25 Januari 2013

TERPANAS ! Kes polis belasah lelaki sampai mati...VIDEO KEJADIAN AKAN KELUAR....MACAM ADA ORANG NAK KANTOI..???.




Macam ada tak kena?  kenyataan dari Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab dalam satu sidang media di ibu pejabat polis malam semalam. Wa bukan peguam tapi andaian gua mana mungkin selepas tertuduh dilepaskan pada malam kejadian dia masih bergari, kedua mana mungkin dia pulang dalam keadaan berbogel....lihat gambar beliau masih bergari juga dilapurkan dalam bilik mayat masih bergari....huh memang penin kes nie....

wa harap andaian dan kenyataan pihak polis memang betul boleh tutup kes...
dari blog Ameno world  SINI dia kata ada rakaman video kejadian..kita tunggu dan lihat KEBENARANYA......  


Peguam: Tangkap dan gantung tugas polis terlibat dalam insiden mati bergari -tmi


KUALA LUMPUR, 25 Jan — Kematian C. Sugumaran mesti dikelaskan sebagai pembunuhan, gesa peguam kepada pengawal keselamatan tersebut hari ini, menolak penjelasan oleh Polis Kajang dan Hospital Serdang yang mengatakan mangsa berusia 39 tahun tersebut berpunca daripada serangan jantung.

Kedua-dua peguam PKR, N. Surendren dan Latheefa Koya juga mahu anggota polis yang terlibat dalam membelasah lelaki tersebut pada Sabtu ditahan dan digantung tugas memandangkan siasatan masih tertangguh dan juga bedah siasat kedua.

“Kami juga menggesa IGP (Ketua Polis Negara) untuk membenarkan dan mengendalikan bedah siasat kedua semasa mayat mangsa masih ada.

“Sehingga bedah siasat dilakukan dengan telus, keluarga mangsa tidak akan menuntut mayat mangsa,” kata kedua-dua peguam dalam satu kenyataan hari ini.

Polis Kajang telah menafikan membelasah pengawal keselamatan hingga mati, mendakwa hasil bedah siasat menunjukkan mangsa mati akibat serangan jantung.

“Sekitar 6.30 petang semalam, balai polis di Batu 14 Hulu Langat menerima panggilan daripada seorang lelaki Melayu mengatakan seorang lelaki India telah mengamuk dan merosakkan harta benda awam,” kata Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab dalam satu sidang media di ibu pejabat polis malam semalam.



Surendren (dua dari kiri) menolak cerita oleh pihak polis tentang kematian Sugumaran. 

Beliau menambah tiga orang anggota polis dalam sebuah kereta peronda dan bermotosikal mengekori Sugumaran yang berjalan kaki hampir dua kilometer daripada Dusun Sri Nanding ke Taman Lagenda Suria di Hulu Langat, tetapi kemudiaannya mereka diserang dengan sebatang besi dan merosakkan pasu bunga dan wayar elektrik tetapi tiba-tiba rebah di atas jalan.

“Polis dibantu orang ramai kemudiaan menahannya dan menggari lelaki tersebut namun mangsa bertindak ganas dan cuba bergelut semasa ditahan,” terang Abdul Rashid yang menegaskan orang ramai tidak menyerang Sugumaran.

Beliau kemudiaan berkata anggota polis kemudiaan memanggil sebuah pacuan empat roda untuk membawa Sugumaran yang bersaiz besar ke balai polis.

“Tetapi semasa pulang, lelaki India tersebut tidak sedar diri. Polis kemudiaan menghubungi hospital dan pegawai perubatan datang dan mengesahkan kematiannya,” kata Abdul Rashid.

Pegawai polis tersebut menjelaskan hasil bedah siasat yang dilakukan oleh patologi Dr Mohd Azaini Ibrahim dari Hospital Serdang semalam dari 3.30 petang hingga 8.30 malam mendapati Sugumaran mati kerana serangan sakit jantung.“Tiada kecederaan lain menyebabkan kematian mangsa,” kata Abdul Rashid.

