31 Disember 2012

NAJIB KANTOI ! JASA dan KEMAS Akui BN Akan "Tergolek Dog" di Sabah!!!

Pakatan yakin dapat 35 dari 60 kerusi Dun Sabah

Pakatan Rakyat Sabah yakin dapat menawan 35 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah pada Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Lajim Ukin berkeyakinan penuh selain dari 35 kerusi Dun, Pakatan Rakyat juga turut dapat memenangi 15 kerusi Parlimen di negeri itu.

"Saya berkeyakinan pada PRU13 nanti kita (Pakatan Rakyat) dapat memenangi 32 hingga 35 kerusi Dun dari 60 kerusi yang dipertandingkan dan membolehkan kita mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.

"Selain itu juga 15 kerusi parlimen akan turut kita perolehi bagi membantu Pakatan Rakyat menawan Putrajaya," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Lajim yang dalam pada itu turut mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang masih mengganggapkan Sabah sebagai 'fixed deposit' mereka pada pilihanraya nanti.

Malah jelas Lajim lagi, jika Najib yang masih berkeyakinan kenapa sehingga sekarang beliau masih belum yakin untuk membubar parlimen dan memberi laluan kepada PRU13.

"Ketika saya di dalam Majlis Tertinggi Umno sebelum ini, ada agensi melaporkan kedudukan Umno-BN di sabah adalah 52 peratus memihak kepada mereka, manakala 48 peratus pula kepada Pakatan Rakyat.

"Tetapi maklumat tersebut bercanggah dengan apa yang disalurkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan juga Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang menyatakan Barisan Nasional akan kalah di Sabah," katanya.
Tambah beliau atas sebab percanggahan maklumat itulah menyebabkan Najib dan juga pemimpin tertinggi Umno termasuk Timbalan Perdana Menteri terpaksa berulang-alik ke Sabah untuk mencari undi mereka.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) juga memberitahu tiada sebab untuk rakyat Sabah menolak Pakatan Rakyat pada PRU13 nanti.

Ini kerana Pakatan Rakyat yang mendahului Barisan Nasional dalam mendengari masalah dan penderitaan rakyat Sabah sebelum ini terutamanya dalam pemberian 20 peratus royalti minyak kepada Sabah dalam usaha meningkatkan kebajikan rakyat.

30 Disember 2012

TERKINI ! TONGKANG PATI BOLOS DI PERAIRAN LANGKAWI...

Sempadan Negara bolos lagi..Langkawi

Pendatang dari Myanmar berjumlah 452 org..termasuk 1 meninggal,12 wanita dan termasuk  8 orang kanak-kanak, menurut sumber tongkang tersebut tersadai di Kawasan Perhotelan, Pantai Kok, Langkawi.

Lagi Menyusul.....

 

 
452 PATI Myanmar dipaksa terjun ke laut Langkawi::

LANGKAWI – Hasrat seramai 452 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Myanmar untuk mencari rezeki di negara ini musnah apabila salah seorang daripada mereka mati lemas manakala selebihnya nyaris maut ketika cuba berenang ke pantai berhampiran Teluk Burau di sini semalam.


Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, kesemua PATI berusia tujuh hingga 50 tahun itu dipaksa terjun dari tongkang kayu yang membawa mereka oleh seorang tekong ketika tongkang itu berada kira-kira 500 meter dari pantai.


Ketua Polis Langkawi, Superintendan Harrith Kam Abdullah berkata, mayat lelaki tersebut ditemui terapung berhampiran kawasan pantai tersebut.

“Selain itu, dua lagi lelaki ditemui dalam keadaan kritikal dan mereka dikejarkan ke Hospital Langkawi untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. Lapuran telah dibuat oleh pihak hotel berkenaan kepada Polis Daerah Langkawi.
 
LANGKAWI (Arrahmah.com) - Sebanyak 452 Muslim Rohingya yang memasuki perairan Langkawi, Malaysia, ditahan pada Ahad (30/12/2012) siang sekitar pukul 13:30 di pantai Teluk Burau karena dianggap masuk wilayah tersebut secara ilegal.

Kepala polisi Langkawi Supt Harrith Kam Abdullah mengatakan bahwa perahu para pengungsi itu berada di dekat pantai tersebut dan beberapa pengungsi terlihat turun ke darat dan meminta air, seperti dilansir Bernama.

Polisi menambahkan bahwa kelompok pengungsi ini, termasuk wanita dan anak-anak, diduga kuat berlayar dari Myanmar 12 hari lalu. Mereka mencari tempat perlindungan yang aman, namun malangnya mereka malah membayar sebesar USD 300 per orang oleh agen tak diketahui.

