29 Disember 2012

Panas ! Isa Samad Takdak Telok Rupanya..!!! (+video)



Isa Samad takut untuk temui warga Felda

KUALA LUMPUR: 3.20 pm- Salahudin berucap sejurus selesai menyerahkan memorandum. Melahirkan kekecewaan kerana Isa takut untuk turun menerima sendiri memorandum tersebut.
"Kita datang dengan baik, tanpa provokasi. Kita kecewa kerana bukan Isa yang menerima memorandum hari ini," kata Salahudin.

Mazlan juga turut sekali lagi menyampaikan ucapan.

"Sepatutnya tidak ada masalah pada kita. Kita sudah hantar surat awal menyatakan hasrat kita untuk menyerahkan memorandum."Tetapi Isa takut, sehingga tidak sanggup menerima memorandum daripada kita," kata Mazlan.

Himpunan kemudiannya bersurai kira-kira jam 3.30 petang selepas bacaan doa oleh Ust Mohd Nor.


 

3.10 pm - Polis membenarkan beberapa pemimpin melepasi sekatan untuk menyerahkan memorandum.

(Gambar: Beberapa pemimpin himpunan dibenar masuk menyerahan memorandum)


Kelihatan Salahudin bersama Mazlan Aliman masuk untuk menyerahkan memerandum tersebut.


Bagaimanapun memorandum itu hanya diterima oleh pegawai Felda di luar pagar.

Sebelum ini mereka menyatakan harapan agar Isa sendiri menerima memorandum tersebut.


 

2.40 pm - Lebih 2000 orang sudah memenuhi perkarangan luar pagar Ibu Pejabat Felda Jalan Semarak.

Sambil membawa kain rentang bantahan terhadap Isa, mereka juga melaungkan 'Undur Isa'.


Sementara menunggu kebenaran menyerahkan memorandum, beberapa pimpin turut berucap kepada para peserta yang hadir.


Dr Hatta dengan berkerusi roda menyampaikan ucapan di hadapan Wisma Felda.


"Isa Samad pernah disabitkan dengan rasuh politik, tetapi beliau masih diberi memegang jawatan Pengerusi Felda.

"Pengerusi Felda adalah jawatan yang besar, perlu orang amanah dan bersih.

"Kita cintakan Felda. Kita mahu Felda menjadi milik peneroka sepenuhnya, tetapi sekarang menjadi milik korporat," kata Dr Hatta.
 
 2.30 pm - Peserta himpunan kini tiba di Wisma Felda. Polis menghalang beberapa peserta yang cuba mendekati pintu pagar.

(Gambar: Patung berwajah Isa Samad 'dirotan' sambil diarak peserta)



Penganjur kini sedang berbincang dengan pihak keselamatan bagi membenarkan beberapa wakil mereka masuk menyerahkan memorandum.


Kelihatan Pengerusi Bapa, Razman Zakaria mengetuai perbincangan dengan pegawai polis.

2.20 pm- Peserta himpunan kini sedang bergerak menuju ke ibu pejabat Felda.

Kira-kira 100 orang penyokong yang dipercayai penyokong Umno dilihat berhimpun bagi menghalang perserta himpunan ke pejabat Felda.

Kedua-dua himpunan GSF dan penyokong Umno itu dipisahkan dengan sekatan pihak polis ditengah-tengah di hadapan pintu masuk ke pejabt Felda.

2.15 pm- Ucapan dimulakan dengan Salahudin mengambil pentas.

"Kita datang hari ini dengan satu tujuan. Mereka yang tidak bertanggungjawab sila kosongkan kerusi Felda.

"Kita berkumpul hari ini adalah untuk menghalau Isla Samad keluar daripada Felda," Kata Salahudin.

Mazlan pula mengambil tempat untuk berucap


"Kehadiran Isa telah mengundang bencana dalam Felda. Kita himpun hari ini bagi menyatakan ketegasan kita agar Isa letak jawatan sebagai pengerusi Felda.

"Saya termia banyak maklum balas termasuk dari dalam Felda sendiri. Mereka juga bersetuju bahawa orang bernama Isa Samad perlu keluar dari Felda," kata Mazlan.

2.10 pm- Hampir 1000 orang sudah berada di perkarangan Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur Jalan Semarak menyertai Himpunan Oren Selamatkan Felda 2.0 hari ini.


 


Difahamkan mereka akan bergerak ke Ibu Pejabat Felda yang kira-kira 500 meter dari masjid tersebut sebentar lagi bagi menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Felda Tan Tan Sri Isa Samad.