Walaubagaimanapun, Surendren dan Latheefa menolak cerita oleh pihak polis tersebut dan menegaskan selagi polis tidak mengambil keterangan daripada saksi, mereka tidak boleh dengan tergesa-gesa menolaknya sebagai serangan dan salahlaku.

“Kenyataan ini sama sekali menunjukkan polis cuba menyembunyikan sesuatu dengan bantuan daripada Hospital Serdang,” kata mereka berdua.

Mereka menambah ia adalah suatu yang tidak “munasabah” mengatakan Sugumaran mati kerana serangan jantung kerana lelaki tersebut tidak mempunyai masalah kesihatan.

Mereka juga berkata semasa dibenarkan untuk melihat mayat mangsa, Sugumaran masih lagi bergari dan mukanya dipenuhi dengan serbuk kunyi, serta kesan calar yang menunjukkan pergelutan dengan polis masih kelihatan.

“Cubaan polis untuk melepaskan diri dengan mengeluarkan kenyataan palsu merupakan kesalahan yang serius serta melanggar prinsip keadilan,” kata mereka berdua lagi.

Malahan, kedua-dua peguam tersebut juga mendakwa ia bukan kali pertama pihak Hospital Serdang berpakat dengan polis kerana sebelum ini pernah melakukan perkara sama dalam kes kematian dalam tahanan, A. Kugan.

Mereka mendakwa pihak hospital tersebut melanggar etika perubatan apabila menghalang keluarga Sugumaran daripada melihat mayat mangsa sehinggalah mereka membenarkannya empat jam kemudiaan selepas didesak oleh aktivis dan peguam.

Semalam saksi mendakwa anggota polis bersama-sama 20 orang yang berada berhampiran telah membelasah Sugumaran hingga mati.

“Polis memijak leher Sugumaran,” kata R. Moohanarajan kepada The Malaysian Insider di Hospital Serdang semalam.

“Dua puluh ke 30 orang ramai memakai baju biasa membelasah mangsa. Dia terbaring dengan tangannya bergari di belakang,” tambah Moohanarajan yang merupakan jiran Sugumaran.

EDISI KANTOI ! PUNCA SHARIFAH ZOHRA TAK BERANI HADIR FORUM TERBONGKAR..!!!

OLYMPUS DIGITAL CAMERA


Kegagalan Sharifah Zohra hadir ke forum anjuran SAMM mungkin kerana tekanan dari UMNO,  juga meletupnya video listen di youtube melebihi 1 juta hit hingga keseluruh dunia sekiranya beliau hadir tembelang  kebejatan brain wash mahasiswa akan tersebar lagi,  juga fonamena Listen tidak akan berhenti......wa takut PSY ganam style akan buat lagu dia... itu macam boleh capai 1 bilion beb......

Forum Kebebasan Akademik dan Hak Asasi dipancarkan TV Selangor dari Dewan Perhimpuan Cina di sini malam tadi.Forum berlangsung lebih empat jam itu menampilkan panelis terdiri dari Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari, Dr Maszlee Malik dan pelajar undang-undang Univerisiti Utara Malaysia (UUM) KS Bawani serta moderator, Muhammad Kamil Abdul Munim dari Univerisiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Forum anjuran Kumpulan Anak Muda Indipenden (Kami) dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) juga berjaya dengan lebih 200 penonton hadir menyaksikannya.
Forum kebebasan akademik berkenaan dianjurkan bagi memberi penjelasan berkenaan insiden yang membabitkan Bawani dinafikan hak untuk bersuara oleh Presiden Suara Wanita 1Malaysia, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dalam satu forum di Universiti Utara Malaysia(UUM) pada 8 Januari lalu.