Mereka ditempatkan di markas polisi Langkawi dan akan dikirim ke pusat tahanan imigrasi untuk investigasi lebih jauh, tambah polisi. (siraaj/arrahmah.com)
 

KANTOI DAH ! MAKLUMAT BOCOR... TANAH UNTUK KEM TENTERA YANG DEPA GASAK..!!!

 

Kerajaan Selangor Siasat Tanah Milik Raja Ropiah

YAB Dato’ Menteri Besar Selangor memandang serius laporan susulan pendedahan oleh Deepak Jaikishan bahawa usaha sedang giat dilakukan untuk menjual lebih 200 ekar tanah milik Awan Megah Sdn Bhd bernilai RM130 juta kepada Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Boustead Holdings Berhad, milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).


Dato’ Menteri Besar yang kini berada di luar negara telah mengarahkan Pengarah Tanah dan Galian Selangor untuk memantau sebarang bentuk transaksi yang melibatkan hartanah-hartanah ini. Semakan awal yang dilakukan, tanah-tanah di Bukit Raja tersebut telah diberimilik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan melalui proses pengambilan tanah pada tahun 1980an bertujuan sebagai Tapak Kem 9 Briged.
Kerajaan Selangor juga akan menyiasat bagaimana tanah tersebut dikatakan telah diberikan kepada syarikat Awan Megah Sdn Bhd yang mana pengarahnya adalah Ketua Wanita Umno Selangor, Senator Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah.

 

 Kerajaan Selangor sangat hairan bagaimana tanah yang telah digazetkan untuk kem tentera boleh diurusniaga secara komersil melainkan dengan arahan dan campurtangan pihak yang benar-benar berkuasa.
 

 Kerajaan negeri juga akan meneliti samada benar telah berlaku proses jual beli tanah tersebut kepada Raja Ropiah pada harga RM7 kaki persegi atau RM72 juta yang akhirnya Raja Ropiah juga didakwa telah menjual sebahagian daripada tanah di Bukit Raja itu kepada syarikat lain dengan harga RM16 kaki persegi bagi mendapat untung atas angin. Kita akan melihat semula dokumen-dokumen yang berkaitan.

Sekiranya kita dapati berlaku perlanggaran prosedur dan urusniaga yang menyalahi peraturan sebelum 2008, kita tidak akan teragak-agak untuk menghentikan sebarang urusniaga yang melibatkan tanah tersebut sama ada urusan pindah milik atau penjualan yang sedang dirancang.

Semakan juga akan dilakukan terhadap semua permohonan pembangunan yang bercanggah dengan matlamat pengambilan tanah tersebut yang dilakukan seawal tahun 1980an.

Kerajaan negeri berpandangan bahawa semua urusniaga ini perlu dipandang serius kerana melibatkan dana awam yang datangnya dari wang pencen anggota tentera.

Kerajaan Selangor tidak akan membenarkan niat UMNO untuk menyalahgunakan dana awam ini bagi menyelamatkan pemimpin-pemimpin mereka yang menyalahguna kuasa demi kepentingan politik dan peribadi.


Nampaknya UMNO tidak serik dengan aib yang mereka hadapi setelah kehilangan dana awam RM250 juta menerusi projek NFC yang melibatkan pemimpin tertinggi mereka. Kini wujud pula pengkhianatan yang melibatkan bukan sahaja dana awam tetapi hartanah yang dikhususkan untuk Angkatan Tentera, juga oleh pimpinan kanan dan pemimpin wanita UMNO Selangor.
Selama ini Raja Ropiah cuba menonjolkan watak seorang pemimpin yang membela hak rakyat dengan sering hadir setiap kali ibu tunggal mengadakan perhimpunan menuntut hak dari kerajaan Selangor setelah dilantik sebagai Senator menggantikan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang pelantikannya tidak disambung semula. Rupa-rupanya beliau tidak jauh beza dengan mentornya. 





Deepak mungkin mempunyai agendanya tersendiri tetapi apa yang lebih penting bagi rakyat Malaysia khususnya rakyat Selangor, pendedahan Deepak telah membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan barisan kabinetnya terlalu kotor dan bergelumang dengan skandal dan salah guna kuasa pada setiap peringkat.

PANAS ! DANA PENCEN TENTERA JADI PAK SANGGUP...MAMPUSDAH !!!

RM160 juta dana pencen tentera diguna untuk tutup mulut Deepak



: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi menyalah guna kuasa apabila menggunakan wang pencen anggota tentera menutup mulut Deepak Jaikishan dari terus membuat siri pendedahan berkaitan skandal pembunuhan Altantuya Shariibuu.

