11 November 2012

PROMO Himpunan Kebangkitan Rakyat Kelantan [16 Nov 2012] + VIDEO






Panas ! Kisah Sedih di Sibu " Emak, Gaji saya cuma RM280 sebulan !


Antara dua darjat...........

Biarlah Gambar ini menjadi bukti bertapa meskin Pedihnya Dan susahnya Hidup kami iban Rumah panjang. Raut wajah ini menceritakan kesedihan kami yang terus Diperbodohkan oleh mereka yang sombong dan ego seperti anak gadis iban bernama Debora Zeanling. 

Mungkin Dia malu dengan kemiskinan kami iban Didalam Rumah panjang bangsanya sendiri. "emak bulan ni saya kirim wang RM40 ringit sahaja,gaji saya disibu cuma RM280 ringit sahaja sebulan" 
saudara ku, ini lah kenyataan yang Harus kita terima. 

kita sudah Diperbodohkan macam lembu oleh Barisan Taib melanau sial....



Kemiskinan kami sedaya upaya cuba hendak Disembunyikan oleh Barisan menteri BN Taib melanau sial dari masyarakat luar. Hati ini terus menangis melihatkan keadaan Rumah panjang kami iban tak ubah kami ini bukan keturunan Rentap bujang Berani. kami terus Diperbodohkan dengan cara yang cukup Hina sekali oleh mereka yang sombong.

 saudara ku, Bangsa ku. ingat ! keegowan kamu yang akan membiar kan kami iban rumah panjang terus hidup dalam kegelap kemiskinan. undi kamu amat kami perlukan untuk keluar dari kemelut kemiskinan yang tak bekersudahan ini. tolong la, terima la kenyataan ini yang kita sudah diperbodohkan macam lembu. ini bukan reban ayam. ini rumah panjang kami iban. Biarlah gambar ini menjadi saksi kepada mata-mata sang pengasih kedapa penciptanya. jom kita ubah sarawak.
Entalai Manggat/ kedahkini

TERKINI ! Najib Sedia Berdebat dengan Anwar, Ambil formula rakyat AS....?


Najib: Ambil formula rakyat AS

 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat di negara ini mengambil pendirian rakyat di Amerika Syarikat apabila membuat pilihan untuk mengekalkan Presiden Barack Obama untuk tempoh empat tahun akan datang.

Justeru, beliau mahu rakyat di negara ini mengambil formula itu, bagi memberikan kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) meneruskan apa yang dinamakan kesinambungan ini.




Menurut Najib, rakyat di Amerika Syarikat, pada pilihan raya lalu, hanya ada dua pilihan, iaitu sama ada mereka hendak mengubah atau mereka hendak meneruskan kesinambungan pemerintahan kerajaan sedia ada.

Justeru, mereka sekali lagi telah memilih Parti Demokrat di bawah kepimpinan Obama berdasarkan keyakinan apa yang dibentang terhadap dasar parti berkenaan dan kepercayaan jelas bahawa masa depan mereka lebih terjamin sekiranya mereka meneruskan kesinambungan itu.

“Saya nak tentukan kepada semua bukan sahaja mereka yang hadir di sini tetapi untuk rakyat Malaysia di seluruh negara bahawa kalau memilih kerajaan Barisan Nasional, kita bukan sahaja menjanjikan kesinambungan tetapi kita mampu membawa transformasi dan kesinambungan tersebut.

“Jangan termakan dengan janji-janji manis yang tak mungkin dapat ditunaikan. Mereka janji hutang PTPTN akan dihapuskan, tol dimansuhkan, dan pelbagai janji lain tapi mereka tak sebut daripada mana hasil untuk melunaskan janji itu.

“Itu adalah janji-janji kosong dan sebab itulah pakar-pakar di luar tidak memberi penilaian kepada buku jingga mereka,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di sini semalam.
Perdana Menteri berkata RTC di Melaka adalah yang ketiga selepas Perak dan Kelantan dan akan berperanan sebagai pemangkin ekonomi masyarakat luar bandar.

Komen : Najib wajar menyahut cabaran Anwar untuk berdebat kerana ini adalah satu budaya rakyat AS sebelum pilihanraya......rakyat suruh ikut pemimpin tak mahu ikut...

HOT MACAM CILI ! TEMBELANG UMNO SG.PETANI & puteri umno..DAH BOCORK...

Shahanim dalang disebalik kehancuran UMNO Bahagian Sungai Petani




Oleh: Cek Mek Molek (Bekas Puteri UMNO Sungai Petani)

Menyampah sungguh aku dengan pompuan sekog ni, sebab dia punya pasailah UMNO jadi pembangkang PR12 lalu... duduk bilik pegawai khas kununnya jaga GLC tapi dok jaga tok det. Apa yang dia tak dapat dari Tok Det, semua laba dunia dia dapat, jadi ahli lembaga pengarah beberapa syarikat, dapat gaji buta sebagai pekerja tetap Syarikat Kumpulan Ladang lagi.


 Tok Det yang bagi jawatan muhong tanpa payah bekerja. sapa lagi kann pompuan bedebah ni kalau bukan Shahanim Mohd Yusoff Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia yang dapat jawatan tu dari kerja merasuah Puteri dengan kekayaannya serta menjual lenggang lenggok berbudi bahasa bersopan saantun kunun, untuk menipu para puteri walhal kalau belakang orang.. fuhh hanya Tuhan yang tau.