Listen, Listen, Listen – Video Bawani Dan Sharifah Mencatatkan Lebih Daripada 1juta Pengunjung

470x275xa28de2d7f1efdfabb1d9f6f865cec90a.jpg.pagespeed.ic.qfsgJ1NyVJ
 Ketika negara dilanda demam Pilihan Raya Umum yang ke – 13 kontroversi yang dicetuskan Presiden Suara Wanita 1 Malaysia (SWIM), Sharifah Zohra dengan pelajar jurusan undang – undang Universiti Utara Malaysia , KS Bawani terus menjadi perhatian umum termasuk media luar negara.
Malah, rakaman video insiden tersebut yang mula diletakkan pada 14 Januari lepas di saluran youtube atas nama Listen, Listen, Listen – Brave Miss Bawani vs Arrogant Sharifah Zohra telah mencacatkan lebih daripada 1, 013, 025 pengunjung.Beberapa pengunjung dan penonton turut menyifatkan perbualan rakaman video tersebut umpama “Gangnam” versi Malaysia.
Baru-baru ini, kenyataaan media daripada Sharifah Zohra telah menimbulkan satu lagi kontroversi dikalangan banyak pihak disebakkan kenyataanya yang kononya telah memaafkan KS Bawani , sedangkan pelajar itu tidak meminta Sharifah memaafkanya.
The Malaysian Times(TMT) terut menghubungi beberapa pemimpin politik dan pelajar untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai isu tersebut.
Berikut adalah komen mereka :
“Zohra sudah memaafkan semua pihak dan telah menampakkan beliau seorang yang matang dengan kesilapan yang pernah beliau lakukan. Bagi Haiza, tindakan yang Zohra ambil untuk memaafkan semua pihak berkemungkinan adalah daripada kesan tekanan yang beliau telah terima” – Setiausaha Kerja Wanita UMNO Malaysia, Haiza Mariena
“Zohra patut minta dimaafkan sebab beliau sudah memalukan siswa-siswa seterusnya memberi kesan yang negatif.”
“ Zohra seorang yang tidak ada adab dan langsung tidak professional semasa forum dijalankan. Ini adalah kerana, pelajar rasa seperti tiada hak untuk bersuara dan boleh menimbulkan spekulasi yang kurang enak antara siswazah dengan parti dan akan menyebabkan banyak pihak salah faham” – Nurhidayah Ahmad, Pelajar UTM “Zohra tidak sepatutnya melakukan sedemikian terhadap Bawani ketika Bawani sedang kemukakan soalan.
Zohra selaku pengacara forum ketika itu juga tidak boleh mengeluarkan kata-kata kesat atau kenyataan seperti ‘animal have problem too’ terhadap siswa.
“Zohra perlu tampil kepada umum untuk meminta maaf berhubung kontroversi fenomena ‘Listen’ yang menjadi perhatian banyak pihak. Mungkin dengan cara ini, spekulasi antara Zohra, Bawani dan semua pihak dapat diselesaikan dengan baik”. – Noor Ain Norman, pelajar Universiti Segi
Sementra itu, akaun facebook KS Bawani telah menjadi perhatian ramai umum . kebanyakkan komen di facebook beliau lebih positif kerana majoriti berpihak pada Bawani dan menegaskan bahawa tindakan yang dilakukan oleh Bawani semasa forum itu tidak salah.
Bagi mereka, Bawani adalah seorang siswa yang berani untuk tampil berhadapan dengan Zohra dan pada masa yang sama mereka memuji Bawani diatas keberanianya.
Bawani juga sempat memberi pesanan kepada semua pihak bahawa ‘semua orang perlu berhenti membuat kenyataan yang bersifat rasis dan menghina wanita terhadap sesiapa pun, termasuk Zohra’ .
Walau bagaimanapun, selepas penyebaran video dilaman sosial seperti youtube tersebar luas,secara tidak sengaja video yang diberi nama ‘ Dance remix, Listen! Listen when I speak,Listen! mendapat paling banyak perhatian ramai sehingga mencecah satu juta penonton yang telah menonton video tersebut.
Ramai yang memberi komen terhadap video tersebut lebih baik daripada video ‘ Gangnam Style yang di popularkan oleh PSY dari korea. Mereka juga menegaskan bahawa penyanyi gangnam style, PSY harus menonton video itu dan ada juga yang membuat cadangan untuk mengambil video LISTEN itu dibuat menjadi ‘calleringtone’ ataupun album.
Selain itu, kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Zohra seperti “ Animal have problem too” dan juga LISTEN! LISTEN! LISTEN! telah menjadi perbualan antara semua pihak sehinggakan ada antara pihak menggunakan perkataan “LISTEN!, LISTEN!, LISTEN! sebagai ‘trademark’ mereka. Malah ada juga sesetengah pihak yang mengambil kesempatan untuk menggunakan perkataan “Listen!, Listen!, Listen! untuk menjadi trademark dan sekaligus untuk mempromosikan penjualan mereka. 