Pengarah Strategik KEADILAN, Rafizi Ramli, berkata wang pencen itu digunakan dalam urus niaga melibatkan bayaran RM30 juta untuk membeli 80 peratus saham terbitan Astacanggih dan RM130 juta untuk membeli 200 ekar tanah dari Awan Megah Sdn Bhd (Awan Megah).

Urus niaga itu, katanya, dibiayai sepenuhnya oleh Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah miliki penuh Boustead Holdings Berhad, milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

“Sedangkan, modal dan aktiviti Boustead Holdings Berhad banyak bergantung kepada caruman dari potongan gaji anggota tentera yang disalurkan melalui LTAT,” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di sini, hari ini.

Rafizi berkata, bayaran RM130 juta terhadap 200 ekar tanah yang statusnya masih belum dipindah milik kepada Awan Megah sekaligus bermakna Zahid Hamidi mengambil RM130 juta dari caruman anggota tentera.

Beliau berkata, wang itu kemudian digunakan untuk membayar syarikat milik seorang pimpinan Umno tanpa sebarang tukaran aset kerana tanah berkenaan belum dipindah milik kepada Awan Megah.

“Nilaian RM130 juta bagi 200 ekar tanah itu pula dibuat semata-mata atas dasar persetujuan antara penjual dan pembeli tanpa menggunakan penilaian bebas,” katanya.


Menegaskan Zahid Hamidi patut berhati-hati dalam membuat pelaburan terbaik untuk kepentingan anggota tentera, Rafizi menyifatkan urus niaga itu bukan atas pertimbangan komersial dan panduan pelaburan LTAT.

“Ia dibuat semata-mata untuk menutup mulut Deepak dan memadamkan skandal ini. Maka, tindakan tidak berwaspada Zahid Hamidi menyalah guna kuasa dengan mengarahkan LTAT membayar RM160 juta mengesahkan pendedahan Deepak itu benar hingga Najib Razak.

“Saya akan mendedahkan bayaran yang dibuat Deepak terhadap pihak tertentu yang dikaitkan dengan Najib Razak, memandangkan jelas pendedahan itu ada kredibiliti dan kebenarannya,” kata beliau.

Untuk membaca kenyataan media secara penuh, klik ini.


PANAS ! OTAI UMNO DAN FELDA PUN TINGGALKAN UMNO...!!!

Balik dari Himpunan Oren, saya dan rakan2 singgah minum di R n R Ayer Keroh. Terserempak dengan Sdr Salleh Ahmad, bekas Pengerusi Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan yang popular di tahun 90an.

Beliau peneroka Felda Taib Andak, masih cergas dan berulang alik ke Selayang. Masih mesra seperti dulu. Pernah menjadi Pegawai Penerangan Umno dan AJK Umno di peringkat Bahagian Senai(kini Kulaijaya) agak lama. Seorang pemidato yang hebat.

Tinggal di KL banyak menyedarkan beliau mengenai sepak terajang politik. Kalau saya duduk Johor sj, mungkin sampai ke mati Umno berdengung!
Sebelum berpisah, dia berjanji untuk bantu PAS khususnya Parlimen Kulaijaya. Dia kata pemimpin Umno seperti Adam Hamid, Tosrin Jarvanti dan Zainal Jidin adalah kawan2 dlm Umno Bahagian sejak dulu.

Nampaknya makin ramai tinggalkan Umno.......

Balik dari Himpunan Oren, saya dan rakan2 singgah minum di R n R Ayer Keroh. Terserempak dengan Sdr Salleh Ahmad, bekas Pengerusi Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan yang popular di tahun 90an.

Beliau peneroka Felda Taib Andak, masih cergas dan berulang alik ke Selayang. Masih mesra seperti dulu. Pernah menjadi Pegawai Penerangan Umno dan AJK Umno di peringkat Bahagian Senai(kini Kulaijaya) agak lama. Seorang pemidato yang hebat.
Tinggal di KL banyak menyedarkan beliau mengenai sepak terajang politik. Kalau saya duduk Johor sj, mungkin sampai ke mati Umno berdengung!
Sebelum berpisah, dia berjanji untuk bantu PAS khususnya Parlimen Kulaijaya. Dia kata pemimpin Umno seperti Adam Hamid, Tosrin Jarvanti dan Zainal Jidin adalah kawan2 dlm Umno Bahagian sejak dulu.


Nampaknya makin ramai tinggalkan Umno.......


Catitan Mazlan Aliman
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...