Di perkarangan masjid ketika ini sedang berlangsung ucapan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.Antara pimpinan yang kelihatan setakat ini termasuklah Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, AJK PAS Pusat Dr Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Mohd Noor Mohamad.

Himpunan hari ini adalah anjuran Gerakan Selamatkan Felda (GSF) yang diketuai Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.

Kelihatan juga, patung berwajah mirip Isa turut diarak oleh peserta dengan di ikat pada kayu dan seorang peserta dilihat memegang rotan dengan gaya mahu memukul belakang patung tersebut.






 


28 Disember 2012

TERHOT ! MR 10 % YANG BERSEHAJA....AKHIRNYA TERBONGKAR..!!!



Anwar gugurkan BOM: Ada kemungkinan besar Dr M memiliki kekayaan sejumlah AS $44 

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjatuhkan bom yang menggemparkan bahawa tidak mustahil bekas bosnya Mahathir Mohamad memiliki kekayaan sebanyak AS $ 44 billion, yang menjadikannya bekas pemimpin kedua terkaya di dunia.

"Ya, ia bermungkin juga. Mengapa tidak? Lihatlah keluarganya, kroninya. Ini sememangnya menuntut penjelasan Dr Mahathir," Anwar memberitahu pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di Tropicana, Petaling Jaya.


Beliau mengulas laporan Malaysia Chronicle baru-baru ini yang merujuk halaman Wikipedia yang menunjukkan senarai pemimpin terkaya dan bekas pemimpin terkaya di dunia dan jumlah kekayaan yang mereka miliki. KES NAMA HILANG: Adakah Dr M bekas pemimpin kedua terkaya dengan harta $ 44 BILLION?

Laman Wiki, yang dikemaskini pada 14 Disember, telah menyenaraikan Mahathir sebagai kedua terkaya selepas bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak, yang dianggarkan memiliki kekayaan bernilai AS $ 70 bilion. Walau bagaimanapun, beberapa minit selepas artikel itu diterbitkan, nama Mahathir dengan misterinya telah hilang dari senarai Wiki dan Allayarham presiden Suharto dari Indonesia yang pada mulanya berada di tempat ketiga dengan kekayaan yang dianggarkan AS $ 35 billion, telah menggantikan tempat kedua, bekas Perdana Menteri Malaysia itu.

Mr 10%?


Sekarang, Mahathir yang telah berusia 87 tahun pernah memerintah Malaysia selama 22 tahun dari 1981-2003. Pemerintahan ala kuku besinya dan pilih kasih antara kaum untuk mendapatkan kelebihan politik telah dikritik hebat dan dia lebih banyak menerima kutukan daripada penghargaan sebahagian besar penduduk Malaysia.


 

Pengkritik, juga menggambarkan Mahathir sebagai 'Dr Devil', dan kebelakangan tahun ini telah membuat spekulasi berapa banyak wang yang telah dikumpul olehnya dan juga ahli keluarganya melalui pengaruh dan kawalan mutlak pelbagai jentera kerajaan. Ada juga yang memanggilnya "Mr 10%", yang merujuk kepada dakwaan penyalahgunaan kuasa dan amalan rasuah seperti mendapatkan hasil daripada setiap kontrak yang memberikan olehnya lampu hijau.

Malah, kerabat kroni Mahathir merupakan antara ahli perniagaan terkaya dan paling berkuasa di negara ini. Antaranya, raja loteri Vincent Tan dan Ananda Krishnan, bos terkenal Maxis yang kini sedang disiasat oleh kerajaan India kerana dikatakan telah memberi rasuah untuk mendapatkan kepentingan di Aircel.

Dari 2001 ke 2010, AS $285 BILLION dibawa keluar secara haram


Spekulasi kekayaan Mahathir datang dari laporan menggemparkan Global Financial Integrity (Integriti Kewangan Global) yang berpangkalan di Washington. Mereka telah menjejaki pengaliran keluar kapital yang dikendalikan oleh eksekutif atasan kewangan termasuk bekas penyelidik kanan IMF.

GFI melaporkan bahawa sejumlah AS $ RM 197 billion 'wang haram’ telah disalurkan keluar dari Malaysia pada tahun 2010 berbanding RM 93 bilion pada tahun 2009, ini menunjukkan peningkatan sebanyak 112%. Malaysia juga mempunyai rekod memalukan yang meletakkannya sebagai negara No 2 mempunyai jumlah pengaliran keluar wang haram tertinggi didunia selepas China pada tahun 2010.

