22 Oktober 2012

Terkini ! Blog Mediaperak Kena Block oleh SKMM dan PDRM



7 jam yang lalu 

Ingatkan boleh celebrate besday kat Mediaperak. Tiba-tiba dapat hadiah dari SKMM dan PDRM. Mediaperak kena block

Kena buat rumah lain pulak la.


  Mediaperak yang tidak boleh dilayari semenjak dua hari yang lalu rupanya telah
disekat oleh SKMM dan PDRM mengikut kenyataan Adminnya MSK dalam FB
semalam. 

Mediaperak baru dilancarkan dalam 5 bulan telah menjadi antara top 10 blog
pro pakatan ini mungkin membuat banyak orang-orang dan parti politik
kepanasan dengan pendedahan dan berita-berita dari MP ini.

Mungkin juga gabungan team mediaperak dan uncleseekers dengan pendedahan
salasilah kesultanan Perak membuat tindakbalas terhadap blog MP ini...?

Kedahkini

lagi menyusul

21 Oktober 2012

Panas ! Rasli Basir dan kroni Rogol Pulau Bumbun dengan Pelaburan RM1.2 bilion.... ( Skandal SUK - Siri 1.0 )


Pendedahan isu Pulau Bumbun, Langkawi... Orang Langkawi hangpa tau dak sapa yang dok samun tanah- tanah permintaan hangpa..... 

PENDEDAHAN SIRI 1 : DATUK RASLI (SUK) DAN KRONI MAHU PERDAYA KERAJAAN NEGERI MEMILIKI PULAU BUMBUN, LANGKAWI


Artikel ini ialah Pendedahan tentang salahlaku dan amalan kronisme oleh Datuk Rasli Bin Basir, Setiausaha Kerajaan Negeri yang menjadi penyebab kebangkitan penentangan ahli-ahli majlis PBT seluruh Kedah.

Pendedahan ini di buat bertujuan rakyat Kedah dan Malaysia memahami tentang sikap dan tindakan Datuk Rasli yang tidak mahu memberi kerjasama dengan Exco dan Menteri Besar Kedah, sehingga menyebabkan pentadbiran kerajaan negeri terganggu.

Ia berkaitan dengan isu penglibatan kroni, mungkin juga proksi kepada Datuk Rasli telah membuat permohonan di anugerah tanah di Pulau Bumbun, Langkawi bagi tujuan pembangunan Pusat Peranginan dan Rekreasi Antarabangsa.

Namun, harapan mereka memiliki tanah di Pulau Bumbun, Langkawi dengan sedikit bayaran kepada pihak kerajaan negeri telah dapat dipatahkan. Ia menyebabkan Datuk Rasli dan kroninya kecewa, sekali gus mereka telah membuat ‘grand design’ di peringkat pentadbiran untuk menghura-harakan pentadbiran dan menjatuhkan Menteri Besar Kedah.

Sumber dipercayai memberitahu, permohonan tanah seluas 160 ekar di Pulau Bumbun, Langkawi tersebut telah di buat oleh syarikat Tirai Sutera (M) Sdn.Bhd. yang berpengkalan di Megan Evenue II, Kala Lumpur.

 Pemilik Tirai Sutera tersebut ialah tiga individu, di mana salah seorang darinya mempunyai pertalian kekeluargaan yang rapat dengan datuk Rasli.

Penulis dimaklumkan, pemilik dari kalangan Datuk Rasli ialah Ramizi Bin Datuk Paduka Haji Radzi iaitu adik kepada Puan Rozaina Binti Datuk Padu Radzi, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Sungai Petani, di mana kedua-dua mereka (Ramizi dan Rozaina) adalah anak saudara Datuk Rasli sendiri.

Walau baimanapun, kerajaan negeri telah menolak permohonan tersebut kerana mendapati ada sesuatu yang tidak berapa kena dengan prosedur serta kaedah pemerosesan permohonan tersebut.

Lagi pula syarikat yang bercita-cita membuat pelaburan membangunkan Pusat Peranginan dan Rekreasi Antarabangsa yang dianggarkan bernilai RM 1.2 billion tersebut didapati tidak aktif.

