25 November 2012

HOT ! BILLBOARD DSAI 'HARGA MINYAK TURUN' TELAH DIROBOHKAN..

Apa ke jadahnya...dengan billboard pon dah kecut...



LIHAT LAGI GAMBAR-GAMBAR SINI

LIVE ! LANGKAH HIJAU SAMPAI DATARAN MERDEKA -15,000 PERSERTA

Menyusul lagi...











Perarakan Anti-Lynas “Green Walk” yang telah mencecah kira-kira 15,000 orang telah sampai di Dataran Merdeka Kuala Lumpur petang tadi di mana mereka di halang daripada memasuki padang bersejarah tersebut.

Peserta yang berbaju hijau daripada berbilang kaum itu telah membanjiri persimpangan Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak tetapi dihalang daripada memasuki Dataran Merdeka oleh pasukan polis dan penguatkuas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Walaubagaimanapun, peserta-peserta berada di dalam keadaan aman dan ceria sementara menunggu isyarat daripada pemimpin mereka berkenaan langkah seterusnya jika masih dihalang untuk memasuki Dataran Merdeka.

Turut kelihatan dalam perarakan tersebut pemimpin Pakatan Rakyat seperti Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, MP Kuantan Fuziah Salleh, Exco Alam Sekitar Selangor Elizabeth Wong dan Adun Rawang Gan Pei Nei.

Acara “Green Walk” dimulakan oleh pengerusi Himpunan Hijau Wong Jack sebagai kempen untuk memupuk kesedaran tentang bahayanya operasi loji nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan, Pahang.

Wong yang memulakan acara Green Walk di Kuantan pada Nov 12, telah berjalan kaki sepanjang 300 km dari Kuantan ke Kuala Lumpur bagi meraih sokongan terhadap kempen itu.

Beliau yang memulakan acara tersebut secara peseorangan telah mengumpul beratusan penyokong yang turut berjalan bersama beliau.



Jalan TAR Ditutup Secara Rasminya Akibat Tidak Dapat Menampung Lebih 10 000 Peserta Himpunan Hijau Yang Telahpun Memenuhi Kawasan Itu Gara-Gara Penutupan Dataran Merdeka....


Peserta Langkah Hijau tiba ke persimpangan Jalan Tun Perak. Kurang 300 meter dari Dataran Merdeka

.
Peserta Langkah Hijau dari Kampung Railway, Sentul kini tiba ke Maju Junction. Lebih 5,000 berhimpun



Terkini..Dataran Merdeka Hampir Ditawan









TERKINI : Beribu-Ribu Peserta Himpunan Hijau Sudah Membanjiri Jalanraya Sekarang Dan Sekarang Ini Mereka Melalui Jalan Ipoh Sebelum Sampai Ke DATARAN MERDEKA Sebentar Lagi. Mereka Dijangka Sampai Pukul 4.00 Petang Ini.... Hidup-Hidup, Hidup Rakyat!!!

Kini Detiknya.... Perarakan Himpunan Hijau Ke Dataran Merdeka Berlangsung Ketika perserta2 yang bergerak dari MAJU JUNCTION....  Turut Kelihatan, CheguBard...


Peserta Langkah Hijau kini di Jalan Ipoh. Jumlah mencecah 5,000 orang. Reformasi!

Peserta Langkah Hijau kini di kuil Atheeswaran, dekat Sentul. Jumlah bertambah kepada 4,000 orang. http://twitter.yfrog.com/gylytbgij

Peserta Langkah Hijau kini di kuil Atheeswaran, dekat Sentul. Jumlah bertambah kepada 4,000 orang

Peserta GREEN WALK sdg bergerak ke Dataran Merdeka.. Bravo2


Himpunan Hijau terus mara walau Dataran ditutup kapitalis


Seramai 2,000 aktivis meruskan perarakan jalan kaki menuju Dataran Merdeka walau pihak berkuasa melakukan sekatan di kawasan tumpuan popular itu.
Perarakan hari ini melibatkan jarak terakhir sejauh 42 kilometer daripada kawasan bekas ibu pejabat PAS di Gombak – tempat mereka bermalam pada malam tadi.

Kumpulan berkenaan, termasuk beberapa keluarga, dikawal anggota unit amal PAS dengan pemerhatian anggota polis.