Bagi tenpoh 10 tahun dari 2001 ke 2010, Malaysia berada di kedudukan No 3 di seluruh dunia selepas China dan Mexico. Jumlah anggaran bagi 10 tahun Malaysia ialah AS $ 285 billion (RM871.4 bilion), manakala China sebanyak AS $ 2.740 bilion, dan Mexico AS $ 476 bilion.

Dalam laporan terbaru, GFI terang-terangan menyatakan, amaran pengaliran wang keluar di Malaysia adalah "pada skala yang boleh dilihat di beberapa negara Asia".

Rompakan Terbesar



Anwar juga "tidak yakin" bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan berminat untuk menyiasat laporan GFI atau tampil dengan pelan tindakan bagi menghentikan pengaliran wang keluar secara haram.

Beliau telah mengadakan rundingan meja bulat pada Januari 2013 di mana gabungan Pakatan Rakyat merancang untuk membawa bersama-sama pegawai-pegawai dari GFI, wakil Bank Negara dan pegawai-pegawai kerajaan untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian

"Dia (Najib) juga bersubahat dalam hal ini. Kami membangkitkan perkara itu dua tahun lalu tetapi bukan sahaja tiada apa-apa yang telah dilakukan,malah jumlah aliran keluar wang haram naik dua kali ganda pada tahun 2010 berbanding 2009. Dia tidak telus kepada rakyat dan telah menyekat penyiasatan, "kata Anwar.

"Kita bercakap tentang jenayah yang tidak boleh dibayangkan. Ini adalah situasi yang sama seperti dalam Rompakan Besar India di mana AS $ 500 bilion telah dibawa keluar secara haram dari negara itu dalam tempoh 6 dekad."

PANAS ! DEEPAK DAH U-TURN ...DUIT SUDAH ASOK..!!!

Deepak tarik saman terhadap Putrajaya, unit LTAT beli syarikatnya

Deepak, yang membuat pelbagai dakwaan mengenai urusan melibatkan Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah, hilang semenjak 13 Disember.


 Deepak Jaikishan menarik kembali samannya terhadap Putrajaya diatas pelanggaran perjanjian tanah di Bukit Raja, Selangor dan pada hari sama, syarikat pelabur kerajaan membeli 80 peratus kepentingan dalam syarikat pembangunan hartanah milik peniaga permaidani itu dengan RM30 juta. Peniaga kontroversi yang membuat pelbagai dakwaan mengenai urusan melibatkan Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah, hilang semenjak 13 Disember.

Akhbar The Star melaporkan hari ini bahawa seorang pegawai mahkamah mengesahkan ahli perniagaan kontroversi tersebut, melalui peguamnya, menarik kembali samannya tanpa kos dalam kes syarikatnya Astacanggih Sdn Bhd, yang menamakan syarikat kerajaan Tanah dan Harta Sdn Bhd, Awan Megah (M) Sdn Bhd dan syarikat penama Cebur Megah Development Sdn Bhd kerana didakwa melanggar perjanjian.

Peguambela Awan Megah Datuk Saseedharan Menon berkata permohonan bertulis telah dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan dalam perbicaraan Hakim Zabariah Mohd Yusof perbincangan perkara itu dengan kedua-dua pihak berlaku di dalam kamar mahkamah semalam.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Astacanggih mendakwa Awan Megah bersetuju dengan syarikat tersebut bahawa Kerajaan dan Syarikat Tanah dan Harta bersetuju untuk memindahkan tanah di Bukit Raja kepada Cebur Megah.
Ia berkata, pemindahan itu akan dilaksanakan dalam tempoh sebulan selepas Astacanggih mengemukakan bon tanah kepada Kerajaan. Tetapi ia tidak pernah dilakukan, kata Deepak yang menjadi terkenal kerana peranannya dalam mengatur kenyataan bersumpah kedua penyiasat persendirian P. Balasubramaniam mengenai pembunuhan warganegara Mongolia Altantuyaa Shaariibuu pada tahun 2006.

Dalam tuntutan balas, Awan Megah memohon perisytiharan bahawa Astacanggih telah menolak surat perjanjian.

Sementara itu, Bernama melaporkan unit pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Boustead Holdings Bhd sudah memperolehi 80 peratus kepentingan dalam Astacanggih Sdn Bhd dengan harga RM30 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Boustead berkata unit milik penuhnya, Bakti Wira Sdn Bhd, memperoleh saham dari Prestige Dimensi Sdn Bhd dan pemegang saham minoriti lain Astacanggih pada 20 Disember.