Lebih mencurigakan lagi sebelum itu syarikat Tirai Sutera juga telah memohon sebidang tanah berkeluasan lebih kurang 20 ribu kaki persegi bagi tujuan tapak kediaman kakitangan syarikat berkenaan di kawasan Bandar Kuah, Langkawi. Di mana, status tanah tersebut adalah tanah Bandar, luar simpanan Melayu.


Siasatan penulis, laporan dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Langkawi, sebelum ini terdapat jga pihak lain yang memohon tanah di pulau tersebut, tetapi ia tidak diproses (dilayan). Di sini menimbulkan persoalan, bagaimana permohonan pihak lain diketepikan, sebaliknya syarikat Tirai Sutera seolah-olah diberi keistimewaan.

Bagi penulis, keputusan kerajaan negeri menolak permohonan ini adalah merupakan keputusan bijak serta memberi kemenangan buat rakyat Kedah, sekali gus telah dapat membenteras budaya kronisme yang mahu disuburkan di bawah pentadbiran (kerajaan) Datuk Rasli. Ia juga telah memberi tamparan buat Datuk rasli dan kroni-kroninya yang mahu bermaharaja lela di atas kedudukannya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.

Insya Allah, selepas ini penulis akan mendedahkan pula isu berkaitan The Lanai Langkawi Beach Resort, bagaimana Datuk Rasli telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai pengerusi SSI (State Secretary Incorporated). -Oleh : MATA KCS

Kedahkini

Panas ! Najib Perlu Undur Demi Keselamatan Negara- Anwar


Anwar: Najib Perlu Undur Demi Keselamatan Diri Dan Negara

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berundur secara baik demi keselamatan diri dan negara ekoran pencapaian yang mengecewakan sepanjang tempoh pentadbiran beliau.

Bercakap di hadapan hampir 6,000 hadirin di tempat letak kereta Sutera Mall, Skudai dekat sini, Anwar menjelaskan, Najib hanya pandai memperlekeh kebolehan pentadbiran PR di Selangor dan Pulau Pinang sedangkan hutang negara telah mencapai RM 500 billion.

“Najib kata kita ‘tidak pandai’ mengurus. (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng dan (Menteri Besar Selangor) Tan Sri Khalid Ibrahim perintah, kita ada lebihan kewangan.

“‘Pandai’ Najib urus negara, hutang negara sudah sampai RM500 billion,”
katanya sinis pada ceramah perdana siri Jelajah Merdeka Rakyat Johor semalam. Menurut Ketua Umum PKR itu, beliau menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-13 akan berlangsung dalam masa terdekat.

Hadir sama dalam jelajah ini Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng, Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin dan wakil kepimpinan Pakatan Rakyat Johor.

Tegasnya, sekarang merupakan masa terbaik untuk rakyat Malaysia terutamanya di negeri Johor untuk menolak sentimen perkauman Umno-BN dan bangkit membuat perubahan.

“Kepada rakyat, ini bukan soal pimpinan. Ini hasrat rakyat. Sudah cukup sudah rasuah dan fitnah.
“Saya beritahu orang Melayu di sini, yang hilang kuasa bukan Melayu tetapi pemimpin Umno yang rasuah. “Ini perubahan terpenting kerana berhadapan Melayu yang lebih yakin,” laung Anwar.

Anwar turut mengulangi fakta tentang prestasi kewangan dan urus tadbir baik yang ditunjukkan oleh negeri PR seperti di dalam laporan Ketua Audit Negara.

Jelas Anwar, belum pernah negara yang muflis sekiranya hasil pendapatannya diagihkan secara sama rata seperti pemberian skim rakyat di negeri pimpinan PR sejak tahun 2008.

Anwar turut mengulangi isi kandungan Buku Jingga antaranya penurunan harga minyak dalam tempoh 24jam selepas mentadbir Putrajaya selain menyediakan modul pinjaman pendidikan lebih baik berbanding skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Kenyataan Media : Setiausaha Politik MB Kedah Berkaitan ISU GLC


Dah lama admin menunggu kenyataan media dari pihak kerajaan Kedah, ini pun dari fb akaun beliau sebelum nie dok ambik berita dari blog-blog pro PR sahaja, takpa asal kan  ada depa kata kenyataan dari blogger ini bukan sahih sangat.