Terkini ! Polis nafi pukul Sugumaran, dakwa kematiannya kerana serangan jantung..

Polis nafi pukul Sugumaran, dakwa kematiannya kerana serangan jantung..


Polis menafikan dakwaan bahawa anggota mereka telah memukul hingga menyebabkan kematian seorang Pengawal Keselamatan yang ditemui mati dalam keadaan bergari pada malam semalam.

Penafian tersebut adalah berdasarkan daripada bedah siasat dijalankan yang dikawal kira-kira 20 orang termasuk empat anggota polis bersenjatakan M-16 sepertimana yang dinyatakan oleh seorang peguam PKR Latheefa Koya.

Menurut Ketua polis daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab Pengawal Keselamatan tersebut telah mati kerana serangan jantung
….

Police deny beating man, say he died of heart attack

KAJANG, Jan 24 — The police have denied beating a security guard yesterday to death, pointing out that a post-mortem today revealed that he had died of a heart attack.

Three eyewitnesses alleged earlier today that four policemen had handcuffed and then assaulted 39-year-old C. Sugumaran together with a mob of more than 20 yesterday evening near the latter’s house at Batu 12, Hulu Langat.

“At about 6.30pm yesterday, the police station at Batu 14 Hulu Langat received a call from a Malay man saying that an Indian man was going amok and destroying public property,” Kajang OCPD ACP Abdul Rashid Abdul Wahab told a press conference at the Kajang district police headquarters here tonight.

He added that three policemen in a patrol car and a motorbike tailed Sugumaran, who was on foot, for about two kilometres from Dusun Sri Nanding to Taman Lagenda Suria in Hulu Langat as the latter waved an iron rod, destroying flower vases near houses and electrical wires, until he fell down in the middle of the road.

“The police, assisted by members of the public, held and handcuffed the man as he was still acting aggressively and trying to struggle during arrest,” said Abdul Rashid, stressing that the crowd did not assault Sugumaran.

He added that a police officer then went to get a Land Rover to bring Sugumaran, described as a big-sized man, to the police station.

“But upon return, the Indian man was unconscious. The police then contacted the hospital and a medical officer came and pronounced him dead,” said Abdul Rashid.

The policeman stressed that a post-mortem done by pathologist Dr Mohd Azaini Ibrahim from Serdang Hospital today from 3.30pm to 8.30pm revealed that Sugumaran had died of a heart attack.

“No other injuries could have caused his death,” said Abdul Rashid.

He also said that the policemen did not throw turmeric powder in Sugumaran’s face as alleged by eyewitnesses earlier today.

Eyewitnesses had told reporters earlier today that the security guard was chased down yesterday by four policemen who subsequently handcuffed and beat him to death together with a mob of more than 20 people in Hulu Langat yesterday.

They said that after the policemen caught and handcuffed him, more than 20 other men from a nearby restaurant joined the policemen and proceeded to assault him.

“The police stepped on Sugumaran’s neck,” R. Moohanarajan told The Malaysian Insider at the Serdang Hospital here today.

“Twenty to thirty people wearing plain clothes beat him up. He was lying facedown with his hands handcuffed behind,” added Moohanarajan, who was Sugumaran’s neighbour.