Bakti Wira Development dan Astacanggih juga menandatangani perjanjian dengan Awan Megah semalam untuk memperoleh 80.94ha tanah pegangan bebas di Klang,Selangor, dengan harga RM130 juta.

Boustead berkata pembelian saham dan pengambilalihan tanah akan dibiayai melalui pinjaman bank dan dana yang dijana secara dalaman, menurut agensi berita nasional Bernama.Mengenai rasional, Boustead berkata pengambilalihan itu akan mengemukakan peluang bagi kumpulan itu untuk mengembangkan bank tanahnya.

“Selain itu, tanah bersebelahan kepada 283.28ha tanah pembangunan
dibawah Jendela Hikmat Sdn Bhd, sebuah syarikat dimana kumpulan tersebut dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera memegang 60 peratus kepentingan ekuiti bersama-sama,” katanya.

Boustead berkata mereka optimistik dengan prospek tanah kerana kedudukan strategik lokasi.“Permintaan bagi tanah perindustrian di lokasi ini meningkat dengan siapnya stor penyimpanan terbaru UMW dan loji ujian di Bukit Raja, Klang,” katanya.

KANTOI !!! Ketua Bahagian UMNO Pandan dihukum penjara 8 tahun atas 10 Tuduhan Rasuah



Ketua Bahagian UMNO Pandan dihukum penjara 8 tahun, denda RM977,560 atas 10 tuduhan rasuah


KUALA LUMPUR: Ketua Bahagian UMNO Pandan, Abd Ghani Ismail, dihukum penjara lapan tahun dan denda hampir RM1 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas didapati bersalah atas 10 tuduhan menerima rasuah berjumlah RM193,512, enam tahun lalu.

Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan denda berjumlah RM977,560 terhadap Abd Ghani Ismail, 46, bagi semua tuduhan dihadapinya.

Rozilah turut menolak permohonan tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya didengar di Mahkamah Tinggi.

KANTOI ! Kerana Shafie Apdal... Najib Dapat Air Kencing...?

INI KALILAH, KERING KITA!



LEBIH setengah bilion dicurahkan ke Tenom sebagai Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sehingga Perdana Menteri meluluskan pinjaman RM235 juta untuk mengatasi masalah bekalan air di Tenom yang semakin meruncing. 

Ke mana perginya ratusan juta yang dicurahkan selama ini? Tambahan pula Ahli Parlimen Malaysia (Tenom), Datuk Raime Unggi mengesahkan Tenom cukup bekalan air. Di mana silapnya projek NKRA KKLW? Bak kata penduduk, ada meter, ada paip, tapi hantar air dengan lori! Jika tahun lalu, Penduduk Kunak marah melalui Videoklip bertajuk JANGAN SAMPAI KAMI KIRIM KENCING KEPADA PM!





JANGAN SAMPAI KAMI KIRIM KENCING KEPADA PM!




NEKAD....Ahmad nekad menunjukkan air kencing yang ditadahkan dan dirakamkan secara 'live' oleh SabahkiniTV.

“JANGAN sampai kami kirim kencing kepada Perdana Menteri gara-gara Shafie Apdal,” kata Setiausaha JKKK Kg. Cenderawasih, Kunak, Ahmad Bin Andi Mangga yang telah menunjukkan aksi berani memasukkan kencingnya ke dalam botol minuman yang mempunyai gambar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan mengungkapkan kata-kata di atas sambil menunjukkan botol yang mengandungi kencingnya untuk rakaman video dan digambar.

Ahmad menyatakan beliau terpaksa bertindak ‘kurang ajar’ untuk mengajar Shafie yang terlalu cuai dan kurang peka dengan aspirasi penduduk luar bandar terutama yang mengalami gangguan bekalan air disebabkan pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) yang dilaksanakan tanpa pemantauan KKLW.

“Selama ini
kita tidak pernah mengalami gangguan air, tetapi projek demi projek yang dilaksanakan KKLW telah dibuat tanpa sebarang notis sehingga mengganggu bekalan air ke kampung kami. Kadang-kadang satu bulan tiada air. Terpaksa beli daripada lori,” kata Ahmad yang berang kerana aduannya terhadap Adun Kunak, Datuk Nilwan Kabang dan Jabatan Air tidak diendahk
an langsung.

KENCING....Ahmad sedang memasukkan air kencingnya ke dalam botol sebelum berpaling kepada Krew SabahkiniTV.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...