26 Januari 2013

TERKINI ! MP PAS MESRA BN DIPECAT..!!!



Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa digugur anggotai Majlis Syura Ulama PAS

Majlis Syura Ulama PAS dalam mensyua ratnya pada 13 Januari lalu telah memutuskan untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya. Keputusan itu dibuat kerana beliau didapati telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS, lapor Harakah Bil 1813 Edisi Isnin, 29 Januari 2013 pada muka belakangnya.




Setiausaha Majlis Syura, Dato' Nik Muhamad Zawawi Salleh menjelaskan, selain itu, Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini merugikan parti. Menurut beliau, selain itu, gelagat bekas Timbalan Presiden PAS itu juga didapati telah menimbulkan suasana yang keroh di kalangan ahli-ahli parti.

Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini telah menimbulkan fitnah bagi jamaah, di samping bercanggah dengan kaedah-kaedah dan pendirian yang dibuat oleh parti, tegasnya kepada Harakah 25 Januari lalu.
Bagaimanapun, tegas Ustaz Nik Zawawi, keahlian Nasharudin dalam PAS masih dikekalkan, tetapi kedudukannya sebagai ahli biasa sahaja.

Ustaz Nik Zawawi yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat menjelaskan, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS hanya menggugurkan beliau sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS, bukannya menggugurkan beliau daripada parti.

USAHAWAN SAMAN KPDNKK RM 50 JUTA



SYARIKAT Multi Inrich Sdn Bhd pada Jumaat memfailkan saman ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan sejumlah RM50 juta terhadap kepada KPDNKK.

Syarikat Multi Inrich Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 19 mac, 2004 dan dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera Negeri Sabah. Syarikat ini telah terbukti kemampuannya untuk maju dan telah berjaya mendapat banyak Anugerah Cemerlang walaupun tanpa bantuan dari Agensi-Agensi Kerajaan Persekutuan Malaysia di Negeri Sabah. 

Syarikat ini telah berjaya memasarkan produk jenama LACTOVIDA di Malaysia dan telah berjaya menembusi pasaran Antarabangsa.

Pada tanggal 10 Julai 2009, KPDNKK Negeri Sabah telah mengarahkan semua pegawai penguatkuasanya untuk menyita kesemua barang-barang dan alat-alat perniagaan di kedua-dua premis perniagaan kami.

KPDNKK Negeri Sabah telah berjaya melumpuhkan operasi perniagaan Multi Inrich serta menghalang mereka meneruskan usaha perniagaan yang telah dibina selama enam (6) tahun.

KPDNKK Negeri Sabah telah merampas kesemua alat mesin-mesin dan barang-barang perniagaan, menyebabkan Multi Inrich mengalami kerugian amat besar, sehingga perniagaan berkenaan lumpuh sepenuhnya dan telah ditutup operasi pada 10 Julai 2009 sehingga sekarang.

KPDNKK menuduh syarikat kami memalsukan dokumen kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan Sijil Analisa dari SIRIM di bawah Jenayah Perdagangan Akta Perihal Dagangan 1972, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 18 (2) denda RM 250,000 jika sabit kesalahan atau tiga (3) tahun penjara.

Bagaimanapun, pada 29 April 2011, dalam perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu KPDNKK telah gagal membuktikan kes  'Prima Facie' terhadap Multi Inrich.

Meskipun gagal di mahkamah, tetapi KPDNKK telah berjaya menghalang dan menutup sepenuhnya operasi perniagaan Multi Inrich Sdn Bhd.

Menurut Pengurus Multi Inrich, Abdul Karim Ahmad beliau mempunyai bukti ramai usahawan Bumiputera Negeri Sabah yang telah berjaya  diganggu, dihalang dan dianiaya oleh pegawai-pegawai Kementerian KPDNKK Negeri Sabah disebabkan 'Tidak Membayar Wang Bonus'.

Malah kata Abdul Karim, KPDNKK juga melindungi para peniaga PATI dan ramai pegawai Kementerian KPDNKK Negeri Sabah berkerjasama untuk menyeludup barang-barang kawalan yang bersubsidi ke Filipina dan Indonesia.

"Buktinya banyak barang-barang bersubsidi terdapat di pasaran di Nunukan dan  Tarakan, Indonesia dan Zambonga serta Sitangkai Filipina" kata Abdul Karim yang kecewa kerana Menteri KPDNKK turut bersubahat dengan para pegawainya sekalipun banyak aduan beserta bukti telah dikemukakan.