Masa di PKB pada 2007 -2008, dia dituduh terbabit dengan kes penyelewengan RM10 juta dalam projek Bangunan Baru MPSPk. Masa dia kena cekup dengan SPRM kita tak pernah kaitkan dia dgn UMNO pun...

Masa jadi KPSU Bahagian Perumahan SUK, dia bayar RM2.5 juta kepada kontrakor yang tak buat kerja, buat kerja tak ikut spec, dan tak ikut kadar harga dalam jadual kadar harga JKR.

Exco Perumahan panggil mesyuarat dia tak pernah hadir. Exco Jemput untuk berbincangisu2 perumahan, dia tak pernah mai. Dia hanya tau sebut "Aku penin laaaa" di Cafe Wisma...

2 Exco perumahan pernah mohon ditempatkan pegawai lain yang boleh bekerjasama dengan Kerajaan di Bahagian Perumahan, tak dapat2 lagi... bertahun-tahun dia duduk di situ dari 2009- sampai la ni...

Takkan lah "Kerajaan PAS Kedah" - yang dirujuk oleh agen2 UMNO dalam tulisan di fb dan blog- nak kena tanggung kerja kotoq pegawai yg sengaja membuat honar mcm ini.

Kenapa kerajaan UMNO tak dituduh lesapkan wang RM10 juta dalam projek MPSPk sebab ia dilakukan semasa BN jadi kerajaan di Kedah pada Mac 2008.

Dia juga pernah jadi AJK UMNO Bahagian Kuala Kedah. dia masih UMNO dan kerja untuk UMNO sampai sekarang. Dia jadi setiausaha JKKKP kampung dia sampai la nii.. Ada mana2 agen UMNO di fb dan blog berani kata dia ni PAS ka PKR ka?

Aku tulis ni bukan saja2 nak bongkar salah laku pegawai kerajaan...tapi bila geng UMNO di blog dan fb kata kerja kotoq dia ni adalah kerja "kerajaan PAS Kedah" , aku nak termuntah... Orang UMNO yg mandi, orang PAS yang basah..mana boleh mcm tu...
Beberapa fakta berkaitan kes Kedah Corp Berhad (KCB) dan perniagaannya di Papua New Guinea (PNG) dan 99 East Langkawi (2007).

1. Kerugian perniagaan berjumlah RM6.4 juta yang dialami oleh KCB adalah adalah kos pengurusan perniagaan dalam beberapa aktiviti dan kos pengurusan pinjaman, bukan penyelewengan atau rasuah. 

2. RM134 juta (USD44 juta) ialah jumlah pinjaman yang dibuat oleh KCB dengan Capital Investment Agency untuk membiayai mengambilalihan 70% kepentingan dalam Mas Incorporated (PNG) Ltd. yang berjaya memperolehi kawasan pembalakan di PNG. Ia juga bai membiayai aktiviti lain KCB. Pinjaman ini telah dibatalkan pada Januari 2010 setelah Jawatankuasa penilaian yang dilantik oleh MBI mendapati ia akan menambahkan beban dan risiko kepada syarikat.

3. Pinjaman ini tidak mendapat kelulusan lembaga pengarah KCB, tidak dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat MBI dan perjanjian perniagaan tidak dibawa untuk penelitian Penasihat Undang-undang Negeri.

4. Pelaburan perniagaan di PNG ditamatkan di pertengahan jalan untuk mengelak risiko yang lebih besar.

5. KCB juga menanggung beban projek daripada pengurusan terdahulu dalam projek 99East di Langkawi dengan Syarikat Terra Monda (S'pore) Ltd. KCB di bawah Dato' Tajul Urus (Ketua Bahagian UMNO Merbok) pada 2007 menjerumuskan KCB dalam projek 99East yang bernilai RM1.9 bilion, meninggalkan beban kewangan dan risiko yang lebih besar daripada perniagaan di PNG.

6. Hj Akashah yang menjerumuskan KCB dalam masalah di PNG telah ditamatkan perkhidmatan pada 2010 dan beliau menyaman MBI kerana penamatan itu.

7. Sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KCB, Hj Akashah yang juga seorang usahawan sudah terbabit dengan tokoh dalam MAS Incorporated - Dato' Manaf- untuk menjalankan perniagaan di PNG, dan kedudukan dalam KCB digunakan sepenuhnya untuk meneruskan hasratnya sebelum itu.

8. Dato' Manaf adalah seorang tokoh 'putar alam' - hal ini dimaklumkan oleh bekas Pengerusi dan Ketua Pengarah LTH dalam satu pertemuan dengan saya di Kuala Lumpur pada 2010. Dato' Manaf telah menyatakan berjaya melibatkan KCB dalam perniagaannya di PNG kepada beliau satu majlis makan malam di Istana Anak Bukit, tetapi sudah terlewat untuk saya memberi amaran kepada KCB dan MBI.

9. KCB telah dimusnahkan oleh peniaga-peniaga yang menjadikan 'penipuan' sebagai modal dalam perniagaan mereka, dan 'kelurusan' pengurusan KCB telah menjadikan syarikat dan pemegang saham sebagai mangsa.

10. Kerajaan PR Kedah yang masih baru dalam selok belok perniagaan antarabangsa masih sempat menghentikan risiko yang lebih besar melalui penglibatan anak-anak syarikat dengan aktiviti perniagaan antarabangsa.


Kedahkini

Panas ! Video Putar Belit MCA Pada Ceramah TG Nik Aziz

Tuduhan Heng amat tidak bertanggungjawab dan putar belit terancang . Mana mungkin Tok Guru berniat demikian, Heng sengaja menimbulkan isu tersebut untuk menakutkan bukan Islam kepada PAS dan PR





Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie meniru ketuanya Chua Soi Lek bermulut celupar. Beliau mendakwa PAS menbenarkan perbuatan rogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

Bercakap dalam Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur hari ini, Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang didakwa menyebut demikian tentang wanita.

"Pakatan menipu kita untuk percaya bahawa hudud PAS tidak akan menjejaskan hak bukan Islam kerana (berdasarkan hujah Nik Aziz) tiada undang-undang untuk menghalang orang Islam daripada merogol bukan Islam.

"Jika kamu tonton klip Youtube, kamu tahu bahawa Nik Aziz berkata berkata, wanita patut tutup aurat, jika tidak mereka patut dirogol.

"Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?" tanya Heng, di hadapan 1,032 perwakilan.

Tuduhan Heng amat tidak bertanggungjawab. Mana mungkin Tok Guru berniat demikian, Heng sengaja menimbulkan isu tersebut untuk menakutkan bukan Islam kepada PAS dan PR. 

– 

Komen Soi Lek bersetuju PAS galakkan rogol wanita bukan 
Islam

KUALA LUMPUR, 20 Okt — Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini bersetuju dengan 
pandangan dari Wanita MCA bahawa PAS menggalakkan rogol kepada wanita
 bukan Islam, dengan berkata bahawa mursyidul am parti itu, Datuk Nik Aziz 
Nik Mat telah  mengeluarkan pandangan tersebut dalam satu ceramah empat tahun lalu.Presiden

 MCA itu mendakwa dalam ucapan 2008, Nik Aziz berkata sesiapa yang tidak
 menutup aurat memang wajar untuk dirogol.

"Dan sebabnya kerana baginya, mata bersambung dengan kemaluan, jadi apabila 
anda terpandang, anda akan ghairah.

"Ini bukan saya yang kata, ini Nik Aziz yang kata. Saya boleh tunjukkan video 

tersebut  jika kamu berminat [ceramah Nik Aziz]," katanya dalam sidang media 
selepas mempengerusikan mesyuarat dengan delegasi MCA menjelang
 perhimpunan agung parti itu esok.

Dr Chua ditanya tentang laporan dari Malaysiakini dilaporkan naib pengerusi 
Wanita MCA  Senator Heng Seai Kie berkata bahawa PAS menggalakkan rogol
 kepada perempuan yang tidak menutup aurat.

Menurut laporan portal berita itu, Heng menerangkan bagaimana hukum 

hudud akan  memberi kesan kepada orang Islam dan yang bukan Islam
 berdasarkan ucapan Nik Aziz.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...