BERITA BERKAITAN DIPETIK DARI KEADILAN.DAILY

Sugumar mati dalam keadaan bergari, tanpa dihalang polis


Pengarah Guaman KEADILAN, Latheefa Koya berkata, saksi melihat Sugumar Cheliah, 40 dikejar empat anggota polis menaiki dua kereta peronda sebelum kejadian pembunuhan kira-kira jam 6 petang, semalam.
Selepas diberhentikan, mangsa dibelasah sekumpulan individu berhampiran rumahnya di Taman Seri Nanding, Hulu Langat dalam keadaan tangan bergari dan ditekan dengan pengusung.

“Mangsa yang bergari turut dipukul beramai-ramai oleh orang sekeliling tanpa halangan polis. Polis memijak tengkuk mangsa dan menyapu muka mangsa dengan serbuk kunyit,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, Sugumar yang tiada rekod jenayah, turut dicampakkan ke bahu jalan dalam keadaan bogel, selepas kematiannya.

“Profesionalisme polis juga amat diragui kerana pasukan forensik hanya datang selepas jam 11 malam untuk mengambil mayat,” katanya.

Menurut Latheefa, mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat, namun keluarganya tidak dibenar masuk ke bilik mayat untuk membuat pengecaman selepas dimaklumkan lewat malam semalam.

“Keluarga mangsa datang awal pagi hari ini ke hospital namun selepas pukul 2 petang barulah keluarga mangsa dan peguam dibenarkan masuk,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mendesak polis yang terlibat dalam pembunuhan itu ditangkap dan digantung tugas kerana insiden itu di bawah tanggungjawab polis.

“Saya desak polis segera menangkap dan mendakwa semua yang terbabit dalam pembunuhan ini. Insiden ini berlaku ditempat awam dan ramai saksi melihat kejadian itu,” ujarnya kepada Keadilan Daily.

Timbalan Pengerusi Biro Hak Asasi dan Guaman KEADILAN, S. Jayathas berkata kehilangan nyawa akibat kecuaian polis bukan isu baru kerana rekod menunjukkan banyak orang awam mati di tangan polis.

“Polis gagal bertindak waras dengan mengenepikan undang-undang ketika berhadapan suspek. Ini akibat kegagalan polis melaksanakan Suruhanjaya Bebas Terhadap Salah Laku dan Aduan Polis (IPCMC),” ujarnya.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43818

24 Januari 2013

PANAS ! Apa Hal Nie Bro....Dia Gila ke.., dia pencuri ke ...Sudah Gari Lu Belasah Sampai Mati...Ingat Haiwan Ke..??



Peguam: Polis kawal rapi bedah siasat Sugumar

Sekumpulan polis mengawal ketat kawasan rumah mayat Hospital Serdang hari ini ketika bedah siasat dijalankan ke atas seorang lelaki yang ditemui mati dalam keadaan bergari pada malam semalam.

Seorang peguam PKR Latheefa Koya berkata, kira-kira 20 orang termasuk empat anggota polis bersenjatakan M-16 mengawal kawasan tersebut yang dipenuhi anggota keluarga simati.

Katanya, anggota keluarga berkenaan menunggu untuk mengecam mayat Sugumar Chelliah, 40, sejak pagi ini setelah diberitahu mengenai kematian lelaki tersebut, lewat malam semalam.

Sementara itu, ketua polis daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau akan membuat sidang media selepas bedah siasat tamat pada malam ini.

Beliau dijangka akan menjelaskan rentetan kejadian yang berlaku pada malam semalam, sehingga membawa kepada kematian Sugumar di satu taman perumahan di Hulu Langat.



 Saksi Dakwa Lihat Polis, Samseng Belasah Lelaki Bergari Hingga Mati



Seorang pengawal keselamatan dalam keadaan bergari yang dikejar oleh empat anggota polis telah dibelasah hingga mati bersama-sama sekumpulan 20 orang samseng di Hulu Langat semalam, dakwa seorang saksi hari ini.

Walaubagaimanapun punca anggota polis cuba menahan mangsa berusia 40 tahun C Sugumaran masih belum diketahui.
Beliau didapati dalam keadaan berbogel dan bergari, menurut saksi.