Dalam kes Multi Inrich, kata Abdul Karim, KPDNKK mempunyai niat jahat (mala-fide) untuk menghalang dan menutup operasi perniagaan Multi Inrich dengan merampas semua peralatan, mesin, barang-barang perniagaan dan kemudian disimpan di dalam gudang stor milik Kementerian KPDNKK di Kolombong, Sabah.

"Tindakan mereka tidak membuat pertuduhan di Mahkamah Kota Kinabalu, menunjukkan bahawa mereka hanya mahu menggertak kami yang tidak pernah membayar 'wang bonus' (ufti) kepada pegawai-pegawai Kementerian KPDNKK," kata Abdul Karim dengan nada kesal.

Kata Abdul Karim lagi, beliau telah mengajukan surat aduan kepada KPDNKK, Ketua Menteri Sabah dan Perdana Menteri Malaysia. Bagaimanapun, KPDNKK tidak memberikan sebarang respon sehingga ke hari ini.

Maka dengan itu, kata Abdul Karim, pihaknya memfailkan saman ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan sebanyak RM 50 juta terhadap KPDNKK.

"Saya juga berharap, selepas ini, KPDNKK berhenti menindas para usahawan bumiputera, sebaliknya membantu kami memajukan perniagaan di Sabah," Abdul Karim Ahmad yang menegaskan KPDNKK perlu ditransformasi terlebih dahulu sebelum Perdana Menteri melaksanakan Dasar Transformasi Negara.

EDISI FITNAH TERBONGKAR : BENDERA PAS & PKR DI'SALIB'KAN OLEH DESPARADO POLITIK BATU PAHAT..???



BENDERA PAS & PKR DI'SALIB'KAN OLEH DESPARADO POLITIK BATU PAHAT, SIAPA PUNYA ANGKARA???

Memang aku dah duga... perkara ini akan berlaku... cuma aku tidak menduga ianya berlaku di bulan yang "meriah" dengan mereka yang menzahirkan ke"cinta"an dan ke"iman"an mereka terhadap junjungan besar dihari kelahiran baginda pada 12 Rabi'il Awal lalu bersamaan 24hb. Januari lalu....


Memang terdesak dengan men"dekat"nya hari pembubaran parlimen, desparado poli"tikus" semakin ketara. Mereka ber"arak" dengan pakaian sedondong berselawat dan menyanyi gembira ... apakah mereka ini sama dengan Olivia Elton John, penyanyi barat yang juga meng'elbum'kan nyanyian ini...





Adakah Olivia Elton John (klik sini untuk mendengar) juga "BERGEMBIRA" dengan kelahiran Junjungan Besar Ummat Islam ini seperti mereka yang ber"arak"???


Ulamak Muda dan Mudah UmNo tak terasa nak 'ban' kan ke elbum ni???

Ulamak Tua dan Tuak masih mabuk memburu keindahan dunia lagi ke???

Apakah Fuad Zarkashi terlibat??? Ini kawasan yang diwakilinya???

Jangan ketandusan isu, FITNAH YANG DILAKNAT ALLAH dijadikan ikutan.... Semuga Allah memberikan hidayah kepada mereka yang sanggup menjadi tentera Iblis menyerang Ummat Islam... Nauzubillahi min zaalik....

~tenterasemut 

Panas ! BN Johor Semakin Kucar Kacir....


PAKATAN RAKYAT SEMAKIN MANTAP, BN JOHOR KUCAR KACIR?

Kebersamaan komponen BN dalam majlis2 resmi kian dingin. UMNO, MCA dan MIC selaku parti utama dilihat membawa diri masing2.

Umno sahaja yang menonjol dalam mempertahankan BN dan menyelamatkan kuasa politik di Putrajaya. Bekas2 pemimpin utama MCA semakin berjinak dengan Pakatan Rakyat. Pimpinan PAS menemui mereka dan perkembangannya sangat positif.

Komponen BN marah kerana UMNO digambarkan tamak dan sangat perkauman. Terhiris perasaan mereka bila dituduh cina nak perintah Malaysia, Cina nak jadi Perdana Menteri, Cina rampas tanah orang melayu dan lain2 tuduhan yg tidak berasas samasekali.

Lebih berat lagi provokasi melalui risalah haram yg disebarkan di kampung2, kononnya kalau Pakatan Rakyat menang dlm PRU 13 ini, pemimpin melayu hanya 3 bulan sahaja jadi PM, lepas itu Lim Kit Siang diangkat jadi PM. Maka ditakut2kan, habislah orang melayu.