Laa ni dok pulun nak jadi calon Pantai Merdeka, dah tabur rasuah untuk rakyat Pantai Merdeka untuk dapat sokongan. Cuihh ingat orang Pantai Merdeka suka sangat dengan hang, puihh majoriti AJK UMNO Bahagian Sungai Petani menyampah kat hang. Pompuan ni lah kalau hangpa nak tau yang dok pelaga Ali yahya & degeng dan pihak lawan, kalau tanya dalang besaq perpecahan UMNO Sungai Petani niilah orangnya. 


Bila UMNO Sungai Petani hancoq lebog maka dapatlah kot dia naik jadi Ketua bahagian. Poorah jgn mimpilah Hanim woii, hang naik dulu kerana pengaruh tok Det... laa ni tok Det pun dah nyawa-nyawa ikan. kalau dia nak mai selamat hang dengan dia dgn hang karam sekali.

Najib nak angkat hang? Kwang kwang kwang... satu denia tau Najib sindir hang dengan sepatah perkataan 'Cleopatra'... oiii Cleopatra, macam zaman Firaun tu kan.

Satu denia juga tahu Ketua Puteri malaysia, Rosnah Shirlin juga menyampah kat Shahanim sebab dok kira nak cantaih boss no 1 tu. Sebab tu Rosnah tak cadangkan pompuan tu jadi ahli majlis kerja tertinggi dan tak cadang untuk dilantik jadi timbalan menteri, walau dah jadi org no 2. Padan muka hang.

Semua orang tau Rosnah waktu dalam pantang haritu buat meeting kat rumah dia tapi tak jemput pun Sahanim ni, aduss kalau aku jadi hang aku resign dah... tak faham2 lagi ka boss dak tak suka.

satu lagi... Rosnah juga lantik Sahanim jadi pengerusi biro antarabangsa, ait org nom bor 2 jaga dunia luar?? maknanya dia tak percaya hang dok jaga dalam negeri... dia suruh hang pi tengok nasib pelarian Rohingya ka, Mindanao ka... dia tau kalau hang jaga Puteri UMNO dalam negeri, habih lingkop.


Tak dak tujuan apa aku tulih malam ni dan poskan ke Kedah La kot-kot sudi siarkan tulisan aku ni walaupun aku bukan orang PAS dan bekas Puteri UMNO yang keluaq kerana menyampah dekat Shahanim. Hiii menyamopah sungguh aku pompuan sekog ni, aku tenyeh cabai baru tauu...hiii@#$%&*+##... nak tau pasai apa aku menyampah sangat kat pompuan ni...? Cerita macam nii (Editor Kedah La tolong censored cerita ini)

(Nota: Tulisan di atas adalah daripada emel yang dikirim dan tidak menggambarkan pandangan Kedah La)

Panas ! JPN makin haru..Anggota polis 6 kali undi pos tidak layak jadi warganegara..!!!

Anggota polis keliru status diri

Surat yang dikeluarkan oleh Bukit Aman

KULIM - Setelah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 32 tahun, seorang lans koperal terkejut apabila dia menerima surat pihak berkuasa, mengatakan dia tidak memiliki kewarganegaraan Malaysia.

Lelaki berusia 55 tahun itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, mendakwa masalah berkenaan timbul apabila dia diarahkan memohon kad pengenalan awam oleh Bahagian Perjawatan di Bukit Aman, di mana dia bertugas.

Kad pengenalan awam itu penting kerana dia dijadualkan bersara dua tahun lagi.

Dia terkejut dan kecewa apabila permohonannya ditolak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menurutnya, dia menunjukkan sijil asal kelahirannya kepada pegawai JPN selepas penolakan itu, tetapi masalahnya masih tidak dapat diatasi.

Mat menunjukkan surat beranaknya kepada Sinar Harian yang menunjukkan dia dilahirkan di Kulim pada 1955. Dia mendakwa memasuki Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 24 April 1980.

Katanya, mengikut penjelasan JPN kepada Bukit Aman, dia tidak miliki kewarganegaraan Malaysia dan disebabkan itu, dia bimbang ia akan menimbulkan pelbagai permasalahan apabila dia bersara.

“Sepanjang 32 tahun saya bertugas dalam PDRM, masalah ini tidak pernah timbul. Saya sudah enam kali mengundi melalui pos, menggunakan kad kuasa. Sekiranya saya bukan rakyat Malaysia, bagaimana saya boleh mengundi?" katanya.

Dia mendakwa surat daripada Bukit Aman itu bertarikh 23 Oktober dan salinan surat itu dihantar kepada beberapa pengarah dan penolong pengarah yang bertugas di Bukit Aman.

"Sudah lima kali saya memohon kad pengenalan awam tetapi gagal. Saya bimbang disebabkan masalah ini, wang pencen dan lain-lain (yang terkumpul) sepanjang saya berkhidmat dengan PDRM dibekukan,” katanya.

Dia bercadang membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwa cuai hingga mengakibatkan dia tidak mempunyai taraf kewarganegaraan Malaysia.

“Saya akan saman pihak terlibat. Kerana kecuaian merekalah saya berhadapan dengan masalah ini. Pihak itu tidak seharusnya hukum saya dengan menyatakan saya tidak layak menyertai PDRM.


"Kalau saya tidak layak, bagaimana saya boleh bertugas dengan PDRM selama 32 tahun, menerima BR1M dan banyak kemudahan lain daripada kerajaan?" katanya. ~ SH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...