Mayatnya pada ketika ini berada di Hospital Serdang dimana keluarga mangsa tidak dibenarkan untuk menjenguk.Menurut saksi yang hadir di hospital hari ini, kejadian tersebut berlaku pada pukul 6.30 petang semalam.

Sugumaran dilihat melarikan diri daripada empat anggota polis di dalam dua buah kereta peronda di jalan utama yang berjarak lima minit dari rumahnya.

Keadaan trafik ketika itu sesak menyebabkan anggota terbabit memberhentikan kenderaan mereka dan mengejar Sugumaran dengan berlari.

Selepas menangkap dan mengari Sugumaran, hampir 20 orang daripada restoran berhampiran menyertai anggota polis tersebut dan meneruskan serangan keatas mangsa."Polis memijak leher Sugumaran,"
kata R Moohanarajan kepada The Malaysian Insider di Hospital Serdang hari ini.

"20 ke 30 orang ramai memakai baju biasa membelasah mangsa. Dia terbaring dengan tangannya bergari di belakang," tambah Moohanarajan yang merupakan jiran Sugumar.

Saksi ditempat kejadian itu berkata insiden tersebut berlaku hampir 10 minit antara 6.30 petang semalam berhampiran tanah perkuburan Taman Perkasa di Batu 12, Hulu Langat.

Hampir 20 orang terdiri daripada keluarga Sugumaran, saudara dan jiran berkumpul di hospital sejak 9 pagi dan meminta untuk melihat mayat mangsa.

Emak mangsa, K. Manimagalay hanya dibenarkan untuk melihat mayat anaknya enam jam kemudiaan pada 3.10 petang. Beliau teresak-esak menangis selepas keluar dari bilik mayat dan terpaksa ditenangkan oleh adik lelakinya.

Pertengkaran berlaku apabila Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam menjerit: "Gari masih dibadan. Celaka! Dah mati tapi masih gari. " Orang ramai mula menjerit marah dengan lima anggota polis cuba mengawal keadaan diluar.

Moohanarajan, seorang pengganggur berkata dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli permainan video telah melihat anggota polis mengejar Sugumaran kemudiaan membelasahnya, menggarinya dan kemudiaan membaling serbuk kunyit ke muka mangsa.

Beliau menambah polis foreksik hanya datang pada jam 11 malam untuk mengalihkan mayat mangsa ketika hujan turun.Manimagalay berkata anak bongsunya Sugumaran tidak memiliki sebarang rekod jenayah.


"Dia tidak pernah mencuri. Dia tidak membunuh sesiapa.... Orang ramai berkata dia bergaduh dengan warga Nepal lagipun," kata beliau kepada wartawan. Ibu kepada tiga anak tersebut juga berkata Sugumaran mengalami sakit mental tetapi tidak menyatakannya dengan jelas.

Rakan Sugumaran, T. Panirselvam berkata Sugumaran seorang yang panas dan sering bertindak secara melulu jika diusik."Mungkin dia tertekan," kata Panirselvam, sambil menambah ibunya sendiri pernah membuat laporan polis keatas Sugumaran beberapa tahun lalu tetapi tidak menyatakan puncanya.

Peguam keluarga Sugumaran, N. Surendran memberitahu hari ini selepas melihat mayat mangsa beliau mendapati kaki kiri mangsa tercedera dan terdapat banyak parut yang menunjukkan "dia telah ditolak jatuh".

Surendran juga menggesa siasatan segera oleh pihak polis dan menggantung tugas pegawai polis yang terlibat dalam insiden.

Keputusan bedah siasat masih belum lagi dikeluarkan pada ketika ini.
-TMI

Fakta Menarik Kelab Terkaya Di Dunia !



Madrid kekal kelab terkaya di dunia

REAL Madrid mempertahankan statusnya sebagai kelab terkaya di dunia buat kali kelapan berturut-turut serta menjadi pasukan Sepanyol pertama menghasilkan pendapatan tahunan melebihi AS$650.5 juta (RM1.978 bilion).

Menurut Deloitte Football Money League 2012, Madrid dan Barcelona masih tetap menjadi dua kelab dengan pendapatan tahunan tertinggi.