Bahkan lebih teruk lagi fitnah yg bertebaran, Malaysia akan jadi negara Kristian. Ramai anak2 melayu akan murtad. Islam bukan lagi agama resmi. Tiada azan lagi di masjid dan surau....

Pembohongan dan propaganda ini terlalu jahat. Orang melayu khususnya golongan tua ada yang percaya. Api perkauman dan kebencian sesama kaum dikembangkan melalui majlis2 resmi. Hasutan dilakukan secara terbuka!


Poster warna gambar pemimpin utama Pakatan Rakyat dalam keadaan mengaibkan di edar merata tempat hingga beranda masjid. Serangan peribadi paling keji yg tidak berasas samasekali dijadikan cerita dan topik utama. Tiada lagi pertimbangan dosa pahala. Yang penting rakyat mesti dijauhkan dari menyokong PR.



Alhamdulillah, usaha terdesak Umno gagal dan tersasar......
' Mereka merancang, Allah juga merancang; Allah adalah sebaik2 perancang '- maksud Firman Allah

Perbuatan keji mereka memakan diri mereka sendiri. Umno Johor contohnya, bergolak sesama sendiri. Pergerakan Pemuda Umno tidak berhenti2 krisis mereka. Diceritakan sendiri oleh beberapa exco pemuda mereka kpd pemuda PAS.

Bilik Gerakan di sembilan cawangan Umno Pasir Gudang ditutup kerana isu hak milik. Pertembungan pemilihan jawatan utama di Kota Tinggi antara kem Syed Hamid Albar dengan kem Timbalannya sampai hari ini dilihat lesu gerak kerja mereka. Saya sendiri menerima salinan risalah2 memburukkan sesama mereka.

Umno Bahagian Tenggara, Umno Bahagian Kulaijaya, Umno bahagian Pulai dan lain2 sedang berentap melalui banyak kem. Melobi menjadi calon praya. Ada kawan2 Umno yang makan umpan kem2 tertentu beritahu saya, kalau pemimpin kem dia tak jadi calon, kami akan boikot!

Isu2 rakyat tidak dipedulikan pemimpin Umno. Projek pelupusan sampah di daerah Batu Pahat menimbulkan kemarahan penduduk. Dalam majlis resmi, rakyat maki wakil rakyat mereka sendiri!
Beberapa ketua Umno cawangan di situ, isytihar sokongan secara terbuka kpd PR. Ada cawangan Umno di bubarkan!

Ini belum lagi mengambil kira isu Pengerang, Iskandar Malaysia dll.

Hampir keseluruhan 26 Umno Bahagian dilanda krisis, sesetengahnya amat buruk.

"Saya kata ini sabotaj parti. Mana kesetiaan pada parti. Muhyiddin kan dah beri amaran siapa yg sabotaj parti akan di kenakan tindakan disiplin. Kata mereka, kena gantung ke, pecat ke, kami tak peduli...
Lagipun, belum tentu BN berkuasa lagi lepas PRU ini, dakwa mereka.... "


Syukur Alhamdulillah, perpaduan Pakatan Rakyat tetap utuh dan kuat. Usaha melaga2kan tidak berjaya. Rakyat kian yakin. Kesatuan PR, hormat menghormati dan bertolak ansur menjadi rahsia kekuatan PR.

Rakyat memberi harapan tinggi kepada PR. Jangan sia2kan. Fokus utama tumbangkan BN. Jangan buat kenyataan yg mengundang keresahan rakyat.

Bagi PAS, ini peluang terbaik. Tingkatkan munajat pada Allah. Majlis Usrah, Kuliah, Tamrin dan kerohanian adalah medan tarbiyyah kita yg tidak boleh diabaikan. Turun padang habis2an jumpa rakyat khususnya pengundi melayu.

PAS sedia ganti Umno, tidak akan jadi kuda tunggangan DAP!

Insyaallah, Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya! ~ MA

Gempar! Surat Jemputan PATI dapatkan Pengenalan Diri Terdedah...?



Surat Jemputan Untuk Warga Asing Dapatkan Pengenalan Diri Terdedah...!!!.Jadi ape yg berlaku ini memang betoi belaka yg kerajaan memang memberi ic kepada pedatang asing.

Meh kite pakat dedahkan lagi hal ni supaya rakyat semua taw.Wa harap sesape yg de dok kt TERMELOH di Pahang dapat lh kira nya ikuti perkembangan ttg isu ni di sne...ok....!!!

Mengikut sumber Surat ini adalah benar...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...