduk kg yg terpedaya dan ditipu oleh Kerajaan Negeri Kedah yg diperintah Gerombolan Regim Zionis Pas Kedah yg dikepalai Diktator Tua Azizan Razak bagaimana untuk menegakkan hak mereka dengan menggunakan saluran undang2. 

Hampir 100 orang penduduk kg hadir meluahkan dan mendedahkan bagaimana mereka diperdaya oleh Kerajaan Negeri yg mengeluarkan surat berletter head Pejabat ADUN Kupang YB Dato Johari Abdullah yg juga merupakan Timbalan YDP Pas Baling supaya membayar sejumlah wang bagi mendapatkan geran tanah mereka di Gunung Inas yg dijadikan Ladang Rakyat oleh Diktator Tua Azizan Razak. 

Ada penduduk yg mendedahkan bagaimana dia dan keluarganya kerugian hampir rm 10k hingga terpaksa bergadai barang kemas kerana mahu membayar wang untuk mendapatkan geran tanah yg mereka telah usahakan sejak berpuluh tahun lalu.

Inilah kezaliman yg dilakukan oleh Gerombolan Regim Zionis Pas Kedah terhadap rakyat Baling. Puak gerombolan sebenarnya hanya mahu mengaut hasil balak sahaja namun berselindung di sebalik nama Ladang Rakyat. Akibatnya penduduk bukan saja kehilangan tanah,malah mereka juga kerugian wang ringgit akibat kerakusan Diktaor Tua Azizan Razak yg mengfaraidkan hasil hutan untuk kepentingan diri dan partinya. 

1 badan bertindak akan ditubuhkan oleh penduduk bagi memperjuangkan masalah ini hingga ke akhirnya. Azizan Razak,bersedialah kamu..sekarang bukan lagi masa untuk kami mendiamkan diri saja membiarkan hgpa menzalimi rakyat Kedah dengan sewenang2nya. INGAT PAS INGAT ZALIM!!!

Eksklusif daripada TEAM MEDIA KEDAH!!!

PENJELASAN DARI PKWR KUPANG, BALING.

Dekat PRU ni macam2 fitnah muncul... Itulah gatai mulut nak buat fitnah... lepas ni nak cari duit mana bayaq saman!!!



PENCERAHAN ISU OLEH PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT KUPANG

1. PKWR DUN Kupang bukan pengutip bayaran untuk urusan permohonan tanah oleh peneroka di Hutan Gunung Inas, Kupang. PKWR hanya bertindak sebagai pemudahcara terhadap pemohon dengan menempatkan Juruukur Bertauliah di pejabat PKWR supaya mendapatkan harga yang berpatutan di samping para pemohon tidak perlu pergi ke pejabat juruukur yang letaknya jauh dari rumah para pemohon tanah. 


2. Rujukan di PKWR Dun Kupang mendapati nama Tahak Lahamad tidak ada dalam senarai pemohon dan pihak juru ukur tidak menerima apa-apa bayaran daripada beliau (Tahak Lahamad) seperti yang didakwa dalam akhbar baru-baru ni. Justeru itu, tindakan undang-undang berikutan fitnah ini akan difailkan oleh pihak PKWR Kupang ke atas Tahak kerana memfitnah.

3. Bayaran yang diambil (bergantung kepada keluasan tanah yang dipohon dan diusahakan) bukan untuk mendapatkan geran tanah tetapi adalah upah jurukur tanah (Prosedur biasa permohonan tanah). Pihak PKWR tidak mengambil satu senpun dari bayaran mengukur itu melainkan semuanya adalah urusan antara juruukur dan tuan tanah.

4.PKWR Kupang sentiasa berurusan dengan PTG berhubung permohonan tanah tersebut dan dimaklumkan permohonan tersebut dalam proses akhir kelulusan sebelum diserahkan kepada pemohon.

Inilah yang menjadi 'igauan ngeri' ADUN Pembangkang (YB Azmi Che Husin-Bayu) yang sebahagian tanah pemohon terletak dalam DUN beliau tetapi mendapat pembelaan dari PKWR Kupang (YB Johari Abdullah) setelah dinafikan hak mereka sejak 50 tahun yang lalu...tiap kali pilihanraya isu pemberian hak tanah dimainkan tetapi janji tak pernah ditepati...

5.Insya Allah penyerahan akan dilakukan sendiri oleh YAB Dato' Seri DiRaja Menteri Besar Kedah kepada semua pemohon setelah segala proses permohonan diselesaikan.

Untuk sebarang kemusykilan sila hubungi Cikgu Kadir di PKWR Dun Kupang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...