Dua kelab gergasi La Liga ini berjaya mengungguli kelab-kelab asal Inggeris, Itali, Jerman dan juga Perancis.

Manchester United (MU) pula menduduki di tempat ketiga - memiliki pendapatan AS$502.4 juta (RM1.53 bilion), di belakang Real Barcelona (AS$613 juta atau RM1.86 bilion).




Laporan itu tidak mengambil kira hutang.

Dominasi kelab gergasi Sepanyol itu dalam kepentingan kewangan bola sepak datang walaupun keadaan ekonomi negara itu tidak begitu menggembirakan susulan kemelesetan sejak 2009 manakala pengangguran di sekitar 25 peratus.

Real Madrid, yang telah menghabiskan banyak wang sejak beberapa tahun kebelakangan ini dalam memperoleh beberapa pemain terkemuka dunia seperti Cristiano Ronaldo, Mesut Ozil dan Angel Di Maria, memenangi gelaran domestik musim lalu dan mengejar rekod gelaran ke-10 Liga Juara-Juara.

Real Madrid tidak sama dengan MU.

MU mengetuai Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan lima mata di depan manakala Real Madrid pula berada d tempat ketiga.

"MU terus memanfaatkan jenama global mereka.

"Rekod dunia baru tujuh tahun penajaan baju bersama General Motors akan menggandakan pendapatan kelab itu," kata Pengurus Kanan Kumpulan Perniagaan Sukan di Deloitte, Austin Houlihan dalam satu kenyataan.

Tambah Houlihan, "ini digabungkan dengan perjanjian siaran perdana EPL dari 2013/14, yang akan membawa pengagihan tambahan antara £20 juta dan £30 juta setiap kelab, akan membantu MU menolak dua Sepanyol di atas mereka, untuk dua kedudukan teratas."

"Sesungguhnya perjanjian terbaru Liga Perdana bermakna separuh daripada 20 kelab teratas Liga Wang akan diwakili oleh kelab-kelab Inggeris dalam masa beberapa tahun," katanya.

Buat tahun kelima berturut-turut, enam kelab teratas Liga Wang kekal sama iaitu Bayern Munich di tangga keempat, diikuti Chelsea, dan Arsenal di tangga keenam.
Hasil antara 20 teratas meningkat 10 peratus pada tahun sebelumnya untuk mencapai AS$6.37 bilion).

"Ia adalah pencapaian yang mengagumkan untuk Madrid telah melepasi €500 bilion dalam pendapatan dalam satu tahun.

"Real telah melalui jalan luar biasa dalam pertumbuhan hasil yang dicapai oleh kelab teratas permainan, dengan peningkatan dua angka (10 peratus) oleh 20 kelab teratas mewakili prestasi kukuh yang berterusan di masa-masa sukar ekonomi.

"Hasil gabungan 20 kelab teratas telah empat kali ganda sejak kita mula analisis kami pada tahun 1996/97.

"Walaupun lapan daripada 20 kelab teratas mengalami penurunan dalam hasil pada tahun 2011/12, dalam kebanyakan kes ini adalah disebabkan kurang berjaya di padang persembahan dalam pertandingan kelab Eropah, bukannya yang lebih luas kesan kemelesetan," kata Dan Jones, rakan dalam Kumpulan Perniagaan Sukan di Deloitte.

Liga Perdana menempatkan tujuh wakil termasuk Manchester City yang pendapatannya kini tengah meningkat susulan kejayaan mereka tampil di acara Liga Juara-juara. The Citizens kini berada dalam kelompok 10 terbaik dengan berada di kedudukan ketujuh.

"Kemajuan kelab itu ke atas permainan Inggeris dan Eropah bermakna bahawa mereka telah ditetapkan untuk kekal 10 kelab teratas Liga Wang untuk masa hadapan, dan akan kelihatan untuk menolak pada hadapan - 2 kelab Inggeris serta-merta di atas mereka dalam Liga Wang - Arsenal dan Chelsea, untuk lima kedudukan teratas," kata Houlihan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...