Mereka mengibarkan bendera Himpunan Hijau dan melaungkan slogan "Hentikan Lynas" sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya DUKE, Kampung Railway dan Sentul Pasar.

Ketika berhenti rehat di Kampung Railway, ketua kumpulan berkenaan Wong Tack dalam ucapannya memberi pesanan bahawa Dataran Merdeka bukanlah destinasi mereka yang terakhir.


Hot ! Dr. Mahathir Pun Jadi Broker..Tanah Ting Perk Kin...???

Lokasi tanah hujung Airport, telah ditambun asalnya laut, anggaran keluasan ratus ekar


Elehh takkan Tok Det lupa tanah Ting Perk Kin yang dirampas di Langkawi, itulah antara hasil negeri...


(Gambar hiasan saja ni Dato' Det, tak ada kena mengena dengan cerita. Dato' banyak dok buruk sangka dengan blog kami sampai sebut bukan-bukan pasai blog dalam Dewan... payahlah kami nak buat kerja)

Pembangkang di Kedah sibuk mempertikaikan sasaran hasil negeri RM640 juta dalam Bajet 2013, yang menurut mereka mustahil untuk dicapai sebab terlalu tinggi.Dalam perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada Persidangan DUN, YB Dato' Seri Mahdzir Khalid (BN-Pedu) merasa hairan dengan sasaran Kerajaan Negeri mengutip premium tanah yang dianggarkan berjumlah RM150 juta pada tahun hadapan.

Jumlah berkenaan, katanya, terlalu tinggi memandangkan semenjak dari tahun 2007 lagi, purata tahunan premium tanah adalah sekitar RM40 juta setahun.

Bagaimanapun Exco Kerajaan Negeri, Dato' Ir. Amiruddin Hamzah menjelaskan bahawa pertambahan mendadak anggaran premium sebanyak RM113 juta dari anggaran tetap yang sedia ada adalah hasil one-off yang melibatkan tiga lokasi.Pertama, sebidang tanah di Langkawi yang telah dirampas sewaktu Mahdzir menjadi Menteri Besar. Bekas pemilik tanah tersebut ialah Tan Sri Ting Perk Kin, kroni kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. (Nota: Tun Mahathir adalah seteru politik Pak Lah. Mahdzir Khalid bekas Setiausaha Politik Pak Lah yang diangkat Pak Lah menjadi MB Kedah)

Tanah itu dirampas dahulu kerana tidak membayar cukai taksiran yang berjumlah RM14 juta. Hanya cukai premium yang dibayar. Rampasan dibuat mengikut prosedur undang-undang dan telah diwartakan sebagai milik kerajaan.Dalam Sidang DUN Bajet 2012 tahun lalu, Mahdzir dalam perbahasannya semacam tidak setuju tanah itu diserah balik hanya kerana terdapat usaha oleh orang tertentu mendesak tanah itu dikembalikan.

Beliau tidak menyebut siapakah individu yang ‘menyondol’ kerajaan negeri minta tanah tersebut dikembalikan tetapi di belakang tabir, terdapat rahsia umum bahawa individu yang dimaksudkan ialah bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahathir.Perundingan telah berlaku antara bekas pemilik yang bersungguh-sunguh mahu mendapatkan kembali tanah tersebut bagi mengelak kerugian lebih besar apabila tanah tersebut terlepas tangan dan kerajaan negeri dijangka mendapat RM30 juta selepas bekas pemilik membeli tanah itu semula.

Kedua, bayaran premium satu projek besar yang akan dilaksanakan di Alor Setar yang turut melibatkan pampasan pengambilan jalan negeri sebanyak RM38 juta.Ketiga, ialah sebidang tanah di Daerah Bandar Baru milik kerajaan negeri, diambil balik oleh kerajaan negeri setelah ianya gagal dibangunkan oleh sebuah syarikat pemaju. Kini terdapat pihak yang berminat memajukan tanah tersebut dan anggaran hasil premium yang tinggi yang melengkapkan jumlah anggaran hasil tanah one-off itu sebanyak RM113 juta.
Ini bermakna hasil tetap mengikut rutin tahunan premium tanah hanya disasarkan RM37 juta. Ia adalah munasabah.


Mahdzir tidak bersalah dalam hal ini kerana beliau cuma bertanya soalan dan Amiruddin memberikan jawapan. Tetapi apabila Mahdzir membayangkan, sasaran RM150 juta pada tahun hadapan akan menyebabkan kenaikan kadar cukai dan premium tanah secara besar-besaran oleh kerajaan negeri maka ia dianggap sudah 'berburuk sangka' .. jangan dok suk dzon macam tu Dato' Seri tak baikkk...

HOT ! GAMBAR BUAH NAJIB TERSEBAR....!!!

TAK KISAHLAH APA PUN JANJI DAPAT BODEK NAJIB (GAMBAR)

Lagi elok kalau korang kumpulkan senarai kejayaan2 najib mentadbir negara...Itupun kalau ada......

Ha..Ha....transformasi neh.......


Sumber : Sini

Anda...jangan gelak......macam nie pun ada......


Panas ! BN Menang..Rakyat Senang..Hangpa Jangan Caya Dah...

Mari kita lihat bagaimana BN MENIPU RAKYAT dalam isu Bajet Kedah 2013



Dalam pembentangan Bajet 2008 di zaman BN mentadbir Kedah, Dato' Seri Mahdzir Khalid selaku Menteri Besar beliau menetapkan jangkaan hasil cuma RM484 juta tetapi perbelanjaan mengurus adalah sebanyak RM502 juta, pembangunan RM277 juta dan pengurusan air RM348 juta. Jumlah keseluruhan perbelanjaan ialah sebanyak RM1,127 juta.

Pada masa itu tiada seorang pun ADUN pembangkang (PAS) yang menempelak kerajaan negeri kerana berbelanja sehingga melangkaui 'defisit' sebanyak RM643 juta. Sebabnya mereka tahu membaca laporan bajet.


Lucunya seorang ADUN pembangkang (sekarang BN) iaitu Dato' Ir Nawawi Ahmad mempersoalkan jangkaan hasil RM640 juta dalam Bajet 2013 sedangkan perbelanjaan ialah RM1.1 bilion yang katanya, menunjukkan 'defisit' hampir 72 peratus. "Defisit ini lebih teruk daripada Greece. Ia seolah-olah Kerajaan Negeri telah mengisytiharkan Kedah akan bankrap pada tahun hadapan. Dewan Perniagaan Cina Negeri Kedah pun cakap, ekonomi di Kedah sedang masuk gear gostan," kata Nawawi yang merupakan ADUN BN dari Kuah.

Amiruddin dalam jawapannya di Sidang DUN yang menjelaskan persoalan Datuk Nawawi Ahmad berkata, persoalan seperti itu tidak patut timbul apatah lagi datangnya dari seorang bekas Exco kerajaan negeri. Katanya, terdapat sumber hasil lain tetapi tidak dimasuk dalam sumber pendapatan negeri kerana ia diperakaunkan di bawah kumpulan wang berasingan. Antaranya ialah terimaan kumpulan wang pembangunan, kumpulan bekalan air, pemberian sahan ekonomi dan kesejahteraan rakyat, pemberian pertambahan hasil dan penyelenggaraan jalan raya oleh kerajaan Pusat.

Penjelasan yang dibuat oleh Amiruddin menyebabkan Nawawi bangun cuba berdolak dalik memberitahu bahawa beliau tidak menuduh kerajaan akan muflis tetapi hanya meminta penjelasan, sedangkan kenyataannya bahawa kerajaan bakal muflis telah tersiar di hampir kesemua media utama dalam negara.

Amiruddin dalam ucapan penggulungannya merayu pihak media yang menyiarkan laporan tidak betul dari ADUN Kuah itu supaya membuat penjelasan kembali tetapi malangnya tiada satu pun media utama yang berani menyiarkan penjelasannya. Hanya akhbar Sinar Harian yang menyiarkan penjelasan tetapi bukannya dari Amiruddin, sebaliknya memetik kenyataan dari Menteri Besar Dato' Seri DiRaja Azizan Razak yang tidak begitu mendalam penjelasannya.

Mustahil ADUN pembangkang tidak tahu 'membaca' laporan bajet kerana mereka sudah memerintah selama separuh abad. Rasanya apa yang mahu dilakukan BN ialah memutarbelit persoalan sebenar sambil menipu rakyat kerana BN dengan tipu, fitnah dan bohong sudah sinonim!

Pendedahan Penyelewengan GLC dan Salah urus tadbir kerajaan BN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...